Tuesday, August 5, 2008

Personaliti Puteri - Puan Nor Asyikin Jaafar


Personaliti: Tumpuan politik, keluarga seimbang


BERMULA sebagai ahli Puteri Umno yang hanya menghadiri mesyuarat cawangan setahun sekali, AJK Puteri bahagian Lembah Pantai, Nor Asyikin tidak pernah menyangka minatnya turus berkembang untuk bergiat aktif dalam parti. Setelah melibatkan diri dalam Puteri Umno Lembah Pantai sejak tahun 2003, beliau akan bertanding untuk jawatan tertinggi dalam Puteri Bahagian iatu Ketua Puteri Umno Lembah Pantai.


Memikul tanggungjawab sebagai isteri kepada Amin, 30, dan ibu kepada tiga anak Danish 7, kembar Irshad, 5 dan Irfan 5, wanita yang berimej ceria dan peramah ini berikrar akan terus berjuang dalam Umno demi agama, bangsa dan negara.


"Saya bukan berminat menceburi politik untuk meraih sebarang populariti atau kedudukan, tetapi mahu memastikan niat untuk membantu Parlimen Lembah Pantai yang telah tewas dalam PRU12 meraih kemenangan semula dalam PRU13. Saya yakin, dengan kepercayaan yang diberi oleh rakan-rakan Puteri, saya boleh membantu kembalikan kemenangan Barisan Nasional Parlimen Lembah Pantai. Memang kekalahan sukar untuk diterima, tambah pula semangat yang ditunjuk oleh Puteri Lembah Pantai yang telah mengembeling seluruh tenaga dan masa berkempen untuk parti, tetapi kita terpaksa menerima yang rakyat meminta perubahan. Perubahan bermula dengan akar umbi, " katanya.

Mengakui cabaran memegang tugas dan amanah sebagai ahli politik, wanita yang berkerjaya dan ibu, amat besar baginya, Syikin bersyukur kerana keluarga, anak dan suami, memahami dan sentiasa menyokong kerjayanya. Katanya, kesibukan tugas menyebabkan masanya bersama keluarga terbatas, namun beliau akan memastikan setiap detik yang dinikmati bersama keluarga adalah waktu berkualiti, terutama dalam memberi perhatian terhadap anak semakin membesar.




23 comments:

intan_33 said...

oo kakak nie yg bakal bertanding jd Ketua Pu3 bhgn ek??hmmm ok gudluck n wis u the best...moga allah sentiasa bersama niat murni n semangat perjuangan anda!

intan_33 said...

Calon muka baru, Nolee Ashilin Radzi akan bekerja keras memastikan BN menerima undi lebih besar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tualang Sekah pada pilihan raya umum kali ini. Nolee akan bertanding menggantikan bapanya Datuk Mohd Radzi Manan yang juga Anggota Exco Kerajaan Negeri Perak yang digugurkan.

Nolee juga mengambil pencalonan tersebut secara positif bagi meneruskan usaha bapa yang selama ini membawa pembangunan dan kesejahteraan di kawasan tersebut dan berjanji akan bekerja keras bagi menambah pembangunan untuk meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

Menurut Nolee, pemilihan beliau sebagai calon oleh pucuk pimpinan parti satu penghormatan buat Puteri Umno apabila usaha-usaha Puteri diiktiraf oleh pucuk pimpinan serta penghormatan buat wanita amnya untuk mengisi kuota.

Walaupun masih muda, beliau yang datang dari keluarga politik yakin berpeluang untuk memenangi kerusi DUN Tualang Sekah walaupun mendapat tentangan daripada segelintir anggota parti yang tidak berpuas hati dengan pemilihannya. Beliau sedar tidak semua (pihak) dapat menerima pencalonannya , namun berharap mereka akan faham perjuangan kita bukan untuk diri sendiri tetapi adalah perjuangan untuk parti.

Nolee akan bertanding satu lawan satu dengan calon PKR M Nadarajah.

Dalam pilihan raya 2004, Mohd Radzi menewaskan pencabarnya dari PKR dengan majoriti 3,311 undi. Mohd Radzi mengumpul 7,230 undi manakala pencabarnya Salma Ismail mendapat 3,919 undi

Ahli UMNO harus sedar bahawa perpaduan di kalangan ahli adalah aset penting keunggulan sesebuah parti...

Soklan : da jd ADUN Tualang Sekah nape nk jd Ketua Puteri Bhgn Lembah Pantai plak ye??hmm mcmane nk bahagi mase antara kawasan DUN ngn Pu3 Bahagian...??pelik pelik...takpe wait n see...

intan_33 said...

Puan Nor Asyikin vs Cik Nolee Ashilin Radzi??

Joe B. said...

Saya mengucapkan good luck buat saudari. Bukan senang nak berlawan dgn ADUN.

Yang penting, mestilah merapatkan saf selepas pertandingan untuk mencapai kecemerlangan Puteri di LP.

Unknown said...

salam... hasil daripada keputusan PRU12, UMNO menerima kesan yang nyata.. biarpun yang menang sebenarnya UMNO dan yg kalah adalah MCA dan MIC. akibatnya berlakulah perubahan atau cubaan membuat perubahan dalam UMNO dan Pu3 tidak terkecuali. Pu3 Lembah Pantai juga bakal mengalami perubahan apabila jawatan ketua Pu3 dikosongkan kerana faktor umur. Saya tak nafikan Pn. Syikin boleh memimpin pu3 LP, namun sekiranya dlm kalangan pu3 LP sendiri terdapatnya individu yg berkaliber dan boleh memimpin dgn lebih baik, bg sy tak ada salahnya beliau diberikan peluang. YB nolee mmg mempunyai pengalaman luas dlm bidang politik seperti yg di'post'kan oleh intan_33. beliau juga terlibat dalam Pu3 semenjak zaman penaja (2000). Adalah kurang bijak utk mempersoalkan jawatan ADUNnya akan menyebabkan beliau tak punya masa utk Pu3 LP.. ramai lagi ADUN di luar sana yg turut memegang jawatan penting di bahagian masing2 namun tetap dapat menjalankan tgjawab dgn baik. seharusnya Pu3 LP merasa bangga sekiranya Ketua P3 mereka adalah seorang ADUN. papepun, saya ucapkan 'Good Luck' kepasa Pn. Syikin dan YB Nolee.. bertandinglah secara sihat.

Anonymous said...

Al-kisah ada pula Puteri Bhg lain yang telah menukar Cawangan untuk masuk Puteri Lembah Pantai. Dengar khabar dia juga akan bertanding Exco.

Katanya kalau YB menang, pemilihan depan, YB akan memihak kepadanya.

Korang dah kena main lah Puteri Lembah Pantai. Yang penting make sure korang mashyukkkkkkkkk...itu yang penting untuk orang Umno.

Hidup Nurul Izzah!!

Anonymous said...

Ex Puteri,

Majoriti Puteri tidak seperti yg awak katakan.

Puteri Lembah Pantai mengalu-alukan kedatangan mereka yang berkaliber ke Lembah Pantai. Ini bukannya kelab eklusif untuk segelintir wanita Melayu muda. Sesiapa sahaja boleh jadi ahli.

Kalau nak bertanding sini, kami minta buktikan keikhlasan mereka terlebih dahulu.

Anonymous said...

Ex-puteri, kau nie org PKR ye?
sampaikan salam aku pada YB kau tue..tanye dia bile nk turun padang tgk warga Lembah Pantai seperti yang dijanjikan dulu kata nak buat yang terbaik pd penduduk Lembah Pantai.

p/s : miss Kak Ijat.

Anonymous said...

kepada cik/puan jendela (jendela mane ko nie hah)

ko kate intan_33 kurang bijak ye persoalan kan jawatan yg da dipegang oleh YB kesygan ko tue? mmgla selama nie UMNO even Bn tak penah sekat org tue nak pegang jawatan mane2 pun...ko duduk mane tp jd ADUN tmpt lain pastu ko jd ketua bhgn tmpt lain..itu yg kite nk ubahkan wahai jendela...disebabkan faktor tue la org yg sama pegang 10 jawatan ditempat yg lain2 UMNO/BN hancur sekarang nie...penyakit tamak jawatan nie kalu tak dibendung makin dahsyat jdnye UMNO..

pu3 LP berkata-kata saper YB tue..time nk bertanding nie plak tibe2 name die naik..sebelum nie penah ker die bersama mengharungi onak duri badai laut di Lembah Pantai?

mungkin jugak ko nie org kuat YB yg massyyyuuuk seperti yg ex-puteri katakan..kalaula mcm tue..engkaula perosak bangsa petualang UMNO...insafla...cukup2la ko nak merosakkan fikiran pu3 LP yg aku rasa taklah pandai sgt berpolitik nie....engkau jadikan mereka lagi meluat dgn UMNO..tindakan kau akan menghancurkan UMNo..tak lama lagi kalau kau berterusan mcm nie UMNo akan hilang...fikirkan la..

Anonymous said...

Ohhh! Syikin ni yang nak ganti Zalina? Ok La. Aku suka sebab aku selalu tengok syikin ni buat kerja bilamana aku datang program puteri Wilayah atau masa ada budak Lembah Pantai. Rasanya dia pun ada grassroot dan ada charisma.

yang nk bertanding dengan dia siapa yek? ADUN? Berapa lama dah masuk puteri Lembah Pantai? Aku rasa orang yang baru masuk bahagian dah nak bertanding, bawak la mengucap. Bila masuk rumah orang, bagi salam, tengok, teliti dulu budaya, tolong ringan tulang dan bila rasa boleh masuk book, barulah bertanding.

Anonymous said...

cik/puan anonymous.. janganlah begitu emosi apabila berbicara.. jangan pula membuat tuduhan tanpa bukti yg nyata. fitnah jadinya.. di ruangan komen ini sy sekadar memberi pandangan..
sy tak nafikan ada orang yg tamak jawatan.. tetapi janganlah membuat generalisation.. kerana ada orang yg menawarkan bakti dan tenaga ikhlas untuk membantu.. tak ada salahnya disini... macam sy katakan sebelum ini, saya tak meragui kemampuan Pn. Syikin, cuma saya kata di LP itu ada individu yg lebih berkaliber. seingat saya YB telah menjadi ahli Lp sejak 2-3 tahun yg lalu. beliau bukanlah baru di LP.. semua sedia maklum beliau telah menjadi EXCO Pu3 m'sia selama 2 penggal. sy pasti dgn pengalaman dan ilmu beliau, Pu3 Lp akan dapat dimantapkan lagi.. insyaallah...
sekali lagi sy ucapkan 'Good Luck' kepada kedua2 calon..

Anonymous said...

Setuju dengan jendela, jika ada calon yang berpotensi elok lah dibuat penilaian dengan baik. Jangan dengar cerita karut yang dilempar semata-semata memburukkan pihak yang bertanding. paling tidak berserah pada Allah mana satu nak pilih...

Pu3....... said...

oo kak syikin ke yang nak bertanding ngan YB Nolee...isshhhh kak syikin ni ok ke...saya pernah satu group ngan kak syikin ni masa kursus dulu..kak syikin ni cam tak reti nak bercakap je..tapi YB Nolee ni saya kenal juga dia ni Exco Puteri Malaysia kan..dia selalu buat program untuk puteri..saya pernah bercakap ngan YB Nolee ni..dia baik org nye...tak sombong pun orgnye...apa kata kalau kita semua sokong je YB Nolee ni jadi ketua puteri bhg kita..sekurang-kurangnye takdelah kita ni sepreti katak di bawah tempurung lagi..

Anonymous said...

salam PU3...
bukan nak masuk campur urusan PU3 bhg lain tapi sekadar bkongsi pdpt. Aku dh lama kenal YB Nolee, orgnya baik, tak sombong dan kuat keje utk PU3. Rugi le PU3 LP kalu petikaikn dia nk jwtn KPU3 BHG hya krn dia org luar. Bukan nafikan kebolehan Syikin. Msg2 ada kelebihan. Yg ptg fikirkn kebaikan PU3

OtAi said...

BEB!!!! Pelik la dengan perangai BUDAK2 LEMBAH PANTAI nieh...dulu masa si dak norlee masuk lembah pantai dia kata nak jadi ahli biasa jer. orang semua dah boleh agak dia nak jadi KP3 Lembah Pantai (dia kat perak bukan sesapa beb! bendahari bahagian jer tetiba jer masuk lembah pantai. tak pelik ke?) tapi kan mcm biasalah orang pandai berlakon gila2 la dia kata "TAK LAH... I NAK JADI AHLI BIASA JERRR.." tapi sekarang apa dah jadi? dah JILAT LUDAH SENDIRI BALIK KERRRRRRRRR?

korang pikir lah sendiri... korang nak pemimpin yang munafik ke? hari ni cakap lain esok cakap lain? kejap sokong Raja Nong kejap sokong En. Yus... last-last tikam En. Yus orang yang bagi jawatan ajk kat bahagian..serupa macam lepas anjing tersepit..last2 gigit tangan tuan sendiri!

korang nak pemimpin yang berkhidmat ikhlas untuk Puteri Lembah Pantai atau pemimpin yang hidup dengan duit politik bagi menjamin kedudukan politik dan POKETNYA?

tak tau la pulak kalau korang lebih suka kerja dengan KP3 Part time dan korang yang menjadi ahli Puppet? (kena tarik tangan kiri jalan kiri kena tarik kanan jalan kanan janji masyukkkkkkkkkkkkkkk)
kalu aku, baik kije ngan budak lembah pantai sendiri...

LU PIKIR LA SENDIRI!!!!!!!!

Pu3....... said...

saya ni bukanlah nam memihak kepada sesiapa..saya bercakap atas pengalaman saya mengenali kedua2 calon ketua puteri umno bhg lembah pantai ni...saya rasa YB Nolee tu tak seperti yang di katakan oleh OTAI..saya pernah berjumpa dan duduk semeja ngan YB Nolee di salah satu program..saya tengok cara dia bercakap melambangkan dia seorang pemimpin muda yang bagus..saya tak rasa yang dia berperangai begitu..saya ni masuk puteri dari zaman 2002..tapi sampai sekarang saya tak nampak apa yang telah dilakukan oleh kepimpinan puteri umno lembah pantai..saya pernah juga bercakap dengan Syikin...syikin tu nampak cam budak2..tak nampak pun yang dia leh jadi pempimpin yang bagus untuk puteri...kita semua kene ingat...zaman sekarang ni...kita semua kene keje kuat untuk pastikan lembah pantai milik kita kembali...saya tak rasa yang syikin tu mampu untuk menjalankan tangungjawab dia sebagai seoarang pemimpin..selama ni saya tak pernah nampak dia kat mana2 program umno lembah pantai pun...tiba2 dengar dia nak bertanding sebagai ketua puteri..bukan saya nak merendahkan syikin tapi saya pernah jadi pewakilan cawangan pada persidangan umno bhg dulu...pada waktu tu syikin kene menyampaikan usul...ucapan syikin pada waktu tu cukup mengecewakan...dia lansung tak pandai berucap...dia cuma membaca skrip yang di sediakan...cam manalah dia nak jadi ketua puteri nanti...kesian kat kita semua...ketua puteri lansung tak berkelibar....eeeeeeeeerrrrmmm fikir2 lah wahai puteri semua...

hhhh said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Pu3,
Ko kata ko tak memihak kepada sesiapa - blahhh la!
Sejak 2002 terlibat dengan Pu3 tak pernah nampak Kak Kin?!! Ko pergi program mana?!!
Ko dah masuk Wanita tu, janganle kacau kami. Ko serupa degan Kak Tina! Kecoh.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
hhhh said...

isshhh geram nyer aku ngan org yg buat blog ni.. tak professional langsung, woi sengal klu setakat nak komen yg baik2 je ko nak pamerkan baik tak yah lah... aku nyer komen ko delete tak nak bg org lain baca... apahal ko takut org lain boleh berfikir waras dan tak nak support geng korang.. mcm ni punya geng yg nak menaikkan puteri lembah pantai konon padahal orang-orang mcm korang ni yg menjatuhkan puteri lembah pantai... kesian...kesian...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
hhhh said...

lg satu aku rasa blog ni korang buka utk org2 korang bg komen yg baik2 jer yer... yg agak tak menyebelahi korang delete, hei anonymous ko klu setakat nak mempertikaikan isu org luar bertanding kat lembah pantai ko lupakan je lah.. ketua puteri ko skrg ni pun bkn org lembah pantai, wakil rakyat sblm ni bkn org lembah pantai gak... Dato' seri shahrizat ketua wanita kepong mcm mana blh jd wakil rakyat lembah pantai.. cakap ngan gua, lain kali klu nak jd kan isu fikir2 kan lah.. aku rasa YB ni memang boleh coz dia berpengalaman sgt dlm politik ni, korang ni bkn nak pilih pemimpin yg nak memperjuangkan puteri umno tetapi sekadar korang nak suka-suka je aku tgk.. aku punya cwgn sendiri pun takde aktiviti selama berapa tahun aku jd ahli, coz ketua aku pun group korang..cakap tak serupa bikin lah...Hidup YB Nolee...Hidup YB Noleee....

ex_tualang sekah said...

@intan_33
hope 2 pegi dulu kg Tualang Sekah dahulu sebelum menyokong beliau...tanyalah kepada penduduk kg dahulu ape yg telah beliau janjikan sebelum pilihan raya umum ke-12...berapa kali beliau datang ke Kg Tualang Sekah selepas PRU-12...berapa sangatlah majoriti yg belau telah menang dalam PRU-12, jd harap beliau faham mengapa beliau akan kalah dalam PRU-13 nanti...suruhlah belau datang ke Kg Tualang Sekah dan suruhlah beliau tunaikan janji belau....wasalam....