Wednesday, August 27, 2008

Jemputan ke Kempen Derma Darah Pra Ramadhan 2008 Anjuran ANSARA Jasin, Melaka.

Kepada semua ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai,

Persatuan Alumni Maktab Rendah Sains MARA (ANSARA) Cawangan Jasin, AEON Jusco dan Pusat Darah Negara (PDN) akan menganjurkan Kempen Derma Darah. Program ini adalah bagi membantu menjamin bekalan darah yang mencukupi untuk kegunaan pesakit-pesakit yang memerlukan transfusi darah terutama semasa bekalan stok darah yang biasanya rendah semasa dan selepas bulan Ramadhan.


ANSARA Jasin dengan itu ingin menjemput Pergerakan Puteri UMNO Lembah Pantai menderma dan memeriahkan kempen ini. Butir –butir adalah seperti berikut :

Tarikh : 29, 30, 31 Ogos 2008
Tempat : Jaya Jusco, Ayer Keroh
Jam : 10 pagi hingga 8 malam

Sila hubungi Sekretariat, En. Firdaus Basharuddin di 017-363 5628 atau emel info@ansarajasin.org untuk sebarang pertanyaan.

Jemputan diterima melalui emel daripada Puan Zalina Abdul Halim, Ketua Puteri Umno Bahagian Lembah Pantai merangkap Presiden ANSARA Cawangan Jasin, Melaka.

2 comments:

Anonymous said...

Boleh saya tau siapa yang akan pergi ke Melaka?Saya akan berada di Melaka pada waktu itu.Saya ahli Puteri Bukit Katil dan bekas pelajar MRSM.

Princess Z said...

Sofia boleh hubungi Kak Zalina di zalina.halim@gmail.com
Atau Sekretariat dinombor yang telah diberi.