Monday, November 24, 2008

Mutiara Kata dari Ketua Puteri Bahagian Lembah Pantai





















Saya, bagi pihak barisan kepimpinan yang dipilih oleh perwakilan Puteri Lembah Pantai kali ini merakamkam ribuan terima kasih atas kepercayaan dan penghargaan yang berikan oleh perwakilan. Kami menyedari kepercayaan yang diberikan oleh perwakilan merupakan satu tanggungjawab yang besar yang perlu dilaksanakan oleh semua exco yang dipilih dan keseluruhan pimpinan Puteri Bahagian yang akan diumumkan dalam masa yang terdekat ini.

Berdasarkan pesanan dari Kak Zalina, Kak Lia & En. Yusri, dalam ucapan mereka, secara umumnya fokus barisan kepimpinan baru dalam tahun pertama kepimpinan, kami cerminkan kepada perkara berikut:

1. Agenda Pilihanraya – Memastikan Puteri disetiap peringkat bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum ke -13. Membentuk satu pasukan yang kukuh dan padu demi menghadapi parti lawan.
2. Mengukuhkan organisasi Puteri disemua peringkat melalui latihan yang tersusun, pengurusan organisasi yang lebih berdaya saing dan menambahkan ahli wanita muda, disamping program yang lebih segar untuk golongan muda.
3. Membenteras gejala sosial dengan kaedah mengukuhkan anak muda di Malaysia melaui program pendidikan integriti kemasyarakatan.
Puteri Bahagian, dibawah kepimpinan yang lalu, secara asasnya telah menonjolkan bahawa Puteri telah bersedia menjadi sebuah organisasi yang matang dalam menerima kepelbagaian dan perbezaan.

Pertandingan yang lalu telah meninggalkan kesan yang mendalam, Puteri Lembah Pantai kini berada di suatu situasi yang tidak pernah kami lalui. Walaubagaimanapun, saya yakin bahawa ia masih boleh dibaiki. Terlalu besar tanggungjawab kami di Bahagian untuk melakukan apa sahaja tanpa kerjasama semua ahli-ahli Puteri Lembah Pantai.

Seperti yang saya katakan dalam ucapan di mesyuarat Bahagian yang lalu, kita mulakan dengan semangat BERSATU. Kemudian kita perlu SETIA – setia kepda kepimpinan Bahagian. Barulah kita boleh BERKHIDMAT.

Yang rosak kita betulkan, yang elok kita tingkatkan kualiti, yang berkualiti kita tingkatkan INTEGRITI. Itu lah MISI saya yang utama.



Nor Asyikin Jaafar
Ketua Puteri Umno Lembah Pantai

10 comments:

Anonymous said...

Kami doakan kepimpinan Puteri yang baru dapat menyatu-padukan semua ahli Puteri. Syabas kepada semua yang dipilih.
Seluruh negara memandang kamu.Satu penghormatan buat adik-adik semua.

Anonymous said...

Buat yang terbaik! We are watching you, Puteri Lembah Pantai!We all pray for you.
Tabik hormat from Papar.

Anonymous said...

Wehhhhhhh, suka pun suka la.Kerja mau jalan jugak...itu jangan lupa, deyyyy.
Sapa Pegawai dilantik??!!Muka-muka basi tak leh wat kerja tu lupakan saje.

Anonymous said...

sape muka muka basi tu?
ada ke?

Anonymous said...

Persiapan Pilihanraya.
1. Puteri LP perlu agressive bukan sekadar cover up girl macam PU12.

Anonymous said...

Agenda Pilihanraya:
1. Kaji dan perbetulkan kelemahan PU3 LP terdahulu semasa menghadapi PU12.
- PU3 masih berserabut walaupun ianya merupakan piliharaya ke2 yang diterajui oleh mantan KP Zalina.

- Aksi cover up perlu dilupakan. Orang berkempem guna risalah bukan hanya senyuman. Contohi Wanita LP.

Jangan dicontohi kepimpinan lama berasaskan sistem SS. Syok Sendiri

Program puteri perlu di hadiri oleh setiap ahli puteri. Jangan balik balik orang yang sama aje.

Bila program "kira ok" baru penuh.

Anonymous said...

Wanita??Kalau ikut K10,sepatutnya menang besar Shahrizat tu...
Alahaiiii, Bahagian LAGI berserabut WALAUPUN dah 12 kali Pilihanraya.
Kempen guna senyuman & risalah lebih cantik.
Puteri kali ke-3,kita post mortmen & perbaiki lagi.
Sama-samale kita perbaiki jentera.Mudah-mudahan dengan kepimpinan baru di Bhg,jentera lebih lancar.

Anonymous said...

Majority Wanita UMNO LP buat kerja. Yang tak buatnya ketua. K10 bukan indicator yang tepat pasal ketuanya buat acuh tak acuh keperluan K10. Salah siapa? Orang UMNO atau kepimpinan?

Kekalahan Shahrizat bukan pasal UMNO LP tak berkerja kuat tapi kelemahan kepimpinan mantan terdahulu. Sibuk promosi diri jadi MP. Tak fokus.

Isu "orang luar" menjadi agenda. Selagi mentaliti ini tidak dibuang selagi itulah Parlimen LP takkan stabil.

Kaji semula KW & mantan KPu3 bukannya bermastautin di LP. So apa kriteria "Orang dalam". Mereka dipilih kerana "quality dan status".

PU12 BN kalah bukan pada "calon mentah" tapi pada DSAI. Kaji balik pengundi baru yang didaftarkan. Siapa yang "tanam".

DSAI ada kelebihan kerana beliau punya masa & pilihan tempat. Cuma kita (UMNO)yang tak sedar.

Anyway PU12 dah berlalu. Jadikan tauladan.

Insyallah, Parlimen LP boleh kembali kepada BN kalau sentimen orang luar diketepikan.

Dengan izin.
"Idea will always remains an Idea, until it been implemented"

Bak kata KPU3

Agenda Pilihanraya – Memastikan Puteri disetiap peringkat bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum ke -13. Membentuk satu pasukan yang kukuh dan padu demi menghadapi parti lawan

- Ianya masih di peringkat ungkapan. Tindakan susulan perlu bagi merealisasikan ungkapan tersebut.

- Kalau boleh KPU3 perlu sertakan blue printnya sekali.

Dengan izin sekali lagi.

"Fails to plan is planning to fail"

Anonymous said...

Anonymus,
Macam tak sabar aje nak tengok Pu3'fail'??Apa kata kita sama-sama fikirkan implementasi gerak kerja -halatuju kena disetkan oleh Ketua,kemudian turun ke sayap-sayap.

Bila dia tulis kena kondem,bila tak tulis kena kondem.Bagi la kritikan yang membina...

Lagi satu,kempen tu biorle dengan senyuman..nak tarik orang kan.Muka masam bagi risalah pun tak de pekdah.
Ni sure wanita yg tulis nie..

Anonymous said...

PU3 LP mestilah bekerja kuat untuk mengambil hati pengundi. Jangat hanya nak berseronok masa nak pilihanraya. Saya tengok puteri PR dah mula bergerak dengan berbagai-bagai aktiviti masyarakat. PU3 Umno bila lagi?