Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru, Sayang!


Selamat tahun baru 2009 kepada semua pembaca sekalian. Syukur pada Tuhan kerana dengan izinNya, Princess Z masih lagi dapat menari di papan kunci, menitipkan salam di hari terakhir tahun 2008.
Mengenangkan segala kenangan dan perjalanan hidup sepanjang 2008, Princess Z rasa sayu dan terharu kerana segalanya cukup berharga bagi saya. Andai dapat saya undurkan masa, ingin sekali saya merubah segala kesilapan… namun, tak mungkin ia dapat kembali lagi.
Semoga tahun 2009 memberi sinar harapan dan kebahagiaan yang berterusan buat anda semua. Ciptalah azam dan tekad untuk terus mengorak langkah dengan lebih gagah dan tabah untuk mencipta kejayaaan yang lebih gemilang. Moga-moga kejayaan dan kecemerlangan dapat kita kecapi bersama-sama.

Princess Z sebagai Moderator blog ini dan Pink Putih sebagai pembantu pengarang ingin memohon maaf seandainya tulisan Princess Z di tahun 2008 yang lalu menyentuh hati dan mengguris perasaaan pembaca sekalian.

Terima kasih kerana masih lagi setia untuk berkongsi rasa dan komen demi kebaikan Puteri Lembah Pantai.

Friday, December 26, 2008

Friday, December 12, 2008

Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu




Penamaan calon akan jatuh pada Selasa, 6 Januari, 2009. Tarikh pembuangan undi pula pada Sabtu, 17 Januari, 2009. Pilihanraya Kecil ini melibatkan 80,229 pengundi yang akan mengundi di 36 pusat mengundi.
Harap semua yang ingin menjadi jentera bersiap sedia dan mohon cuti awal-awal:)

Thursday, December 4, 2008

Calon-Calon Exco Puteri UMNO Malaysia



Calon-calon dari Wilayah Persekutuan bagi jawatan Exco Puteri UMNO Malaysia.
Dari atas kanan : Siti Fatimah (Fatim) - Ketua Puteri Cawangan, Norhamizah Zawawi- Ketua Puteri Bahagian Putrajaya, Huzry Fionawatty Hussein - Ketua Puteri Bahagian Segambut, Seriwani Sabtu - Ketua Puteri Setiawangsa, Azliza Ahmad - Ketua Puteri Seputeh, Zauyah Zainuddin - Ketua Puteri Bahagian Bandar Tun Razak, Nashua Fauzun - AJK Puteri Bahagian Segambut & Masmira - Ketua Puteri Bahagian Bukit Bintang (tiada gambar).
Kenali calon-calon :
Huzry Fionawatty Hussein : http://segambutprincess.blogspot.com/


Friday, November 28, 2008

Kekuatan dan Kelemahan Manusia


Oleh Hjh Rohani


Assalamualaikum wbt,


Puteri-Puteri sekalian,


Sesekali, eloklah kita beringat-ingat antara kita. Ustazah ingin menyentuh perihal kekuatan & kelemahan manusia. Mungkin kerna Ustazah tau telah berakhir pertandingan di Lembah Pantai dan sudah tentu ada yang terasa hati.


Ada dua sifat semula jadi manusia yang ada pada setiap individu ialah kekuatan dan kelemahan. Kekuatan dan kelemahan ini mempengaruhi kehidupan manusia melalui tiga aspek iaitu aspek mental (fikiran), fizikal (anggota) dan spiritual (semangat)."


Kerapkali kekuatan seseorang itu dikaitkan dengan saiz dan bentuk tubuh badannya. Dari penilaian di atas maka satu tanggapan akan dibuat bahawa seseorang yang berbadan besar dan tegap mempunyai keistimewaan yang lebih jika dibandingkan dengan diri sendiri. Ada pula yang melihat kekuatan seseorang individu dari segi bangsa dan warna kulit. Sesuatu bangsa itu dianggap mempunyai keistimewaan yang tertentu berbanding dengan bangsa yang lain. Apabila kita melihat seorang yang berketurunan dari negeri barat, kita beranggapan ianya lebih istimewa dari kita. Sebenarnya tangapan kita adalah salah.


Kekuatan dan kelemahan diri bukannya terletak pada aspek fizikal sahaja tetapi terletak pada mental dan spiritual. Dalam hal ini Rasulallah S.A.W bersabda "Tidak dihitung kaya dan kuat dan yang banyak harta, tetapi kekayaan dan kekuatan itu ialah yang kaya jiwanya.."


Banyak pepatah dan cerita rakyat yang dianggap dongeng itu mempunyai nilai moral yang tinggi. Sejauhmanakah cerita arnab dan kura-kura yang boleh dikatakan telah dibaca oleh setiap individu sejak kecil lagi, begitu juga dengan perumpamaan seperti "Kecil jangan disangkakan anak, besar jangan disangkakan bapak", dan "Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit", dapat dijadikan satu ikhtibar untuk dicontohi sewaktu kita membuat muhasabah diri terutamanya dalam tugas kita seharian. Implikasi cerita dan pepatah Melayu itu dapatlah dijadikan satu refleksi terhadap kehidupan kita seharian bahawa: Setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemah. Kita harus menerima hakikat bahawa setiap individu mempunyai kekuatan dan kelemahan. Kedua-duanya wujud dalam setiap diri manusia tidak mengira bangsa serta asal keturunannya. Kekuatan dan kelemahan bukan sahaja dari aspek fizikal tetapi juga mental dan spiritual. Kekuatan fizikal adalah lahir dari kekuatan mental dan spiritual (rohani, kejiwaan, keimanan). Seseorang tidak akan dapat melaksanakan sesuatu tugas dengan baik sekiranya fikiran dan jiwa tidak digabung dan dimantapkan.


Kata-kata seperti "berkerja dengan sepenuh jiwa dan raga" membuktikan kepentingan kekuatan spiritual dalam kehiduapan manusia. Jangan persia-siakan kekuatan yang ada pada diri. Kekuatan merupakan keistimewaan, kebolehan atau potensi yang ada pada diri kita. Ianya haruslah dicungkil serta digunakan ke arah yang boleh membawa kebaikan kepada diri, keluarga, bangsa, agama, masyarakat dan juga negara.


Jangan biarkan kelemahan membawa kekecewaan pada diri. Apa yang harus dilakukan ialah setiap kelemahan haruslah dijadikan sebagai satu panduan ke arah memperbaikinya. Dalam proses memperbaiki kita tidak boleh lepas dari cabaran sebelum menemui kejayaan.


Kebanyakan kejayaan yang kita tempuhi adalah hasil daripada kelemahan yang telah kita lalui dan diperbaiki. Kejayaan akan tercapai melalui perancangan yang rapi yang harus dilaksanakan. Kejayaan tidak boleh dicapai dengan sekelip mata tanpa adanya perancangan. Tidak siapa pun yang "merancang untuk gagal tetapi ramai yang gagal merancang." Dari huraian di atas maka kita haruslah membuat satu tanggapan bahawa setiap kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri kita ini haruslah dilihat secara positif. Kekuatan dan kelemahan adalah merupakan sumber kemantapan ke arah kecemerlangan diri. Kekuatan fizikal sahaja tidak menjamin membawa kejayaan bagi seseorang individu. Dua aspek lagi iaitu mental dan spiritual harus digabungkan ke arah mewujudkan insan yang seimbang.


Monday, November 24, 2008

Jemputan Program Pengurusan Emosi & Stress anjuran MPWK



Dijemput ahli Puteri Lembah Pantai ke seminar Pengurusan Emosi/Stress oleh Dr. Rezuan pada:

Sabtu, 29 November 2008
Jam 9 pagi - 2 petang
Dewan Besar, Pejabat Bahagian Lembah Pantai

** Sila sahkan kehadiran dengan Maksu.




Foto: Ichor

Mutiara Kata dari Ketua Puteri Bahagian Lembah Pantai





















Saya, bagi pihak barisan kepimpinan yang dipilih oleh perwakilan Puteri Lembah Pantai kali ini merakamkam ribuan terima kasih atas kepercayaan dan penghargaan yang berikan oleh perwakilan. Kami menyedari kepercayaan yang diberikan oleh perwakilan merupakan satu tanggungjawab yang besar yang perlu dilaksanakan oleh semua exco yang dipilih dan keseluruhan pimpinan Puteri Bahagian yang akan diumumkan dalam masa yang terdekat ini.

Berdasarkan pesanan dari Kak Zalina, Kak Lia & En. Yusri, dalam ucapan mereka, secara umumnya fokus barisan kepimpinan baru dalam tahun pertama kepimpinan, kami cerminkan kepada perkara berikut:

1. Agenda Pilihanraya – Memastikan Puteri disetiap peringkat bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum ke -13. Membentuk satu pasukan yang kukuh dan padu demi menghadapi parti lawan.
2. Mengukuhkan organisasi Puteri disemua peringkat melalui latihan yang tersusun, pengurusan organisasi yang lebih berdaya saing dan menambahkan ahli wanita muda, disamping program yang lebih segar untuk golongan muda.
3. Membenteras gejala sosial dengan kaedah mengukuhkan anak muda di Malaysia melaui program pendidikan integriti kemasyarakatan.
Puteri Bahagian, dibawah kepimpinan yang lalu, secara asasnya telah menonjolkan bahawa Puteri telah bersedia menjadi sebuah organisasi yang matang dalam menerima kepelbagaian dan perbezaan.

Pertandingan yang lalu telah meninggalkan kesan yang mendalam, Puteri Lembah Pantai kini berada di suatu situasi yang tidak pernah kami lalui. Walaubagaimanapun, saya yakin bahawa ia masih boleh dibaiki. Terlalu besar tanggungjawab kami di Bahagian untuk melakukan apa sahaja tanpa kerjasama semua ahli-ahli Puteri Lembah Pantai.

Seperti yang saya katakan dalam ucapan di mesyuarat Bahagian yang lalu, kita mulakan dengan semangat BERSATU. Kemudian kita perlu SETIA – setia kepda kepimpinan Bahagian. Barulah kita boleh BERKHIDMAT.

Yang rosak kita betulkan, yang elok kita tingkatkan kualiti, yang berkualiti kita tingkatkan INTEGRITI. Itu lah MISI saya yang utama.



Nor Asyikin Jaafar
Ketua Puteri Umno Lembah Pantai

Monday, November 17, 2008

Selamat...

Selamat Pengantin Baru


Fazillah Abdul Ghani & Mohd. Suhairi


Belayar kapal ke Inderapura,
Untuk meminang Puteri Lembah Pantai yang jelita,
Princess Z tumpang gumbira,
Doaku bahagia hingga bila-bila.


Awan mendung gelap gelita,
Rembulan teman berduka lara
Pesanan Princess Z, patuhilah suami setiap masa
Supaya aman damai sentosa.






Thursday, November 13, 2008

Barisan Ahli Jawatan Kuasa Bahagian Lembah Pantai




Ketua : Dato' Raja Nong Chik Zainal Abidin

Timbalan Ketua : Ikhsan Shamsuddin

Naib Ketua : Mohd Azuz Datuk Hj. Abdul Razak


Ketua Wanita : Dato' Sharifah Aminah Syed Ahmad

Ketua Pemuda : Sazali Kamilan

Ketua Puteri : Nor Asyikin Jaafar


AJK


  1. Sapiah Darwis
  2. Mazlan Maulud
  3. Ramlan Abas (Chef kesayangan Pu3)
  4. Md. Zin Mahat
  5. Abd Razak Sharif
  6. Mohiddin Mohamad
  7. Abd Ghani
  8. Habban
  9. Ariffin Abu Nawas
  10. Selamat Sabrah
  11. Jamaluddin
  12. Norazmi Mohammadan
  13. Zalina Tan Sri Abdul Halim (I luv u, kak!)
  14. Daud Mohammad (suami Kak Lia, luv u too bang!)
  15. Ahmad Bahar (bekas SU pertama kesayangan Puteri, dengarnya..)
  16. Badrila Abdullah
  17. Ahmad Long
  18. Rasol Dollah
  19. Md. Noh Che Wah
  20. Assat Hj Ahmad

Monday, November 10, 2008

Baby Boy!


TAHNIAH
kepada
Puan Aini Hussain, bekas Pen. Setiausaha Puteri
atas kelahiran baby boy pada 9hb November 2008.
Semoga Kak Aini & baby sihat waalfiat.

Sunday, November 9, 2008

Senarai Barisan Kepimpinan Baru Puteri Lembah Pantai

Tahniah kepada semua calon yang berjaya! Ahli Puteri Lembah Pantai memberi kepercayaan kepada anda semua - jangan sia-siakan mereka! Semoga anda semua berjaya membawa Puteri Lembah Pantai ke-arah kecemerlangan!

Pengerusi Tetap : Rosliza Abdul Razak ( Simpang 3)
Timbalam Pengerusi Tetap : Adibah Sudin (Sri Pahang)


Ketua : Nor Asyikin Jaafar (Kg. Pasir Br Indah)
Naib Ketua : Norfaizah Mohd Sani (Simpang 3)




AJK 15 orang:

  1. Siti Zarima Adanan (Uda) - Sri Pinang

  2. Norsyahidah Hanim Sallehuddin - Kg. Pasir Lama

  3. Murni Yusoff - 17 Tkt

  4. Hasriza Jabar (Cha) - Kg. Pantai

  5. Norisma Dalila - Kg. Maarof

  6. Norsuria Ismail - 4 Tkt

  7. Norliza Ramly - Bkt Putra Indah

  8. Surita Isa - Kerinchi

  9. Norafizan Abu Bakar - Kg. Pantai

  10. Norazlita Arshad - Bkt Putra

  11. Norzainah - KHAH

  12. Islina Ibrahim - AC4

  13. Noraznie - Sri Sentosa

  14. Siti Suriah Suki - KHAH

  15. Ummu Ainzah Razali - Bkt Pantai

G2

1. Noridah Abdul Karim

2. Norsyahidah Hanim Sallehuddin

Saturday, November 8, 2008

A New Begining

Foto: Robinn's photostream

Hari ini bermula era baru. Pilihan sudah dibuat. Puteri yang dipilih telah diberi mandat untuk menggerakan persatuan ini dengan penuh keikhlasan dan semangat juang yang membara.
Saya mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Puteri Lembah Pantai. Semoga anda semua berada di bawah lindungan Allah!
Keputusan akan disiarkan pada hari esok, insyallah.

Friday, November 7, 2008

Countdown - Bermula Era Baru!


HARI LAGI KE MESYUARAT PERWAKILAN PUTERI UMNO LEMBAH PANTAI
Jangan lupa bawa IC!

Thursday, November 6, 2008

Countdown - Bermula Era Baru!


2 HARI LAGI KE MESYUARAT PERWAKILAN PUTERI LEMBAH PANTAI KE-7
Jangan lupa bawa IC.

Wednesday, November 5, 2008

Countdown - Bermula Era Baru!


HARI LAGI KE MESYUARAT PERWAKILAN PUTERI LEMBAH PANTAI KE-7
Jangan lupa bawa IC!

Monday, November 3, 2008

Jemputan Perkahwinan


Cik Fazillah Abdul Ghani, menjemput semua perwakilan ke majlis perkahwinan beliau pada:

Tarikh : Ahad,16 November 2008

Masa : 12.00 tengahari - 4.00 petang

Tempat : 39-01-11 Taman Seri Sentosa, Batu 6 1/2 Jalan Kelang Lama

58000 Kuala Lumpur.


Semoga dengan kehadiran semua perwakilan akan memeriahkan lagi majlis perkahwinan ini.

Sunday, November 2, 2008

Cabutan Bertuah?







Calon-calon yang akan bertanding telah pun selamat mencabut nombor pencalonan masing-masing.

Ada lebih kurang seminggu untuk calon-calon berkempen. Bertandinglah secara sihat. Ingatlah, dalam pemilihan, jika kita ditakdirkan tewas, biarlah kita tewas dengan terhormat dan jika kita menang, kita menang dengan maruah.


Ingat... Yang ini jangan main!


Thursday, October 30, 2008

Pencalonan Puteri UMNO Malaysia



Ketua Puteri
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin 58
Datuk Shahaniza Shamsudin 53
Bibi Sharliza Mohd Khalid 21
Datin Ismalina Ismail 30
Azlina Mehtab 10

Naib Ketua Puteri
Norlee Ashilin Datuk Radzi 57
Shahanim Mohd Yusof 40
Dr Wan Norashikin Wan Noordin 27
Senator YB Nordiana Shafie 27
Haslinda Mohd Zerain 19

Saturday, October 25, 2008

Berkenaan Martabat, Melayu Bandar & Program

Oleh Aida J. Rahman, pemerhati politik.








51 tahun kita Merdeka! Jika usia saya 51 tahun, saya rasa wajar kalau saya memiliki tahap kematangan dan martabat sosial dan ekonomi yang disegani. Kena juga bijak menyusun langkah yang strategik ketika menempuh pelbagai cabaran hidup yang akan saya lalui. Orang pada usia ini pada persepsi umum sudah seharusnya mempunyai aura dan ketrampilan diri yang mampu memberikan perlindungan kepada mereka yang lemah dan juga memimpin orang muda di samping menjadi ‘role model’ kepada kanak-kanak. Tak lari jugalah kiranya pada usia ini Negara tercinta, Malaysia mempunyai ciri-ciri mantap dan kukuh menepati persepsi sebuah negara yang bergerak maju

Namun secara mikro masih terdapat beberapa kekangan pembangunan yang perlu diberikan perhatian misalnya isu ‘equity’ antara kaum yang telah banyak diperdebatkan akhir-akhir ini di mana golongan bumiputera khususnya golongan etnik Melayu masih dilihat ketinggalan. Dari sudut sosialnya pulak golongan masyarakat ini yang sentiasa dihambat dengan pelbagai masalah kehidupan meliputi isu-isu kemiskinan baik di bandar mahupun di luar bandar, Mat Rempit, penagihan dadah, penderaan kanak-kanak, keganasan rumahtangga, setinggan dan pelbagai lagi masalah social.

Saya tidak bercadang untuk membincang secara terperinci akan setiap masalah sosial yang dikemukakan itu oleh kerana ianya telah banyak diperkatakan sejak kita duduk dibangku sekolah lagi. Sekiranya dikaitkan dengan bangsa Melayu kebiasaannya akan ada ‘stereotype’ yang meliputi semua orang Melayu disamakan dengan masalah walaupun bukanlah suatu kebenaran walaupun ‘sejarah’ nya telah ada.

Martabat dan Memartabat

Apakah definasi ‘memartabat Melayu bandar’? Pada pendapat saya, ‘martabat’ seseorang atau sesuatu kelompok masyarakat berkait rapat dengan maruah, nilai-nilai murni, etika serta moral yang merangkumi aspek rohaniah individu dan masyarakat di kacamata ramai. Oleh itu, memartabatkan Melayu bandar merupakan suatu proses dan usaha ke arah menempatkan orang-orang Melayu di bandar pada status yang sewajarnya menepati ciri-ciri ‘Melayu bandar’ yang bermaruah dari segi moral dan etikanya atau berintegriti, berpendidikan dan berpengetahuan dari segi keilmuannya, berfikiran terbuka dan matang dalam perkiraan tindak tanduknya,komited dan professional ketika menjalani aktiviti hariannya dan mempunyai daya saing tinggi yang positif sikap dan amalannya serta prihatin ke atas mereka yang memerlukan dan umumnya mengamalkan nilai-nilai murni sejagat tanpa menidakkan pula kepentingan budaya bangsa sendiri.

Elakkan Program Syok Sendiri
Terdapat banyak komitmmen UMNO Bahagian yang jelas dalam usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat di kawasan ini sekaligus memartabatkan bangsa tanpa mengira perbezaan kaum dan warna kulit baik di bandar.

Program-program yang dijalankan di peringkat Bahagian perlu dinilai kembali keberkesanannya. Program mesra rakyat seperti “Karnival Sukaneka, Pesta Buah-Buahan dan lain-lain’ perlu mencapai objektifnya. Sistem penyampaian ‘maklumat’ kepada masyarakat di bandar hendaklah konsisten dari segi kualiti pengurusan pada setiap masa. Pengurusan program dan organisasi Pergerakan perlu lebih profesional dan perlu diwujudkan sistem pengesanan berasaskan penilaian, seperti KPI, yang mantap.

Dari perspektif sosial, usaha yang dijalankan oleh pelbagai sayap UMNO atau apa-apa organisasi komuniti di peringkat akar umbi untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat khususnya dibandar-bandar perlu mengambil pendekatan yang berteraskan komitmen kerajaan dan Bahagian.

Oleh itu setiap aktiviti dan program yang dijalankan dalam usaha memartabatkan Melayu Bandar hendaklah dijalankan melalui pendekatan yang menyeluruh, mempunyai fokus,tempoh pelaksanaan yang tertentu ,sumber kewangan yang mencukupi dan dilengkapi sistem pengesanan aktiviti yang agresif dan telus bagi mempastikan hasil yang berkesan.
Saya cadangakn agar Bahagian tentukan agensi manakah sepatutnya terbabit dengan dasar mana dan program mana, untuk mengelakkan pertindihan dan pembaziran. Program pula perlu dinilai keberkesanannya dari segala aspek.

Kemudian, dana dan pasukan profesional perlu disediakan untuk mencipta dasar dan program yang lebih baik dari semasa ke semasa.

Kita perlu gunakan konsep bekerja ‘bersama’ golongan muda, terutama dari segi membuat keputusan. Kini, kebanyakan keputusan dibuat tanpa penglibatan golongan bermasalah. Kerana itu, kebanyakannya gagal. Untuk berpeluang menjadi lebih berkesan, belia perlu dibabitkan dalam struktur dan proses membuat keputusan.

Akhirnya, bidang yang diminati golonan muda, seperti hiburan dan sukan, perlukan tafsiran baru. Supaya menyokong, atau sekurang-kurangnya tidak berlawanan, dengan matlamat menangani masalah sosial di bandar.




Tuesday, October 21, 2008

Dah Buat Baju Persidangan?


Oleh: Selendang Pink, Baju Putih

Dua parti komponen Barisan Nasional (BN) - UMNO dan MCA sibuk mengadakan pemilihan. MCA dah pun sudah. Waktu UMNO melibatkan pemilihan di peringkat cawangan, MCA pula dalam diam-diam sudah sampai ke peringkat bahagian. Rasanya, pemilihan dalam MCA tidaklah seriuh pemilihan dalam UMNO kerana proses pemilihan MCA berjalan begitu pantas.

Selesai peringkat Cawangan langkah seterusnya ialah pemilihan Bahagian pada November ini.
Apa pun setiap sayap ada cara masing-masing. Begitu jugalah dengan Puteri UMNO. Mesyuarat peringkat cawangan telah berlangsung. Selepas tamat, banyak cerita yang didengar. Ada mesyuarat yang terpaksa dibatal kerana tidak cukup korum, ada Puteri cawangan yang tiba-tiba tubuh, beberapa cawangan tidak ada penyata tahunan dan ada juga Ketua Puteri Cawangan yang tidak tahu bahawa mesyuarat cawangan sudah berlangsung. Kenapa jadi begitu?

Isu ini sepatutnya diberi perhatian kerana ia melibatkan kerja-kerja pentadbiran dalam parti di peringkat cawangan yang menjadi suara akar umbi parti. Adakah cawangan sekadar ada pada nama bagi 'menguatkan' kepentingan individu-individu yang bertanding di peringkat bahagian? Di mana peranan badan induk yang diketuai oleh Puteri bahagian atau setidak-tidaknya setiausaha bagi memantau perjalanan cawangan-cawangan ini? Mungkinkah disebabkan musim pemilihan maka timbul perkara-perkara begini? Isu seperti ini tidak boleh dipandang ringan kerana kesannya amat besar kepada Puteri.

Justeru, pemimpin sama ada di peringkat cawangan dan bahagian janganlah terlalu ghairah merebut jawatan sebaliknya memperbetulkan dahulu kelemahan yang berlaku. Pastikan ahli-ahli di peringkat cawangan ini benar-benar kuat dan bersedia 'memulihkan' parti lebih-lebih lagi kawasan Lembah Pantai yang jatuh ke tangan pembangkang.

Keghairahan merebut jawatan nampaknya tidak dapat dibendung lagi. Kebanyakan bahagian di Wilayah Persekutuan termasuk di Lembah Pantai telah berlaku pertandingan. Dan lebih mendukacitakan kononnya wang sudah pun 'turun' di peringkat bawah dengan cara tersendiri supaya ia sukar dikesan oleh pihak berkenaan. Malahan belum pun mesyuarat cawangan berakhir, sudah ada ramalan mengatakan ketua itu bakal menang tanpa bertanding atau akan dicabar. Turut menarik perhatian khabarnya senarai kumpulan tujuh (G7) yang akan ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Perhimpunan Agung UMNO sudah pun tersedia sedangkan mesyuarat cawangan baru berakhir. Semua ini gara-gara keghairahan menjelang pemilihan di peringkat pusat yang akan berlangsung Disember nanti.

SPBP tidak hairanlah pemimpin yang berhasrat bertanding di peringkat Exco Puteri UMNO Malaysia juga ghairah melobi untuk bertanding. Ini dapat dilihat apabila ramai yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua & Naib Ketua Puteri UMNO. Itu pun masih ada yang belum membuat keputusan sama ada mahu menawarkan diri atau tidak. Mungkinkah keghairahan ini berlaku kerana mereka juga mengintai peluang untuk sama-sama berada dalam proses peralihan kuasa yang akan berlaku pada 2009? Sedikit sebanyak itu juga menjadi faktornya. Sudah nampak kekosongan yang ada jika Timbalan Presiden, Najib Tun Razak mengisi tempat yang akan ditinggalkan oleh Presiden.

Di Bahagian pula, yang menawarkan diri untuk jawatan Ketua dan Naib hendaklah benar-benar yakin mampu memikul tanggungjawab dengan baik, bukan sekadar melihat kelebihan jawatan. Memang demokrasi tidak menghalang pertandingan tetapi kadang-kala pertandingan perlu dielakkan lebih-lebih lagi bagi memastikan peralihan kuasa berjalan lancar. Dalam hal ini fikirkanlah sama ada mengukur baju di badan sendiri lebih baik atau membiarkan orang lain mengukur baju di badan kita. Tetapi jangan pula apabila membiarkan orang mengukur baju di badan kita, kita terpaksa membayar upah yang mahal sekalipun ukurannya nanti menjadikan baju yang dipakai itu longgar, tidak padan dan tidak selesa dengan badan. Beringat-ingatlah, ye? Buatlah pilihan yang bijak.

Friday, October 17, 2008

Goodbye, Thank You & Good Luck, my Sisters!



Bagi pihak Puteri UMNO Lembah Pantai, kami ingin melahirkan penghargaan UMNO kepada kakak-kakak kami yang telah Berkhidmat, Berkorban dan Berbakti demi Puteri UMNO Wilayah Persekutuan. Tiada yang dapat diungkapkan bagi membuktikan rasa terima kasih kami kepada kakak-kakak. Terima Kasih, Kak Azlinda Rashad (Ketua Puteri WP & Kepong), Datin Ismalina Ismail (Naib Ketua Puteri WP, Wangsamaju), Roziana Othman (K.Penerangan & Setiawangsa), Norita Jaafar (Titiwangsa), Norlaily (Cheras), Leni Latif (Bukit Bintang) dan terutamanya kepada Kak Zalina Tan Sri Abdul Halim (Bendahari, Lembah Pantai).
All the Best!



Rahimah, Ketua Puteri Bahagian Labuan (tiada dalam foto atas)



Buat pengetahuan semua, Datin Ismalina Ismail adalah calon Ketua Puteri UMNO Malaysia. Huzry Fionawati @ Fionna (Segambut), Azliza Ahmad (Seputeh), Zauyah Zainuddin (BTR) dan Norhamiza Zawawi (Putrajaya) akan bertanding jawatan Exco Puteri Malaysia.
Turut bertanding, YB Nolee Ashilin Dato' Mohd Radzy (Exco Puteri UMNO Malaysia, AJK Bahagian Lembah Pantai & Ketua Puteri Cawangan Tmn. Bkt. Angkasa) juga bertanding kerusi Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia.

Monday, October 13, 2008

Jemputan Rumah Terbuka


Rabu, 15 Oktober 2008
Puteri UMNO Malaysia
Dewan Tun Razak, PWTC
Jam: 4-6 petang
Isnin, 27 Oktober 2008
UMNO Bahagian Lembah Pantai
Perkarangan Pejabat Rekreasi Lembah Pantai (Pejabat Bahagian)
Jam: 2-6 petang


Sunday, October 12, 2008

Pencalonan Puteri UMNO Malaysia


Sumber : http://www.bharian.com.my/klikkhas/PencalonanUmno

Ketua Puteri
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin - 19

[Kimanis, Padang Rengas, Kuala Terengganu, Besut, Silam, Beruas, Sipitang, Pagoh ]


Datuk Shahaniza Shamsudin - 25

[Sandakan, Pensiangan, Machang, Langkawi, Kuala Kedah, Pokok Sena, Keningau, Kudat, Kota Melaka]

Bibi Sharliza Mohd Khalid - 6

[Padang Terap, Baling, Kepong, Jempol]


Datin Ismalina Ismail - 8

[Padang Serai]



Azlina Mehtab - 1

[Tasek Gelugor]


Naib Ketua Puteri


Shahanim Mohd Yusof - 4

[Kimanis, Padang Terap, Baling, Padang Serai]

Norlee Ashilin Datuk Radzi - 8

[Sandakan, Pensiangan, Machang, Kudat, Keningau, Kepong, Kota Melaka, Jempol]

Dr Wan Norashikin Wan Noordin - 3

[Padang Rengas, Beruas, Sipitang]

Nordiana Shafie - 4

[Kuala Terengganu, Besut, Silam, Tasek Gelugor]

Haslinda Mohd Zerain -1

[Cheras]

Wednesday, October 8, 2008

Kompromi dan Harmoni

Foto:LeonJackson
Kompromi Mampu Kukuhkan Kita? oleh Sangkar Emas

Amatlah menarik menyaksikan perkembangan mesyuarat cawangan Puteri UMNO yang telah berlangsung. Paling menjadi tumpuan apabila sudah ada kesediaan Ketua atau Ketua Puteri cawangan sebelumnya untuk mengundurkan diri secara terhormat dan memberi laluan kepada barisan pelapis kepimpinan yang baru. Usaha ini mampu memanfaatkan Puteri UMNO dari beberapa sudut. Pertama, mengelakkan pertembungan dan pertandingan yang sudah tentu jika berlaku akan lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan terutama di Bahagian yang mempunyai jumlah Puteri yang sedikit. Justeru masa, tenaga, wang ringgit dan idea mampu digembleng untuk menjana kembali dan memulihkan Puteri UMNO selain menyusun usahanya untuk terus memberi khidmat dan meluaskan pengaruh di kalangan wanita Melayu muda.


Kedua, akan berlaku proses penyalinan kepimpinan, supaya keberkesanan pentadbiran Puteri UMNO di peringkat cawangan & bahagian seterusnya akan bertambah mantap. Sekali gus mewujudkan dinamisme kepimpinan kerana proses peralihan kuasa dilakukan secara beradab dan dalam kerangka muafakat Melayu.

Meskipun barangkali ramai yang bertanggapan sinis bahawa UMNO bukannya hak milik pesaka, atau untuk difaraidkan sesama pimpinan tertentu sahaja, namun proses kompromi, dengan penegasan ketua Puteri UMNO bahagian yang sudah terlalu lama menabur khidmat mengambil pendekatan untuk mengundurkan diri, seharusnya disanjung tinggi.

Bukan mudah untuk melepaskan jawatan sebagai AJK Puteri UMNO bahagian. Namun pertimbangan bahawa kepentingan Puteri, kekuatan Bahagian melebihi agenda peribadi maka, kesediaan sebegini adalah rahmat kepada mana-mana sayap UMNO dalam usaha menuju agenda perubahan dan pemulihan.
Cuma bagi kepimpinan baru yang bakal mengambil alih, golongan yang mengundurkan diri ini jangan dilupakan. Letakkan golongan ini dalam satu barisan 'majlis penasihat' supaya segala pengalaman, kemahiran politik, pengurusan dan pentadbiran dapat diberikan khususnya untuk membimbing orang-orang baru.Peranan AJK lama dan baru ini harus dilihat sebagai pelengkap bukannya pesaing. Amalkan prinsip 'Yang tua dilupa jangan, Yang muda dibimbing tangan, Yang tua kita hormati dan Yang muda kita kasihi.'


Ini memandangkan urusan politik, pentadbiran dan pengurusan parti sama ada di peringkat bahagian, negeri mahupun peringkat Pusat memerlukan pengalaman luas, rantaian hubungan persahabatan yang meluas, kemahiran komunikasi awam yang pelbagai, keupayaan melakar aktiviti dan program bermanfaat, komitmen dan kerjasama padu semua pihak.


Jika ini mampu dihayati, dan jika amalan kompromi ini berterusan menjadi prinsip dan pegangan pimpinan dan ahli UMNO, suasana harmoni, semangat kekeluargaan dalam konteks pemilihan UMNO sama ada di peringkat cawangan, bahagian mahupun berjalan dengan kondusif, aman dan harmoni. Sekali gus mampu meningkatkan kredibiliti Puteri UMNO dan ini mampu menjadikan Puteri sebagai role model kepada sayap-sayap lain. Insyallah.

Tuesday, September 30, 2008

Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Lembah Pantai ke 7



Persidangan Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : Sabtu, 8 November 2008
Waktu : 8.30 pagi
Tempat : PWTC, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur

Aturcara : 8.30 pagi Pendaftaran
9.30 pagi Persidangan Perwakilan Puteri

Friday, September 26, 2008

Assalamualaikum,

Tidak lama lagi kita akan menyambut kedatangan 1 Syawal yang mulia. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Airilfitril kepada semua khususnya ahli Puteri Lembah Pantai. Mudah-mudahan Syawal ini akan membawa keberkatan dan menjadikan kita semua insan yang lebih bersyukur dan cemerlang.

Bagi pihak Puteri UMNO Lembah Pantai, saya juga menyusun sepuluh jari memohon ampun & maaf sekiranya ada salah & silap sepanjang kami menunaikan amanah serta tanggungjawab dalam menerajui perjuangan UMNO melalui aktiviti Puteri UMNO Bahagian. Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan mengeratkkan silaturrahim sesama kita, disamping memperkuatkan azam, perpaduan dan kerjasama untuk menghadapi cabaran-cabaran yang sedia ada dan dimasa hadapan.

Kepada yang akan balik kampung, behati-hatilah di jalanraya dan semoga selamat tiba ke destinasi yang dituju.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin

Zalina Tan Sri Abdul Halim
Ketua Puteri Umno Bahagian Lembah Pantai




Monday, September 22, 2008

Halaman Rasmi Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai

Foto: Chinchilla86


YES!! Alhamdulilah, saya mendapat emel 'lampu hijau' dari Ketua Puteri Bahagian untuk mengumumkan Blog ini sebagai BLOG RESMI PUTERI UMNO LEMBAH PANTAI!

Princess Z terpaksa menandatangani 'AKU JANJI' (ye...betul ni, tak tipu). Akhirnya Puan Zalina bersetuju (5 bulan menunggu keputusan dari beliau) untuk menjadikan Blog ini sebagai rangkaian untuk memberi info and berita terkini tentang Puteri Umno Bahagian Lembah Pantai. Selagi saya tak meRaja Petrakan Blog ini, saya diberi kebenaran dan tanggungjawab untuk menjaga halaman ini. So, rakan-rakan, jangan nakal sangat ye! Kena tarik balik 'lesen' nanti!

Oh, ye...kami telah berpindah ke: http://www.puterilembahpantai.com/ agar nampak lebih rasmi. Welcome to our new home!

Thursday, September 18, 2008

Berakhir Sudah Mesyuarat Cawangan !

Foto: Haani

Tahniah kepada seluruh ahli Puteri Umno Cawangan kerana telah melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli Parti. Sebanyak 24 Cawangan telah mengadakan persidangan sebagaimana yang telah dijadualkan.

Kepada semua Ketua Puteri Cawangan, sudilah sekiranya menghantar gambar saudari untuk saya siarkan didalam Blog ini. Kalau sudi, sila emel kepada saya. Kalau tak, saya ambik aje mana2 gambar yang sesuai! Takut tak glam aje?!


Saturday, September 13, 2008

Gila Jawatan

Semenjak saya siarkan emel saya, banyak pulak coretan yang telah diterima. Ada yang sesuai, ada pula yang kureng. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menyiarkan hasil karya / buah fikiran / quotes yang dikirim. Harap dapat bersabar lah ye kalau tertunggu-tunggu....



Apa Erti Jawatan Kepada Kita? oleh Selendang Pink, Baju Putih


Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua. Entah kenapa pagi ini aku terpanggil untuk menulis sesuatu di sini, padahal berlambak lagi kerja aku yang tak siap lagi. Pada bulan Ramadhan yang mulia ini, kena banyak bersabar. Banyak beramal & berfikir. Aku ingin kita kita sama-sama memikirkan "APA ERTI JAWATAN KEPADA KITA". Apa erti jawatan pada anda? Kuasa? Tanggungjawab? Kemasyuran? Kekayaan?

Sahabat semua, pernah tak kita terfikir 'bahawa memegang 'jawatan' itu sebenarnya adalah tanggungjawab yang amat berat. Jawatan itu adalah amanah yang tidak boleh disia-siakan.

Daripada Abdul Rahman Ibn Samurah, katanya:

“Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: “Wahai Abd Rahman Ibn Samurah janganlah engkau memohon sesuatu jawatan pemimpin (kepimpinan). Sesungguhnya jika diberikannya (jawatan pemimpin) dengan permintaan engkau (disebabkan cita-citamu), maka engkau akan diserahkannya tanpa ditolong (menanggung seluruh bebannya). Tetapi jika engkau diberikan kepimpinan tanpa meminta (ditugaskan tanpa cita-citamu), maka engkau akan ditolong (untuk mengatasinya).”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ustaz aku cakap kita tidak boleh meminta-minta sebarang jawatan pemimpin dan kepimpinan. Bagi aku, ia adalah satu tegahan yang meliputi sesiapa yang bercita-cita atau berhasrat untuk meminta dan memohon apa jenis jawatan sebagai pemimpin. Ustaz cakap, 'amir' itu boleh membawa erti yang luas - Ketua, Sultan, Raja, Hakim, Kadi, Khalifah, Menteri dan sebagainya yang bertindak sebagai pemimpin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat.

Aku bukanlah orang kuat ugama - sekadar cuba untuk mengerjakan yang wajib. Itu pun tak sempurna. Tapi bagi aku, semua orang ada tanggungjawab dalam parti. Ada jawatan atau tidak - semuanya kena jaga hal masing-masing. Kalau Ketua, kenalah jaga kepimpinannya. Seorang suami kenalah bertanggungjawab terhadap keluarganya dan bertanggungjawab atas kepimpinannya. Isteri pulak bertanggungjawab atas penggunaan harta suaminya dan dia bertanggungjawab terhadap kepimpinannya. Ustaz cakap, pembantu kat ofis atau rumah pun kena jaga harta majikannya dan bertanggungjawab atas kepimpinannya.

Haaa....aku ni baru saja dengar kuliah subuh minggu lepas. Memang best lah Ustaz tu. Topik dia psal pemimpin & kepimpinan. Aku langsung tak ngantuk tau! Dia cakap kepimpinan itu tidak digalakkan diminta dan sesiapa yang meminta sebarang jawatan kepimpinan yang mana ia tidak berkemampuan adalah dibenci dalam Islam. Ini adalah kerana seseorang yang tidak berkemampuan akan menyebabkan tanggungjawab yang dipikulnya itu tidak sempurna dan sudah tentu akan menyebabkan kecelakaan terhadap dirinya pada hari kiamat nanti.

Eshhh, takut aku dengar. Aku terfikir tentang politik pulak - nak-nak lagi dengar kat tempat kita ni ada 40 orang yang bertanding AJK Puteri cawangan. Oleh itu, terfikirlah aku bahawa kita kena berhati-hati dengan jawatan kerana kebiasaannya kita akan menilai sesuatu itu baik untuk diri kita tanpa mengkaji tanggungjawab yang besar yang akan kita pikul oleh diri kita nanti.

Janganlah jadikan jawatan kepimpinan itu sebagai satu tempat untuk mencari pengaruh dan publisiti atau material atau untuk kepentingan peribadi. Yang penting, apa yang mesti diinsafi ialah jawatan kepimpinan itu hanya layak diserahkan kepada orang yang berhak.

Bagi aku, dah lama buat perancangan sendiri. Kalau rasa tak mampu untuk menjalankan tanggungjawab dengan betul, janganlah bertanding. Aku sendiri akan tarik diri dari bertanding nanti kerana banyak pulak komitmen. Lagipun, aku jadi bertanding jawatan Perdana Menteri pada tarikh keramat, 16 September. Mak & Ayah aku akan jadi Penasihat aku di Tingkat 4 (Kg.Kerinchi). Adik aku jadi bouncer aku. Bestfren aku kena jaga opis kerana dia lagi lawa dari aku jadi tak boleh bawak kedepan sangat - biar dia jaga fax kat opis.

Monday, September 8, 2008

Kenangi Mereka, Sayangi Mereka


“Perumpamaan orang yang membelanjakan harta ke jalan Allah umpama sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, setiap tangkainya mempunyai seratus biji benih yang lain, dan Allah melipatgandakan ganjaran (pahala) kebajikan kepada sesiapa yang dikehendakiNYA, dan Allah Maha Luas (kurniaNYA) lagi Maha Mengetahui”

(Al-Baqarah: 261)


Kenangi Mereka.. Sayangi Mereka bertujuan untuk menyalurkan derma sedekah berbentuk pakaian Hari Raya kepada anak-anak yang kurang bernasib baik di kalangan komuniti Lembah Pantai.

Ibadah derma, sedekah dan seumpamanya yang memerlukan sedikit pengorbanan harta yang kita miliki mempunyai makna yang cukup besar kepada kanak-kanak ini.

Kanak-kanak yang dipilih ini adalah segelintir dari kanak-kanak yang terdiri daripada anak yatim, anak-anak yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan kanak-kanak yang kurang upaya. Ini merupakan tahun ke-3 Puteri Lembah Pantai menganjurkan aktiviti meraikan kanak-kanak kurang bernasib baik dari kalangan warga Lembah Pantai. Sumbangan derma adalah daripada individu yang sudi menderma.


Friday, September 5, 2008

Majlis Perasmian Bubur Lambuk Ramadhan Lembah Pantai

Foto:carkeyfoto

Sabtu, 6 September, 2008 jam 11 pagi
di Perkarangan Pejabat Umno Bahagian Lembah Pantai
Perasmian oleh Yg Bhg Datuk Seri Zulhasnan Rafiq,
Menteri Wilayah Persekutuan

Thursday, September 4, 2008

Foto: Puss

Saya pergi mengintai PARAM Bangsar semalam (Pasar Ramadhan). Rasanya macam kurang meriah tahun ini. Tahun-tahun lepas, berasak-asak lah dengan orang yang ramai macam semut hurung gula. Tahun ini, nampak agak lengang. Aikkk, lambat sangat ke aku ni? Kot orang semua dah habis melantak semua makanan? Rupanya, makanan masih ada lagi, tak banyak sangat, sikit pun tak.

Saya tanya kakak jual roti jala tu, "Kak, macam tak ramai je tahun ni?" Dia jawab, "Io lah, tak cam tahun lopeh...". "Apasal kak?". "Boreh naik, topung pun naik... semuanya naik lah, nak oiiii". Bukan main panjang lagi "oiiiiiiiiiii " dia tu. Saya sendiri pun tak beli banyak. Kalau dulu beli roti jala sampai sebakul, padahal makan 4 beranak sahaja, tahun ini cuma beli cukup-cukup sahaja. Tengok ayam percik dekat simpang tu pun dah naik harga. Nak marah, tak boleh, kerana dia pun cari makan jugak. Tak jadi beli ayam percik. Beli ayam goreng cukup. Anak-anak suka, biarlah kita lebihkan dia orang dari kita.

Walau apa pun, tidak terlambat jika saya mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua! Ingat-ingatlah hikmat berpuasa terutamanya bila rasa nak marah kerana harga barang makan naik.



HIKMAT-HIKMAT PUASA
Puasa mempunyai hikmat-hikmat dan faedah-faedah yang banyak, antaranya:


1. Menandakan kesyukuran kepada Allah kerana nikmat-nikmat yang banyak kepada hamba - hambanya.
2. Melatih jiwa supaya mempunyai rasa belas kasihan terhadap orang-orang yang susah dan menderita.
3. Melatih jiwa supaya bersih daripada sifat-sifat tamak, sombong dan hasad dengki.
4. Melatih diri supaya bersifat sabar dan tabah menempuh ujian-ujian dalam perjuangan hidup.
5. Menanamkan semangat perpaduan kerana sama-sama menunaikan kewajipan yang sama itu dapat menimbulkan perpaduan.
6. Menanamkan semangat sama rata dan menjauhkan sifat membeza-bezakan di antara kaya miskin, hina mulia, raja dan rakyat kerana sama-sama menjunjung peritah Allah.
7. Melatih diri supaya mempunyai peraturan-peaturan dan menghargai masa kerana puasa mempunyai batas-batas waktu yang tertentu.
9. Membersihkan anggota-anggota di dalam tubuh badan dari daki-daki dan lemak-lemak makanan yang bekerja sepanjang tahun.
10. Memberi kerehatan kepada alat-alat di dalam tubuh badan - terutamanya alat pengisar makanan yang bekerja sepanjang tahun.
11. Memberi peluang untuk memperbanyakkan amal ibadah kerana Bulan Ramadhan mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada bulan-bulan lain seperti Lailatul-Qadar dan Sembahyang Tarawih.

Wednesday, September 3, 2008

Negaraku, Tanah Tumpahnya Darahku!


Apakah erti Merdeka kepada saya?
Sumbangan dari Sangkar Emas, ahli Puteri Lembah Pantai melalui emel.


Bulan merdeka biasanya dikaitkan dengan pelbagai perasaan cintakan negara yang ada pada seseorang. Selalunya, pada bulan Ogos macam-macam aktiviti yang akan dibuat di Parlimen Lembah Pantai. Segala macam orang yang akan mencanang serta melaungkan rasa kecintaan terhadap negara. Anak-anak, budak sekolah, rakyat jelata juga tidak berbelah bahagi menyatakannya.

Apakah sebenar erti kemerdekaan seperti mana yang mereka sering ungkapan ketika tiba bulan kemerdekaan negara?

Mungkin ramai yang akan berkata ianya sebuah negara yang bebas dari cengkaman penjajah.

Tetapi saya sendiri lupa pengorbanan yang dilakukan oleh pemimpin juga perwira negara dahulu - bukan sengaja lupa tetapi terlupa. Maklumklah, sudah meninggalkan alam sekolah lebih puluhan tahun yang lepas.

Ada yang berpendapat bahawa pemahaman merdeka berlaku apabila minda kita bersih dari segala jajahan penyaluran informasi dari segi ikutan, budaya dan sosial. Itu dikatakan jiwa merdeka. Ramai juga yang katakan generasi muda sekarang ini lebih cenderung ke arah keseronokan serta tidak menampakkan semangat patriotik.

Hmmm...bagaimana agaknya untuk menampakkan semangat partiotik? Perlukah kibarkan bendera kecil dikenderaan? Perlukah melaungkan slogan-slogan kemerdekaan. Perlukan menyanyi-nyanyi lagu merdeka? Saya rasa kak perlu -bendera Malaysia selalu berkibar dalam hati. Disinilah tanah air saya. Tidak lain.

Orang kata kita lahir sudah mengecap kenikmatan yang diperjuangkan generasi yang terdahulu. Memang betul - saya lahir sekitar tahun 80an. Tak tau macamana rasa dijajah oleh British dan Jepun. So what? Kita tak rasa itu semua - tapi tahu yang kita tak boleh terima jika negara ini diperintah orang lain. Kita tetap berterima kasih kepada semua yang telah berkorban untuk memerdekankan negara ini.

Saya dan kawan-kawan saya akan sambut hari Merdeka di Dataran Merdeka. Kawan-kawan pejabat, Su Cheng Wah dan Samantha ak Antony Dass akan menyambut dengan perasaan bangga, penuh semangat, cintakan negara dan rendah diri pun ada. Pada detik 12 malam, kami semua sepakat yang kami sanggup berkorban untuk negara.

Itu sahaja cara yang kami tau untuk menyambut Hari Merdeka. Janganlah kata kita tak ada semangat nasionalisma sebab kita tak melaung-laungkanya. Janganlah rasa kita tak tau erti susah semata-mata kerana kami lahir selepas Merdeka. Janganlah anggap kami jahil kerana menyambut hari Merdeka di Bukit Bintang. Janganlah cakap kami tidak pelihara maruah negara kerana kami tidak seperi kamu.

Saya bukan orang politik. Saya juga bukan seorang penulis, cuma tahu apa yang kami, generasi muda, mahukan. Kami mahukan apa yang kamu mahu juga - negara yang aman, rakyat yang maju, kerja yang baik, negara yang bersih, rakyat yang cekap dan amanah, dapat membesarkan anak-anak dengan selesa, rakyat yang rajin, berkebolehan dan segala apa yang terbaik untuk negara ini.



MERDEKA! MERDEKA ! MERDEKA!

Saturday, August 30, 2008

Pengalaman Anak Angkat di PP dari Cha, Kg. Pantai


Salam,

Saya antara insan-insan yang dapat menyertai program anak angkat. Kami daripada Cawangan Kampung Pantai, pergi berdua. Thanks to Sis Nana & Mak Su kerana memberi semangat dan sokongan untuk pergi ke sana. Mula-mula kami seram juga nak ke sana, maklumlah, penamaan calon pun sudah panas, inikan pula masa mengundi.
Pengalaman disana memang tak kan kami lupakan. Yang pasti, yang manis mengatasi yang pahit:) Kami bertolak daripada Pejabat Bahagian Setiawangsa hari Jumaat, 22 Ogos dalam jam 4 petang. Kak Wani, SUK Puteri Wilayah yang memandu kenderaan. Sesiapa yang nak team race lepas ni, bolehlah contact Kak Seriwani Sabtu. Deras lagi cekap.

Kami tidak terus pergi rumah mak ayah angkat. Kami dibawa untuk sesi briefing tentang program yang akan kami sertai. Semua anak angkat Puteri dari seluruh Malaysia berkumpul disana. Hari Ahad baru kami berjumpa dengan keluarga angkat kami. Missi kita; sayang keluarga angkat. Kalau ada adik beradik nagkat pun sayang jugak..hehehehe:p

Kawasan rumah keluarga angkat kami memang dikawasan PKR. Semua tempat dah warna biru muda. Saya suka jugak warna tu tapi kena sedar diri, kita kan warna 'pink'. Penduduk tempatan semua baik-baik belaka. Makcik-makcik dan Pakcik-pakcik semuanya ramah. Kami dilayan bagaikan 'Puteri', baik sekali dan segalanya serba cukup. Ada masa lapang, keluarga angkat akan bawa kami berjalan-jalan dalam kawasan. Sempat juga berkunjung ke rumah Dato' Ariff, calon BN. Ramai Menteri dan VIP yang telah kami jumpa di PP. Kalau dapat bergambar dengan mereka, boleh buat buku 'scrap'. Tak sangka dapat berjumpa denga orang kampung kat sana!

Banyak episod yang berlaku, seronok, takut, tertanya-tanya, excited. Macam-macam perasaan yang ada. Walau apa pun, banyak pengalaman yang dapat ditimba di PP. Kami pulang ke KL pada hari Selasa, 26 Ogos.

Akhir sekali, tahniah untuk semua Pu3 yang terlibat di PP! Korang memang PINKY GIRLLLL!
Adios, Daaa. Semoga berjumpa lagi!

Wednesday, August 27, 2008

Jemputan ke Kempen Derma Darah Pra Ramadhan 2008 Anjuran ANSARA Jasin, Melaka.

Kepada semua ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai,

Persatuan Alumni Maktab Rendah Sains MARA (ANSARA) Cawangan Jasin, AEON Jusco dan Pusat Darah Negara (PDN) akan menganjurkan Kempen Derma Darah. Program ini adalah bagi membantu menjamin bekalan darah yang mencukupi untuk kegunaan pesakit-pesakit yang memerlukan transfusi darah terutama semasa bekalan stok darah yang biasanya rendah semasa dan selepas bulan Ramadhan.


ANSARA Jasin dengan itu ingin menjemput Pergerakan Puteri UMNO Lembah Pantai menderma dan memeriahkan kempen ini. Butir –butir adalah seperti berikut :

Tarikh : 29, 30, 31 Ogos 2008
Tempat : Jaya Jusco, Ayer Keroh
Jam : 10 pagi hingga 8 malam

Sila hubungi Sekretariat, En. Firdaus Basharuddin di 017-363 5628 atau emel info@ansarajasin.org untuk sebarang pertanyaan.

Jemputan diterima melalui emel daripada Puan Zalina Abdul Halim, Ketua Puteri Umno Bahagian Lembah Pantai merangkap Presiden ANSARA Cawangan Jasin, Melaka.

PZ bz di PP

Foto: swishphoto








Permatang Pauh menjadi destinasi hari minggu kali ini. Ada yang mengajak saya pergi, kerana tiada halangan, saya pun pergi menumpang rakan-rakan dari negeri jiran Perjalanan ke sana mengambil masa 4 jam termasuk 'break' untuk makan & solat di Taiping, Perak.


Akhirnya kami tiba di Pejabat BN Negeri. Tanya-tanya juga kepada petugas disana apa reaksi pengundi tempatan tentang kedatangan orang luar yang datang berduyun-duyun. Katanya, "Biaq pi la, lagi ramai lagi baguih... penuh kedai-kedai makan, penuh hotel. Tu ha, hotel Summit nu..tak pernah 'full house' la ni, penuh." Sekurang-kurangnya, dapat juga membantu ekonomi tempatan. Ternyata disemua bilik gerakan yang kami singgah, petugas-petugas melayan kami dengan mesra walaupun masing-masing kepenatan.

Kami berkonvoi dengan Puteri-Puteri tempatan kerana tidak berani berjalan sendiri. Plat kereta orang Selangor & KL sudah cukup untuk mengumumkan kami sebagai pendatang luar. Lagi pun sudah dipesan oleh Kakak-Kakak untuk berhati-hati dan jalan dalam kumpulan.


Dari jauh sudah kelihatan YB Nolee dan rakan-rakan dari Lembah Pantai yang datang membantu dalam kerja-kerja Pilihanraya Kecil ini. Oleh kerana saya 'low profile' jadi mereka tidak perasan saya berada dalam kumpulan Puteri-Puteri dari negeri lain. Saya bertanya kepada salah seorang yang turut bersama mereka, "Kak, buat apa kat sini?". Jawabnya, "Saja, jalan-jalan. YB ajak...kalau ada perlu tolong, kita tolong lah." Begitulah suasana di PP, meriah...ramai jugak datang ke PP untuk berkempen dan bawa anak buah 'jalan-jalan, cari makan & pengalaman'. Calon-calon Exco Puteri Malaysia dari Wilayah Persekutuan semua kelihatan hadir. Cik Zawyah, Wani, Azliza, Nashua dan Miza pun kelihatan di Seberang Jaya.

"Dato... Dato' Ali," kata 'ketua' rombongan kami sambil menyapa Dato' Ali Rustam, YAB Ketua Menteri Melaka. "Haa... Puteri, dah makan?" "Daaaaah, Dato'.... macamana situasi kat sini?" "Panas seperti kita jangkakan...tapi kita masih ada harapan. Nah jemput minum dulu.." Tak sangka saya, Dato' Ali Rustam ramah dan 'open', tak ada banyak protokol. Padanlah disukai ramai.

Dari jauh, Dato' Shahniza tegur kami, "Eh, korang...jalan-jalan jangan sorang-sorang. You all dari mana?" 'Ketua' rombongan jawab, "Kak Sha, kami campur-campur... ada dari Taiping, PJ, Lembah Pantai, Puchong...merata-rata lah, Kak Sha." "Haa...bagus tu, haa..kejap ye.." sambil menjawab telefon dia yang tak berhenti-henti berbunyi. Kami pun ambil kesempatan untuk beredar. "Ketua korang akak dah jumpa kat sini hari tu. Eh, nanti akak calling awak semua...jalan baik-baik". Calon Ketua Puteri Umno Malaysia. Kak Sha memang bersemangat, suara kuat, garang macam Cikgu tapi boleh faham kepala dia.

Kami tiba di bilik operasi Wilayah dimana ramai ahli-ahli Puteri giat membantu jentera. Ada yang membuat semakan senarai daftar pengundi, memberi maklumat terkini di petiundi, merancangkan program bersama rakyat setempat, lawatan kebajikan dari rumah ke rumah dan sebagainya.

Saya rasa bangga dengan kegigihan Puteri-Puteri bekerja tanpa menghiraukan penat lelah atau pelbagai tekanan yang dihadapi. Ramai penyokong-penyokong di PP yang taksub dan fanatik sehingga menjadi biadap dan tidak menghormati orang. Sememangnya, itu lah sifat Puteri ketika menghadapi Pilihanraya. Terserlah semangat sukarela, itulah yang kita harapkan ada pada setiap ahli.

Saya difahamkan bahawa Puteri Lembah Pantai telah menyertai program anak angkat di PP. Apa cerita mereka agaknya. Diharap Puteri Kampung Pantai boleh berkongsi pengalaman dengan kita. Sila kepada emel saya ye! Semoga pengalaman mereka boleh kita pelajari dan gunakan pada esok hari.

Setelah selesai beberapa tugas, kami pun pulang ke rumah masing-masing. Apa yang saya pelajari dari rombongan kami ke PP?


  1. Bila sudah buat ketetapan. Kita kena all out bantu orang-orang kita. Kekalahan atau kemenangan; belakang kira.
  2. Puteri memang membawa aura 'keceriaan' dalam apa sahaja kerja dilakukan dan dimana sahaja mereka berada.
  3. Ramai yang tidak percaya lagi dengan apa sahaja kita lakukan/katakan. Bagaimana caranya untuk memenangi kembali kepercayaan ini?






Sunday, August 24, 2008

Tataetika Ahli UMNO Baru - Pelihara Ahli Dari Salahlaku


Oleh Ropikah Ahmad

Beberapa pindaan dalam buku Tataetika Ahli UMNO telah dibuat bagi memastikan kesinambungan parti sebagai teras politik bangsa terus diperjuangkan dan sebarang salah laku serta kesalahan-kesalahan yang boleh melunturkan kepercayaan kepada parti ditentang.
Tataetika baru tersebut dipersetujukan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) pada 27 Mac lalu memberi penekanan kepada salah laku yang melibatkan ahli-ahli dengan lebih terperinci dan mudah difahami iaitu memberikan tafsiran dan contoh-contoh.

Dalam Tataetika ini, ahli-ahli parti atau calon perlu mematuhi tempoh pemilihan yang bermula enam bulan sebelum tempoh proses pemilihan dan enam bulan selepas pemilihan berlangsung seperti yang ditetapkan oleh MT di semua peringkat.

Dalam tempoh tersebut, sebarang ‘balasan’ melibatkan apa-apa pemberian termasuk wang ringgit, saham-saham, konsesi, hadiah, pakej percutian, makanan/jamuan, tambang, gelaran atau anugerah dan perkara-perkara lain adalah salah menerusi Tataetika ini.

Pemilihan UMNO di peringkat cawangan akan bermula pada 17 Julai hingga 24 Ogos ini, manakala bahagian dari 9 Oktober hingga 9 November dan peringkat Pusat yang melibatkan pertandingan jawatan tertinggi dalam parti akan berlangsung dari 16 hingga 21 Disember.
Mana-mana ahli yang gagal mematuhi larangan dan didapati bersalah melanggar Tataetika Ahli UMNO akan dikenakan hukuman seperti yang termaktub di dalam Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO seperti diberi amaran, digantung hak-haknya dalam parti, dilarang bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti ataupun sebagai calon pilihan raya bagi tempoh yang ditentukan oleh MT.

Kesalahan melanggar Tataetika ini juga boleh dipecat atau dikenakan lain-lain hukuman yang difikirkan wajar dan selaras dengan Perlembagaan UMNO.
Mengikut Perkara 3, semua ahli-ahli UMNO hendaklah cintakan parti dan patuh kepada Perlembagaan dan Tataetika Ahli dengan mengikut perintah-perintah parti serta patuh dan menghormati keputusan-keputusan parti termasuk disiplin parti.

Ia akan dianggap sebagai satu kesalahan sekiranya ahli mempertikaikan atau mengkritik keputusan Lembaga Disiplin secara terbuka tanpa mengikut saluran parti yang sedia ada.
Pindaan dalam Tataetika Ahli UMNO ini dibuat bagi membanteras segala bentuk penyelewengan, salah laku, penyalahgunaan kuasa dan penggunaan wang serta gejala negatif yang boleh meluntur dan melemahkan UMNO.


UMNO-ONLINE

Wednesday, August 20, 2008

Mesyuarat Cawangan 2008 - Minggu ke-6

sakura by miwa**



22 Ogos 2008 (Jumaat)


9.00mlm - Kg. Kerinchi. Bertempat di Dewan Kg Kerinchi.
Wakil Puteri Bahagian: Siti Suriah Suki


Berakhirlah mesyuarat Puteri Cawangan di Lembah Pantai. Jumlah Cawangan 25.
24 telah bermesyuarat. Kg. Kerinchi akan bermesyuarat pada hari Jumaat.


Tahniah kepada semua Puteri yang telah bermesyuarat! Semoga Puteri Umno Lembah Pantai terus maju.



Monday, August 18, 2008

Personaliti Puteri - Cik Aida Jabar Ali

Saya terserempak dengan wanita muda ini ketika beliau mengisi borang keahlian Puteri Umno. Katanya beliau telah lama berminat untuk menyertai persatuan Puteri Umno tetapi tidak tahu bagaimana. Saya sangat tertarik dengan Aida kerana dikala BN telah kecundang dalam Parlimen Lembah Pantai, masih ada tarikan untuk wanita Melayu muda menyertai Pergerakan Puteri Umno.

Ketewasan Lembah Pantai dalam PRU12 menjadi tarikan utama untuk Aida yang menyertai Puteri Umno Lembah Pantai. "Tak kisah kita berjawatan atau tidak, saya berminat untuk membantu jentera Lembah Pantai dalam PRU13." Sambungnya lagi, "Kita perlu kaji apa yang berlaku sehingga orang muda menolak Wakil Rakyat, Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil dan memilih orang yang tidak pernah bekerja untuk rakyat disini sebagai wakil kita. Mungkin ini berpunca daripada beberapa faktor yang kita abaikan selama ini," katanya.

Pada pendapatnya, tindakan untuk menarik minat orang muda untuk bergiat dalam politik ialah dengan mewujudkan pelbagai aktiviti yang boleh menarik minat remaja. Selain itu ia dapat mengalih perhatian oang-orang muda daripada gejala negatif.
"Pelbagai aktiviti untuk menarik minat remaja untuk membabitkan diri dalam kerja bersifat lebih positif, " katanya. Beliau juga percaya aktiviti berbentuk sukan mampu menjadi alat membentuk remaja lebih cergas dan sihat. "Aktiviti sukan seperti futsal, netball, boling dan lain-lain adalah saluran terbaik untuk remaja melepaskan perasaan mereka."

Aida tidak mempunyai keluarga yang aktif dalam politik, oleh itu, minatnya untuk menyertai arena politik datangnya dari kesedaran diri sendiri. Apabila ditanya samada Aida mengukiti perkembangan Puteri di Lembah Pantai atau politik semasa, dia menjawab "Saya ada tengok Blog Puteri Lembah Pantai dan kenal Perdana Menteri, Timbalanya dan beberapa orang Menteri --- cuma mereka yang tidak kenal saya," katanya sambil ketawa besar.

Kita ucapkan Selamat Datang kepada Cik Aida Jabar Ali dan berharap lebih ramai lagi wanita muda yang akan menyertai Puteri Umno Lembah Pantai dengan niat yang ikhlas dan ingin berjasa kepada parti.
Inilah gambar yang dikirim melalui emel dari Cik Aida, gadis yang berkelulusan Art & Design dari UiTM. (Princess Z: Sabar je lah )

Thursday, August 14, 2008

Princess Z menjawab

Blog Puteri Lembah Pantai adalah usaha ikhlas saya untuk menyampaikan aktiviti Puteri Umno Bahagian Lembah Pantai kepada ahli-ahli. Kami hanya akan menyiarkan berita atas fakta-fakta dan sumber yang boleh dipercayai.

Komen-komen anda akan di'moderate' selepas ini. Kalau tidak suka, jangan datang lagi. Terima kasih.

Wednesday, August 13, 2008

Permatang Pauh P44

Gambar: Reuters Pictures
Sesiapa yang berminat untuk menyertai jentera Pilihanraya Kecil di Permatang Pauh sila beri nama kepada Ketua Puteri Bahagian atau Setiausaha Bahagian secepat mungkin. Beberapa program di rancangkan oleh Perhubungan Negeri Wilayah.

Serba sedikit tentang Permatang Pauh - PP adalah sebuah pekan kecil di Seberang Perai. DSAI merupakan anak kelahiran PP. Rumah keluarganya masih terletak disitu. Terdapat 28 petiundi didalam kawasan PP. Bandar ini diwakili oleh isterinya Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR dalam Dewan Rakyat di Parlimen. DSAI mewakili PP sebelum isterinya mengambil alih.

Terdapat dua institusi pengajian tinggi terletak di Permatang Pauh, yang dikenali sebagai kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Politeknik Seberang Perai.
Dalam memastikan kemenangan besar Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil P44 Permatang Pauh, ketiga-tiga sayap pemuda Pakatan Rakyat yang terdiri daripada KeADILan, PAS dan DAP telah melancarkan jentera mereka di Permatang Pauh. Jentera pemuda ini akan memastikan ada sekurang-kurangnya 500 orang bertugas setiap hari.
Suasana di Permatang Pauh (PP) adalah panas. Puteri Lembah Pantai dinasihatkan agar sentiasa berada dalam kumpulan. Utamakan keselamatan masing-masing dan sentiasa menjaga tatatertib ketika berada di PP. Hanya mereka yang berpengalaman dalam pilihanraya kecil sahaja digalakkan menyertai Pilihanraya kecil ini.










Monday, August 11, 2008

Mesyuarat Cawangan 2008 - Minggu ke-5




Foto: audreyjm59

16.08.2008 (Sabtu)
2.00 petang - Bukit Travers. Bertempat di Hotel Singgahsana
AJK yang bertugas: Nor Asyikin Jaafar

2.00 petang - Bukit Bakong. Bertempat di Hotel Singgahsana
AJK yg bertugas: Nor'Aza Abd Hamid

2.00 petang - Bukit Persekutuan. Bertempat di Hotel Singgahsana.
AJK yg bertugas: Norfaizah Md Sani


17.08.2008 (Ahad)
2.00 petang - Kg. Pasir Baru Indah. Bertempat di Blok C, Perumahan Pantai Permai.
AJK yg bertugas: Fazillah Abd Ghani

8.30 malam - Kolam Air. Bertempat di Dewan Tabika Kolam Air.
AJK yg bertugas: Noor Roshida Nordin









Thursday, August 7, 2008

Mengimbas Kembali - PRU12 dari Kacamata Ketua Puteri Umno Lembah Pantai




"Situasi di Lembah Pantai sewaktu PRU12 memang sangat mencabar. Kita boleh melihat sendiri semakin dekat dengan hari mengundi, semakin panas keadaan dan poster, banner naik semakin banyak. Bila kita lihat orang India mengibarkan bendera DAP, orang Cina memegang sepanduk PAS, itu dah terang-terang mengambarkan penduduk tempatan tolak Barisan Nasional habis-habisan, " kata Zalina Tan Sri Abdul Halim, Ketua Puteri Umno Lembah Pantai. Beliau menambah bahawa "Orang dah tak kisah apa-apa lagi dah masa itu, anything but BN."

"Bila kita berjumpa dengan pengundi muda di kawasan, ada yang telah berkata kepada saya yang mereka tidak ada komplen sangat pasal Wakil Rakyat kami. Dato' Seri Shahrizat selalu turun padang.. tak ada apa yang tak ditunaikan. Tapi, mereka dah bosan & fed up dengan kerajaan, jadi mereka tak akan keluar mengundi atau akan undi pembangkang."

Anak ke-2, Yg. Bhg. Tan Sri Abdul Halim, bekas Ketua Setiausaha Negara, ini telah terlibat dalam arena politik secara tak sengaja. Rupa-rupanya beliau adalah menantu Ketua Wanita Umno Bahagian Lembah Pantai. Dia disuruh oleh ibu mertuanya menghadiri temuduga dengan Ketua Wanita Wilayah Persekutuan, Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil. Ketika itu ada lebih kurang 20 orang yang menghadiri temuduga tersebut. Apabila dilantik sebagai Ketua Puteri, beliau tidak tau apa yang sebenarnya 'job description' untuk menjadi Ketua Puteri. Tergelak saya mendengar penjelasannya itu.

Zalina berkelulusan Undang-Undang dari Universiti of Nottingham, United Kingdom petah dan tegas bila berbicara. Tak ada apa yang cuba diselindungkan ketika memberikan pandangan tentang apa sahaja perkara berkaitan politik. Terasa seolah-olah sudah lama kenal Ketua Puteri Umno Bahagian Lembah Pantai ini.

"Apabila kita duduk mengira undi di Bilik Gerakan BN, memang keadaan tegang. Semua orang muka stress. Selepas 1,2,3 petiundi kita kalah... ada menang 1. Tapi selepas petiundi yang ke 12, kita dah dapat agak keputusan dah...Saya pun telefon Ketua Puteri Bahagian lain di Wilayah, tanya Parlimen dia orang macamana... Titiwangsa out, Wangsamaju out, Segambut out... tempat-tempat yang memang seat BN! Lega pun ada jugak... tak lah Lembah Pantai sahaja yang kalah. Maknanya, memang dah jadi fenomena nasional. Lega kerana tak lah orang kata Puteri Lembah Pantai tak buat kerja..."

"Sebagai Ketua, memang kita kena bertanggungjawab atas kekalahan yang baru dilalui. Saya akui yang memang banyak benda yang sepatutnya dibuat sebelum ini - daftar pengundi muda, tambahkan aktiviti yang mendekati dengan golongan muda dan lain-lain... tapi tsunami politik ini merebak ke peringkat nasional - sentimen seluruh rakyat Malaysia, jadi tanggungjawab sepatutnya terletak pada Presiden parti. Dah lah semua tempat kalah, Presiden senyap aje, Ketua Puteri Umno Malaysia langsung tak berbunyi. Yang keluar statement, Tan Sri Muhiddin...Masa tu, semua orang dah tercengang - tak tau apa nak buat.. saya rasa PKR pun macam tu sebab dia orang pun tak expect menang banyak seat.." tambah Zalina dengan penuh animasi.

"There is no direction...people up there are still saying 'We are OK, we are strong, we are still running the government. We have to do a reality check! Rasa macam kita atas kapal 'Titanic', kapal dah separuh tenggelam tapi masih ada 'band' yang sedang mainkan muzik - ingat tak adegan tu?" You janganlah tulis semua ni, nanti I kena masuk lokap pulak ..," sempat dia berseloroh.

Apabila meminta Zalina komen tentang PRK dan Nurul Izzah dia berkata, "PKR still cannot get their act together. We're still not sure what they're fighting for...Nurul ? She is lovely and speaks well, but too bad she's in the wrong party."

Saya bertanya kepadanya apakah pandangan dia terhadap isu terbaru Anwar Ibrahim. "Penting ke samada betul atau tak?! Yang lagi penting bagi orang biasa macam saya ni adalah harga barang yang semakin naik, integriti kerajaan dalam usaha membela rakyat, pendidikan anak-anak, perpaduan antara kaum, kes-kes jenayah yang meningkat. Ini semua isu-isu yang lagi besar daripada seorang yang bernama Anwar Ibrahim."

Saya terpaksa mencelah kerana temubual melalui telefon ini sepatutnya mengambil masa 15 minit sahaja tetapi kini sudah 30 minit yang berlalu. Terlalu asyik mendengar celotehnya. Saya tanya Zalina apakah harapan beliau untuk Puteri dan Umno. "Harapan saya adalah supaya ada peningkatan kepada Puteri Lembah Pantai. Perlu ada kontinuiti - kita dah bina dan kuatkan Puteri Bahagian selama 8 tahun, sekarang perlu terus ada impak yang lebih pada Bahagian Lembah Pantai. Jangan terlalu politik sangat, orang-orang muda tak suka. Buat aje kerja dan aktiviti. Support kepimpinan Bahagian tanpa berbelah bagi. Itu tugas dan tanggungjawab kita. Kita memang ada imej yang unik - ceria, sukarela, bertenaga - gunakannya untuk mencapai matlamat Puteri. Bagi Umno pulak, biarlah ada pembaruan dari segi imej dan kepimpinan. Zaman sudah berubah, kita tak boleh buat benda-benda yang sama macam dulu. Kalau kita masih berpegang kepada benda-benda yang sama, nothing will change and we will lose more good people who are willing to serve the party. PRU12 menunjukkan yang orang Umno pun dah tolak Umno. Kalau Umno tidak berubah , in 5 years time, the party will be irrelevant."