Tuesday, September 15, 2009

Salam Aidil Fitri 1430H


Aidilfitri hari kemenangan...Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan...Bagi mereka yang kekurangan

Tanpa mengira miskin kaya....Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya...Maaf-maafan di hari bahagia

Cincin disarung hati berdebar...Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar...Aidilfitri disambut dengan meriah

Ketua & Naib Ketua serta barisan AJK Puteri UMNO Lembah Pantai memohon kemaafan kepada anda sekalian andai kata kami ada terkasar bahasa terkurang budi bahasa sepanjang perkenalan kita. Semoga jalinan mesra yang terjalin abadi selamanya.

Bagi yang pulang ke kampung, berhati-hati ketika memandu. Memandulah dalam keadaan yang segar, jika penat atau mengantuk, berhenti seketika di R&R untuk berehat. Ingat keluarga yang menanti anda di kampung.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1430H
Maaf Zahir & Batin..

Monday, September 14, 2009

Kenangi Mereka Sayangi Mereka - Satu Kejayaan...


Salam...

Seperti yang sedia maklum, pada 12 September 2009, Puteri UMNO Bahagian Lembah telah mengadakan satu Program Amal "Kenangi Mereka Sayangi Mereka' Program yang telah diadakan bertujuan meringankan beban ahli keluarga anak-anak kurang upaya, yatim piatu, fakir miskin dan kurang berkemampuan di bawah umur 12 tahun. Program telah dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai merangkap Menteri Wilayah YB Senator Dato' Raja Nong Chik Bin Dato' Raja Zainal Abidin serta isteri Datin Nafizah Raja Nong Chik, Ketua Wanita UMNO Bahagian Lembah Pantai Dato' Sharifah Aminah, wakil penaja iaitu JAKEL Trading En. Ma'amor Bin Haji Hussain.

Alhamdullillah, program telah berjalan dengan selamat dan jayanya. Segala keperluan telah ditaja sepenuhnya oleh pihak Jakel Trading yang mana pemberian hamper, baju raya serta duit raya telah diberikan kepada kanak-kanak tersebut. Melihat wajah kegirangan serta kegembiraan kanak-kanak yang menerima sumbangan yang diberi terasa penat lelah yang dilalui sebelum program dijalankan hilang begitu sahaja. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak Jakel Trading. Kepada orang perseorangan yang turut memberi sumbangan, terima kasih jua di ucapkan kerana sumbangan anda sedikit sebanyak meringankan beban keluarga kanak-kanak tersebut.

Kepada ahli-ahli serta barisan AJK Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai yang terlibat dalam menjayakan program ini, terima kasih dan tahniah di ucapkan. Semoga program ini dapat dijadikan panduan dalam mengendalikan program-program yang akan datang.

Program yang telah memasuki tahun keempat ini juga didedikasikan khas buat mantan Ketua Puteri kita iaitu Kak Nana yang mana antara pencetus idea bagi memulakan program ini.

Terima kasih semua....!!!!

Friday, September 4, 2009

'Kenangi Mereka Sayangi Mereka"



Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Dengan penuh rasa rendah diri, Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai akan menganjurkan satu Program Amal "Kenangi Mereka Sayangi Mereka" yang akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 12 September 2009 ( Sabtu )
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Pejabat UMNO Bahagian Lembah Pantai

Program yang diadakan pada setiap tahun ini bermatlamat untuk membantu anak-anak penduduk Lembah Pantai yang kurang bernasib baik seperti anak-anak kurang upaya, yatim piatu, fakir miskin dan dari keluarga yang kurang berkemampuan di bawah umur 12 tahun. Seramai 100 kanak-kanak telah dikenal pasti untuk program amal ini.

Bagi membantu golongan ini, pihak Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai telah mengambil inisiatif untuk menjual barangan hiasan wanita iaitu gelang untuk menambahkan lagi dana bagi program "Kenangi Mereka Sayangi Mereka' ini. Dana yang akan diperolehi nanti, akan digunakan untuk meringankan serba sedikit beban ahli keluarga kanak-kanak tersebut bagi membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelma nanti.

"Membeli sambil Beramal" ini mengharapkan anda sekalian membantu kami untuk menambahkan dana bagi membeli keperluan diri kanak-kanak ini. Sebanyak 35 pasang gelang akan di jual dengan pembelian minimum sebanyak RM30.00. Para pembeli/dermawan yang sudi membeli gelang-gelang tersebut akan dijemput sama untuk mengikuti program amal ini yang akan berlangsung pada 12 September 2009 nanti. Pembelian/sumbangan perlu dibuat sebelum 11 September 2009.

Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai mengharapkan sokongan dari anda sekalian untuk melancarkan lagi Program Amal Tahunan "Kenangi Mereka Sayangi Mereka' ini. Kepada yang sudi untuk membeli dan juga untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi wakil dari Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai seperti berikut :

Ketua Puteri : Nor Asyikin Jafar ( 016 - 333 6753 )
Penyelaras Program : Islina Ibrahim ( 012 - 321 4844 )


Bagi sumbangan persendirian, boleh lah di buat melalui akaun seperti berikut:

Tabung Amal Program "Kenangi Mereka Sayangi Mereka:
Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai
RHIB Bank - 2643 - 3900 - 0013 - 16

Pihak Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai amat mengalu-alukan sokongan dari anda sekalian Sesungguhnya, sumbangan dari anda kami dahului dengan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Yang Menerima. AMIN..

Sekian, Terima Kasih.