Wednesday, May 25, 2011

TAHNIAH...........

Salam...

Pertandingan Bowling Puteri UMNO Lembah Pantai bersama Rakan Media 2011 telah berjalan dengan jayanya pada 21.5.11 di Ampang Superbowl, Ampang Point Shopping Centre. Pertandingan telah melibatkan 21 cawangan puteri di Lembah Pantai dan 5 wakil media yang masing-masing disertai oleh 3 pemain bagi setiap kumpulan. Program telah dirasmikan oleh YB Sen. Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin.

Berikut adalah pemenang mengikut kategori :

A. Kategori Puteri UMNO Lembah Pantai :

1. Puteri UMNO Caw. Paya Bakti - 1331 mata
2. Puteri UMNO Caw. Taman Bangsar - 1065 mata
3. Puteri UMNO Caw. Kolam Air - 1060 mata

B. Kategori Media :

1. Akhbar Sinar Harian - 1497 mata
2. Akhbar Bernama - 1243 mata
3. Akhbar Berita Harian - 969 mata

C. Kategori Pemain Jatuhan Pin Terbanyak keseluruhan :

Encik Mizan - Akhbar Sinar Harian - 581 mata

D. Kategori Pemain Jatuhan Pin Terbanyak bagi Puteri :

Puan Norhakimah - Puteri UMNO Caw. Paya Bakti - 493 mata

Pink Putih dan seluruh warga AJK Puteri UMNO Lembah Pantai mengucapkan sekalung tahniah buat pasukan yang menang. Pada yang tidak berjaya, tidak mengapa, akan ada pertandingan lain yang akan membuka peluang kepada kalian. Moga jalinan ukhwah yang terjalin semasa pertandingan tersebut akan berpanjangan...

Tahniah sekali lagi...!!!

No comments: