Saturday, August 30, 2008

Pengalaman Anak Angkat di PP dari Cha, Kg. Pantai


Salam,

Saya antara insan-insan yang dapat menyertai program anak angkat. Kami daripada Cawangan Kampung Pantai, pergi berdua. Thanks to Sis Nana & Mak Su kerana memberi semangat dan sokongan untuk pergi ke sana. Mula-mula kami seram juga nak ke sana, maklumlah, penamaan calon pun sudah panas, inikan pula masa mengundi.
Pengalaman disana memang tak kan kami lupakan. Yang pasti, yang manis mengatasi yang pahit:) Kami bertolak daripada Pejabat Bahagian Setiawangsa hari Jumaat, 22 Ogos dalam jam 4 petang. Kak Wani, SUK Puteri Wilayah yang memandu kenderaan. Sesiapa yang nak team race lepas ni, bolehlah contact Kak Seriwani Sabtu. Deras lagi cekap.

Kami tidak terus pergi rumah mak ayah angkat. Kami dibawa untuk sesi briefing tentang program yang akan kami sertai. Semua anak angkat Puteri dari seluruh Malaysia berkumpul disana. Hari Ahad baru kami berjumpa dengan keluarga angkat kami. Missi kita; sayang keluarga angkat. Kalau ada adik beradik nagkat pun sayang jugak..hehehehe:p

Kawasan rumah keluarga angkat kami memang dikawasan PKR. Semua tempat dah warna biru muda. Saya suka jugak warna tu tapi kena sedar diri, kita kan warna 'pink'. Penduduk tempatan semua baik-baik belaka. Makcik-makcik dan Pakcik-pakcik semuanya ramah. Kami dilayan bagaikan 'Puteri', baik sekali dan segalanya serba cukup. Ada masa lapang, keluarga angkat akan bawa kami berjalan-jalan dalam kawasan. Sempat juga berkunjung ke rumah Dato' Ariff, calon BN. Ramai Menteri dan VIP yang telah kami jumpa di PP. Kalau dapat bergambar dengan mereka, boleh buat buku 'scrap'. Tak sangka dapat berjumpa denga orang kampung kat sana!

Banyak episod yang berlaku, seronok, takut, tertanya-tanya, excited. Macam-macam perasaan yang ada. Walau apa pun, banyak pengalaman yang dapat ditimba di PP. Kami pulang ke KL pada hari Selasa, 26 Ogos.

Akhir sekali, tahniah untuk semua Pu3 yang terlibat di PP! Korang memang PINKY GIRLLLL!
Adios, Daaa. Semoga berjumpa lagi!

Wednesday, August 27, 2008

Jemputan ke Kempen Derma Darah Pra Ramadhan 2008 Anjuran ANSARA Jasin, Melaka.

Kepada semua ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai,

Persatuan Alumni Maktab Rendah Sains MARA (ANSARA) Cawangan Jasin, AEON Jusco dan Pusat Darah Negara (PDN) akan menganjurkan Kempen Derma Darah. Program ini adalah bagi membantu menjamin bekalan darah yang mencukupi untuk kegunaan pesakit-pesakit yang memerlukan transfusi darah terutama semasa bekalan stok darah yang biasanya rendah semasa dan selepas bulan Ramadhan.


ANSARA Jasin dengan itu ingin menjemput Pergerakan Puteri UMNO Lembah Pantai menderma dan memeriahkan kempen ini. Butir –butir adalah seperti berikut :

Tarikh : 29, 30, 31 Ogos 2008
Tempat : Jaya Jusco, Ayer Keroh
Jam : 10 pagi hingga 8 malam

Sila hubungi Sekretariat, En. Firdaus Basharuddin di 017-363 5628 atau emel info@ansarajasin.org untuk sebarang pertanyaan.

Jemputan diterima melalui emel daripada Puan Zalina Abdul Halim, Ketua Puteri Umno Bahagian Lembah Pantai merangkap Presiden ANSARA Cawangan Jasin, Melaka.

PZ bz di PP

Foto: swishphoto








Permatang Pauh menjadi destinasi hari minggu kali ini. Ada yang mengajak saya pergi, kerana tiada halangan, saya pun pergi menumpang rakan-rakan dari negeri jiran Perjalanan ke sana mengambil masa 4 jam termasuk 'break' untuk makan & solat di Taiping, Perak.


Akhirnya kami tiba di Pejabat BN Negeri. Tanya-tanya juga kepada petugas disana apa reaksi pengundi tempatan tentang kedatangan orang luar yang datang berduyun-duyun. Katanya, "Biaq pi la, lagi ramai lagi baguih... penuh kedai-kedai makan, penuh hotel. Tu ha, hotel Summit nu..tak pernah 'full house' la ni, penuh." Sekurang-kurangnya, dapat juga membantu ekonomi tempatan. Ternyata disemua bilik gerakan yang kami singgah, petugas-petugas melayan kami dengan mesra walaupun masing-masing kepenatan.

Kami berkonvoi dengan Puteri-Puteri tempatan kerana tidak berani berjalan sendiri. Plat kereta orang Selangor & KL sudah cukup untuk mengumumkan kami sebagai pendatang luar. Lagi pun sudah dipesan oleh Kakak-Kakak untuk berhati-hati dan jalan dalam kumpulan.


Dari jauh sudah kelihatan YB Nolee dan rakan-rakan dari Lembah Pantai yang datang membantu dalam kerja-kerja Pilihanraya Kecil ini. Oleh kerana saya 'low profile' jadi mereka tidak perasan saya berada dalam kumpulan Puteri-Puteri dari negeri lain. Saya bertanya kepada salah seorang yang turut bersama mereka, "Kak, buat apa kat sini?". Jawabnya, "Saja, jalan-jalan. YB ajak...kalau ada perlu tolong, kita tolong lah." Begitulah suasana di PP, meriah...ramai jugak datang ke PP untuk berkempen dan bawa anak buah 'jalan-jalan, cari makan & pengalaman'. Calon-calon Exco Puteri Malaysia dari Wilayah Persekutuan semua kelihatan hadir. Cik Zawyah, Wani, Azliza, Nashua dan Miza pun kelihatan di Seberang Jaya.

"Dato... Dato' Ali," kata 'ketua' rombongan kami sambil menyapa Dato' Ali Rustam, YAB Ketua Menteri Melaka. "Haa... Puteri, dah makan?" "Daaaaah, Dato'.... macamana situasi kat sini?" "Panas seperti kita jangkakan...tapi kita masih ada harapan. Nah jemput minum dulu.." Tak sangka saya, Dato' Ali Rustam ramah dan 'open', tak ada banyak protokol. Padanlah disukai ramai.

Dari jauh, Dato' Shahniza tegur kami, "Eh, korang...jalan-jalan jangan sorang-sorang. You all dari mana?" 'Ketua' rombongan jawab, "Kak Sha, kami campur-campur... ada dari Taiping, PJ, Lembah Pantai, Puchong...merata-rata lah, Kak Sha." "Haa...bagus tu, haa..kejap ye.." sambil menjawab telefon dia yang tak berhenti-henti berbunyi. Kami pun ambil kesempatan untuk beredar. "Ketua korang akak dah jumpa kat sini hari tu. Eh, nanti akak calling awak semua...jalan baik-baik". Calon Ketua Puteri Umno Malaysia. Kak Sha memang bersemangat, suara kuat, garang macam Cikgu tapi boleh faham kepala dia.

Kami tiba di bilik operasi Wilayah dimana ramai ahli-ahli Puteri giat membantu jentera. Ada yang membuat semakan senarai daftar pengundi, memberi maklumat terkini di petiundi, merancangkan program bersama rakyat setempat, lawatan kebajikan dari rumah ke rumah dan sebagainya.

Saya rasa bangga dengan kegigihan Puteri-Puteri bekerja tanpa menghiraukan penat lelah atau pelbagai tekanan yang dihadapi. Ramai penyokong-penyokong di PP yang taksub dan fanatik sehingga menjadi biadap dan tidak menghormati orang. Sememangnya, itu lah sifat Puteri ketika menghadapi Pilihanraya. Terserlah semangat sukarela, itulah yang kita harapkan ada pada setiap ahli.

Saya difahamkan bahawa Puteri Lembah Pantai telah menyertai program anak angkat di PP. Apa cerita mereka agaknya. Diharap Puteri Kampung Pantai boleh berkongsi pengalaman dengan kita. Sila kepada emel saya ye! Semoga pengalaman mereka boleh kita pelajari dan gunakan pada esok hari.

Setelah selesai beberapa tugas, kami pun pulang ke rumah masing-masing. Apa yang saya pelajari dari rombongan kami ke PP?


  1. Bila sudah buat ketetapan. Kita kena all out bantu orang-orang kita. Kekalahan atau kemenangan; belakang kira.
  2. Puteri memang membawa aura 'keceriaan' dalam apa sahaja kerja dilakukan dan dimana sahaja mereka berada.
  3. Ramai yang tidak percaya lagi dengan apa sahaja kita lakukan/katakan. Bagaimana caranya untuk memenangi kembali kepercayaan ini?






Sunday, August 24, 2008

Tataetika Ahli UMNO Baru - Pelihara Ahli Dari Salahlaku


Oleh Ropikah Ahmad

Beberapa pindaan dalam buku Tataetika Ahli UMNO telah dibuat bagi memastikan kesinambungan parti sebagai teras politik bangsa terus diperjuangkan dan sebarang salah laku serta kesalahan-kesalahan yang boleh melunturkan kepercayaan kepada parti ditentang.
Tataetika baru tersebut dipersetujukan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) pada 27 Mac lalu memberi penekanan kepada salah laku yang melibatkan ahli-ahli dengan lebih terperinci dan mudah difahami iaitu memberikan tafsiran dan contoh-contoh.

Dalam Tataetika ini, ahli-ahli parti atau calon perlu mematuhi tempoh pemilihan yang bermula enam bulan sebelum tempoh proses pemilihan dan enam bulan selepas pemilihan berlangsung seperti yang ditetapkan oleh MT di semua peringkat.

Dalam tempoh tersebut, sebarang ‘balasan’ melibatkan apa-apa pemberian termasuk wang ringgit, saham-saham, konsesi, hadiah, pakej percutian, makanan/jamuan, tambang, gelaran atau anugerah dan perkara-perkara lain adalah salah menerusi Tataetika ini.

Pemilihan UMNO di peringkat cawangan akan bermula pada 17 Julai hingga 24 Ogos ini, manakala bahagian dari 9 Oktober hingga 9 November dan peringkat Pusat yang melibatkan pertandingan jawatan tertinggi dalam parti akan berlangsung dari 16 hingga 21 Disember.
Mana-mana ahli yang gagal mematuhi larangan dan didapati bersalah melanggar Tataetika Ahli UMNO akan dikenakan hukuman seperti yang termaktub di dalam Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO seperti diberi amaran, digantung hak-haknya dalam parti, dilarang bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti ataupun sebagai calon pilihan raya bagi tempoh yang ditentukan oleh MT.

Kesalahan melanggar Tataetika ini juga boleh dipecat atau dikenakan lain-lain hukuman yang difikirkan wajar dan selaras dengan Perlembagaan UMNO.
Mengikut Perkara 3, semua ahli-ahli UMNO hendaklah cintakan parti dan patuh kepada Perlembagaan dan Tataetika Ahli dengan mengikut perintah-perintah parti serta patuh dan menghormati keputusan-keputusan parti termasuk disiplin parti.

Ia akan dianggap sebagai satu kesalahan sekiranya ahli mempertikaikan atau mengkritik keputusan Lembaga Disiplin secara terbuka tanpa mengikut saluran parti yang sedia ada.
Pindaan dalam Tataetika Ahli UMNO ini dibuat bagi membanteras segala bentuk penyelewengan, salah laku, penyalahgunaan kuasa dan penggunaan wang serta gejala negatif yang boleh meluntur dan melemahkan UMNO.


UMNO-ONLINE

Wednesday, August 20, 2008

Mesyuarat Cawangan 2008 - Minggu ke-6

sakura by miwa**



22 Ogos 2008 (Jumaat)


9.00mlm - Kg. Kerinchi. Bertempat di Dewan Kg Kerinchi.
Wakil Puteri Bahagian: Siti Suriah Suki


Berakhirlah mesyuarat Puteri Cawangan di Lembah Pantai. Jumlah Cawangan 25.
24 telah bermesyuarat. Kg. Kerinchi akan bermesyuarat pada hari Jumaat.


Tahniah kepada semua Puteri yang telah bermesyuarat! Semoga Puteri Umno Lembah Pantai terus maju.



Monday, August 18, 2008

Personaliti Puteri - Cik Aida Jabar Ali

Saya terserempak dengan wanita muda ini ketika beliau mengisi borang keahlian Puteri Umno. Katanya beliau telah lama berminat untuk menyertai persatuan Puteri Umno tetapi tidak tahu bagaimana. Saya sangat tertarik dengan Aida kerana dikala BN telah kecundang dalam Parlimen Lembah Pantai, masih ada tarikan untuk wanita Melayu muda menyertai Pergerakan Puteri Umno.

Ketewasan Lembah Pantai dalam PRU12 menjadi tarikan utama untuk Aida yang menyertai Puteri Umno Lembah Pantai. "Tak kisah kita berjawatan atau tidak, saya berminat untuk membantu jentera Lembah Pantai dalam PRU13." Sambungnya lagi, "Kita perlu kaji apa yang berlaku sehingga orang muda menolak Wakil Rakyat, Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil dan memilih orang yang tidak pernah bekerja untuk rakyat disini sebagai wakil kita. Mungkin ini berpunca daripada beberapa faktor yang kita abaikan selama ini," katanya.

Pada pendapatnya, tindakan untuk menarik minat orang muda untuk bergiat dalam politik ialah dengan mewujudkan pelbagai aktiviti yang boleh menarik minat remaja. Selain itu ia dapat mengalih perhatian oang-orang muda daripada gejala negatif.
"Pelbagai aktiviti untuk menarik minat remaja untuk membabitkan diri dalam kerja bersifat lebih positif, " katanya. Beliau juga percaya aktiviti berbentuk sukan mampu menjadi alat membentuk remaja lebih cergas dan sihat. "Aktiviti sukan seperti futsal, netball, boling dan lain-lain adalah saluran terbaik untuk remaja melepaskan perasaan mereka."

Aida tidak mempunyai keluarga yang aktif dalam politik, oleh itu, minatnya untuk menyertai arena politik datangnya dari kesedaran diri sendiri. Apabila ditanya samada Aida mengukiti perkembangan Puteri di Lembah Pantai atau politik semasa, dia menjawab "Saya ada tengok Blog Puteri Lembah Pantai dan kenal Perdana Menteri, Timbalanya dan beberapa orang Menteri --- cuma mereka yang tidak kenal saya," katanya sambil ketawa besar.

Kita ucapkan Selamat Datang kepada Cik Aida Jabar Ali dan berharap lebih ramai lagi wanita muda yang akan menyertai Puteri Umno Lembah Pantai dengan niat yang ikhlas dan ingin berjasa kepada parti.
Inilah gambar yang dikirim melalui emel dari Cik Aida, gadis yang berkelulusan Art & Design dari UiTM. (Princess Z: Sabar je lah )

Thursday, August 14, 2008

Princess Z menjawab

Blog Puteri Lembah Pantai adalah usaha ikhlas saya untuk menyampaikan aktiviti Puteri Umno Bahagian Lembah Pantai kepada ahli-ahli. Kami hanya akan menyiarkan berita atas fakta-fakta dan sumber yang boleh dipercayai.

Komen-komen anda akan di'moderate' selepas ini. Kalau tidak suka, jangan datang lagi. Terima kasih.

Wednesday, August 13, 2008

Permatang Pauh P44

Gambar: Reuters Pictures
Sesiapa yang berminat untuk menyertai jentera Pilihanraya Kecil di Permatang Pauh sila beri nama kepada Ketua Puteri Bahagian atau Setiausaha Bahagian secepat mungkin. Beberapa program di rancangkan oleh Perhubungan Negeri Wilayah.

Serba sedikit tentang Permatang Pauh - PP adalah sebuah pekan kecil di Seberang Perai. DSAI merupakan anak kelahiran PP. Rumah keluarganya masih terletak disitu. Terdapat 28 petiundi didalam kawasan PP. Bandar ini diwakili oleh isterinya Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR dalam Dewan Rakyat di Parlimen. DSAI mewakili PP sebelum isterinya mengambil alih.

Terdapat dua institusi pengajian tinggi terletak di Permatang Pauh, yang dikenali sebagai kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Politeknik Seberang Perai.
Dalam memastikan kemenangan besar Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil P44 Permatang Pauh, ketiga-tiga sayap pemuda Pakatan Rakyat yang terdiri daripada KeADILan, PAS dan DAP telah melancarkan jentera mereka di Permatang Pauh. Jentera pemuda ini akan memastikan ada sekurang-kurangnya 500 orang bertugas setiap hari.
Suasana di Permatang Pauh (PP) adalah panas. Puteri Lembah Pantai dinasihatkan agar sentiasa berada dalam kumpulan. Utamakan keselamatan masing-masing dan sentiasa menjaga tatatertib ketika berada di PP. Hanya mereka yang berpengalaman dalam pilihanraya kecil sahaja digalakkan menyertai Pilihanraya kecil ini.










Monday, August 11, 2008

Mesyuarat Cawangan 2008 - Minggu ke-5




Foto: audreyjm59

16.08.2008 (Sabtu)
2.00 petang - Bukit Travers. Bertempat di Hotel Singgahsana
AJK yang bertugas: Nor Asyikin Jaafar

2.00 petang - Bukit Bakong. Bertempat di Hotel Singgahsana
AJK yg bertugas: Nor'Aza Abd Hamid

2.00 petang - Bukit Persekutuan. Bertempat di Hotel Singgahsana.
AJK yg bertugas: Norfaizah Md Sani


17.08.2008 (Ahad)
2.00 petang - Kg. Pasir Baru Indah. Bertempat di Blok C, Perumahan Pantai Permai.
AJK yg bertugas: Fazillah Abd Ghani

8.30 malam - Kolam Air. Bertempat di Dewan Tabika Kolam Air.
AJK yg bertugas: Noor Roshida Nordin









Thursday, August 7, 2008

Mengimbas Kembali - PRU12 dari Kacamata Ketua Puteri Umno Lembah Pantai




video

"Situasi di Lembah Pantai sewaktu PRU12 memang sangat mencabar. Kita boleh melihat sendiri semakin dekat dengan hari mengundi, semakin panas keadaan dan poster, banner naik semakin banyak. Bila kita lihat orang India mengibarkan bendera DAP, orang Cina memegang sepanduk PAS, itu dah terang-terang mengambarkan penduduk tempatan tolak Barisan Nasional habis-habisan, " kata Zalina Tan Sri Abdul Halim, Ketua Puteri Umno Lembah Pantai. Beliau menambah bahawa "Orang dah tak kisah apa-apa lagi dah masa itu, anything but BN."

"Bila kita berjumpa dengan pengundi muda di kawasan, ada yang telah berkata kepada saya yang mereka tidak ada komplen sangat pasal Wakil Rakyat kami. Dato' Seri Shahrizat selalu turun padang.. tak ada apa yang tak ditunaikan. Tapi, mereka dah bosan & fed up dengan kerajaan, jadi mereka tak akan keluar mengundi atau akan undi pembangkang."

Anak ke-2, Yg. Bhg. Tan Sri Abdul Halim, bekas Ketua Setiausaha Negara, ini telah terlibat dalam arena politik secara tak sengaja. Rupa-rupanya beliau adalah menantu Ketua Wanita Umno Bahagian Lembah Pantai. Dia disuruh oleh ibu mertuanya menghadiri temuduga dengan Ketua Wanita Wilayah Persekutuan, Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil. Ketika itu ada lebih kurang 20 orang yang menghadiri temuduga tersebut. Apabila dilantik sebagai Ketua Puteri, beliau tidak tau apa yang sebenarnya 'job description' untuk menjadi Ketua Puteri. Tergelak saya mendengar penjelasannya itu.

Zalina berkelulusan Undang-Undang dari Universiti of Nottingham, United Kingdom petah dan tegas bila berbicara. Tak ada apa yang cuba diselindungkan ketika memberikan pandangan tentang apa sahaja perkara berkaitan politik. Terasa seolah-olah sudah lama kenal Ketua Puteri Umno Bahagian Lembah Pantai ini.

"Apabila kita duduk mengira undi di Bilik Gerakan BN, memang keadaan tegang. Semua orang muka stress. Selepas 1,2,3 petiundi kita kalah... ada menang 1. Tapi selepas petiundi yang ke 12, kita dah dapat agak keputusan dah...Saya pun telefon Ketua Puteri Bahagian lain di Wilayah, tanya Parlimen dia orang macamana... Titiwangsa out, Wangsamaju out, Segambut out... tempat-tempat yang memang seat BN! Lega pun ada jugak... tak lah Lembah Pantai sahaja yang kalah. Maknanya, memang dah jadi fenomena nasional. Lega kerana tak lah orang kata Puteri Lembah Pantai tak buat kerja..."

"Sebagai Ketua, memang kita kena bertanggungjawab atas kekalahan yang baru dilalui. Saya akui yang memang banyak benda yang sepatutnya dibuat sebelum ini - daftar pengundi muda, tambahkan aktiviti yang mendekati dengan golongan muda dan lain-lain... tapi tsunami politik ini merebak ke peringkat nasional - sentimen seluruh rakyat Malaysia, jadi tanggungjawab sepatutnya terletak pada Presiden parti. Dah lah semua tempat kalah, Presiden senyap aje, Ketua Puteri Umno Malaysia langsung tak berbunyi. Yang keluar statement, Tan Sri Muhiddin...Masa tu, semua orang dah tercengang - tak tau apa nak buat.. saya rasa PKR pun macam tu sebab dia orang pun tak expect menang banyak seat.." tambah Zalina dengan penuh animasi.

"There is no direction...people up there are still saying 'We are OK, we are strong, we are still running the government. We have to do a reality check! Rasa macam kita atas kapal 'Titanic', kapal dah separuh tenggelam tapi masih ada 'band' yang sedang mainkan muzik - ingat tak adegan tu?" You janganlah tulis semua ni, nanti I kena masuk lokap pulak ..," sempat dia berseloroh.

Apabila meminta Zalina komen tentang PRK dan Nurul Izzah dia berkata, "PKR still cannot get their act together. We're still not sure what they're fighting for...Nurul ? She is lovely and speaks well, but too bad she's in the wrong party."

Saya bertanya kepadanya apakah pandangan dia terhadap isu terbaru Anwar Ibrahim. "Penting ke samada betul atau tak?! Yang lagi penting bagi orang biasa macam saya ni adalah harga barang yang semakin naik, integriti kerajaan dalam usaha membela rakyat, pendidikan anak-anak, perpaduan antara kaum, kes-kes jenayah yang meningkat. Ini semua isu-isu yang lagi besar daripada seorang yang bernama Anwar Ibrahim."

Saya terpaksa mencelah kerana temubual melalui telefon ini sepatutnya mengambil masa 15 minit sahaja tetapi kini sudah 30 minit yang berlalu. Terlalu asyik mendengar celotehnya. Saya tanya Zalina apakah harapan beliau untuk Puteri dan Umno. "Harapan saya adalah supaya ada peningkatan kepada Puteri Lembah Pantai. Perlu ada kontinuiti - kita dah bina dan kuatkan Puteri Bahagian selama 8 tahun, sekarang perlu terus ada impak yang lebih pada Bahagian Lembah Pantai. Jangan terlalu politik sangat, orang-orang muda tak suka. Buat aje kerja dan aktiviti. Support kepimpinan Bahagian tanpa berbelah bagi. Itu tugas dan tanggungjawab kita. Kita memang ada imej yang unik - ceria, sukarela, bertenaga - gunakannya untuk mencapai matlamat Puteri. Bagi Umno pulak, biarlah ada pembaruan dari segi imej dan kepimpinan. Zaman sudah berubah, kita tak boleh buat benda-benda yang sama macam dulu. Kalau kita masih berpegang kepada benda-benda yang sama, nothing will change and we will lose more good people who are willing to serve the party. PRU12 menunjukkan yang orang Umno pun dah tolak Umno. Kalau Umno tidak berubah , in 5 years time, the party will be irrelevant."


Tuesday, August 5, 2008

Personaliti Puteri - Puan Nor Asyikin Jaafar


Personaliti: Tumpuan politik, keluarga seimbang


BERMULA sebagai ahli Puteri Umno yang hanya menghadiri mesyuarat cawangan setahun sekali, AJK Puteri bahagian Lembah Pantai, Nor Asyikin tidak pernah menyangka minatnya turus berkembang untuk bergiat aktif dalam parti. Setelah melibatkan diri dalam Puteri Umno Lembah Pantai sejak tahun 2003, beliau akan bertanding untuk jawatan tertinggi dalam Puteri Bahagian iatu Ketua Puteri Umno Lembah Pantai.


Memikul tanggungjawab sebagai isteri kepada Amin, 30, dan ibu kepada tiga anak Danish 7, kembar Irshad, 5 dan Irfan 5, wanita yang berimej ceria dan peramah ini berikrar akan terus berjuang dalam Umno demi agama, bangsa dan negara.


"Saya bukan berminat menceburi politik untuk meraih sebarang populariti atau kedudukan, tetapi mahu memastikan niat untuk membantu Parlimen Lembah Pantai yang telah tewas dalam PRU12 meraih kemenangan semula dalam PRU13. Saya yakin, dengan kepercayaan yang diberi oleh rakan-rakan Puteri, saya boleh membantu kembalikan kemenangan Barisan Nasional Parlimen Lembah Pantai. Memang kekalahan sukar untuk diterima, tambah pula semangat yang ditunjuk oleh Puteri Lembah Pantai yang telah mengembeling seluruh tenaga dan masa berkempen untuk parti, tetapi kita terpaksa menerima yang rakyat meminta perubahan. Perubahan bermula dengan akar umbi, " katanya.

Mengakui cabaran memegang tugas dan amanah sebagai ahli politik, wanita yang berkerjaya dan ibu, amat besar baginya, Syikin bersyukur kerana keluarga, anak dan suami, memahami dan sentiasa menyokong kerjayanya. Katanya, kesibukan tugas menyebabkan masanya bersama keluarga terbatas, namun beliau akan memastikan setiap detik yang dinikmati bersama keluarga adalah waktu berkualiti, terutama dalam memberi perhatian terhadap anak semakin membesar.




Mesyuarat Cawangan 2008 - Minggu ke-4

10.08.2008 (Ahad)

2.00 petang - Cawangan Simpang Tiga. Bertempat di Pejabat Dewan Simpang Tiga.

Wakil Puteri Bahagian : Siti Zarima Adnan