Friday, November 13, 2009

Lama Tak jumpa

Hai Kengkawan...
lama sudah pink.putih tak update blog ini...maaf la yea...
eemmm ape crite perkembangan terbaru Puteri UMNO Lembah Pantai yea...

InyaAllah, jika diizinkan tuhan..pelbagai aktiviti akan dijalan untuk menarik minat
belia-belia di lembah pantai....di samping menambahkan keahlian Puteri, terutamanya dia Lembah Pantai sendiri.

Kepada semua Ketua Puteri Cawangan,
Adalah di galakkan untuk membahkan bilangan ahli anda..
kalau takde borang keahlian, boleh dapat kan dari Uda ( Ketua Penerangan PU3LP)
dan harus di hantar selewat-lewatnya pada 26 Nov 2009 pada Uda atau Junaida (Setiausaha Pu3LP)

Disamping itu juga,
Pu3 Lembah Pantai akan mengadakan pertandingan go-kart (insy'Allah)
tarikh dah masa akan diberi tau kelak...
Menarikkan???

Ok la sampai disini sahaja...
Nanti pink.putih akan updatekan info2 / Aktiviti2 yang akan atau senang dijalankan...Insy'Allah

Generasi Wanita Prihatin

Saturday, October 3, 2009

Koir

Salam, Semua AJK Puteri Lembah Pantai dan Puteri-puteri Cawangan yang berminat untuk menbantu dan menyertai Kumpulan Koir UMNO Bahagian lembah Pantai ( bagi persiapan Perhimpunan Agong UMNO Malaysia) boleh la berikan nama anda kepada Uda di 012-420 2066

Tuesday, September 15, 2009

Salam Aidil Fitri 1430H


Aidilfitri hari kemenangan...Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan...Bagi mereka yang kekurangan

Tanpa mengira miskin kaya....Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya...Maaf-maafan di hari bahagia

Cincin disarung hati berdebar...Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar...Aidilfitri disambut dengan meriah

Ketua & Naib Ketua serta barisan AJK Puteri UMNO Lembah Pantai memohon kemaafan kepada anda sekalian andai kata kami ada terkasar bahasa terkurang budi bahasa sepanjang perkenalan kita. Semoga jalinan mesra yang terjalin abadi selamanya.

Bagi yang pulang ke kampung, berhati-hati ketika memandu. Memandulah dalam keadaan yang segar, jika penat atau mengantuk, berhenti seketika di R&R untuk berehat. Ingat keluarga yang menanti anda di kampung.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1430H
Maaf Zahir & Batin..

Monday, September 14, 2009

Kenangi Mereka Sayangi Mereka - Satu Kejayaan...


Salam...

Seperti yang sedia maklum, pada 12 September 2009, Puteri UMNO Bahagian Lembah telah mengadakan satu Program Amal "Kenangi Mereka Sayangi Mereka' Program yang telah diadakan bertujuan meringankan beban ahli keluarga anak-anak kurang upaya, yatim piatu, fakir miskin dan kurang berkemampuan di bawah umur 12 tahun. Program telah dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai merangkap Menteri Wilayah YB Senator Dato' Raja Nong Chik Bin Dato' Raja Zainal Abidin serta isteri Datin Nafizah Raja Nong Chik, Ketua Wanita UMNO Bahagian Lembah Pantai Dato' Sharifah Aminah, wakil penaja iaitu JAKEL Trading En. Ma'amor Bin Haji Hussain.

Alhamdullillah, program telah berjalan dengan selamat dan jayanya. Segala keperluan telah ditaja sepenuhnya oleh pihak Jakel Trading yang mana pemberian hamper, baju raya serta duit raya telah diberikan kepada kanak-kanak tersebut. Melihat wajah kegirangan serta kegembiraan kanak-kanak yang menerima sumbangan yang diberi terasa penat lelah yang dilalui sebelum program dijalankan hilang begitu sahaja. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak Jakel Trading. Kepada orang perseorangan yang turut memberi sumbangan, terima kasih jua di ucapkan kerana sumbangan anda sedikit sebanyak meringankan beban keluarga kanak-kanak tersebut.

Kepada ahli-ahli serta barisan AJK Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai yang terlibat dalam menjayakan program ini, terima kasih dan tahniah di ucapkan. Semoga program ini dapat dijadikan panduan dalam mengendalikan program-program yang akan datang.

Program yang telah memasuki tahun keempat ini juga didedikasikan khas buat mantan Ketua Puteri kita iaitu Kak Nana yang mana antara pencetus idea bagi memulakan program ini.

Terima kasih semua....!!!!

Friday, September 4, 2009

'Kenangi Mereka Sayangi Mereka"



Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Dengan penuh rasa rendah diri, Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai akan menganjurkan satu Program Amal "Kenangi Mereka Sayangi Mereka" yang akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 12 September 2009 ( Sabtu )
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Pejabat UMNO Bahagian Lembah Pantai

Program yang diadakan pada setiap tahun ini bermatlamat untuk membantu anak-anak penduduk Lembah Pantai yang kurang bernasib baik seperti anak-anak kurang upaya, yatim piatu, fakir miskin dan dari keluarga yang kurang berkemampuan di bawah umur 12 tahun. Seramai 100 kanak-kanak telah dikenal pasti untuk program amal ini.

Bagi membantu golongan ini, pihak Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai telah mengambil inisiatif untuk menjual barangan hiasan wanita iaitu gelang untuk menambahkan lagi dana bagi program "Kenangi Mereka Sayangi Mereka' ini. Dana yang akan diperolehi nanti, akan digunakan untuk meringankan serba sedikit beban ahli keluarga kanak-kanak tersebut bagi membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelma nanti.

"Membeli sambil Beramal" ini mengharapkan anda sekalian membantu kami untuk menambahkan dana bagi membeli keperluan diri kanak-kanak ini. Sebanyak 35 pasang gelang akan di jual dengan pembelian minimum sebanyak RM30.00. Para pembeli/dermawan yang sudi membeli gelang-gelang tersebut akan dijemput sama untuk mengikuti program amal ini yang akan berlangsung pada 12 September 2009 nanti. Pembelian/sumbangan perlu dibuat sebelum 11 September 2009.

Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai mengharapkan sokongan dari anda sekalian untuk melancarkan lagi Program Amal Tahunan "Kenangi Mereka Sayangi Mereka' ini. Kepada yang sudi untuk membeli dan juga untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi wakil dari Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai seperti berikut :

Ketua Puteri : Nor Asyikin Jafar ( 016 - 333 6753 )
Penyelaras Program : Islina Ibrahim ( 012 - 321 4844 )


Bagi sumbangan persendirian, boleh lah di buat melalui akaun seperti berikut:

Tabung Amal Program "Kenangi Mereka Sayangi Mereka:
Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai
RHIB Bank - 2643 - 3900 - 0013 - 16

Pihak Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai amat mengalu-alukan sokongan dari anda sekalian Sesungguhnya, sumbangan dari anda kami dahului dengan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Yang Menerima. AMIN..

Sekian, Terima Kasih.

Thursday, August 27, 2009

Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 52 Tahun 2009


Assalammualaikum wbt..

Segala puji dan penuh kesyukuran ke Hadrat Illahi kerana dengan hidayahNya kita rakyat Malaysia masih mampu mengecapi kehidupan yang aman damai walaupun pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi kita Muhammad SAW, para ahli keluarga baginda, para sahabat dan juga pejuang-pejuang Islam yang telah berjuang mengeluarkan umat manusia daripada alam kegelapan kepada alam yang penuh nur ilmu pengetahuan sebagaimana yang kita kecapi pada saat ini.

Bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan. Kita rakyat Malaysia hendaklah berbangga kerana negara kita telah mencapai 52 tahun kemerdekaan. Bukan perkara mudah untuk mencapai kemerdekaan seperti mana kita kecapi pada hari ini.

Erti sebenarnya kemerdekaan bukan hanya bermaksud bebas daripada penjajah tetapi juga dari segi minda, yang mana masyarakat perlu berkembang, bersifat terbuka dan memperkayakan diri dengan nilai-nilai yang baik. Sememangnya kemerdekaan minda ini mempunyai maksud yang besar. Minda merdeka adalah minda yang positif dan sentiasa berfikir, yang dapat mengamalkan cara berfikir di luar kotak dan yang lebih penting ialah BERDIKARI. Semoga seluruh rakyat Malaysia terutamanya golongan muda masa kini memerdekakan minda dari berfikiran hidup dalam serba kekurangan, kemiskinan dan fikiran yang membuatkan rasa rendah diri. Sesungguhnya, kita generasi muda inilah yang bakal membentuk negara Malaysia ke arah yang lebih maju dan berjaya lagi.

Bagi tahun 2009, "1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" dan logo Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 ( logo di atas) telah dipilih sebagai tema Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 52 pada tahun ini. Sambutan akan diadakan pada 31 Ogos 2009 di Perkarangan Bangunan Parlimen.

Diharap semua ahli-ahli Puteri dapat bersama-sama menghayati dan menghargai kemerdekaan negara Malaysia kita yang tercinta ini. Salam Kemerdekaan Tahun 2009.
...MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA...

Selamat Hari Lahir - Ogos 2009

Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai mengucapkan
Selamat Hari Lahir kepada ahli-ahli Pu3LP
yang menyambutnya pada bulan Ogos 2009.
Moga kalian dapat hadiah banyak-banyak yerr.... !!

1 Ogos
Zuraini Hassan (Caw. Kg. Hj Abdullah Hukum)
Azlinda Muhammad (Caw. Vista angkasa)
Nur Akma Aizam Hussin (Caw. Bukit persekutuan)
Norhidayah Ramli (Caw. Kg. Pantai)

2 Ogos
Shafilliza Samsuri (Caw. Bangsar Baru)

3 Ogos
Fazlina Marjani (Caw.Flat 17 Tgkt)
Norhayati Ramli (Caw. Kolam Air)
Fatimah Osman (Caw. Angsana)
Zahara Mohd Sarif (Caw. Bukit Persekutuan)
Fara Arnizah Jamil (Caw. Flat 17 Tgkt)

4 Ogos
Esah Bee@Rofidah Maidin (Caw. Simpang Tiga)
Sharinoor Jamaludin (Caw. Kampung Pantai)
Norafida Bachik (Caw. Kg. Hj Abdullah Hukum)
Azrena Ramli (Caw. Flat 17 Tgkt)

5 Ogos
Noorfaizah Muhammad Foud (Caw. Kg. Pantai)
Noorirdawaty Kamarodzaman (Caw. Kolam Air)

6 Ogos
Alfahanim Ahmad (Caw.Taman Sri Sentosa)
Saidatul Idayu Hamdan (Caw.Tmn. Bkt Angkasa)

7 Ogos
Nur Suhada Bakri (Caw. Vista Angkasa)

9 Ogos
Anizan Azma Abd. Latif (Caw. Kg. Pantai)
Sazarinda Md. Zaki (Caw. Vista Angkasa)

11 Ogos
Marlianawati Mohd. Ramli (Caw. Simpang Tiga)
Norhazlina Shamsuddin (Caw. Kg. Maarof)

12 Ogos
Suhaida Rasul(Caw.Kg Hj Abdullah Hukum)

13 Ogos
Nornazarina Abu Khalid (Caw.Kg Sri Pinang)

14 Ogos
Fazleena Yop (Caw.Bkt. Travers)
Juliana Kamarudin (Caw. Bkt. Bakong)
Hezlina Abu Zarim (Caw.Sri Pahang)
Norhidayah Mohd. Rashid (Caw. Kg. Bkt. Putra)

15 Ogos
Rohaida Md.Daud (Caw. Bangsar Baru)
Nor Hamiza Hamid (Caw. Tmn. Bkt. Angkasa)

16 Ogos
Natasha Zainal (Caw.Angsana)
Norsyahidah Hanim Mohd. Sallehuddin (Caw.Kg. Pasir Lama)
Hayati Wahab (Caw. Kg. Maarof)
Normalini Ab. Malik (Caw. Kg. Pasir Lama)
Siti Arfiana Abu Hasan (Caw. Bkt. Persekutuan)
Nur Shahida Sapii (Caw. Kg Pantai)
Jammaatun Ahmad Zabidin (Caw. Perumahan Kaw. D)

18 Ogos
Khairunnisa Wahidduddin (Caw. Bkt. Bakong)
Rosalizal Ibrahim (Caw. Vista Angkasa)

19 Ogos
Sohana Mazlan (Caw. Kg. Hj. Abdullah hukum)
Nurfatin Sulaiman (Caw. Kg. Pantai)

20 Ogos
Marini Abd. Rashid (Caw. Bangsar Baru)

21 Ogos
Norshila Abd. Rahman (Caw.Kg. Bkt. Putra)

22 Ogos
Norliza Ismail (Caw. Kg. Bkt. Putra)
Robe’ah Yusuf (Caw. Vista Angkasa)

23 Ogos
Zarina Abd. Jalil (Caw. Kg. Pantai)

24 Ogos
Ramlah Yusof (Caw. Kg. Pasir kiri)
Noorhashimah Nordin (Caw. Kg. Maarof)

25 Ogos
Norizan Ngah (Caw. Kg. Hj. Abdullah hukum)

26 Ogos
Saripah Zainol Abidin (Caw. Rumah pangsa 4 tgkt)

27 Ogos
Nor Azliza Idris (Caw. Vista angkasa)
Salinawati Ja’afar (Caw. Kg. Maarof)
Norhasella abd. Hamid (Caw. Bangsar Baru)

28 Ogos
Syahnorain Mustafa (Caw.perumahan kaw. D)

29 Ogos
Nuramirah Hj. Padil rahman (Caw. Kg. Pasir baru indah)

30 Ogos
Farafarhana Ahmad (Caw.Kg. Sri Pinang)

31 Ogos
Nor Asmah Sabtu (Caw. Taman Sri Sentosa)
Noor Juliza Mohd. Zaki (Caw. Taman Sri Sentosa)
Khodijah Mohd. Ghazali (Caw. Kg. Maarof)

Tuesday, August 18, 2009

Ramadhan - Tetamu yang dinanti...


Salam...

Doa disifatkan dalam salah sebuah hadis sebagai senjata orang Islam dan pada ketika yang lain diibaratkan sebagai otak dari ibadat. Orang yang berpuasa seharusnya membanyakkan berdoa kepada Allah. Doa memberi pengharapan dan menambah keyakinan seorang hamba terhadap penciptanya. Doa juga menyedarkan manusia betapa kerdil dan lemah manusia terhadap perancangan Allah.

Orang yang berpuasa digalakkan untuk banyak berdoa hinggakan disebut dalam satu hadis bahawa mereka termasuk dalam 3 golongan manusia yang tidak akan ditolak doanya. Sabda Rasulullah yang bermaksud 3 orang yang tidak akan ditolak doanya ialah pemerintah yang adil, orang yang berpuasa hingga dia berbuka dan orang yang teraniaya. Dapatlah kita fahami di sini latihan jiwa hasil daripada puasa akan menyebabkan manusia hampir kepada Allah dan lantaran ia dekat kepada Allah doanya mudah diperkenankan.

Manusia yang banyak berdoa kepada Allah bukan saja akan akur pada ketentuan Allah tetapi berkeyakinan bahawa Allah memakbulkan permintaannya bahkan apa yang telah ditentukan Allah adalah yang terbaik untuk dirinya.

Allah menjanjikan bahawa setiap yang meminta pasti akan dimakbulkan permintaannya. Ini bermakna Dia akan mengotakan janji-Nya. Apa yang dihajati oleh orang yang berdoa tadi akan ditunaikan tetapi menurut cara Allah dan perancangan-Nya bukan perancangan manusia. Kadang-kadang perancangan Allah sama dengan perancangan orang yang meminta kadang-kadang ia berbeza. Apa pun yang pasti doanya termakbul dan Allah memberi pilihan yang terbaik untuk manusia itu.

Ibadat puasa bukan saja menggandakan pahala untuk orang yang taat melakukannya tetapi ia menambah kekuatan spirituil melalui sifat ikhlas. Amalan puasa adalah antara manusia dengan Allah. Jika kita makan atau minum dengan diam-diam mungkin tiada siapa yang melihat cuma Allah saja yang tahu.

Dengan ini puasa menanam sifat jujur dalam diri sendiri dan kepada Allah. Apabila kita membiasakan diri dengan ikhlas, kita bertambah yakin dengan segala tindak-tanduk kita. Kerana pentingnya sifat ikhlas ini Allah s.w.t. sendiri yang akan membatas pahala orang yang berpuasa.

Ketahanan badan yang diperoleh melalui latihan berlapar dalam puasa juga menghasilkan ketahanan mental dan rohani. Melalui puasa dapatlah kita fahami bahawa seseorang menjadi kuat dan boleh bekerja bukanlah kerana makan saja tetapi kerana keyakinan dan iman kepada Allah akan menjadi nadi penggerak kepadanya. Ini terbukti dalam sejarah peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadan ketika pertama kali orang Islam diwajibkan berpuasa. Kekuatan seorang sahabat boleh bertambah menjadi kepada tenaga kekuatan dua puluh orang hanya kerana keimanan yang jitu pada Allah. Walaupun mereka sedang berpuasa musuh yang kenyang akhirnya tewas ditangan orang Islam yang lapar dan sedikit jumlahnya.

Kesan kerohanian ini sebolehnya dikekalkan dalam diri orang Islam. Dengan itu mereka dianjurkan meneruskan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal supaya kekuatan rohani ini berkesinambungan. Bahkan untuk menjamin kesan kerohanian ini lebih dirasai dan berterusan, dari sebelum Ramadan orang Islam sudah mula berjinak-jinak dan berlatih melalui puasa Rejab dan Syaaban.

Puasa Ramadan berbeza dengan puasa dalam bulan lain. Ia penuh keberkatan, kedatangannya dialu-alukan dan pemergiannya ditangisi. Jika manusia tahu apa yang terkandung daripada keberkatannya mereka akan memohon supaya Ramadan itu sepanjang tahun. Sayang sedikit bagi kebanyakan kita penekanan persediaan Ramadan ialah seolah-olah Ramadan terpaksa dilalui untuk meraikan raya. Persiapan untuk raya melebihi daripada persiapan untuk puasa., Seharusnya kita bersiap untuk puasa bersedia meningkatkan kekuatan dalaman.

Bulan Ramadan sangat istimewa. Berkat dan rahmatnya membuat kebanyakan orang terpanggil untuk membuat kebajikan dan menambah ibadat. Orang yang jarang membuat amalan sunat pun akan sanggup sama-sama berjemaah, tadarus dan bertarawih. Paling tidak pun mereka terpanggil ke masjid untuk menikmati juadah berbuka dan ''moreh'' selepas tarawih yang disedekahkan oleh orang ramai.

Faktor pembangunan kekuatan manusia sebenarnya adalah terletak pada tiga perkara utama iaitu akal, rohani dan jasmani. Semua kekuatan ini dapat dibina melalui puasa. Akal menjadi kuat dengan pembacaan al-Quran. Rohani dan jiwa pula kental dengan zikir dan istighfar. Fizikal badan pula mendapat ketahanan melalui puasa.

Ibadat puasa sesungguhnya berbeza dengan ibadat yang lain. Kesannya tidak terlibat secara zahir. Ia lebih merupakan amalan dalaman yang tersirat dalam diri seseorang. Ia berupaya memberi kekuatan dalaman untuk pembangunan insan.

Salam Ramadhan....

Terima Kasih...

Salam...


Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada semua wakil-wakil Puteri Cawangan yang hadir ke Persidangan Puteri LP tempoh hari. Sesungguhnya kehadiran kalian telah mengilhamkan lagi pelbagai idea, ilmu serta rasa kepada Puteri UMNO LP sendiri.
Terima kasih...!!

Monday, August 10, 2009

Serumpun Kasih, Semurni Ikatan Jalinan Mesra



Serumpun Kasih, Semurni Ikatan
,
Jalinan Mesra
Bersama
Warga Wisma Harapan

Pada
11 Ogos 2009n (Selasa)
8.00 pg - 1.00 tgh

Objektif progam ini adalah untuk mengajar belia agar bersikap bekerjasama dan saling menghormati, disamping mengajar kanak-kanak istimewa erti kehidupan dan berdikari.
Kami mengaturkan program ini untuk membantu Warga Wisma Harapan cara menanam pokok dan cara penjagaan pokok, memberi kasih sayang serta perhatian disamping mendekati lebih dekat insan-insan istimewa ini.

Disamping itu juga ingin mengembalikan keinsafan dan penyesalan pada diri.
Menghargai insan-insan istimewa serta kurang bernasib baik supaya mereka merasa lebih dihargai dan di sayangi, mengembalikan keyakinan dan kepercayaan pada diri supaya tiada perasaan rendah diri diatas kekurangan yg dimiliki.
Dan yang paling penting adalah untukmembuktikan tiada perbezaan dan jurang diantara satu sama lain






Friday, August 7, 2009

Persidangan Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai 2009


Persidangan Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 15 Ogos 2009 ( Sabtu )
Masa : 12.00 tengahari
Tempat : PWTC


Berikut merupakan wakil-wakil dari Pu3 Cawangan yang akan hadir pada mesyuarat tersebut :

BUKIT BAKONG
Juli Afiza Kamaruddin
Juliana Kamaruddin
Norliza Ishak

BUKIT PUTRA INDAH
Juraini Kulop
Marsila Mustafa

BUKIT TRAVERS
Nursyarul Hasyila Abd Latip
Nurul Azimah Abd Latif
Sahlilawati Omar

FLAT SRI PAHANG
Norazah Nordin
Hezlin Abu Zarim
Herliyuza Hanafi

FLAT 17 TINGKAT
Lisa Maisara Alimin
Fazlina Marjani

KG. BUKIT PUTRA
Noor Roshidah Nordin
Normazlizawaty Abdul Majid

KG. HJ ABDULLAH HUKUM
Roziana Ramly
Titi Haili Kamaron

KG. KERINCHI
Yazimah Mohd Yahya
Zurina Noor @ Said

KG. PASIR LAMA
Azzimah Abdul Rahim
Azziya Abdul Rahim

KG. MAAROF
Noorhasminah Nordin
Maslina Johari

KG. PANTAI
Maya Razlina Ab Rahman
Nurhidayah Ramli

KG. PASIR BARU INDAH
Fazlina Ibrahim
Zaitun Abidin

KOLAM AIR
Tantini Alias
Haslina Alias

SRI PINANG
Siti Asmah Mazin
Dayang Sharina Mohd Idris

TAMAN BUKIT ANGKASA
YB Nolee Ashilin Mohd Radzi
Siti Azilah Baharom
Maimunah Sahak

TAMAN SRI SENTOSA RIA AC4
Mazliati Abd Karim
Ruzi Abdullah
Rosfazilah Amanullah

TAMAN SRI SENTOSA
Noor Juliza Mohd Zaki
Azreena Azmi

ANGSANA
Natijah Md Said
Ulfat Khasyiah Baharudin
Norlizawati Abdul Jalil

BANGSAR BARU
Noor Ain Daud
Marini Abd Rashid

BUKIT PANTAI
Norshida Mohd Suffian
Danwani Idayu

SIMPANG TIGA
Noridah Abdul Karim

PAYA BAKTI
Asdayanti Daut

JALAN BANGSAR/MAXWELL
Khairul Zanirah Mohd Khair


Kepada Caw. yang tertinggal namanya di sini, mohon maaf. Sila beri info untuk dikemaskini.

Harap Maklum.


Tuesday, July 28, 2009

Terima kasih....

Salam..

Puteri UMNO Lembah Pantai mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kesemua ahli Pu3LP yang terlibat dalam menjayakan Program B2R pada hari Sabtu (25.07.2009) yang lalu. Sesungguhnya kehadiran kalian telah memeriahkan lagi suasana program tersebut.

Kepada pasukan bola jaring yang diwakili oleh Pu3LP iaitu pasukan Victory dan ProFire, tahniah kerana melibatkan diri. Untuk makluman, pasukan ProFire telah menjadi Johan perlawanan bola jaring tersebut. Tahniah..!! Bagi Victory, walaupun tidak berjaya, semangat kesukanan yang ditunjukkan amatlah dihargai.

Kepada barisan urusetia PU3LP yang mengelolakan perlawanan bola jaring tersebut, tahniah diucapkan kerana semuanya berjalan dengan lancar sekali.

TAHNIAH...!!!!

Monday, July 20, 2009

Selamat Hari Lahir - Julai 2009




Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai dengan ini berbesar hati untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada ahli-ahli Pu3LP yang menyambutnya pada bulan Julai 2009. Semoga kalian dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki serta diberkati Yang Maha ESA. AMIN....
Moga kalian dapat hadiah banyak-banyak yerr.... !!

1 Julai 2009
Tantini Alias - Caw. Kolam Air
Ernie Yusnita Mohamed Ali - Caw. Kg. Pasir Lama
Yazimah Mohd Yahya - Caw. Kg. Kerinchi
Che Norlydayu Che Seman - Caw. Bukit Persekutuan

2 Julai 2009
Zarina Abidin - Caw. Kg. Pasir Baru Indah
Noor Aziah Mohamad - Caw. Bukit Bakong
Siti Hajar Siron - Caw. Bukit Putra
Aliza Hussain - Caw. Kg Maarof
Raja Normayuzi Raja Kamarudin

4 Julai 2009
Che Wan Maziliati Che Wan Zaki - Caw. Jln Bangsar/Maxwell
Azdiza Akamar Ahmad - Caw. Taman Sri Sentosa
Nor Azlin Shahidan - Caw. R/Pangsa Kerinchi 4 Tingkat
Diana Aris - Caw. Kg. Maarof
Lisa Maisarah Alimin - Caw. Flat 17 Tingkat
Nina Farizah Jamil - Caw. Flat 17 Tingkat

5 Julai 2009
Melihasliza Mohamed - Caw. Kg. Pasir Baru Indah
Hasralinda Abd. Razak - Caw. Kg. Maarof

6 Julai 2009
Nor Azlina Ahmad - Caw. Kg Pantai
Nor Dalella Jaafar - Caw. Tmn Sri Sentosa

7 Julai 2009
Zarina Nordin - Caw. Jln Bangsar/Maxwell
Noor Asmawati Mahat - Caw. Kg. Kerinchi

8 Julai 2009
Mastura Mustaffa - Caw. Kg. Hj. Abdullah Hukum

9 Julai 2009
Nor Shahida Abdullah - Caw. Bukit Persekutuan

10 Julai 2009
Shahila Mohd Norbi - Caw. Vista Angkasa

11 Julai 2009
Norashida Abd Kadir - Caw. Tmn Pantai Indah Fasa 2
Noraini Abdullah - Caw. R/Pangsa Kerinchi 4 Tingkat

12 Julai 2009
Husnah Sabtu - Caw. Tmn Sri Sentosa

14 Julai 2009
Meriana Mahmud - Caw. Flat 17 Tgkt
Siti Khazlinawatey Ab Razak - Caw. Simpang 3

15 Julai 2009
Halimatos Saadiah Jaafar - Caw. Kg. Pasir Baru Indah
Nor Hazlin Karim - Caw. Sri Pahang

16 Julai 2009
Nor Akmazura Ahmad Kamarudin - Caw. Flat 17 Tingkat

18 Julai 2009
Siti Norimi Md Husin - Caw. Angsana
Linda Md Nasir - Caw. Kg. Maarof
Nor Aznie Aziz - Caw. Tmn Sri Sentosa
Siti Rodiah Zainal - Caw. Per. Awam Kaw. D

19 Julai 2009
Norsidah Ali - Caw. Kg Pasir Baru Indah
Irfi Zarina Zainal Abidin - Caw. Sri Pinang
Ros Fazilah Amanulla - Caw. Tmn Sri Sentosa Ria AC4

20 Julai 2009
Aida Haryati Ahmed Tharbe - Caw. Putra Ria
Kamariah Nor Abd Rahman - Caw. Kg. Maarof
Nor Ashikin Aziz - Caw. Sri Pinang

21 Julai 2009
Hamidah Musa - Caw. Kg. Pasir Baru Indah
Yuslina Mohamad Yusof - Caw. Kg. Maarof

22 Julai 2009
Azean Mohamad - Caw. Kg. Pantai
Noor Fitriyah Bad Majid - Caw. R/Pangsa Kerinchi 4 Tingkat

23 Julai 2009
Nurahda Shawatul Abu Bakar - Caw. Bkt Persekutuan

24 Julai 2009
Zullaili Ab Jalil - Caw. Tmn Pantai Indah Fasa 2

25 Julai 2009
Fatiah Ruzaimah Ilyani - Caw. Kg. Pasir Baru Indah
Nuriah Mohd Nor - Caw. R/Pangsa Kerinchi 4 Tingkat
Wirawati Hamani - Caw. Simpang 3

26 Julai 2009
Rodzita Ridzuan - Caw. R/Pangsa Kerinchi 4 Tingkat

29 Julai 2009
Rohana Haizan Khalid - Caw. Kg. Maarof
Suzana Adnan - Caw. Kg. Hj. Abdullah Hukum

30 Julai 2009
Zalifan Yasmin Ibrahim - Caw. Kg. Hj. Abdullah Hukum
Nor Azyanti Mustafa Al Bakri - Caw. Per. Awam Kaw. D

31 Julai 2009
Rosfarina Mansor - Caw. Kg. Maarof

Kepada nama yang tertinggal atau terlepas pandang, mohon maaf diminta. Sila kemaskini tarikh lahir ahli-ahli Pu3LP kepada Siti Zarima Adnan @ Khusnan.

Program Banteras Ragut & Rogol (B2R)


Salam..

Semua ahli-ahli Puteri UMNO Lembah Pantai dengan ini dijemput ke Majlis Perasmian Program B2R (Banteras Ragut & Rogol) dan juga Pelancaran Tabung B2R. Program akan berlangsung seperti berikut :

Tarikh : 25 Julai 2009 (Sabtu)
Masa : 6.30 pagi
Tempat : Dataran Merdeka Kuala Lumpur

Sebagai simbolik bagi program tersebut, satu acara 'Berjalan Kaki' akan dijalankan. T-shirt bagi program juga akan diberikan. Untuk menyertai program ini dan juga untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Siti Zarima Adnan @ Khusnan (Ketua Penerangan PU3LP) di talian 012-4202066.

Bas di sediakan.

Tempat : Perhentian Bas Kg Pasir Lama
Pantai Permai
Kondo Rakyat
Vista Angkasa
Stesen LRT Bangsar

Penyertaan sahabat-sahabat Pu3LP amat dialu-alukan. Semoga program ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kita semua. InsyaALLAH..

Tuesday, June 30, 2009

29 Jun 2009
Empat keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di setinggan Bukit B, Kampung Kerinchi, di sini, semalam jam 1 petang itu. Penghuni sempat menyelamatkan diri selepas menyedari api merebak dari sebuah rumah kosong.

Di Kesempatan itu, YB Dato'Seri Rosmah Mansor akan melawat mangsa-mangsa kebakaran di Bukit B, Kampung Kerinchi, esok jam 10 pagi.

Mari la kita bersama-sama menghulurkan bantuan dan rasa simpati serta prihatin terhadap mangsa-mangsa tersebut.

Tuesday, June 9, 2009

Selamat Hari Lahir - Yang lahir pada bulan June


Puteri Bahagian Lembah ingin mengucap kan
Selamat Hari Lahir kepada Puteri-puteri Lembah Pantai..
Semoga panjang umur, murah rezeki, Diberkati selalu...
Amin

01 Jun 2009
Jamaiyah Mohamed
Norlizawati Abd Jalil

02 Jun 2009
Junaidah Abd Karim

03 Jun 2009
Nor Azlina Othman
Baizura Ramli

05 Jun 2009
Waliaton Rafidah Wahab
Maya Razlina Abd Rahman
Isma Faizura Sulaiman
Aminah Zainal

06 Jun 2009
Norliza Mokhtar
Norazima Ahmad
Siti Asmah Mazin

07 Jun 2009
Salliza Razali
Azlin Muhamad Husin
Amar Preet Kamarulzaman

08 Jun 2009
Erlina mansur
Rohawati Rosdan@Roslan
Siti Hasmah Ismail

09 Jun 2009
Nur Ariffah Mohd Hatta
Ruhaidah Baharudin

10 Jun 2009
Norarzlita Arshad

12 Jun 2009
Noor Dinatul'Aina Yusof

13 Jun 2009
Shahidatul Azirah Hashim

14 Jun 2009
Norhayati Mahmud
Siti Nur Solehin Ibrahim

15 Jun 2009
Ayu Dalina Samchik
Roziliana Abd. Raoh
Nur Fadilah Omar

16 Jun 2009
Zurainah Mokhtar
Halizah Abdollah
Sharina Sofia Abd Aziz

17 Jun 2009
Juraini Kulop
Norlindah Mohamed Ali
Rima Musliza Ibrahim

18 Jun 2009
Faten Ainun Mohd Nawawi
Nor Lia Ariffin
Norazua Zabri
Anne Nur Ziella Aziz

19 Jun 2009
Iznadia Ghazali

20 Jun 2009
Ramlah Hashim
Nor Azura Jumri

21 Jun 2009

Noor Harzeeleen haron
Nur dyna Mohd Kairom
Zainab Deraman
Siti NurAishah Saibon

22 Jun 2009
Noor Ezlin Sha'ari
Elfa faizal
Nor Azlina Abd Halim
Azimah Azman
Aimi Izyan Ahmad Shah

23 Jun 2009
Zaitun Abidin
Nur Maslinda Zakaria
Siti Nor Keka Ahmad Sharif
Nor Hafizah Abd Aziz
Salfarina Mohd Sarif

25 Jun 2009
Siti Faifuzee Hamzah
Norazah Yusop

26 Jun 2009
Noor Aishah Abdullah
Siti Norashikin Abu Hassan
Noor Fiza Ayu Azmi
Suzana Zabidi
Nurul Akma Suboh

27 Jun 2009
Pauziah Rahmad
Rafizah Mohd Yasin

28 Jun 2009
Nor Faizah Mohd Sani
Junaidah Ab Majid

29 Jun 2009
Rozita Abd Raoh
Suziyana Sabtu

30 Jun 2009
Rubiah mohd Yusof
Siti Nor Adnan@Khusnan

Kepada nama nya yg tertinggal... harap maaf...
Boleh la update pada Siti Zarima @ Uda...

Wednesday, May 20, 2009

Facebook Pu3 Lembah Pantai


Kengkawan...sekarang Pu3 Lembah Pantai, dah maju skit.
dah ada Facebook...
senang je nak cari...PU3 Lembah pantai...mesti jumpa punya.
di harap dengan cara ini pun dapat la kite berkomunikasi dan mengeratkan lagi titian ukhuwah.

Jom Facebook!!

Friday, May 15, 2009

Kursus Motivasi dan Kepimpinan

TAHNIAH......
Semoga anda semua mendapat manfaat dari kursus tersebut...
Harapan- semoga dengan ada kursus seperti ini..dapat lagi mengerat kan silaturahim

APE YANG PENTING??
kerjasama...... (bak kata kumpulan VICTORY)

Tuesday, May 12, 2009

Selamat Hari UMNO yang ke 63 tahun

63 tahun yang lalu, pada 11hb. Mei 1946, setelah melalui beberapa pertemuan dan perbincangan, pemimpin-pemimpin Melayu dari pelbagai persatuan dari seluruh tanahair telah bersepakat untuk menyatukan seluruh perjuangan Bangsa Melayu di Tanah Melayu yang selama ini terpisah-pisah atas faktor primordial dan parochial.

Perjuangan orang Melayu yang pernah dijajah ratusan tahun hanya berjaya apabila ianya disatukan dibawah satu wadah: Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, PEKEMBAR atau UMNO.

Sebelum itu Melayu berjuang secara terpisah-pisah kerana mementingkan semangat kesukuan dan kedaerahan. Melayu Kelantan berjuang untuk orang Kelantan. Melayu Perak berjuang untuk orang Perak. Begitu juga Melayu dari negeri-negeri yang lain termasuk Melayu Johor.

Lahirlah bermacam-macam persatuan seperti API (Angkatan Pemuda Insaf), KMM (Kesatuan Melayu Muda), PETA (Pembela Tanahair), LKMJ (Lembaga Kesatuan Melayu Johor), PMSJ (Pergerakan Melayu Semenanjung Johor dan banyak lagi. Masing-masing mempunyai matlamat perjuangan yang sama iaitu untuk menentang penjajahan Inggeris, tetapi mereka terpisah kerana semangat negatif, yang mengecilkan perjuangan mereka iaitu semangat kesukuan dan kedaerahan.

Dato Onn Jafar adalah tokoh pemimpin Melayu yang telah berjaya menyatu dan memperkasakan perjuangan Melayu melalui satu sahaja wadah Perjuangan iaitu UMNO.

Walaupun UMNO telah ditubuhkan pada tahun 1946, masih ada persatuan Melayu seperti SABERKAS dan Persetiaan Melayu Kelantan yang masih berdegil dan enggan membenarkan ahlinya menjadi ahli UMNO secara terus.

Dengan kebijaksanaan Allahyarham Dato’ Onn Jaafar, melalui sebuah ucapannya pada tarikh 27hb Disember 1947, beliau telah berjaya menyedarkan orang Melayu tentang kesilapan ini dan perjuangan Melayu dapat disatukan melalui parti UMNO yang unggul.

Kesannya, hanya sepuluh tahun sahaja kemudian daripada itu, iaitu pada tahun 1957, Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaannya setelah melalui zaman penjajahan yang penuh keperitan dan penghinaan kira-kira selama 450 tahun. Peringatan Dato Onn ini kepada orang Melayu telah dilafaskannya kira-kira 63 tahun yang lalu.

Hari ini terdapat juga dari kalangan kita yang berjuang dengan mengajak dan menyeru orang Melayu khususnya Ahli UMNO agar kembali semula ke era atau zaman kelemahan perjuangan Melayu. Mereka ini berusaha untuk melemahkan UMNO. Mereka mengajak orang Melayu berundur kebelakang. Mereka mengajak orang Melayu membongkar kubur pejuang-pejuang kesukuan dan kedaerahan yang telah lama dikuburkan oleh UMNO dan cuba menghidupkan tulang-tulang yang telah reput itu.

Menyentuh tentang mereka ini, saya teringat akan sebuah pesanan Lukmanul Hakim yang terkenal itu kepada anaknya. Lukmanul Hakim pernah berpesan kepada anaknya : “wahai anakku, Jika kamu tidak dapat menjadi garam yang boleh menahan ikan dari menjadi busuk, maka janganlah sekali-kali kamu menjadi langau yang akan mempercepatkan lagi ikan itu menjadi busuk.

Moral atau pengajaran yang boleh kita dapat dari pesanan Lukman Hakim itu adalah : Jika kita tidak dapat untuk menyumbang kepada memastikan UMNO terus utuh dan kuat bagi menjayakan agenda perjuangan bangsa Melayu, maka janganlah pula kita menjadi orang yang beria-ia dan bersungguh-sungguh berusaha untuk merosak dan menjahanamkan UMNO yang keramat ini. Mudah-mudahan, kita akan mendapat pengajaran dari pesanan yang sungguh amat bermakna ini.

Dalam setiap langkah perjuangan UMNO, ianya hanya boleh berjaya jika ia terus diberikan sokongan, khususnya oleh orang-orang Melayu. Lagi ramai orang Melayu menyokong UMNO, lagi pantas, lagi mudah dan lagi cepat UMNO bergerak, untuk memberi pembelaan dan perjuangan kepada orang-orang Melayu.

Orang Melayu tidak menyokong UMNO hanya kerana nama pertubuhan kita adalah UMNO. Orang Melayu akan terus memberikan sokongan yang berterusan kepada UMNO, hanya jika kita sentiasa berjuang untuk memelihara kekuasaan politik, kesejahteraan ekonomi dan martabat sosial serta mempertingkatkan kesucian agama islam dan keagongan bangsa kita.

Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 (PRU12) yang lalu telah menunjukkan bahawa, ada tanda-tanda bahawa orang Melayu khususnya generasi muda, telah mula hilang kepercayaan kepada parti kita UMNO. Selain Kelantan, kini Kedah, Perak (dapat kita tawan kembali), Pulau Pinang dan Selangor telah berjaya ditawan oleh Parti Pembangkang. Negeri Johor yang terkenal selama ini sebagai kubu kuat UMNO, juga telah berjaya dicerobohi oleh pihak pembangkang.

Lanjutan dari kemerosotan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum yang lalu, telah menyebabkan kegawatan dalam parti kita UMNO. Begitu juga dalam parti-parti komponen BN yang lain. Masing-masing cuba menuding jari menyalahkan pihak yang lain.

Tindakan menyalahkan pihak lain tidak akan menyelesaikan masalah yang sedang kita hadapi, melainkan kita sendiri harus mengkaji semula kelemahan dan kesilapan diri kita, seterusnya mengambil jalan secepat mungkin, untuk memperbaiki kelemahan dan kesilapan tersebut. Masa terus berjalan. Jika kita lambat bertindak dan terus menyalahkan pihak lain, kemungkinan untuk bangkit semula dalam Pilihanraya Umum yang akan datang menjadi semakin tipis.

Kesan dari keputusan PRU12 yang lalu juga, telah menyebabkan orang-orang Melayu yang merasa cemas dan tergugat, mula mengambil tindakan menubuhkan bermacam-macam pertubuhan. Dalam keadaan kita mahu menyatukan Orang Melayu yang telah mula berpecah, tindakan ini tentunya tidak akan membantu. Malah tindakan menubuhkan lebih banyak pertubuhan ini akan menambahkan lagi perpecahan kepada Orang Melayu.

Namun bagi saya, keadaan ini juga sebenarnya boleh ditafsirkan sebagai menunjukkan, bahawa sudah ada tanda-tanda Orang Melayu mula merasakan bahawa mereka tidak boleh lagi mengharapkan Parti UMNO untuk menjamin dan membela nasib mereka. Orang Melayu mula merasa tidak selamat lagi.

Banyak seminar, banyak forum dan perbincangan telah diadakan untuk mengkaji apa yang sebenarnya telah terjadi kepada UMNO dan Barisan Nasional, pada PRU12 yang lalu. Maka begitu banyak sebab telah kenal pasti sebagai punca kepada keadaan ini. Banyak juga cadangan yang telah diterima oleh UMNO untuk dilaksanakan, bagi mengembalikan keyakinan dan sokongan pengundi kepada parti kita.

Apa yang pasti, persepsi atau pandangan masyarakat dan pengundi terhadap parti kita telah banyak merosot dan berubah. Ahli UMNO kini dilihat mementingkan diri sendiri berbanding melaksanakan tanggungjawabnya untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Ahli UMNO jugai dilihat lebih gemar mengejar jawatan bagi kepentingan diri dan kumpulan mereka sendiri. Ahli UMNO kini dilihat malah dituduh sebagai orang yang rasuah.

Ahli UMNO juga digambarkan sebagai gila kuasa sehingga sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk menyogok dan merasuah bagi mendapatkan jawatan tertentu dalam parti.

Bermacam-macam persepsi buruk yang telah dilabelkan kepada UMNO. Semua ini tidak boleh kita ambil dan pandang ringan kerana semua inilah yang menentukan kemenangan atau kejayaan parti kita pada masa depan.

Samada kita suka atau tidak dengan setiap persepsi mahupun label buruk yang telah diberikan kepada parti kita, rakyat atau pengundi telah membuat keputusan di peti-peti undi pada PRU12 yang lalu.

Samada kita menerimanya atau menafikannya, kita telah kehilangan 4 buah lagi negeri pada PRU12 yang lalu. Adakah kita sanggup kehilangan beberapa buah negeri lagi pada PRU13 yang akan datang.

Jika kita terus berbalah dan menyalahkan pihak lain serta tidak cepat bertindak, kita malah mungkin akan menerima kekalahan yang lebih teruk lagi, dan mungkin juga akan terus kehilangan kuasa di peringkat Kerajaan Persekutuan. Adakah kita sanggup perkara ini terjadi kepada parti kita.

Tidak ada maknanya jawatan dalam parti yang kita perolehi dengan menggunakan sogokan itu, sekiranya parti kita telah kehilangan kuasa untuk memerintah.

Justeru itu, marilah kita bermuhasabah diri. UMNO tidak boleh kalah dalam pilihanraya. UMNO tidak mampu untuk menerima kekalahan dalam pilihanraya.

UMNO yang keramat ini mempunyai tanggungjawab besar kepada kelangsungan dan masa depan Bangsa Melayu. UMNO, parti keramat yang banyak berjasa ini, memikul amanah yang sungguh besar bagi memartabatkan Bangsa Melayu.

Kepada UMNO diletakkan harapan yang tinggi untuk memastikan Bangsa melayu dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa yang lain. Dan kepada UMNO jugalah diharapkan menjadi benteng kepada ketinggian syiar Islam di Negara bertuah ini.

Maka pada hari ini, saya ingin menyeru kepada semua ahli dan pemimpin UMNO, marilah kita bersatu memulih dan mengembalikan semula kepercayaan dan sokongan rakyat kepada parti kita. Marilah kita berganding bahu menyelamat dan menguatkan semula parti kita yang telah banyak berjasa ini. UMNO telah berusia 63 tahun.

Jika diibaratkan seperti kenderaan, UMNO telah ditunggangi oleh Orang Melayu selama 63 tahun. UMNO telah tua. UMNO perlu dipulihkan dan diberikan tenaga semula. UMNO perlu diREMAJAkan semula agar parti kita ini dapat terus diterima, dipercayai dan diberikan sokongan tidak berbelah bahagi oleh Orang Melayu.

UMNO perlu diremajakan semula agar dapat terus berkhidmat kepada masyarakat dan orang Melayu. UMNO perlu diremajakan semula agar Bangsa Melayu terus berkuasa di Negaranya sendiri. UMNO perlu diremajakan semula kerana Orang Melayu belum mampu untuk hidup tanpa kuasa politik UMNO.

Sebagai generasi muda dan generasi pelapis yang akan mewarisi UMNO, marilah kita mulakan langkah untuk meremajakan UMNO. Marilah kita tingkatkan azam dan semangat kita untuk terus berkhidmat kepada masyarakat melalui UMNO.

Marilah kita mengukuhkan kesatuan kita. Marilah kita menunjukkan sifat prihatin kita terhadap segala permasalahan yang sedang berlaku dalam masyarakat. Marilah kita buangkan sifat-sifat dan prilaku buruk yang telah menyebabkan masyarakat dan pengundi memandang serong kepada parti kita.

Marilah kita mendekati semula masyarakat yang mungkin telah kita tinggalkan suatu masa dahulu kerana kesibukkan kita. Marilah kita menunjukkan contoh dan imej yang baik kepada masyarakat, kerana sebagai pemimpin dan ahli parti, diri, peribadi dan perlakuan kita adalah cerminan kepada parti kita. Baik pandangan masyarakat kepada kita, insyaAllah baiklah juga pandangan mereka kepada parti kita UMNO.

Sebaliknya, jika buruk pandangan mereka kepada kita, maka buruk jugalah pandangan mereka kepada parti kita UMNO.

Marilah kita mengembalikan semula persepsi dan keyakinan masyarakat supaya mudah-mudahan, UMNO akan kembali diterima dan menjadi satu-satunya parti yang mampu menjadi pembela kepada nasib dan masa depan Bangsa Melayu seperti dahulu.

MataHati : "Sayangkan Bangsa adalah 'Roh' kepada perjuangan UMNO selama 63 tahun ini. Hanya dengan memiliki perasaan Sayangkan kepada Bangsa Melayu akan memastikan kita akan sentiasa cuba memberikan yang terbaik dan menghindarkan sesuatu yang buruk dari menimpa kepada bangsa kita"

Selamat Hari UMNO yang ke 63 tahun. Bersama kita memperkasa dan memelihara UMNO agar dapat kita wariskan kegemilangannya kepada generasi akan datang, InsyaAllah

Dipetik dari FB - MataHati Bangsa

Sunday, May 3, 2009

Kursus Motivasi Dan Kepimpinan



Puteri UMNO Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah membuat keputusan perlunya mengadakan Kursus Motivasi Dan Kepimpinan, bagi memenuhi inspirasi pewaris Negara di masa akan datang supaya puteri-puteri dapat memupuk sikap kerjasama berpasukan , berdikari dan menghormati di antara satu sama lain serta taat kepada Agama, Bangsa dan Negara

Tujuan dan matlamat

  • Memberi bimbingan ke arah mewujudkan Puteri yang proaktif dan dapat memenuhi kehendak negara
  • Dapat mengajar puteri bersikap kerjasama dan menghormati antara satu sama lain
  • Melahirkan pelapis pemimpin yang cekap, dedikasi serta disiplin dan dapat mengajar puteri supaya taat kepada Agama, Bangsa dan Negara
  • mewujudkan hubungan mesra, kerjasama dan muhibah di kalangan puteri-puteri Lembah Pantai.
Tarikh : 09 Mei 2009 (Sabtu) - 10 mei 2009 ( Ahad)
Tempat : Cope Adventure
Menara Tinjau, Hulu Langat
Kajang, Selangor
Di rasmi kan oleh : YB Senator Dato' Raja Nong Chik
Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai


Jadual Mesyuarat Cawangan-Cawangan 2009

18 Mei 2009 (Isnin)

Perasmian serentak semua cawangan-cawangan dalam Lembah Pantai
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Pusat Kominiti Lembah Pantai
Di Rasmian oleh YB senator Dato' Raja Nong Chik
Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai

17 Mei 2009 (Ahad)

1)
Cawangan : Kampung Pasir Baru Indah
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Perumahan Pantai Permai

2)
Cawangan: Taman Bukit Angkasa
Masa : 3.30 Petang
Tempat : Dewan UMNO Taman Bukit Angkasa

3)
Cawangan: Flat 17 tingkat
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Dewan UMNO Flat 17 Tingkat

23 Mei 2009 (Ahad)

1)
Cawangan: Bukit Travers
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Singahsana Hotel, Petaling Jaya

2)
Cawangan: Bukit Bakong
Masa : 2.00 Petang
Tempat :Singahsana Hotel, Petaling Jaya

3)
Cawangan: Bangsar Baru
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Singahsana Hotel, Petaling Jaya

4)
Cawangan: Kampung Paya Bakti (Putra Ria)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Dewan Blok 92, Apartment Putra

24 Mei 2009 (Ahad)

1)
Cawangan: Kampung Paya Bakti (Putra Ria)
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Dewan UMNO Kampung Kerinchi

2)
Cawangan: Simpang Tiga
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Dewan UMNO Simpang Tiga

3)
Cawangan: Bukit Putra
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Dewan UMNO Bukit Putra

30 Mei 2009 (Ahad)

1)
Cawangan: Sri Pinang
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Dewan UMNO Sri Pinang

31 Mei 2009 (Ahad)

1)
Cawangan: Kampung Pasir Lama
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Dewan Pasir Permata

2)
Cawangan: Kampung Hj Abdullah Hukum
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Dewan Apartment Kg Hj Abdullah Hukum

05 Jun 2009 (Ahad)

1)
Cawangan: Kolam Air
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Dewan Tabika Kolam Air

06 Jun 2009 (Ahad)

1)
Cawangan: Sri Pahang
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Dewan UMNO Sri Pinang

07 Jun 2009 (Ahad)

1)
Cawangan: Rumah Pangsa Kg Kerinchi (4 Tingkat)
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Dewan UMNO 4 Tingkat

14 Jun 2009 (Ahad)

1)
Cawangan: Taman Sri Sentosa
Masa : 10.00 malam
Tempat : Dewan UMNO Taman Sri Sentosa

2)
Cawangan: Jalan Bangsar/ Maxwell
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Dewan UMNO Bahagian Lembah Pantai

3)
Cawangan: Kampung Pantai
Masa : 2.30 malam
Tempat : Dataran blok 3

3)
Cawangan: Bukit Pantai
Masa : 9.00 malam
Tempat : Dewan UMNO Bahagian Lembah Pantai

19 Jun 2009 (Ahad)

1)
Cawangan: Sentosa Ria AC4
Masa : 9.00 malam
Tempat : Kawasan Lapang Sebelah Surau

20 Jun 2009 (Ahad)

1)
Cawangan: Kampung Maarof
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan UMNO Kampung Maarof

21 Jun 2009 (Ahad)

1)
Cawangan: Kampung Bukit Putra Indah
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Blok 6 PPR Kampung Limau

Wednesday, April 22, 2009

Renungan oleh Ustaz Syed Hasan Alatas



Oleh Ustaz Syed Hasan Alatas


Al-Habib Abdullah Al-Haddad, seorang daripada Ulama Besar yang memiliki Ilmu Pengetahuan yang luas dan mempunyai pandangan yang jauh menulis dalam kitabnya yang berjudul:Al-Fusul al-Ilmiyah walushul al Hikmiyah yaitu kitab yang mengandung Ilmu dan Hikmah,beliau menulis:


"Diatas dunia ini ada empat jenis manusia, bila mereka baik dan jujur,maka damai dan tenteramlah hidup ini,yaitu:


Pertama:Hamba Allah yang gemar beribadah, jujur, istiqamah, hidup dengan sederhana meskipun kaya, selalu meningkatkan hubungannya dengan Allah s.w.t dan berpegang teguh kepada ajaran agamanya.


Kedua: Ulama yang menguasai masaalah agama, mendalam Ilmu Pengetahuannya berkenaan al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w., konsisten mengamalkan Ilmunya, sanggup menyebar luaskan Ilmu Pengetahuannya kepada orang ramai, tidak jemu memberi petunjuk ataupun nasihat baik diminta ataupun tidak, tabah menjalankan amar ma'ruf nahi mungkar, tidak menyelewengkan ketentuan agama, tidak gentar menghadapi makhluk dalam menjaga dan menyampaikan kebenaran dari Allah s.w.t.


Ketiga: Umara ataupun pemimpin yang adil, demokratis, berkelakuan baik, menghargai kebenaran dari manapun datangnya,jujur dalam memimpin.


Kempat: Orang kaya atau konglomerat yang soleh, yang mendermakan harta kekayaannya pada tempat yang membawa manfaat bagi orang ramai. Menolong yang lemah dan memerlukannya. Dia mencari hartanya dengan tujuan yang mulia.


Habib Abdullah melanjutkan nasihatnya:"Sebaliknya ada pula empat jenis manusia yang boleh menghancurkan kedamaian hidup ini, yaitu:


Pertama: Seseorang yang tekun beribadat tetapi tidak sesuai dengan petunjuk agama.
Kedua: Ulama yang pandai menyelewengkan hukum dan ajaran Islam sesuai dengan keinginan. Ketiga: Umara atau pemimpin zalim, tidak bijaksana dalam memimpin ummatnya. Bila menjalankan Hukum tidak berdasarkan kebenaran.
Keempat: Orang kaya atau konglomerat yang serakah, hobinya menimbun harta sebanyak mungkin, tidak peduli dari mana dan dengan cara apa diperoleh yang penting wang. Halal haram bukan ukuran. Sifatnya bakhil, tidak ada sedikitpun perasaan kesetiaan sosial, yang difikirkannya hanya kesenangan dan kepuasan dirinya semata-mata.


Thursday, April 16, 2009

Happy Bithday !!!


HAPPY BIRTHDAY KAK IKIN


God gave a gift to the world when you were born—
a person who loves, who cares,
who sees a person’s need and fills it,
who encourages and lifts people up,
who spends energy on others
rather than herself,
someone who touches each life she enters,
and makes a difference in the world,
because ripples of kindness flow outward
as each person you have touched, touches others.
Your birthday deserves to be a national holiday,
because you are a special treasure
for all that you’ve done.
May the love you have shown to others
return to you, multiplied.
I wish you the happiest of birthdays,
and many, many more,
so that others have time to appreciate you
as much as I do.

Thursday, April 9, 2009

Menteri Wilayah Persekutuan


Dengan rasa tawadho' marilah kita bersyukur kehadrat Ilahi atas izin Nya, Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai dianugerahkan jawatan Menteri Wilayah Persekutuan oleh
YAB Perdana Menteri.
Tanpa rasa angkuh dan ujub mari kita teruskan perjuangan kita berketuakan Dato' Raja Nong Cik demi agama, bangsa & negara khususnya masyarakat setempat.
Datuk Ibrahim Thambycik
Setiausaha Umno Bahagian Lembah Pantai.

Monday, April 6, 2009

Shhh....PM turun ke Vista Angkasa!



Datuk Seri Najib Tun Razak, yang baru memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia kurang dari 24 jam, telah mengadakan lawatan mengejut ke Vista Angkasa. Beliau diringi oleh Datuk Zulhasnan Rafiq, Menteri Wilayah Persekutuan and Ketua UMNO Bahagian Lembah, Dato' Raja Nong Chik telah mengegarkan penduduk sekitar Vista Angkasa yang kebetulan mengadakan sesi dialog bersama pihak DBKL.
YAB Perdana Menteri berkata, sengaja beliau merahsiakan lawatan ini kerana tidak mahu penduduk turun dengan bunga mangar, berkompang & permaidani merah terbentang. Beliau juga berbisik kepada Dato' Raja jika ada sambutan yang seperti itu, beliau tidak akan singgah ke Vista.
Eloklah begitu...jika diwar-warkan, tentu penuh dengan orang-orang parti. Orang-orang parti, dah tentu menyokong parti. PM pulak mahukan peluang untuk berjumpa rakyat, mendengar keluhan penduduk. Dengan cara ini mungkin beliau dapat mendengar sendiri apa sebenarnya yang penduduk tempatan harapkan dari kerajaan.
Turut hadir, Datuk Bandar, Ketua Cawangan Vista Angkasa, En. Ismail Masri dan beberapa AJK Bahagian.
Gambar dikirimkan oleh Kak Nana yang kebetulan baru lepas makan di Old Town While Coffee, Kerinchi.
Princess Z : Kak Nana, Kak Lia & geng yang telah melangkah ke alam Wanita, apa khabar? Hantarlah emel ke saya tentang peralihan akak semua ke sana. Nak tau gak...

Saturday, April 4, 2009

Tun - kembali




SUNGAI PETANI: “Bapa saya (Tun Dr Mahathir Mohamad) akan kembali menyertai Umno dan menyerahkan permohonan rasmi kepada Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 6 April ini,” kata Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata, bapanya akan menyertai kempen Barisan Nasional (BN) pada saat akhir iaitu sehari sebelum hari pembuangan undi di Bukit Selambau pada jam 5.30 petang.

“Ayah dan ibu, Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali akan menyerahkan permohonan rasmi menyertai semula Umno pada 6 April ini sehari sebelum hari mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada 7 April ini.

“Kemasukan semula bekas Perdana Menteri ini sebagai saat yang paling ditunggu dan berharap akan memberi suntikan baru kepada Umno menjelang pilihan raya kecil Batang Air, Bukit Gantang dan Bukit Selambau,” katanya selepas program senam berirama bersama penduduk Taman Wira Tasik Apong di sini, semalam.

Friday, April 3, 2009

Terima Kasih Pak Lah, Selamat bertugas Najib


Sabtu lepas, Pak Lah menyerahkan jawatan Presiden Umno kepada Najib dan dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi memaklumkan hasrat beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri selepas menerajui negara selama lebih lima tahun.


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun.

sedikit info tentang DS Njib:-

Najib, 55, mempunyai beberapa rekod dalam sejarah poitik tanah air, termasuk menjadi Anggota Parlimen paling muda pada usia 22 tahun, Menteri Besar paling muda pada usia 29 tahun, anggota Majlis Tertinggi Umno paling muda pada usia 28 tahun, timbalan menteri paling muda pada usia 25 tahun dan menteri paling muda pada usia 33 tahun.

Thursday, March 26, 2009

Keputusan Pemilihan UMNO 2009


TIMBALAN PRESIDEN (1 kerusi)
1.Muhyiddin Yassin - Pagoh, Johor (1,575 votes)
2. Muhammad Muhd Taib - Kelana Jaya, Selangor (916)

NAIB PRESIDEN (3 kerusi)
1. Ahmad Zahid Hamidi - Bagan Datok, Perak (1,592)
2. Hishammuddin Hussein - Sembrong, Johor (1,515)
3. Mohd Shafie Apdal - Semporna, Sabah (1,445)
4. Mohamed Khaled Nordin - Pasir Gudang, Johor (1,397)
5. Rais Yatim - Jelebu, Negri Sembilan (491)
6. Mohd Isa Abdul Samad - Telok Kemang, Negri Sembilan (432)
7. Syed Hamid Syed Jaafar Albar - Kota Tinggi, Johor (410)
8. Abdul Rahim Tamby Chik - Masjid Tanah, Malacca (192)

Senarai MKT
1. Mustapa Mohamed - Jeli, Kelantan (2,259)
2. Noh Omar - Tanjong Karang, Selangor (2,084)
3. Musa Aman - Libaran, Sabah (2,084)
4. Azian Osman - Ipoh Timor, Perak (2,060)
5. Zainal Abidin Osman - Nibong Tebal, Penang (2,054)
6. Mohd Zin Mohamed - Sepang, Selangor (1,854)
7. Ismail Sabri Yaakob - Bera, Pahang (1,838)
8. Lajim Ukin - Beaufort, Sabah (1,804)
9. Shaziman Abu Mansor - Tampin, Negri Sembilan (1,705)
10. Mohd Puad Zarkashi - Batu Pahat, Johor (1,700)
11. Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak, Perak (1,685)
12. Idris Haron - Tangga Batu, Malacca (1,658)
13. Abd Latiff Ahmad - Mersing, Johor (1,624)
14. Jamaludin Mohd Jarjis - Rompin, Pahang (1,622)
15. Saifuddin Abdullah - Temerloh, Pahang (1,619)
16. Norraesah Mohamad - Balik Pulau, Penang (1,611)
17. Mahdzir Khalid - Padang Terap, Kedah (1,584)
18. Ahmad Husni Mohd Hanadzlah - Tambun, Perak (1,529)
19. Hamzah Zainudin - Larut, Perak (1,518)
20. Bung Moktar Radin - Kinabatangan, Sabah (1,517)
21. Awang Adek Hussin - Bachok, Kelantan (1,481)
22. Zulhasnan Rafique - Setiawangsa, Kuala Lumpur (1,431)
23. Ahmad Shabery Cheek - Kemaman, Terengganu (1,377)
24. Idris Jusoh - Besut, Terengganu (1,275)
25. Abdul Azeez Abdul Rahim - Baling, Kedah (1,265)

Keputusan - Puteri UMNO

Keputusan Pemilihan Puteri Umno

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Berikut adalah keputusan pemilihan Puteri Umno 2008.

PENGERUSI TETAP

Azlieza Azizan........................... (445 undi)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

Hasspalela Mohammed Hassan .............. (499 undi)

KETUA

Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin........ (245 undi)

NAIB KETUA

Shahanim Mohamad Yusoff ................. (353 undi)

EXCO

1. Mas Ermieyati Samsudin................ (604 undi)

2. Hasrunizah Hassan..................... (514 undi)

3. Azlinda Zubir......................... (510 undi)

4. Zahida Zarik Khan..................... (501 undi)

5. Asmaiza Aahmad........................ (498 undi)

6. Norhasmizah Mat Tahir................. (482 undi)

7. Fahariyah Md Nordin................... (474 undi)

8. Wan Salwati Abdullah.................. (465 undi)

9. Dg Maimunah Sidek..................... (453 undi)

10. Isfarina Mohd Ali.................... (444 undi)

11. Wan Zawiyah Wan Halim................ (433 undi)

12. Norsabrina Mohd Noor................. (426 undi)

13. Nor Azita Abdul Rahman............... (414 undi)

14. Fatimah @ Nik Fatimah Nik Salleh..... (400 undi)

15. Seriwani Sabtu....................... (395 undi) - Wilayah Persekutuan

16. Jamilah Hanim Othman................. (388 undi)

17. Idamoerni Zakaria.................... (384 undi)

18. Anita Murad.......................... (379 undi)

19. Zauyah Zainuddin..................... (377 undi) - Wilayah Persekutuan

20. Rina Mohd Harun...................... (375 undi)

-- BERNAMA



Wajah Pemimpin Puteri UMNO Malaysia


KETUA PUTERI YANG BARU- Datuk Rosnah Abdul Rashid Shrilin

NAIB KETUA PUTERI YANG BARU- Shahanim Mohamad Yusoff

KUALA LUMPUR: Datuk Rosnah Abdul Rashid diberi mandat perwakilan Puteri Umno sebagai peneraju baru pergerakan itu pada pemilihan kali ini, yang menyaksikan jawatan itu dipertandingkan buat julung kalinya.

Dengan mendapat undi sebanyak 245 undi daripada 779 perwakilan, Rosnah yang melepaskan jawatan sebagai Naib Ketua, mengenepikan saingan lima calon lain

Mereka adalah Datin Ismalina Ismail (59 undi), Shahaniza Shamsuddin (239 undi), Ida Rahayu Md Noor (146 undi), Saarah Ali Bashah (3 undi)dan Bibi Sharliza Mohd Khalid (86 undi).

Keputusan itu diumumkan Pengerusi tetap pergerakan itu, Rohani Abu Hassan pada 10.45 malam tadi.

Rosnah yang juga anggota Parlimen Papar, mengambil alih kedudukan ketua pergerakan itu daripada mantannya Datuk Noraini Ahmad, yang melepaskan jawatan itu atas faktor umur.

Noraini akan bertanding jawatan Majlis Tertinggi Umno pada kali ini.Rosnah, 37, anak kelahiran Kota Belud, Sabah, merupakan antara perintis Puteri Umno yang ditubuhkan pada tahun 2002.

Bagi jawatan naib ketua pula, Shahanim Mohamad Yusoff dipilih mengisi jawatan itu selepas meraih 353 undi daripada perwakilan.

Beliau mengatasi tiga calon lain iaitu Nolee Ashilin Mohammed Radzi (255 undi), Nordiana Shafie (75 undi) dan Haslinda Mohd Zerain (94 undi).

Seorang calon, Dr Wan Norashikin Wan Noordin telah menarik diri hari ini.Bagi jawatan Pengerusi Tetap, Azlieza Azizan yang mendapat 445 undi telah mengalahkan Roslinda Abd Rahman yang mendapat 333 undi.

Timbalan Pengerusi Tetap pula disandang oleh Hasspalela Mohammed Hassan dengan 499 undi, mengenepikan dua calon lain iaitu Rosmarynda Mohamad Rasidi (18 undi) dan Zakiah Kalipunya (262 undi).

Pemilihan kali ini juga menampakkan wajah baru bagi barisan exco pergerakan itu yang menawarkan 20 kerusi dan ditandingi 50 calon.

Mas Ermieyati Samsudin mendapat mandat paling banyak dengan 604 undi, diikuti oleh Hasrunizah Hassan (514 undi), Azlinda Zubir@Zubin (510 undi), Zahida Zarik Khan (501 undi) dan Asmaiza Ahmad (498 undi).BERNAMA






Monday, March 23, 2009

Gerai 114


Lebih 1,000 permohonan diterima peniaga yang ingin memasarkan produk mereka sepanjang Perhimpunan Agung Umno kali ini, tetapi hanya 277 gerai disediakan bagi memastikan kelancaran perhimpunan terbabit.

Puteri Lembah Pantai adalah diantara yang akan membuka gerai Tudung dan Baju-baju Tradisional.

Tuesday, March 17, 2009

Apabila Orang Baru Buat Pilihan...


Oleh Jala Emas


Pilihan orang baru dalam menentukan pucuk pimpinan tertinggi parti berdasarkan apa? Apakah ciri-ciri yang diambil kira dalam pemilihan seperti ini? Kalau Pemilihan di peringkat Bahagian, ramai yang ditanya akan menjawab, "Dia ramah, friendly, selalu turun kat Cawangan, lemah lembut, banyak duit, senang berbual, rajin, banyak buat kerja, dia pandai, tolong penjaja dan sebagainya..". Itu antara kriteria jika kita mengenali calon. Apabila kita tidak mengenali calon, faktor apakah yang penting bagi Ketua Puteri yang baru dalam arena politik ingin membuat pilihan.

Pemilihan kali ini sangat penting. Mereka yang dipilih akan menerajui parti selama 4 tahun. Saya percaya 4 tahun ini akan membina atau terus menghancurkan parti yang sedang rapuh ini.

Ada juga terdengar Perwakilan merungut dan juga mengugut "Tak jumpa kita pun...tak jumpa, tak dapat."

Mungkin kalau saya berada di tempat Ketua Puteri, saya juga sukar untuk membuat pilihan. Mungkin saya akan mendengar kata-kata atau nasihat orang yang lebih lama dalam parti. Dari mata kasar, saya akan buat pilihan mengikut presepsi saya sendiri - boleh bercakap ke tidak? Ada skandal ke tidak? Apakah sumbangan calon kepada parti atau negara? Calon mesra dengan orang bawah macam kita ke tidak? Isteri berapa? Orang kawasan dia suka tak dia? Pegang jawatan apa lagi dalam kerajaan? Sebelum ini dia MKT ke tak? Kalau dia ahli MKT sebelum ini, banyak ke tak bersuara? Betul ke tidak cara saya...saya sendiri tak tau. Yang saya tahu, berat tanggungjawab yang terletak diatas bahu orang baru.
Pilihan para perwakilan nanti akan menentukan arah tujuan parti!

Thursday, March 12, 2009

"Saya tidak 'gulakan' perwakilan"

"Saya tidak 'gulakan' perwakilan"




KUALA LUMPUR - "Pilih saya, anda boleh jadi pelakon filem.''
Begitulah bunyi janji yang didakwa cuba ditaburkan oleh Ida Rahayu Md. Noor, 38, yang kini berkempen dalam pemilihan Ketua Pergerakan Puteri UMNO tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Eurofine (M) Sdn. Bhd. itu dikatakan meluahkan janji-janji itu kepada Ketua Puteri negeri dalam lawatannya ke seluruh negara menjelang Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung bermula 24 hingga 28 Mac ini.

Ida didakwa menawarkan kepada perwakilan untuk berlakon dalam drama dan filem terbitan syarikatnya jika beliau diangkat sebagai Ketua Puteri menggantikan tempat Datuk Noraini Ahmad.

Bagaimanapun, Ida Rahayu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut sambil menyifatkannya sebagai tidak berasas sama sekali.

Beliau percaya ia direka oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menjejaskan imejnya.

"Macam mana isu itu boleh timbul? Saya tidak pernah berjumpa dengan perwakilan untuk menawarkan peluang berlakon seperti dakwaan itu.

"Saya hanya tawarkan manifesto yang akan menjadi titik tolak perjuangan saya dalam Puteri UMNO seandainya dipilih oleh perwakilan nanti," kata penerbit drama prolifik itu dalam nada serius.

Ida Rahayu merupakan salah seorang calon yang bertanding merebut kerusi Ketua Pergerakan Puteri UMNO pada pemilihan UMNO akhir bulan ini.

Calon-calon lain yang turut bertanding merebut jawatan itu ialah Datin Ismalina Ismail, Datuk Shahaniza Shamsuddin, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Saarah Ali Bashah dan Bibi Sharliza Mohd. Khalid.