Thursday, August 7, 2008

Mengimbas Kembali - PRU12 dari Kacamata Ketua Puteri Umno Lembah Pantai




"Situasi di Lembah Pantai sewaktu PRU12 memang sangat mencabar. Kita boleh melihat sendiri semakin dekat dengan hari mengundi, semakin panas keadaan dan poster, banner naik semakin banyak. Bila kita lihat orang India mengibarkan bendera DAP, orang Cina memegang sepanduk PAS, itu dah terang-terang mengambarkan penduduk tempatan tolak Barisan Nasional habis-habisan, " kata Zalina Tan Sri Abdul Halim, Ketua Puteri Umno Lembah Pantai. Beliau menambah bahawa "Orang dah tak kisah apa-apa lagi dah masa itu, anything but BN."

"Bila kita berjumpa dengan pengundi muda di kawasan, ada yang telah berkata kepada saya yang mereka tidak ada komplen sangat pasal Wakil Rakyat kami. Dato' Seri Shahrizat selalu turun padang.. tak ada apa yang tak ditunaikan. Tapi, mereka dah bosan & fed up dengan kerajaan, jadi mereka tak akan keluar mengundi atau akan undi pembangkang."

Anak ke-2, Yg. Bhg. Tan Sri Abdul Halim, bekas Ketua Setiausaha Negara, ini telah terlibat dalam arena politik secara tak sengaja. Rupa-rupanya beliau adalah menantu Ketua Wanita Umno Bahagian Lembah Pantai. Dia disuruh oleh ibu mertuanya menghadiri temuduga dengan Ketua Wanita Wilayah Persekutuan, Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil. Ketika itu ada lebih kurang 20 orang yang menghadiri temuduga tersebut. Apabila dilantik sebagai Ketua Puteri, beliau tidak tau apa yang sebenarnya 'job description' untuk menjadi Ketua Puteri. Tergelak saya mendengar penjelasannya itu.

Zalina berkelulusan Undang-Undang dari Universiti of Nottingham, United Kingdom petah dan tegas bila berbicara. Tak ada apa yang cuba diselindungkan ketika memberikan pandangan tentang apa sahaja perkara berkaitan politik. Terasa seolah-olah sudah lama kenal Ketua Puteri Umno Bahagian Lembah Pantai ini.

"Apabila kita duduk mengira undi di Bilik Gerakan BN, memang keadaan tegang. Semua orang muka stress. Selepas 1,2,3 petiundi kita kalah... ada menang 1. Tapi selepas petiundi yang ke 12, kita dah dapat agak keputusan dah...Saya pun telefon Ketua Puteri Bahagian lain di Wilayah, tanya Parlimen dia orang macamana... Titiwangsa out, Wangsamaju out, Segambut out... tempat-tempat yang memang seat BN! Lega pun ada jugak... tak lah Lembah Pantai sahaja yang kalah. Maknanya, memang dah jadi fenomena nasional. Lega kerana tak lah orang kata Puteri Lembah Pantai tak buat kerja..."

"Sebagai Ketua, memang kita kena bertanggungjawab atas kekalahan yang baru dilalui. Saya akui yang memang banyak benda yang sepatutnya dibuat sebelum ini - daftar pengundi muda, tambahkan aktiviti yang mendekati dengan golongan muda dan lain-lain... tapi tsunami politik ini merebak ke peringkat nasional - sentimen seluruh rakyat Malaysia, jadi tanggungjawab sepatutnya terletak pada Presiden parti. Dah lah semua tempat kalah, Presiden senyap aje, Ketua Puteri Umno Malaysia langsung tak berbunyi. Yang keluar statement, Tan Sri Muhiddin...Masa tu, semua orang dah tercengang - tak tau apa nak buat.. saya rasa PKR pun macam tu sebab dia orang pun tak expect menang banyak seat.." tambah Zalina dengan penuh animasi.

"There is no direction...people up there are still saying 'We are OK, we are strong, we are still running the government. We have to do a reality check! Rasa macam kita atas kapal 'Titanic', kapal dah separuh tenggelam tapi masih ada 'band' yang sedang mainkan muzik - ingat tak adegan tu?" You janganlah tulis semua ni, nanti I kena masuk lokap pulak ..," sempat dia berseloroh.

Apabila meminta Zalina komen tentang PRK dan Nurul Izzah dia berkata, "PKR still cannot get their act together. We're still not sure what they're fighting for...Nurul ? She is lovely and speaks well, but too bad she's in the wrong party."

Saya bertanya kepadanya apakah pandangan dia terhadap isu terbaru Anwar Ibrahim. "Penting ke samada betul atau tak?! Yang lagi penting bagi orang biasa macam saya ni adalah harga barang yang semakin naik, integriti kerajaan dalam usaha membela rakyat, pendidikan anak-anak, perpaduan antara kaum, kes-kes jenayah yang meningkat. Ini semua isu-isu yang lagi besar daripada seorang yang bernama Anwar Ibrahim."

Saya terpaksa mencelah kerana temubual melalui telefon ini sepatutnya mengambil masa 15 minit sahaja tetapi kini sudah 30 minit yang berlalu. Terlalu asyik mendengar celotehnya. Saya tanya Zalina apakah harapan beliau untuk Puteri dan Umno. "Harapan saya adalah supaya ada peningkatan kepada Puteri Lembah Pantai. Perlu ada kontinuiti - kita dah bina dan kuatkan Puteri Bahagian selama 8 tahun, sekarang perlu terus ada impak yang lebih pada Bahagian Lembah Pantai. Jangan terlalu politik sangat, orang-orang muda tak suka. Buat aje kerja dan aktiviti. Support kepimpinan Bahagian tanpa berbelah bagi. Itu tugas dan tanggungjawab kita. Kita memang ada imej yang unik - ceria, sukarela, bertenaga - gunakannya untuk mencapai matlamat Puteri. Bagi Umno pulak, biarlah ada pembaruan dari segi imej dan kepimpinan. Zaman sudah berubah, kita tak boleh buat benda-benda yang sama macam dulu. Kalau kita masih berpegang kepada benda-benda yang sama, nothing will change and we will lose more good people who are willing to serve the party. PRU12 menunjukkan yang orang Umno pun dah tolak Umno. Kalau Umno tidak berubah , in 5 years time, the party will be irrelevant."


1 comment:

Joe B. said...

Betul ke ni, Princess Z? Tak betul, I boleh sue you tau..But, sounds like me!