Thursday, July 21, 2011

Program Puteri Prihatin 2011

Salam..

Pada 17 Julai 2011 yang lalu, Ketua Puteri UMNO Bah. Lembah Pantai - Puan Nor Asyikin Jaafar serta beberapa AJK Bah. dan Puteri Caw. telah sama-sama menyertai Program Puteri Prihatin 2011 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur. Program juga turut disertai oleh beberapa Puteri UMNO Bahagian Batu. Sumbangan adalah daripada Puteri UMNO Wilayah Persekutuan / Selangor.

Program bertujuan menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak di Wad Pediatrik Kanak-kanak. Lawatan tertumpu kepada anak-anak yang mendapat sakit kanser, leukimia, bayi baru lahir dan juga wad ICU kanak-kanak. Anak-Anak ini terdiri daripada pelbagai bangsa serta ada yang datang dari luar Kuala Lumpur. Ada yang datang dari Putrajaya, Johor, Perak dan sebagainya.

Rasa sebak apabila melihat anak-anak kecil dimasukkan wayar sana sini di anggota badan nya demi untuk hidup. Terharu melibat ketabahan ibu bapa anak-anak ini yang penuh sabar serta penuh kasih sayang menjaga anak-anak mereka serta menghadapi kerenah mereka. Moga anak-anak ini cepat sembuh dan menjalani kehidupan biasa seperti kanak-kanak sihat yang lain.

Program lawatan ini diharap dapat memberi sedikit pengajaran mahupun pengalaman kepada kami untuk berhadapan dengan anak-anak yang sakit. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak PPUM terutama jururawat yang bertugas membantu kami dalam program lawatan ini.

Terima kasih...


~~~ Terima kasih buat semua yang terlibat ~~~