Wednesday, October 8, 2008

Kompromi dan Harmoni

Foto:LeonJackson
Kompromi Mampu Kukuhkan Kita? oleh Sangkar Emas

Amatlah menarik menyaksikan perkembangan mesyuarat cawangan Puteri UMNO yang telah berlangsung. Paling menjadi tumpuan apabila sudah ada kesediaan Ketua atau Ketua Puteri cawangan sebelumnya untuk mengundurkan diri secara terhormat dan memberi laluan kepada barisan pelapis kepimpinan yang baru. Usaha ini mampu memanfaatkan Puteri UMNO dari beberapa sudut. Pertama, mengelakkan pertembungan dan pertandingan yang sudah tentu jika berlaku akan lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan terutama di Bahagian yang mempunyai jumlah Puteri yang sedikit. Justeru masa, tenaga, wang ringgit dan idea mampu digembleng untuk menjana kembali dan memulihkan Puteri UMNO selain menyusun usahanya untuk terus memberi khidmat dan meluaskan pengaruh di kalangan wanita Melayu muda.


Kedua, akan berlaku proses penyalinan kepimpinan, supaya keberkesanan pentadbiran Puteri UMNO di peringkat cawangan & bahagian seterusnya akan bertambah mantap. Sekali gus mewujudkan dinamisme kepimpinan kerana proses peralihan kuasa dilakukan secara beradab dan dalam kerangka muafakat Melayu.

Meskipun barangkali ramai yang bertanggapan sinis bahawa UMNO bukannya hak milik pesaka, atau untuk difaraidkan sesama pimpinan tertentu sahaja, namun proses kompromi, dengan penegasan ketua Puteri UMNO bahagian yang sudah terlalu lama menabur khidmat mengambil pendekatan untuk mengundurkan diri, seharusnya disanjung tinggi.

Bukan mudah untuk melepaskan jawatan sebagai AJK Puteri UMNO bahagian. Namun pertimbangan bahawa kepentingan Puteri, kekuatan Bahagian melebihi agenda peribadi maka, kesediaan sebegini adalah rahmat kepada mana-mana sayap UMNO dalam usaha menuju agenda perubahan dan pemulihan.
Cuma bagi kepimpinan baru yang bakal mengambil alih, golongan yang mengundurkan diri ini jangan dilupakan. Letakkan golongan ini dalam satu barisan 'majlis penasihat' supaya segala pengalaman, kemahiran politik, pengurusan dan pentadbiran dapat diberikan khususnya untuk membimbing orang-orang baru.Peranan AJK lama dan baru ini harus dilihat sebagai pelengkap bukannya pesaing. Amalkan prinsip 'Yang tua dilupa jangan, Yang muda dibimbing tangan, Yang tua kita hormati dan Yang muda kita kasihi.'


Ini memandangkan urusan politik, pentadbiran dan pengurusan parti sama ada di peringkat bahagian, negeri mahupun peringkat Pusat memerlukan pengalaman luas, rantaian hubungan persahabatan yang meluas, kemahiran komunikasi awam yang pelbagai, keupayaan melakar aktiviti dan program bermanfaat, komitmen dan kerjasama padu semua pihak.


Jika ini mampu dihayati, dan jika amalan kompromi ini berterusan menjadi prinsip dan pegangan pimpinan dan ahli UMNO, suasana harmoni, semangat kekeluargaan dalam konteks pemilihan UMNO sama ada di peringkat cawangan, bahagian mahupun berjalan dengan kondusif, aman dan harmoni. Sekali gus mampu meningkatkan kredibiliti Puteri UMNO dan ini mampu menjadikan Puteri sebagai role model kepada sayap-sayap lain. Insyallah.

24 comments:

Anonymous said...

Pu3 LP patut beri laluan pd YB. Tak sedar diri korang! Mana Ada pu3 LP yg bergelar YB? Rasanya lah, tak akan ada pun! Cuma harap YB dapat hadir bersama2 Pu3 bhg sewaktu PRU13. Kalau tak dapt, Pu3 kali ni akan me Perak mbantu YB di Perak! Hidup Kak Noli!

Anonymous said...

i rela mengundurkan diri demi keharmonian PUTERI LP...buat per nk gadoh2..tanpa jawatan pun kita boleh bg komitmen kalu niat hati betul-betul murni berjuang demi agama,bangsa dan negara.

Anonymous said...

yat1e,
Saya setuju!Susah nak jadi YB kat Wilayah ni. Jadi,patut kita beri sokongan penuh kat Noli. Syikin boleh belajar. Lagipun,YB dikatakan akan mjadi Ketua Puteri Negeri jika lepas disini. Tak bangga ke kita? Satu hari nanti pasti akan jadi YB kat Wilayah.Hidup Puteri!!

Anonymous said...

Korang...sapa baru masuk kampung orang,dialah yg kena bagi laluan kat orang lama!! Kami kat Perak ni,tak tau menau dia senyap2 tukar. Dah tu tak bagi salam kat orang Wilayah. Bile di tanya,...kononnya tak tau le,tak faham le, konon hantar borang penukaran di beberapa tempat di Wilayah, nak jadikan AJK Bhg, kononnya tak berminatlah,tak de masa lah...Sebenornya,tak dapt tempat di Perak.
Mana dia ada pengalaman handel akar umbi?Dia yg TAK ADA pengalaman.. DIA yg patut belajar.
Lawan Yong,lawannnnnnnnnnn...

Anonymous said...

Boleh tak jangan gaduh?! Ko undi le sapa2 yang patut...Bosan baca ruangan komen nie.
Ketua Puteri UMNO MSIA kita calonkan sape? Naib? Ari tue jumpa YB Rosnah & Kak Ismalina..due2 mcm OK jer..cuma ingat Datin Isma jerkah budak2..mcm tak leh tima plak. Bile nak jumpe Bibi & Shaniza?
Dr.Wan dah jumpe. Kak Linda Zerain rajin SMS kite.Kak Noli sibuk kempen satu Malaysia,tak ada masa nk jumpe kita. Senator Diana tue mcm tak pernah plak tengok bercakap...

Anonymous said...

Ketua = Datin Ismalina
Naib = Dr. Wan

Harap Puteri Bahagian dapat pertimbangkan pilihan Puteri Cawangan Sri Sentosa.

Anonymous said...

XXXS... apahal nak hantar artikal macam ni... bawak lah bertenang....

Adik2 ni ada mata - lihat, ada telinga - dengar; sendiri boleh pikir.

Tak payah nak kompromi kalau cuma bagi kepentingan satu pihak yg nak menjadikan LP ini batu loncatan, pasal org LP sendiri yg mengaku mereka "tak berkelayakan". Kenapa mesti beri pada org yang perlukan "port" pasal mahu mengejar jawatan yg lebih tinggi.

Macam mana nak maju org LP kalau org LP sendiri tak beri peluang untuk anak jati kite berkembang. Org LP sendiri yg menjatuhkan/memperkecilkan org LP. Akak yakin jika di beri peluang, dengan support AJK yg mantap, anak jati kita mampu pergi lebih jauh....

Marilah kita sama2 beri semangat/keyakinan diri pada adik2 kite di LP ni bahawa mereka juga layak bercita2 menjadi YB. Tak payah nak masuk tempat org lain, tempat sendiri ada.

Adakah setiap kali ada pemilihan kite kena import org luar?

Apasalahnya jika anak2 jati LP sendiri yg diberi peluang untuk jadi YB di LP ni satu hari nanti.....

Anonymous said...

kalu betul2 YB benar2 nk terajui pu3 LP tunjukkanla komitment sebenarnya...tak pernah plak jumpa aku nie hah..apehal?tak perlukan undi aku ker?jgnla judge oo sebabkan aku org syikin die tak perlu jumpe aku...kalu la mcm nie payahla aku nk undi die dari peringkat akar umbi smpi ke peringkat atasan..belum apa-apa sudah judge org tue mcm nie org nie mcm tue...kalu betul2 YB nk jd ketua die harus WAJIB berbaik dgn semua ahli pu3 bhgn tanpa ada rasa prejudis langsung antara satu sama lain.ni tak umpama nak jadi mak tiri aku tapi tak reti nk berbaik dgn aku..boleh terima ker?tanak berbaik dgn anak tapi nak kawen ngn bapak aku...mcmane aku nak terima?nk senang n jalan mudah jer payahla YB oiii....amikla kesempatan hariraya bulan mulia nie berbaik2..aku pun da naik muak tgk pertelingkahan yang umpama takan berakhir nie...cube korang pikir kalu mcm nie punye gadoh nk bekerjasama nak buat aktiviti selepas nie payah la wei..pasti ada yang masam muka...

Anonymous said...

Syikin lagi le tak nampak muka pun. Dia pun sama - tak jumpa kita jagak.Kononnya kt ikut YB.Sama le dia orang suma - Norazah & Norlina tak turun mesy cawangan - tak sapa kenal dia org.Bubur lambuk pun tak de..camana nak dapat undi.
Maksu tu,kenal le...tapi tetap tak suka cara dia yg tah apa-apa!
Mcm tak de pilihan...

Joe B. said...

Aikkk,tak habih lagi bergaduh??

Ini senarai dia, setelah mengintai peluang mereka dari Cawangan.

1. Ketua - Nor Asyikin
2. Naib - Faizah

AJK:
1.Simpang 3
2.Fazillah
3.Uda
4.Murni
5.Noriah
6.Shidah
7.Hanim
8.Mazliati
9.Wirawati
10.Isma Dalila
11.Hayati Ramli
12.Hazriah
13.Zainah
14.Saidatul Idayu
15.Suriah

Anonymous said...

Ehemmm,saya calon AJK dan juga Ketua Puteri Cawangan jgak..apasal nama tak der?
Wirawati bukan Ketua Puteri Cawangan dan tidak dikenali oleh orang.

Anonymous said...

Saya harap Pu3 LP bertindak lebih matang dan calonkan YB sebgai Naib KPUM. Janganlah kerana nak tolak beliau sbg Ketua Puteri Bhg,pencalonan Naib KPUM pula tak diberi kepadanya.LPantai patut bangga krn org Lembah Pantai sendiri memegang jawatan ke-2 tertinggi dalam Puteri. Kemenangan beliau akan mengharumkan lagi nama Puteri LP.
Salam hormat saya kepada Kak Zalina. Saya harap Kak Zalina akan pertimbangkan semasak-masaknya.

Anonymous said...

tipah tertipu :- jawapannya sebab kau tue tak glamer dan tak jd peberet org..tak reti2 nk tonjolkan diri ker?jemputla akak nie g open house umah ko lehla akak bg undi...

Anonymous said...

Selangor Gal,
Sebelum ni tak nak fikir? Dah buat kacau kat sini, sampai dah ada 2 team,sampai bebudak kena desak dgn penyokong dia,cawangan tak pernah ada tetiba plak ada,RM pun dah mula gugur,berebut jawatan...wat pe nak calonkan dia lagi? Macam nie ke sifat calon Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia? Kalau nak tau,inilah sumbangan beliau yg TERBESAR untuk Pu3 LP = perpecahan antara Puteri. Pilihlah calon naib yang lain...

Anonymous said...

sekati korang larr..!
sini ponk korang nak berdebat..!
jgn2 korang ni hentam blakang jer pandai.., depang c YB ngan c syikin korang ampu diorg..!!
aper kes..!!

Anonymous said...

Korang pikir le - kalau YB jadi YB sekali lagi kat Perak masa PRU13..mampuih kita.Tak pergi tolong Ketua,kena.Pergi tolong Ketua pun kena balun dgn Wakil rakyat Parlimen sini....Melainkan dia jadi YB kat sini! Saya rasa kita semue patut mintak dia jadi YB di Lembah Pantai. Hantar Memorandum kat KPUM - atas kuota Puteri.Apa kata?Generasi pemimpin baru akan bermula di Lembah Pantai!

Anonymous said...

Setuju dgn YB Lembah Pantai!
Kita hilang undi org muda disini..saya rasa YB sebagai calon sangat sesuai.Tapi knowing UMNO LP,tak kan boleh terima dia dengan mudah-masing2 berebut nak jadi Wakil Rakyat sini.
Saya sokong YB Noli jadi bakal wakil Rakyat Lembah Pantai, ada chan kita menang balik kerusi LP. Tetapi saya menolak dia sbg Ketua Puteri Bhg. Patut dia duduk sbg AJK atau G5 Puteri Bhg dulu sebelum nak halau penghuni rumah nie.Tak berhemah langsung.Dia sbg Exco PUM patut tau le bawa diri.Kte yg cabok nie pun tau adat masuk rumah orang.Tak kan terejah jer..ketuk pintu umah,bagi salam,duduk jap,minum2 makan2,pas tu mintak diri,ucap timakasih.kan lebih molek?
Dengar cite Pu3 Wilayah pun tolak dia gara2 kekecohan yg jadik kat Lembah Pantai.Itu dinamakan semangat setiakawan dan penhormatan buat Kak Nana.

Anonymous said...

Joe B,
Memandai jer awak erk??Cantik jgak..ada gabungan orang baru & orang lame!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Assalamualaikum kepada penama org (tualang sekah rindu YB),

saya tak rasa yang penama ini memang betul org di kawasan tulang sekah. kalau betul penama ini memang org tualang sekah..sila tunjukan kebnaranya.

1. untuk maklumat penama (tualang sekah rindu YB) kami dari pejabat ADUN Tualang Sekah tidak pernah menerima sebarang jemputan dari pihak tuan or puan.

2. Setahu kami YB baru je turun dan berjumpa dengan org kawasan pada mingu lepas.

3. Kepada penama (Tualang sekah rindu Yb) yang budiman, tak perlulah kita memburuk-burukan dan menilai kempimpinan org lain hanya untuk sekadar kepentingan diri sendiri.

kalau akar umbi Puteri Lembah pantai inginkan YB Nolee sebagai Ketua puteri yang baru..itu hak mereka untuk memilih siapa yang mereka rasa layak untuk jadi pemimpin di situ..tak pelulah kita bersusah payah nak menjatuhkan org lain.

Princess Z said...

Berkempen pun kempen lah,jangan lah sampai mengaibkan orang!

Anonymous said...

Saya setuju dengan princess z,

tak salah kalau kita nak tolong kempenkan kawan2 kita...tapi tak perlu lah nak mengaibkan pihak lain untuk maraih kemenangan.karang kalau org lain buka cite dalam kelambu awak..baru awak semua tahu...siapa pun yang akan menang nanti kita terima je lah..biar akar umbi yang tentukan nanti ok..sama2 kita lihat..

Anonymous said...

Biar jela bg peluang untuk Syikin menunjuk bakatnya untuk memimpin dan menerajui kepimpinan pu3 LP..Bagi saya kalau hendak dicomparekan Syikin ngn Yb mmg la byk jurang..tp YB da smpi tahap ADUn n i think its too much kalu kite nk bandingkan cara YB ngn cara Syikin mentadbir.even cara berkempen pun tak sama...YB ada pengalaman berkempen semasa pilihanraya dan amat mudah bgnya memancing undi jika sekadar diperingkat Bhgn ini berbanding dgn Syikin sekadar ada tiket sbgi AJK pu3 Bhgn je.bg la peluang untuk Syikin..YB da terlalu profesional kalau bertanding dgn Syikin.bgla peluang pd org lain..kalau asyik YB je..tak menarikla dunia politik nie..bermakna org yg takde 'apa-apa' tidak ada peluang untuk menunjuk bakat kepimpinannya. Kalau asyik YB je...ADUN die..EXco Msia die..Ketua pu3 WP die..Ketua Bhgn die..Ketua Caw mmg sah2 die umpama kita amik contoh dunia hiburan..kalau asyik Siti je yg dok nyanyi...tv tue die..radio tue die sume die..HAMBAR la dunia hiburan nie wpun kita tau die hebat..mcm makan nasi hari2 lauk yg sama wpun lauk tue hidangan yg terhebat sure MUAK jugakkan...mcm da takde org lain yg talented plak dlm dunia nie..tgk mcm MAWI tetibe muncul dalam dunia hiburan hanya sekadar 3bulan dilatih dididik...sekarang die mampu mengegarkan dunia hiburan dan tak siapa boleh nafikan.sama je konsepnye.yang penting bg peluang..cukup2 dgn apa yang da ada bg peluang pada org lain plak.Pandangan ikhlas dr saya

Anonymous said...

setuju klau kita pilih AJK bahagian kali ni dari kalangan Ketua Puteri Cawagan..
barulah klau ada aktiviti di bahagian, ahli2 puteri cawangan dapat involve...ini tidak..asyik2 muka sama..baru laa ada kredibiliti..
knapa saya ckp mcm tuh???sebab..bila dia dipilih layak sebagai Ketua Puteri Cawangan..barulah terbukti yg dia disukai dan dipercayai menjalankan kerja2 puteri..ini kalau setakat kat cawangan pun xder jawatan tapi nak berangan jadi Naib Ketua Puteri Bahagian...LUPAKAN la...
This one of way to create a very good team for Bahagian...
please perwakilan semua...renung2kan...selamat beramal...