Thursday, July 21, 2011

Program Puteri Prihatin 2011

Salam..

Pada 17 Julai 2011 yang lalu, Ketua Puteri UMNO Bah. Lembah Pantai - Puan Nor Asyikin Jaafar serta beberapa AJK Bah. dan Puteri Caw. telah sama-sama menyertai Program Puteri Prihatin 2011 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur. Program juga turut disertai oleh beberapa Puteri UMNO Bahagian Batu. Sumbangan adalah daripada Puteri UMNO Wilayah Persekutuan / Selangor.

Program bertujuan menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak di Wad Pediatrik Kanak-kanak. Lawatan tertumpu kepada anak-anak yang mendapat sakit kanser, leukimia, bayi baru lahir dan juga wad ICU kanak-kanak. Anak-Anak ini terdiri daripada pelbagai bangsa serta ada yang datang dari luar Kuala Lumpur. Ada yang datang dari Putrajaya, Johor, Perak dan sebagainya.

Rasa sebak apabila melihat anak-anak kecil dimasukkan wayar sana sini di anggota badan nya demi untuk hidup. Terharu melibat ketabahan ibu bapa anak-anak ini yang penuh sabar serta penuh kasih sayang menjaga anak-anak mereka serta menghadapi kerenah mereka. Moga anak-anak ini cepat sembuh dan menjalani kehidupan biasa seperti kanak-kanak sihat yang lain.

Program lawatan ini diharap dapat memberi sedikit pengajaran mahupun pengalaman kepada kami untuk berhadapan dengan anak-anak yang sakit. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak PPUM terutama jururawat yang bertugas membantu kami dalam program lawatan ini.

Terima kasih...


~~~ Terima kasih buat semua yang terlibat ~~~

Thursday, June 16, 2011

BERSAMA PROTES Perhimpunan Bersih..!!!!!!!

Salam...

Sila halang kawan2 mahupun saudara kita yang ada niat nak join perhimpunan haram bersih nanti.. Rakyat Malaysia tidak sepatutnya menyokong perhimpunan haram ini. Ia akan membawa banyak keburukan dari kebaikan. Jalan sesak., menganggu lalu lintas., peniaga mengalami kerugian., orang ramai ketakutan, harta benda awam rosak dan bermacam lagi perkara tidak baik akan berlaku.

Belajar lah dari pengalaman, yang reformasi ini tidak akan membawa apa-apa keuntungan langsung. Kenapa perlu berhimpun untuk perkara yang menguntungkan orang lain yang bersenang lenang sedangkan kita perlu bersusah payah berjalan jauh dalam panas terik kemudian bawa pula anak-anak kecil yang akan pengaruhi mereka untuk perkara yang tidak elok.

Fikir-fikirkanlah...!!!




Wednesday, June 1, 2011

Bersama Pemimpin No. 2 Malaysia...

MAJLIS RAMAH MESRA
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN HAJI MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
DENGAN PEMIMPIN MASYARAKAT & NGO KAWASAN LEMBAH PANTAI
5 JUN, 2011 (AHAD)
KAWASAN LAPANG BERSEBELAHAN
PUSAT KOMUNITI LEMBAH PANTAI
-----------------------------------------------------------------------------------------------
3.30 petang : Ketibaan Jemputan / Minum Petang

4.00 petang : Ketibaan YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin

4.05 petang : Lagu Negaraku / Lagu Maju & Sejahtera

4.10 petang : Bacaan Doa

4.15 petang : Aluan Pengerusi Majlis

4.25 petang : Ucapan oleh YB Sen. Dato’ Raja Nong Chik Dato’ Raja Zainal Abidin - Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar

4.35 petang : Ucapan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin -
Timbalan Perdana Menteri

5.00 petang : Majlis Bersurai

-------------------------------------------------------------------------------------------------Semua rakan-rakan dan warga Lembah Pantai khususnya dijemput hadir ke majlis ini. Moga jalinan ukhwah yang terjalin akan merapatkan hubungan di antara pemimpin dan masyarakat sekalian..

Wednesday, May 25, 2011

TAHNIAH...........

Salam...

Pertandingan Bowling Puteri UMNO Lembah Pantai bersama Rakan Media 2011 telah berjalan dengan jayanya pada 21.5.11 di Ampang Superbowl, Ampang Point Shopping Centre. Pertandingan telah melibatkan 21 cawangan puteri di Lembah Pantai dan 5 wakil media yang masing-masing disertai oleh 3 pemain bagi setiap kumpulan. Program telah dirasmikan oleh YB Sen. Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin.

Berikut adalah pemenang mengikut kategori :

A. Kategori Puteri UMNO Lembah Pantai :

1. Puteri UMNO Caw. Paya Bakti - 1331 mata
2. Puteri UMNO Caw. Taman Bangsar - 1065 mata
3. Puteri UMNO Caw. Kolam Air - 1060 mata

B. Kategori Media :

1. Akhbar Sinar Harian - 1497 mata
2. Akhbar Bernama - 1243 mata
3. Akhbar Berita Harian - 969 mata

C. Kategori Pemain Jatuhan Pin Terbanyak keseluruhan :

Encik Mizan - Akhbar Sinar Harian - 581 mata

D. Kategori Pemain Jatuhan Pin Terbanyak bagi Puteri :

Puan Norhakimah - Puteri UMNO Caw. Paya Bakti - 493 mata

Pink Putih dan seluruh warga AJK Puteri UMNO Lembah Pantai mengucapkan sekalung tahniah buat pasukan yang menang. Pada yang tidak berjaya, tidak mengapa, akan ada pertandingan lain yang akan membuka peluang kepada kalian. Moga jalinan ukhwah yang terjalin semasa pertandingan tersebut akan berpanjangan...

Tahniah sekali lagi...!!!

Wednesday, May 18, 2011

Program Ziarah Kasih Puteri

Program bertujuan membantu golongan yang kurang berkemampuan. Majlis telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Setiausaha UMNO Malaysia iaitu Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor. Program yang dianjurkan oleh Puteri UMNO Wilayah Persekutuan ini meliputi kesemua Parlimen di Kawasan Wilayah Persekutuan.

Ia telah bermula pada 17 Mei 2011 yang melibatkan Bahagian Putrajaya, Cheras, Bandar Tun Razak, Seputeh, Bukit Bintang dan berakhir di Lembah Pantai. Program akan diteruskan pada 21 Mei 2011 yang melibatkan Bahagian Setaiwangsa, Titiwangsa, Wangsa Maju, Batu, Segambut dan Kepong.

Di Bahagian Lembah Pantai, ia telah di buat di Flat Sri Pahang yang diketuai oleh Ketua Puteri Bahagian - Puan Nor Asyikin Hj Jaafar, Ketua Puteri Cawangan - Norazah Nordin. Terdapat beberapa buah keluarga yang telah di beri bantuan. Semoga usaha murni ini akan berterusan.

Syabas dari Pink Putih dan seluruh warga Puteri Lembah Pantai buat semua yang terlibat menjayakan progam ini.


Sekalung tahniah & syabas buat
Puteri UMNO Wilayah Persekutuan,
Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai
Puteri UMNO Cawangan Flat Sri Pahang
dan semua ahli Puteri yang terlibat..