Sunday, November 9, 2008

Senarai Barisan Kepimpinan Baru Puteri Lembah Pantai

Tahniah kepada semua calon yang berjaya! Ahli Puteri Lembah Pantai memberi kepercayaan kepada anda semua - jangan sia-siakan mereka! Semoga anda semua berjaya membawa Puteri Lembah Pantai ke-arah kecemerlangan!

Pengerusi Tetap : Rosliza Abdul Razak ( Simpang 3)
Timbalam Pengerusi Tetap : Adibah Sudin (Sri Pahang)


Ketua : Nor Asyikin Jaafar (Kg. Pasir Br Indah)
Naib Ketua : Norfaizah Mohd Sani (Simpang 3)




AJK 15 orang:

  1. Siti Zarima Adanan (Uda) - Sri Pinang

  2. Norsyahidah Hanim Sallehuddin - Kg. Pasir Lama

  3. Murni Yusoff - 17 Tkt

  4. Hasriza Jabar (Cha) - Kg. Pantai

  5. Norisma Dalila - Kg. Maarof

  6. Norsuria Ismail - 4 Tkt

  7. Norliza Ramly - Bkt Putra Indah

  8. Surita Isa - Kerinchi

  9. Norafizan Abu Bakar - Kg. Pantai

  10. Norazlita Arshad - Bkt Putra

  11. Norzainah - KHAH

  12. Islina Ibrahim - AC4

  13. Noraznie - Sri Sentosa

  14. Siti Suriah Suki - KHAH

  15. Ummu Ainzah Razali - Bkt Pantai

G2

1. Noridah Abdul Karim

2. Norsyahidah Hanim Sallehuddin

13 comments:

Anonymous said...

alhamdullillah, segalanya telah berakhir. yang memegang amanat jalankan amanat dengan amanah, jujur dan ikhlas. tunaikan apa yang di ucapkan dan yang disampaikan kepada perwakilan.

kepada pucuk pimpinan yang baru, buanglah yang keruh ambillah yang jernih. rapatkan pu3 yang ada tidak kira di mana team mereka. jika jujur dan ikhlas, pasti kita semua akan bersatu.

cuma saya harap, jangan terlalu bermain emosi. setiap pemimpin haruslah tegas dan berani. tak salah mengalirkan air mata, kerana lumrah wanita jiwanya cepat tersentuh. cuma emosi yang berlaku pada hari pemilihan tak kena pada tempatnya. kala team kamu diumumkan menang, jeritan gembira seakan terlupa yang sebelumnya kamu seakan membawa kami bersedih. jagalah perasaan pihak sebelah lagi. saya tahu adat pertandingan menang kalah adalah lumrah.

kepada pihak yang kalah, bukan bererti anda tidak bagus. cuma bukan rezeki untuk menjadi pemimpin di pu3LP. itu sahaja. teruskan perjuangan untuk anak melayu kita. jika bukan kita warga muda di arena politik ini yang berjuang, siapa lagi. segalanya bermula dengan kita. tahniah untuk kak nolee, walaupun kalah tapi tetap berjaya menawan hati saya dengan sikap 'professional' beliau semasa berucap bagi menepis tohmahan yang mengatakan beliau bermain dengan ringgit.

disini, jujur saya katakan, memang saya menyokong kepimpinan shikin sebagaimana saya mengundi beliau. soft spoken, baik hati & lemah lembut adalah trademark beliau.

saya harapkan segala cerita2 yang kurang enak saya dengar sebelum pemilihan mengenai setiap seorang yang memegang jawatan nanti, tidak saya alami sendiri apabila saya berurusan dengan pihak barisan kepimpinan baru serta ajk baru nanti.

saya harapkan, bagi diri saya dan perwakilan yang memberi sokongan kepada pucuk pimpinan baru ini, tidak akan berasa ralat & menyesal dengan pilihan yang telah kami buat. hargailah kepercayaan yang telah kami beri. lakukan yang terbaik dan seikhlas serta sejujur yang mungkin. penilaian akan dibuat oleh kami dalam tempoh 3-4 tahun ini.

Selamat Menjalankan Tugas

Anonymous said...

Memang keadaan ketika itu sangat-sangat emosi - bermula dengan doa yang dibaca yang menyentuh perasaan, kemudia ucapan terakhir Kak Nana, ketua kami selama 8 tahun, baik -tak baik dia kita tolak ketepi...terlalu banyak pengalaman pahit manis kita kongsi bersama.Hanya kami sahaja yang tau - menjaga hati & perasaan wanita muda lagi susah daripada menjalankan kerja-kerja Pilihanraya.
Cabaran yang dibawa oleh YB sangat hebat.Sumbernya banyak - jentera yg dibawa,pengalaman politik yg dibawa.

Pada saya ini kemenangan Puteri Lembah Pantai.Kemenangan orang biasa sepeti anda & saya.

Kalau sebelum ini, banyak benda yang silap, kini ada gandingan AJK lama & baru yang boleh memperbaiki jalan kerja kami.
Kita mulakan dengan semangat & langkah yang baru.

Anonymous said...

Saya penyokong Kak Nolee ingin mengucapkan Tahniah kepada barisan kepimpinan baru.No heart feeling.
Sedih memang sedih tapi tak pe...dia sudah ada tempat.
Pepun, saya respekkkkk Kak Nana & geng krn mencalonkan Kak Nolee sebagi calon Naib Ketua!TQ krn mengaja air muka dia.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

untuk ajk.

terima kasih atas semangat anda. saya juga insyaallah akan bersama-sama akak untuk kebaikan pu3LP.

untuk kak nana juga, terima kasih banyak-banyak. saya memang amat menyenangi akak, kakak yang sangat prihatin, loving dan baik hati. agak ralat juga tak dapat berkenalan & bermesra lebih lama. i love u so much kak nana..

buat mak su, dah agak lama saya kenal dengan maksu. baik dan sangat penyabar orangnya. saya tak telan bulat2 apa yang orang kata & komen tentang maksu, sebab saya kenal siapa maksu. and please, i also love u maksu.

untuk pemimpin yang baru, kak shikin, saya dan rakan-rakan yang baru akan sentiasa bersama-sama kak kin. kami yakin, dalam kelembutan kak kin pasti ada ketegasan. kepimpinan pasti akan terserlah. ruang yang diberi harus digunakan sebaik mungkin dan sejujur yang boleh.

sebak pulak rasanya. rasa kasih & sayang pada akak-akak semua pasti akan tersemai dan terus dibenih dalam jiwa ini. semoga kita semua akan terus berjuang dan menang dalam perjuangan ini.

sayang akak semua..

Anonymous said...

Yang menang bertanding - TAHNIAH!
WOW! You all deserve it - antara perlawanan yang sangat sengit.

Bekas Ketua you kerja keras!Itulah semangat yang patut dicontohi.Bhg kami patut contohi semangat yang ditunjukan oleh LP!

Walaupun tidak menjadi calon pilihan Ketua Bhg, Puteri LP berjaya menentukan masa depan sendiri.Kami juga calon anak tiri -tetapi tewas!Biarkan...kita nilai balik nanti,tengok sapa nak buat kerja nanti.

Anonymous said...

Syukur alhamdulillah.Disini terbukti Yang Allah Maha Besar Maha Mengetahui semuanya.Tahniah Syikin dab barisan AJK yg terpilih.Akar umbi bersuara yg YB lagi layak untuk ke tahap yg lebih atas.Doa sy agar YB akan bekerjasama dengan Syikin dlm merealisasikan impiam Puteri UMNO Msia.

Anonymous said...

Sesungguhnyer Al-Quran adalah sebaik-baik petunjuk... Sekiranya kemenangan yg diperolehi tanpa penipuan... Alhamdulillah

Anonymous said...

Taniah di ucapkan kepada Syikin..semoga dapat menjalankan tugas dan membuat satu perubahan untuk puteri lembah pantai...

Kak Nolee,

u r the best tapi mungkin bukan rezeki u kali ini..perjuangan akak masih belum selesai lagi..kami sentiasa mendoakan dan memberi sokongan padu kepada akak..

Anonymous said...

Apa nak gaduh2 lagi?Penipuan apa?Wakil calon kan ada...samseng2 lagi semuanya.

Anonymous said...

Dah ler tu,jumlah yg mengundi 92 orang.Tak kan ada orang dapat undi penuh nyer..faham ke tak nie?
Ader yg nak buat protest le,petition ler,desak2 orang tanya undi saper...apa nie?

Anonymous said...

Aduss....
aku ingat dh abis perwakilan..
blog ini akan aman.
takpe la, yg penting kejesama.
bersama2 memajukan PU3 LP.
itu yg penting..

Hidup PU3 UMNO LP

Joe B. said...

Congrats!Keputusan yg mengejutkan-Pu3 ada pendirian sendiri.

Pelbagai cabaran yang telah dilalui,saya tahu kerana saya lihat sendiri.Terlalu ramai yang campur tangan akhirnya keputusan dibuat oleh suara Puteri yg majoriti.

Tahniahlah...orang biasa-biasa dapat tewaskan orang luar biasa.

Yang paling hebat,pencalonkan YB sebagai Naib!Tanda kematangan Puteri Bahagian yg dapat membezakan permainan Bhg dan permainan Nasional.

Syabas kepada semua. Yg gagal - jgn menghilangkan diri jika niat anda ikhlas kepada parti.