Friday, April 22, 2011

Program Semarak 1Malaysia - Memerangi Dakyah Pembangkang

Salam 1Malaysia..

Program dianjurkan oleh Biro Penerangan, UMNO Bahagian Lembah Pantai ini akan di rasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai merangkap Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar - Dato' Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin. Program akan dijalankan pada :

Tarikh : 26 April 2011 (Selasa)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Pusat Komuniti Lembah Pantai,
Pantai Dalam, Kuala Lumpur
Antara penceramah yang terlibat dalam program ini ialah Datin Paduka Datuk Prof. Dr. Hajah Ramlah binti Adam yang merupakan Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM serta Saudara Zahid Mat Arip yang merupakan bekas Naib Ketua Pemuda PKR. Melihat kepada penceramah yang akan menyampaikan ceramah dalam program ini, sudah pasti dikalangan kita akan tertunggu tunggu apa yang akan dikatakan oleh dua penceramah hebat ini.

Jom kita bersama-sama dengan saudara dan kenalan beramai-ramai untuk hadir ke program ini. Sebagai tanda semangat 1Malaysia, kita tunjukkan dengan berpakaian warna merah/biru pada malam tersebut.

Sekian, terima kasih.

Thursday, April 21, 2011

Program Bengkel Komuniti Seni Persembahan


Program akan dikendalikan oleh seorang pengarah pentas teater
terkenal Malaysia iaitu Puan Norzizi Zulkifli.


Program terbuka untuk kanak-kanak dan remaja berumur 12 tahun ke atas. Kepada yang berminat mahupun ingin mengenengahkan bakat anak-anak, sila datang dan sertai program ini mengikut ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 24 April 2011 (Ahad)
Masa : 2.00 petang sehingga 5.30 petang
Tempat : Dewan orang ramai, Pej. UMNO Lembah Pantai
Anjuran : VOGUE Puteri UMNO Malaysia & Puteri UMNO Bah. Lembah Pantai

Refreshment ada disediakan.


30 penyertaan dari ahli-ahli Puteri di perlukan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Puteri UMNO Bah. Lembah Pantai, Puan Syikin Jaafar di talian 016 - 333 6753 / 013 - 666 3192.

Have fun...!!

Pencarian Model Pakaian Sukan

Salam..

Pencarian Model Pakaian Sukan sempena Jamuan Makan Malam Pertandingan Futsal pada 30 April 2011 akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 23 April 2011 (Sabtu)
Masa : 3.00 petang
Venue : Pejabat Bahagian Setiawangsa

Kepada rakan-rakan yang berminat, sila bawa kasut sukan sendiri untuk dipadankan bersama pakaian sukan yang akan disediakan oleh pihak penganjur pada hari tersebut.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Ketua Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai iaitu Pn Syikin Jaafar di talian 013-666 3192 / 016-333 6753.

Program Gotong Royong, Membaikpulih Rumah dan Membersihkan Kawasan Kebakaran di Jalan Kubur, Pantai Dalam

Salam...

Pada petang 15 April 2011 yang lalu, satu kebakaran telah berlaku di kawasan perumahan di Jalan Kubur, Pantai Dalam. Seramai lebih kurang 15 keluarga yang terlibat. Kebakaran telah memusnahkan banyak harta benda penduduk, namun tiada yang tercedera dalam kejadian kebakaran tersebut.

Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai merangkap Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar - Dato' Raja Nong Chik b. Raja Zainal Abidin bersama-sama Ketua Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai - Puan Norasyikin Jaafar serta AJK UMNO Bahagian Lembah Pantai juga telah turut serta meninjau dan melawat tempat kebakaran tersebut. Beberapa bentuk sumbangan seperti wang tunai telah diberikan kepada penduduk terlibat bagi membantu meringankan beban yang dihadapi oleh mereka.





Sebagai inisiatif untuk membantu penduduk berkenaan, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai akan menganjurkan satu program mengikut ketetapan seperti berikut :

Program Gotong Royong, Membaikpulih Rumah dan
Membersihkan Kawasan Kebakaran di
Jalan Kubur, Pantai Dalam

Tarikh : 23 April 2011 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi sehingga selesai
Tempat : Jalan Kubur, Pantai Dalam

Semua ahli-ahli Puteri dan Pemuda serta penduduk setempat di alu-alukan untuk hadir ke progam ini untuk bersama-sama membantu bergotong royong membersihkan kawasan yang terlibat dengan kebakaran tersebut.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, April 12, 2011

Kejohanan Futsal Wanita Terbuka 1Malaysia Piala Perdana 2011



Salam....

Kengkawan.., jom kiter berfutsal...
Kejohanan akan berlangsung pada :

Tarikh : 30 April 2011 sehingga 1 Mei 2011 (Sabtu - Isnin)
Venue : Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya

Kepada yang berminat, borang boleh diperolehi melalui :-

1. www.futsalputeri.blogspot.com
2. Ibu Pejabat Puteri UMNO Malaysia
3. Ketua Puteri UMNO Cawangan masing-masing
4. AJK Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai

Friday, April 1, 2011

Pink Putih in d house...!!!

Salam...

Lamer rasanyer pink putih tak singgah kat blog Puteri UMNO Lembah Pantai... Rindu rasanyer nk bercoretan kat sini.. tpi tu lah., kesuntukan masa dan kelambakan kerja2 membataskan jari jemari ni nak menaip kekunci PC ni bercoretan bersama kengkawan...

Pink putih pada ketika coretan ini ditaip.., alhamdulillah sihat.., cuma masa awal2 tahun jer kurang sihat sikit.., ye lah mungkin pertukaran tahun kan.., sayang rasa nyer nak tinggal tanggal 2010 tu... Aper aper pun., tahun 2011 tetap tiba.. Pink putih gemabira dengan kehadiran tahun 2011.. Banyak perkara yang telah dan akan berlaku.. Setiap pahit manis yang dialamai mahupun bakal di alami merupakan satu pengalaman yang akan lebih mengajar kite tentang erti sebuah kehidupan..

Pada tahun ni., ramai di kalangan AJK Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai yang telah dan akan mendirikan rumah tangga.. Kepada yang telah mendirikan alam rumah tangga, Pink Putih doakan kebahagian kalian dunia dan akhirat.. Bagi yang bakal bergelar pengantin, baca-baca lah buku aper2 yang patut.., ilmu rumahtangga harus dipelajari sama ada secara ilmiah mahupun pratikal.., tapi memandangkan pratikal belum lagi.., maka perlu lah mencari bahan bacaan mahupun bertanya pada mereka yang lebih berpengalaman dari kita.., Tak gitu...?!! hehehe..

Untuk makluman kengkawan, pada ketika ini sehingga penghujung bulan April 2011 nanti, semua UMNO cawangan di Lembah Pantai mengadakan persidangan tahunan masing-masing. Kepada AJK Puteri UMNO yang terlibat dalam penugasan, selamat menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan.. Moga tanggungjawab yang diberikan, akan memberi peluang untuk lebih saling mengenali dan juga akan merapatkan hubungan di antara AJK Puteri UMNO Bahagian bersama Puteri UMNO Cawangan..

Dalam pada kesibukan Puteri UMNO Lembah Pantai menghadiri Persidangan di Cawangan-cawangan, mereka masih ada kelapangan untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan. Pada 27 Mac 2011 yang lalu, beberapa AJK Puteri UMNO Lembah Pantai bersama beberapa Puteri UMNO Cawangan telah membuat lawatan ke rumah salah seorang ahli Puteri di Cawangan Pantai Permai. Beliau ialah Puan Salbiah Hashim. Beliau telah dikurniakan sepasang anak, namun anak kedua beliau iaitu Adik Afiq Fikri Mohd Faizal berumur 2 tahun menghidap penyakit lissencephaly - smooth brain, is a rare brain formation disorder caused by defective neuronal migration (terma dalam Bahasa Inggeris di gunakan kerana tidak mahu membawa maksud yang salah apabila di terjemahkan). Menurut beliau, sakit yang di hadapi oleh adik Afiq menyebabkannya tidak mampu bergerak, rencatan psikomotor dan spastik otot. Ketika dikunjungi oleh ahli-ahli Puteri, adik Afiq lena tertidur.

Pink putih berharap agar Paun Salbiah Hashim tabah dan sabar dalam mengharungi dugaan membesarkan Adik Afiq. Kecekalan beliau tersebut patut di jadikan contoh oleh kita semua. Pink putih juga mendoakan agar Adik Afiq menunjukkan peningkatan pemulihan dalam sesi-sesi terapi yang akan di buat oleh Adik Afiq dalam tempoh perubatannya. Kita doakan agar kesihatan adik Afiq semakin baik hendaknya..

Pink Putih kalu dh memulakan coretan, rasa tk nak berhenti plak taipnya... ok lah.., sampai sini sahaja coretan Pink Putih pada kali ini, insyaAllah, Pink Putih akan kembali lagi dengan cerita-cerita baru...

Jumper lagi..., jaga diri kengkawan....