Saturday, August 30, 2008

Pengalaman Anak Angkat di PP dari Cha, Kg. Pantai


Salam,

Saya antara insan-insan yang dapat menyertai program anak angkat. Kami daripada Cawangan Kampung Pantai, pergi berdua. Thanks to Sis Nana & Mak Su kerana memberi semangat dan sokongan untuk pergi ke sana. Mula-mula kami seram juga nak ke sana, maklumlah, penamaan calon pun sudah panas, inikan pula masa mengundi.
Pengalaman disana memang tak kan kami lupakan. Yang pasti, yang manis mengatasi yang pahit:) Kami bertolak daripada Pejabat Bahagian Setiawangsa hari Jumaat, 22 Ogos dalam jam 4 petang. Kak Wani, SUK Puteri Wilayah yang memandu kenderaan. Sesiapa yang nak team race lepas ni, bolehlah contact Kak Seriwani Sabtu. Deras lagi cekap.

Kami tidak terus pergi rumah mak ayah angkat. Kami dibawa untuk sesi briefing tentang program yang akan kami sertai. Semua anak angkat Puteri dari seluruh Malaysia berkumpul disana. Hari Ahad baru kami berjumpa dengan keluarga angkat kami. Missi kita; sayang keluarga angkat. Kalau ada adik beradik nagkat pun sayang jugak..hehehehe:p

Kawasan rumah keluarga angkat kami memang dikawasan PKR. Semua tempat dah warna biru muda. Saya suka jugak warna tu tapi kena sedar diri, kita kan warna 'pink'. Penduduk tempatan semua baik-baik belaka. Makcik-makcik dan Pakcik-pakcik semuanya ramah. Kami dilayan bagaikan 'Puteri', baik sekali dan segalanya serba cukup. Ada masa lapang, keluarga angkat akan bawa kami berjalan-jalan dalam kawasan. Sempat juga berkunjung ke rumah Dato' Ariff, calon BN. Ramai Menteri dan VIP yang telah kami jumpa di PP. Kalau dapat bergambar dengan mereka, boleh buat buku 'scrap'. Tak sangka dapat berjumpa denga orang kampung kat sana!

Banyak episod yang berlaku, seronok, takut, tertanya-tanya, excited. Macam-macam perasaan yang ada. Walau apa pun, banyak pengalaman yang dapat ditimba di PP. Kami pulang ke KL pada hari Selasa, 26 Ogos.

Akhir sekali, tahniah untuk semua Pu3 yang terlibat di PP! Korang memang PINKY GIRLLLL!
Adios, Daaa. Semoga berjumpa lagi!

8 comments:

Anonymous said...

Hidup MGS!!Saya kenal adik ni.Junior kita!Salam pada Lin & the geng!

Anonymous said...

Wah...
nape tetiba plak idup MGS ni....
tapi pape hal pun.... i pun budak MGS gak.....

Anonymous said...

Comelnya adik niiii....abang tak pernah tengok pun kat Kondo Rakyat.

Anonymous said...

Ni budak MGS ni!!!Saya kenal!!! Hai!!!Nanti aku call...Boss datang.

UMNO PARTI PENJARA said...

Tentu bestkan.. dapat pengalaman yang mcm ni :-)


Salam perkenalan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com

Rahimin Idris said...

saya tak ada parti. serius. tapi saya pengundi dan undi saya adalah rahsia.
saya cuma mahu islam dan melayu selamat di dunia dan akhirat.
itu saja.
selamat berkenalan.

Anonymous said...

Salam...

Saudari Faisal, pengalaman di PP memang menarik. Pelbagai ragam orang ada. Saya rasa suasana sama seperti pusat pengundian lain, di Lembah Pantai dulu pun hebat jugak. Cuma di PP, tumpuan lebih dari biasa diberikan kerana satu2 tempat mengundi di negara kita pada ketika itu. Jadi, segala usaha dan keringat yang ada terarah ke sana.. Apa-apa pun, usaha telah di buat.., saya dan kawan saya gembira dengan pengalaman kami di sana..

Saya suka puisi "Kepada Pak Lah, Anwar dan Hadi serta ‘SAYA’" dari saudara faisal.., sangat menyentuh perasaan..
Selamat Berjaya..!!

Untuk warga MGS., harap dapat jumpa korang in person.., kalu kita reunion pon okey gak..
PU3 MGS.. Eemm., cam best jer..!!
Hidup MGS..!! Ahaks..!!

K., jumpa lagi..
Salam Ramadhan..

Anonymous said...

muka adik ni macam norfaizah "tekun" atau nama glem dia... maksu....