Wednesday, May 18, 2011

Program Ziarah Kasih Puteri

Program bertujuan membantu golongan yang kurang berkemampuan. Majlis telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Setiausaha UMNO Malaysia iaitu Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor. Program yang dianjurkan oleh Puteri UMNO Wilayah Persekutuan ini meliputi kesemua Parlimen di Kawasan Wilayah Persekutuan.

Ia telah bermula pada 17 Mei 2011 yang melibatkan Bahagian Putrajaya, Cheras, Bandar Tun Razak, Seputeh, Bukit Bintang dan berakhir di Lembah Pantai. Program akan diteruskan pada 21 Mei 2011 yang melibatkan Bahagian Setaiwangsa, Titiwangsa, Wangsa Maju, Batu, Segambut dan Kepong.

Di Bahagian Lembah Pantai, ia telah di buat di Flat Sri Pahang yang diketuai oleh Ketua Puteri Bahagian - Puan Nor Asyikin Hj Jaafar, Ketua Puteri Cawangan - Norazah Nordin. Terdapat beberapa buah keluarga yang telah di beri bantuan. Semoga usaha murni ini akan berterusan.

Syabas dari Pink Putih dan seluruh warga Puteri Lembah Pantai buat semua yang terlibat menjayakan progam ini.


Sekalung tahniah & syabas buat
Puteri UMNO Wilayah Persekutuan,
Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai
Puteri UMNO Cawangan Flat Sri Pahang
dan semua ahli Puteri yang terlibat..

No comments: