Thursday, October 30, 2008

Pencalonan Puteri UMNO Malaysia



Ketua Puteri
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin 58
Datuk Shahaniza Shamsudin 53
Bibi Sharliza Mohd Khalid 21
Datin Ismalina Ismail 30
Azlina Mehtab 10

Naib Ketua Puteri
Norlee Ashilin Datuk Radzi 57
Shahanim Mohd Yusof 40
Dr Wan Norashikin Wan Noordin 27
Senator YB Nordiana Shafie 27
Haslinda Mohd Zerain 19

Saturday, October 25, 2008

Berkenaan Martabat, Melayu Bandar & Program

Oleh Aida J. Rahman, pemerhati politik.








51 tahun kita Merdeka! Jika usia saya 51 tahun, saya rasa wajar kalau saya memiliki tahap kematangan dan martabat sosial dan ekonomi yang disegani. Kena juga bijak menyusun langkah yang strategik ketika menempuh pelbagai cabaran hidup yang akan saya lalui. Orang pada usia ini pada persepsi umum sudah seharusnya mempunyai aura dan ketrampilan diri yang mampu memberikan perlindungan kepada mereka yang lemah dan juga memimpin orang muda di samping menjadi ‘role model’ kepada kanak-kanak. Tak lari jugalah kiranya pada usia ini Negara tercinta, Malaysia mempunyai ciri-ciri mantap dan kukuh menepati persepsi sebuah negara yang bergerak maju

Namun secara mikro masih terdapat beberapa kekangan pembangunan yang perlu diberikan perhatian misalnya isu ‘equity’ antara kaum yang telah banyak diperdebatkan akhir-akhir ini di mana golongan bumiputera khususnya golongan etnik Melayu masih dilihat ketinggalan. Dari sudut sosialnya pulak golongan masyarakat ini yang sentiasa dihambat dengan pelbagai masalah kehidupan meliputi isu-isu kemiskinan baik di bandar mahupun di luar bandar, Mat Rempit, penagihan dadah, penderaan kanak-kanak, keganasan rumahtangga, setinggan dan pelbagai lagi masalah social.

Saya tidak bercadang untuk membincang secara terperinci akan setiap masalah sosial yang dikemukakan itu oleh kerana ianya telah banyak diperkatakan sejak kita duduk dibangku sekolah lagi. Sekiranya dikaitkan dengan bangsa Melayu kebiasaannya akan ada ‘stereotype’ yang meliputi semua orang Melayu disamakan dengan masalah walaupun bukanlah suatu kebenaran walaupun ‘sejarah’ nya telah ada.

Martabat dan Memartabat

Apakah definasi ‘memartabat Melayu bandar’? Pada pendapat saya, ‘martabat’ seseorang atau sesuatu kelompok masyarakat berkait rapat dengan maruah, nilai-nilai murni, etika serta moral yang merangkumi aspek rohaniah individu dan masyarakat di kacamata ramai. Oleh itu, memartabatkan Melayu bandar merupakan suatu proses dan usaha ke arah menempatkan orang-orang Melayu di bandar pada status yang sewajarnya menepati ciri-ciri ‘Melayu bandar’ yang bermaruah dari segi moral dan etikanya atau berintegriti, berpendidikan dan berpengetahuan dari segi keilmuannya, berfikiran terbuka dan matang dalam perkiraan tindak tanduknya,komited dan professional ketika menjalani aktiviti hariannya dan mempunyai daya saing tinggi yang positif sikap dan amalannya serta prihatin ke atas mereka yang memerlukan dan umumnya mengamalkan nilai-nilai murni sejagat tanpa menidakkan pula kepentingan budaya bangsa sendiri.

Elakkan Program Syok Sendiri
Terdapat banyak komitmmen UMNO Bahagian yang jelas dalam usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat di kawasan ini sekaligus memartabatkan bangsa tanpa mengira perbezaan kaum dan warna kulit baik di bandar.

Program-program yang dijalankan di peringkat Bahagian perlu dinilai kembali keberkesanannya. Program mesra rakyat seperti “Karnival Sukaneka, Pesta Buah-Buahan dan lain-lain’ perlu mencapai objektifnya. Sistem penyampaian ‘maklumat’ kepada masyarakat di bandar hendaklah konsisten dari segi kualiti pengurusan pada setiap masa. Pengurusan program dan organisasi Pergerakan perlu lebih profesional dan perlu diwujudkan sistem pengesanan berasaskan penilaian, seperti KPI, yang mantap.

Dari perspektif sosial, usaha yang dijalankan oleh pelbagai sayap UMNO atau apa-apa organisasi komuniti di peringkat akar umbi untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat khususnya dibandar-bandar perlu mengambil pendekatan yang berteraskan komitmen kerajaan dan Bahagian.

Oleh itu setiap aktiviti dan program yang dijalankan dalam usaha memartabatkan Melayu Bandar hendaklah dijalankan melalui pendekatan yang menyeluruh, mempunyai fokus,tempoh pelaksanaan yang tertentu ,sumber kewangan yang mencukupi dan dilengkapi sistem pengesanan aktiviti yang agresif dan telus bagi mempastikan hasil yang berkesan.
Saya cadangakn agar Bahagian tentukan agensi manakah sepatutnya terbabit dengan dasar mana dan program mana, untuk mengelakkan pertindihan dan pembaziran. Program pula perlu dinilai keberkesanannya dari segala aspek.

Kemudian, dana dan pasukan profesional perlu disediakan untuk mencipta dasar dan program yang lebih baik dari semasa ke semasa.

Kita perlu gunakan konsep bekerja ‘bersama’ golongan muda, terutama dari segi membuat keputusan. Kini, kebanyakan keputusan dibuat tanpa penglibatan golongan bermasalah. Kerana itu, kebanyakannya gagal. Untuk berpeluang menjadi lebih berkesan, belia perlu dibabitkan dalam struktur dan proses membuat keputusan.

Akhirnya, bidang yang diminati golonan muda, seperti hiburan dan sukan, perlukan tafsiran baru. Supaya menyokong, atau sekurang-kurangnya tidak berlawanan, dengan matlamat menangani masalah sosial di bandar.




Tuesday, October 21, 2008

Dah Buat Baju Persidangan?


Oleh: Selendang Pink, Baju Putih

Dua parti komponen Barisan Nasional (BN) - UMNO dan MCA sibuk mengadakan pemilihan. MCA dah pun sudah. Waktu UMNO melibatkan pemilihan di peringkat cawangan, MCA pula dalam diam-diam sudah sampai ke peringkat bahagian. Rasanya, pemilihan dalam MCA tidaklah seriuh pemilihan dalam UMNO kerana proses pemilihan MCA berjalan begitu pantas.

Selesai peringkat Cawangan langkah seterusnya ialah pemilihan Bahagian pada November ini.
Apa pun setiap sayap ada cara masing-masing. Begitu jugalah dengan Puteri UMNO. Mesyuarat peringkat cawangan telah berlangsung. Selepas tamat, banyak cerita yang didengar. Ada mesyuarat yang terpaksa dibatal kerana tidak cukup korum, ada Puteri cawangan yang tiba-tiba tubuh, beberapa cawangan tidak ada penyata tahunan dan ada juga Ketua Puteri Cawangan yang tidak tahu bahawa mesyuarat cawangan sudah berlangsung. Kenapa jadi begitu?

Isu ini sepatutnya diberi perhatian kerana ia melibatkan kerja-kerja pentadbiran dalam parti di peringkat cawangan yang menjadi suara akar umbi parti. Adakah cawangan sekadar ada pada nama bagi 'menguatkan' kepentingan individu-individu yang bertanding di peringkat bahagian? Di mana peranan badan induk yang diketuai oleh Puteri bahagian atau setidak-tidaknya setiausaha bagi memantau perjalanan cawangan-cawangan ini? Mungkinkah disebabkan musim pemilihan maka timbul perkara-perkara begini? Isu seperti ini tidak boleh dipandang ringan kerana kesannya amat besar kepada Puteri.

Justeru, pemimpin sama ada di peringkat cawangan dan bahagian janganlah terlalu ghairah merebut jawatan sebaliknya memperbetulkan dahulu kelemahan yang berlaku. Pastikan ahli-ahli di peringkat cawangan ini benar-benar kuat dan bersedia 'memulihkan' parti lebih-lebih lagi kawasan Lembah Pantai yang jatuh ke tangan pembangkang.

Keghairahan merebut jawatan nampaknya tidak dapat dibendung lagi. Kebanyakan bahagian di Wilayah Persekutuan termasuk di Lembah Pantai telah berlaku pertandingan. Dan lebih mendukacitakan kononnya wang sudah pun 'turun' di peringkat bawah dengan cara tersendiri supaya ia sukar dikesan oleh pihak berkenaan. Malahan belum pun mesyuarat cawangan berakhir, sudah ada ramalan mengatakan ketua itu bakal menang tanpa bertanding atau akan dicabar. Turut menarik perhatian khabarnya senarai kumpulan tujuh (G7) yang akan ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Perhimpunan Agung UMNO sudah pun tersedia sedangkan mesyuarat cawangan baru berakhir. Semua ini gara-gara keghairahan menjelang pemilihan di peringkat pusat yang akan berlangsung Disember nanti.

SPBP tidak hairanlah pemimpin yang berhasrat bertanding di peringkat Exco Puteri UMNO Malaysia juga ghairah melobi untuk bertanding. Ini dapat dilihat apabila ramai yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua & Naib Ketua Puteri UMNO. Itu pun masih ada yang belum membuat keputusan sama ada mahu menawarkan diri atau tidak. Mungkinkah keghairahan ini berlaku kerana mereka juga mengintai peluang untuk sama-sama berada dalam proses peralihan kuasa yang akan berlaku pada 2009? Sedikit sebanyak itu juga menjadi faktornya. Sudah nampak kekosongan yang ada jika Timbalan Presiden, Najib Tun Razak mengisi tempat yang akan ditinggalkan oleh Presiden.

Di Bahagian pula, yang menawarkan diri untuk jawatan Ketua dan Naib hendaklah benar-benar yakin mampu memikul tanggungjawab dengan baik, bukan sekadar melihat kelebihan jawatan. Memang demokrasi tidak menghalang pertandingan tetapi kadang-kala pertandingan perlu dielakkan lebih-lebih lagi bagi memastikan peralihan kuasa berjalan lancar. Dalam hal ini fikirkanlah sama ada mengukur baju di badan sendiri lebih baik atau membiarkan orang lain mengukur baju di badan kita. Tetapi jangan pula apabila membiarkan orang mengukur baju di badan kita, kita terpaksa membayar upah yang mahal sekalipun ukurannya nanti menjadikan baju yang dipakai itu longgar, tidak padan dan tidak selesa dengan badan. Beringat-ingatlah, ye? Buatlah pilihan yang bijak.

Friday, October 17, 2008

Goodbye, Thank You & Good Luck, my Sisters!



Bagi pihak Puteri UMNO Lembah Pantai, kami ingin melahirkan penghargaan UMNO kepada kakak-kakak kami yang telah Berkhidmat, Berkorban dan Berbakti demi Puteri UMNO Wilayah Persekutuan. Tiada yang dapat diungkapkan bagi membuktikan rasa terima kasih kami kepada kakak-kakak. Terima Kasih, Kak Azlinda Rashad (Ketua Puteri WP & Kepong), Datin Ismalina Ismail (Naib Ketua Puteri WP, Wangsamaju), Roziana Othman (K.Penerangan & Setiawangsa), Norita Jaafar (Titiwangsa), Norlaily (Cheras), Leni Latif (Bukit Bintang) dan terutamanya kepada Kak Zalina Tan Sri Abdul Halim (Bendahari, Lembah Pantai).
All the Best!



Rahimah, Ketua Puteri Bahagian Labuan (tiada dalam foto atas)



Buat pengetahuan semua, Datin Ismalina Ismail adalah calon Ketua Puteri UMNO Malaysia. Huzry Fionawati @ Fionna (Segambut), Azliza Ahmad (Seputeh), Zauyah Zainuddin (BTR) dan Norhamiza Zawawi (Putrajaya) akan bertanding jawatan Exco Puteri Malaysia.
Turut bertanding, YB Nolee Ashilin Dato' Mohd Radzy (Exco Puteri UMNO Malaysia, AJK Bahagian Lembah Pantai & Ketua Puteri Cawangan Tmn. Bkt. Angkasa) juga bertanding kerusi Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia.

Monday, October 13, 2008

Jemputan Rumah Terbuka


Rabu, 15 Oktober 2008
Puteri UMNO Malaysia
Dewan Tun Razak, PWTC
Jam: 4-6 petang
Isnin, 27 Oktober 2008
UMNO Bahagian Lembah Pantai
Perkarangan Pejabat Rekreasi Lembah Pantai (Pejabat Bahagian)
Jam: 2-6 petang


Sunday, October 12, 2008

Pencalonan Puteri UMNO Malaysia


Sumber : http://www.bharian.com.my/klikkhas/PencalonanUmno

Ketua Puteri
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin - 19

[Kimanis, Padang Rengas, Kuala Terengganu, Besut, Silam, Beruas, Sipitang, Pagoh ]


Datuk Shahaniza Shamsudin - 25

[Sandakan, Pensiangan, Machang, Langkawi, Kuala Kedah, Pokok Sena, Keningau, Kudat, Kota Melaka]

Bibi Sharliza Mohd Khalid - 6

[Padang Terap, Baling, Kepong, Jempol]


Datin Ismalina Ismail - 8

[Padang Serai]



Azlina Mehtab - 1

[Tasek Gelugor]


Naib Ketua Puteri


Shahanim Mohd Yusof - 4

[Kimanis, Padang Terap, Baling, Padang Serai]

Norlee Ashilin Datuk Radzi - 8

[Sandakan, Pensiangan, Machang, Kudat, Keningau, Kepong, Kota Melaka, Jempol]

Dr Wan Norashikin Wan Noordin - 3

[Padang Rengas, Beruas, Sipitang]

Nordiana Shafie - 4

[Kuala Terengganu, Besut, Silam, Tasek Gelugor]

Haslinda Mohd Zerain -1

[Cheras]

Wednesday, October 8, 2008

Kompromi dan Harmoni

Foto:LeonJackson
Kompromi Mampu Kukuhkan Kita? oleh Sangkar Emas

Amatlah menarik menyaksikan perkembangan mesyuarat cawangan Puteri UMNO yang telah berlangsung. Paling menjadi tumpuan apabila sudah ada kesediaan Ketua atau Ketua Puteri cawangan sebelumnya untuk mengundurkan diri secara terhormat dan memberi laluan kepada barisan pelapis kepimpinan yang baru. Usaha ini mampu memanfaatkan Puteri UMNO dari beberapa sudut. Pertama, mengelakkan pertembungan dan pertandingan yang sudah tentu jika berlaku akan lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan terutama di Bahagian yang mempunyai jumlah Puteri yang sedikit. Justeru masa, tenaga, wang ringgit dan idea mampu digembleng untuk menjana kembali dan memulihkan Puteri UMNO selain menyusun usahanya untuk terus memberi khidmat dan meluaskan pengaruh di kalangan wanita Melayu muda.


Kedua, akan berlaku proses penyalinan kepimpinan, supaya keberkesanan pentadbiran Puteri UMNO di peringkat cawangan & bahagian seterusnya akan bertambah mantap. Sekali gus mewujudkan dinamisme kepimpinan kerana proses peralihan kuasa dilakukan secara beradab dan dalam kerangka muafakat Melayu.

Meskipun barangkali ramai yang bertanggapan sinis bahawa UMNO bukannya hak milik pesaka, atau untuk difaraidkan sesama pimpinan tertentu sahaja, namun proses kompromi, dengan penegasan ketua Puteri UMNO bahagian yang sudah terlalu lama menabur khidmat mengambil pendekatan untuk mengundurkan diri, seharusnya disanjung tinggi.

Bukan mudah untuk melepaskan jawatan sebagai AJK Puteri UMNO bahagian. Namun pertimbangan bahawa kepentingan Puteri, kekuatan Bahagian melebihi agenda peribadi maka, kesediaan sebegini adalah rahmat kepada mana-mana sayap UMNO dalam usaha menuju agenda perubahan dan pemulihan.
Cuma bagi kepimpinan baru yang bakal mengambil alih, golongan yang mengundurkan diri ini jangan dilupakan. Letakkan golongan ini dalam satu barisan 'majlis penasihat' supaya segala pengalaman, kemahiran politik, pengurusan dan pentadbiran dapat diberikan khususnya untuk membimbing orang-orang baru.Peranan AJK lama dan baru ini harus dilihat sebagai pelengkap bukannya pesaing. Amalkan prinsip 'Yang tua dilupa jangan, Yang muda dibimbing tangan, Yang tua kita hormati dan Yang muda kita kasihi.'


Ini memandangkan urusan politik, pentadbiran dan pengurusan parti sama ada di peringkat bahagian, negeri mahupun peringkat Pusat memerlukan pengalaman luas, rantaian hubungan persahabatan yang meluas, kemahiran komunikasi awam yang pelbagai, keupayaan melakar aktiviti dan program bermanfaat, komitmen dan kerjasama padu semua pihak.


Jika ini mampu dihayati, dan jika amalan kompromi ini berterusan menjadi prinsip dan pegangan pimpinan dan ahli UMNO, suasana harmoni, semangat kekeluargaan dalam konteks pemilihan UMNO sama ada di peringkat cawangan, bahagian mahupun berjalan dengan kondusif, aman dan harmoni. Sekali gus mampu meningkatkan kredibiliti Puteri UMNO dan ini mampu menjadikan Puteri sebagai role model kepada sayap-sayap lain. Insyallah.