Tuesday, October 21, 2008

Dah Buat Baju Persidangan?


Oleh: Selendang Pink, Baju Putih

Dua parti komponen Barisan Nasional (BN) - UMNO dan MCA sibuk mengadakan pemilihan. MCA dah pun sudah. Waktu UMNO melibatkan pemilihan di peringkat cawangan, MCA pula dalam diam-diam sudah sampai ke peringkat bahagian. Rasanya, pemilihan dalam MCA tidaklah seriuh pemilihan dalam UMNO kerana proses pemilihan MCA berjalan begitu pantas.

Selesai peringkat Cawangan langkah seterusnya ialah pemilihan Bahagian pada November ini.
Apa pun setiap sayap ada cara masing-masing. Begitu jugalah dengan Puteri UMNO. Mesyuarat peringkat cawangan telah berlangsung. Selepas tamat, banyak cerita yang didengar. Ada mesyuarat yang terpaksa dibatal kerana tidak cukup korum, ada Puteri cawangan yang tiba-tiba tubuh, beberapa cawangan tidak ada penyata tahunan dan ada juga Ketua Puteri Cawangan yang tidak tahu bahawa mesyuarat cawangan sudah berlangsung. Kenapa jadi begitu?

Isu ini sepatutnya diberi perhatian kerana ia melibatkan kerja-kerja pentadbiran dalam parti di peringkat cawangan yang menjadi suara akar umbi parti. Adakah cawangan sekadar ada pada nama bagi 'menguatkan' kepentingan individu-individu yang bertanding di peringkat bahagian? Di mana peranan badan induk yang diketuai oleh Puteri bahagian atau setidak-tidaknya setiausaha bagi memantau perjalanan cawangan-cawangan ini? Mungkinkah disebabkan musim pemilihan maka timbul perkara-perkara begini? Isu seperti ini tidak boleh dipandang ringan kerana kesannya amat besar kepada Puteri.

Justeru, pemimpin sama ada di peringkat cawangan dan bahagian janganlah terlalu ghairah merebut jawatan sebaliknya memperbetulkan dahulu kelemahan yang berlaku. Pastikan ahli-ahli di peringkat cawangan ini benar-benar kuat dan bersedia 'memulihkan' parti lebih-lebih lagi kawasan Lembah Pantai yang jatuh ke tangan pembangkang.

Keghairahan merebut jawatan nampaknya tidak dapat dibendung lagi. Kebanyakan bahagian di Wilayah Persekutuan termasuk di Lembah Pantai telah berlaku pertandingan. Dan lebih mendukacitakan kononnya wang sudah pun 'turun' di peringkat bawah dengan cara tersendiri supaya ia sukar dikesan oleh pihak berkenaan. Malahan belum pun mesyuarat cawangan berakhir, sudah ada ramalan mengatakan ketua itu bakal menang tanpa bertanding atau akan dicabar. Turut menarik perhatian khabarnya senarai kumpulan tujuh (G7) yang akan ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Perhimpunan Agung UMNO sudah pun tersedia sedangkan mesyuarat cawangan baru berakhir. Semua ini gara-gara keghairahan menjelang pemilihan di peringkat pusat yang akan berlangsung Disember nanti.

SPBP tidak hairanlah pemimpin yang berhasrat bertanding di peringkat Exco Puteri UMNO Malaysia juga ghairah melobi untuk bertanding. Ini dapat dilihat apabila ramai yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua & Naib Ketua Puteri UMNO. Itu pun masih ada yang belum membuat keputusan sama ada mahu menawarkan diri atau tidak. Mungkinkah keghairahan ini berlaku kerana mereka juga mengintai peluang untuk sama-sama berada dalam proses peralihan kuasa yang akan berlaku pada 2009? Sedikit sebanyak itu juga menjadi faktornya. Sudah nampak kekosongan yang ada jika Timbalan Presiden, Najib Tun Razak mengisi tempat yang akan ditinggalkan oleh Presiden.

Di Bahagian pula, yang menawarkan diri untuk jawatan Ketua dan Naib hendaklah benar-benar yakin mampu memikul tanggungjawab dengan baik, bukan sekadar melihat kelebihan jawatan. Memang demokrasi tidak menghalang pertandingan tetapi kadang-kala pertandingan perlu dielakkan lebih-lebih lagi bagi memastikan peralihan kuasa berjalan lancar. Dalam hal ini fikirkanlah sama ada mengukur baju di badan sendiri lebih baik atau membiarkan orang lain mengukur baju di badan kita. Tetapi jangan pula apabila membiarkan orang mengukur baju di badan kita, kita terpaksa membayar upah yang mahal sekalipun ukurannya nanti menjadikan baju yang dipakai itu longgar, tidak padan dan tidak selesa dengan badan. Beringat-ingatlah, ye? Buatlah pilihan yang bijak.

31 comments:

Anonymous said...

SPBP,
PEmilihan bulan Mac09 la, bukan Disember08. Hang ketinggalan kapai la...

Anonymous said...

Wakakaka,
Dah dekat hari yang dinanti-nantikan. Siapakah akan menang?Nampak Syikin semakin dapat sokongan..YB pula sibuk pencalonan NAib KEtua Puteri Malaysia. Tapi sempat gak kempen. Kempen manager semakin gabra..Jgn tekejut..apa2 bole belaku.
Mana2 menang,aku tak kesah.Yg aku tau korang punya SU kempen utk org sana. Buang aje larrrrrrr

Anonymous said...

wah saudari di atas...jangan laa terlalu GHAIRAH mengandai pihak sebelah sana akan menang..
Kami orang2 YB akan berusaha keras bagi memastikan YB menang dengan solid..

Anonymous said...

Silap larr...korang memandai! Ada kuasa yg lebih besar yg mainkan peranan. Siapa dpt turunkn Najib kat sini? Fikirkan?!Dia akan dijadikn Wakil Ralyat sini nanti! Tunggu & lihat! YB dah ada rancangan dia sini! Ketua Pu3 Bhg, K.pu3 WP, Naib Kpum! Korang kena pikir jangka pjg! Undi YB demi Lembah Pantai!

Anonymous said...

yess..suka dengan Cinta LP..hehehe...korang orang2 Nana nih memang suka berangan...kuikuikuik....semua2 nak ikut sgat strategi Nana tuh..tgoklaa Puteri..ntah takat mana dia da bawak??pasni klau K. Puteri Bhgn klau ntah apa2 mcm Nana dulu..lagi laa kita semua xder program..ye laa..dulu boleh laa pu3 tumpang2 program bahagian..tumpang wanita..Now Bahagian pun budget dah susah..sbab dato' seri dah xder...
so kena laa pilih YB..dia bleh guna authority dia and pengaruh dia di peringkat Nasional..
wakakakakawakak

P/s: bukan xsuka kak syikin..CUMA tak suka Nana..dia yg bertanggungjwb rosakkan hubungan di kalangan pu3 semua...

Kak syikin da tentu boleh menang Naib...jgn dengar sgat hasutan Nana and Maksu..bukan diorg yg nak pikul tanggungjwb kak oi...
pikir2 kan...,selamat beramal..

Anonymous said...

Semua aku tak suka..bukan Nana jer..Lia,Shida,Maksu. Yang ketua penjahanam bekas SU.Dia susun stratgi dah lama - termakan budi ler katakan. Tapi dapat projek byk so,bebaloi le putuskan hubungan.
Tapi,apasal masuk cite Nana nie?
Mcm jeles jer aku baca! Org cite pasal Shikin vs YB (ala-ala Alien vs Predator) -whoever wins,everybody DIE. Kikikiiii

Anonymous said...

Jaga mulut kau tu, program banyak..ko je tak turun. Tumpang ke,sendiri ke...balik2 muka samo yo. Ko salahkan Ketua yo, yang AJK lain kat Bahagian tue,buek apo? Jadi tunggul? Tak kan nak tunggu idea dari Ketua yo..mcm tue,tak yah ado AJK ha...
Aku tengok, bila program Nasional pun korang tak turun..nak cakap banyak plak! Time nie lar korang ribut, dah habih pertandingan...balik mcm dulu lagi..senyap.
Lupakan Nana - zaman die dah belalu. Jom ktia gaduh Kin & YB.

Royalshoppingarcade said...

alang2 nak siapkan baju,
jom la jenguk cari tudung pink kat my blog ya?
murah je..and senang nak pakai..EZ PZ tudung...boleh sedondon..ada macam2 jenis pink..
http://royalshoppingarcade.blogspot.com

Anonymous said...

Memeng betul pun aku setuju sangat...Nana lansung tak buat apa2 pun untuk lembah pantai..mana ada program puteri bhg..semua program tumpang je...

ye lah..nana tu mana tahu nak buat program yang dia tahu g holiday kat luar negara je..dengar cerita sekarang dia kat luar negara tngah holiday sekarang..kesian syikin jadi mangsa keadaan..nana yang beriya2 suruh syikin bertanding tapi..nana g holiday saat masa nak kempen ni....i rasa syikin u patut bertanding naib..lepas u belajar cam mana nak jadi ketua yang bagus..bukan cam nana...

ladyzone said...

Wah bukan ckp apalah calon Ketua Puteri eloklah bagi YB kerana dia ada talennya dan ada pengalaman nya tersendiri... Naib Ketua wah tengok-tengok, jeling-jeling yang layak jadi Naib Ketua yelah Kak Azza- Ketua Puteri Cawangan Flat Sri Pahang...menang tampa bertanding lak tu sebagai ketua puteri cwg... kak azza di cawangan sangat aktif dihormati dan di segani oleh semua masyarakat cawangan dia bukan saja di kalangan orang melayu malah kaum india dan kaum china pun hormat kat dia.. kak azza bukan saja pegang jawatan ketua puteri cwg dia banyak memegang jawatan termasuk lah setiausaha UMNO cawangan, Setiausaha Persatuan Penduduk Cwg, Setiausaha kerja Persatuan Penduduk Wilayah Persekutuan under DBKL, AJK RT, Penasihat Biro Wanita Cawangan, trainee sister in islam memperjuangkan hak-hak wanita islam, yang Wah betul-betul terharu jawatan kak azza sebagai setiausaha PDK Lembah Pantai under JKM,Kak Azza seorang yang perihatin dengan anak-anak kurang upaya sentiasa beri perihatian dan memastikan anak-anak oku ini berada dalam keadaan terpelihara...keperihatinan kak azza nampak masa beliau dapat kan seponser dari luar untuk anak-anak oku bershopping di Mydin Subang, Wah nya anak cwg oku pun pegi sekali tu yang wah tahu tu ...wah bukan puji kak azza lah.. sibuk2 urusan kerja pun.. kak azza tu pun masih sempat cari sumbangan untuk anak-anak yatim cwg dia dan anak-anak oku dia di PDK tu.. ni bukan wah nak pandai2 ckp malah ketua cawangan wah pun kata kak azza ni berkeliberity pandai memimpin... wah sokong 100% kak azza jadi Naib Ketua Puteri Bahagian Lembah Pantai kerana kak azza banyak berpengalaman.. pemimpin macam ni lah kita harus pilih dan sokong demi anak-anak bangsa dan generasi akan datang bersemangat memperjuangkan parti (UMNO) barulah UMNO Lembah Pantai menjadi Gemilang, Cermerlang dan Terbilang.... HIDUP KAK AZZA ......

Anonymous said...

mak aii..sodap2 mulot mengata si Nana..ko pikir ajk Nana nie ape tunggul kayu ker...sudahla jgn ingat kitorang tatau saper ko yg tulih2 n burukkan kepimpinan nana tue..tak lain tak bukan org yg bengang tahap gaban sbb Nana tak boleh nak merealisasikan cita-cita yg tinggi ko untuk menjadi terkenal di peringkat atasan.cukup la wei..zaman ko da berlalu...da masuk wanita pun pasni..ko tunggu la nasib ko mase masuk wanita..kalu mcm nie gak perangai ko buat confirm ko kene cantas gak ngn org2 dr wanita. Kot ye nk kutuk pun bg la bukti kukuh sket..takde program ko ckp..ko nie biar betoi sblm nie tak penah join ke atau ko baru balik dr oversea n tetibe nk berebut jawatan kat LP nie?nanti mase persidangan ko bace buku laporan aktiviti tue puas2 ye..penat aku taip panjang lebar maknenye byk ler aktiviti kitorang buat..aku taip sendiri tau sbb SU da pegi ke pihak ko..tatau la pesal tetibe berpaling tadah plak SU nie...tp itu hak die..mane die nak pegi kan..yg lebih masyukk itula die rapat...sape yg tatau perangai die..aku kesian la kat Nana nie..SU sumenyer buat perangai tak senonoh belakang dia..nasibla ko Nana..sib baik ko da lepaskan jawatan ko tue.

Anonymous said...

ek enen...iyola sgt syikin nk bebenor jd naib YB kesayangan korang tue...tak hingin nye dio.
Rentikan la..korangkan ade calun sendiri..suh la Azah Pahang tue jd naib korang.
lawan tetap lawan...ckp ngn YB korang tue its too late nk berkompromi ngn kitorang.Da rase diri kalah ker baru nk berkompromi?apesal dulu tanak plak??huhuhuhu

Anonymous said...

ape la korang dok bising pasal Nana...die da berlalu.zaman dia da bis..nie time KIN and YB....tunggggggggguu 8.11 penentunya...

Anonymous said...

YB menang dengan solid??huhuhuh berangan la dik oiii...meh jumpe akak nie mintak undi...barula solid.

Anonymous said...

P/s: bukan xsuka kak syikin..CUMA tak suka Nana..dia yg bertanggungjwb rosakkan hubungan di kalangan pu3 semua...

Ewah ewah....Nana ker yg rosakkan hubungan pu3 atau bekas SU Nana? jeng jeng jeng...renung-renungkan dan selamat menjawab..tapi aku cianla gak kat bekas SU tue nk ckp lebih2 kang terberanak plak die...jenuh plak...hmmmm :-)

Anonymous said...

Yang, bagusss le dapat info pasal calon Naib sorang lagi tue. Cuma tak nampk kat akvti Bhg. Org tak kenal jerrr... Pastue apa kena mengena Shikin btanding dgn Kak Zalina pergi luar ng? Setakat kempen tak kan Shikin tak leh? Kena ada Kak Zalina gak ke?
Kak Zalina saya nak jadi G10 klu boleh.Nanti saya SMS akak.Mana tau masih ada kekosongan.

Anonymous said...

Saya salah seorang AJK Pu3 tak setuju dgn komen diatas.Sememangnya bukan mudah keluarkan pu3 utk menjalankan aktiviti.Saya sbg seorang yg baru mendapat zuriat merasakan agak sukar utk meluangkan masa spt dulu.Kita dpt lihat sendiri bertapa susahnya nak panggil pu3 turun.Prog kesihatan,Idola,prog sembang malam,prog derma di Kamdar,netball muka2 sama shj.
Saya tak boleh terima sekiranya ada andaian kami di Bhg tak buat apa2 aktiviti. Tggjwb terletak diatas bahu kta semua sbg ahli pu3 kita semua ada suara tmasuk pu3 caw.Tak boleh tunggu kak ZaLina buka mulut sahaja BARU gerak.Saya lihat dan dah merasa.Kalau macam ini cara awak berkempen,saya akan undi Syikin walau pd awalnya saya sokong YB:SILA EMEL ZALINA sendiri jika tak suka sangat dengan dia.Tak suka dengan dia pun sekurang kurangnya hormat pd kerusi dia sbg Ketua dan kami semua sbg ahli Pu3.P
Pasal SU, kami dah kenal perangai masing2 jadi tak perlu buka disini.terima kasih.

ladyzone said...

wah nak tegurlah si anonymous ni dah berapa lama ceburi politik di bahagian lembah pantai ni... macam dah faham dan kenal sangat perangai ketua puteri cawangan dan ajk puteri bahagian. wah ckp lu lah ya anonymous lu gi duduk sebaris dgn ajk puteri bahagian tu dulu bau badan2 ajk puteri bahagian tu dulu baru nak puji ajk2 puteri bahagian....takut nanti baru sebulan dua joint ajk2 puteri bahagian lu dah kena tendang jauh2 dari bahagian sbb tak sekepala.... wah ckp lu lah anonymous kalau lu nak joint lu fikir betul2 lah....semua ajk2 puteri bahagian tu tak profesional berfikiran sempit...tu pasal nak jadi calon ketua puteri pun nak kena orang teman kan berkempen... lu ckp dgn lu punya kakak kesayangan lulah si akak nana tu "APA PASAL SIBUK2 NAK TOLONG BERKEMPEN SI SIKIN TU...DIA DAH ABIS PENGGAL TU ABIH LAH BLAH LAH DARI PUTERI APA PASAL SIBUK SANGAT NAK TOLONG SHIKIN TU BERKEMPEN... APA SHIKIN TU TAK RETI DAN PENAKUT KE NAK BERKEMPEN...KALAU TAKUT NAK BUAT BERKEMPEN BERMAKNA BELUM READY NAK JADI KETUA PUTERI... "KALAU TAKUT DILANDA OMBAK JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI"...TAKUT NANTI HANJUT TAK TIMBUL2 LAGI.. Wah nak tegur lu lagi lag anonymous lu kalau nak kenal calon naib ketua puteri wah ni ... Kak Azza... wah rasa lu org baru di lembah pantai... kak azza paling popular di bahagian lembah pantai berbanding ajk2 puteri bahagian yang sedia ada... wah ckp lulah ya tak jadi ajk puteri bahagian pun kak azza dan YB pun popular jugak lagi popular dari kawan2 lu lah....Kerja kebajikan apa yang kak azza tak buat di bahagian tu.. lu ckp wah... wah ckp lu kak azza tu walaupun kalah penggal lepas ajk bahagian still bagi commitment kat bahagian tau... wah rasa lu nikan dah kena beli dgn org2 shikin dan akak nana lu lah... wah nak ingat kan lu lah "KITA HIDUP DI DUNIA NI MESTILAH ADA PENDIRIAN DAN MARUAH" jgn asyik ikut bontot org je tunggu org tolong berkempen baru berkempen... PROFESSIONAL LAH SIKIT.... LAIN KALI KENAL-KENAL LAH WAH PUNYA CALON KETUA PUTERI (YB) DAN NAIB KETUA PUTERI (KAK AZZA) DULU YANG BERPENDIRIAN DAN BERJUANG UNTUK ANAK BANGSA BARU BOLEH CITA KEBOLEHAN CALON KETUA PUTERI LU SI SHIKIN TU DAN CALON NAIB KETUA PUTERI LU SI MAKSU TU OK..... PILIH LAH BERKUALITI bukan BERKUANTITY......HHHHAAAHAHHA HIDUP YB & HIDUP KAK AZZA !!!!!......

Anonymous said...

Shikin bertanding ke Zalina?Kak Zalina pergi jalan2 apa kena mengena dgn Shikin?Dia tlong kempen Obama agaknya?Kak zalina nak Maksu tapi Maksu tak berminat. Yang saya tahu, Kak Aini yg suruh Shikin bertanding lawan Norli dulu.Biarlah Norli belajar dari bawah dulu,jadi Ajk ke, Pegawai ke...tak semestinya jadi Pu3 nasional terus layak jadi K.Bhg?Pasal aktiviti,pandai2 lah dicari nanti.Jgn risau,ramai yg akan membantu.
Norli minta tempat Naib,saya rasa biarlah kita
btanding saja.Antara Aza,Norlina dan Maksu, elok lagi Norli.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Salam rindu dari USA. Laa, terkejut baca...Suami bawak jalan, selepas 11 tahun kawin...tiket pun booking awal2 lagi. Relakan lah akak pergi.
Apasal hati tu hangat sangat? Tak suka pun tak apa sb akak pun tak suka awak. Hahaha. Jgn emosi sgt. Undi lah sapa2 yg awak suka. Itu hak awak. Releks, beb!

Anonymous said...

salam...

kak nana.., tak perlu layan bebudak nie.., biar mereka terjun ngan labi2 nya.., kalu dilayan, makin rancak larr diorang nie buat dosa., maafkan jer diorang nie.. asal kiter tak jadik cam diorang dah larr..

jumper open house nanti ekk..!!
daa.. ;p~

Anonymous said...

kak nana pegi US jagn lupa beli buah tangan..heheeh...baru bleh undi syikin...
wakakakwakakak

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Anonymus yg kurang pengetahuan,
Baik ko tak yah cite le...cite kau banyak tak betul. Contohnya:
1. Puteri pemerhati - Umno Bhg pun tak tau ada Cawangan tu wujud.
2. Kak Nana memang dah kayo. Tak perlu sponsor dr sapa2.
3. Zahran dah cukup pun pencalonan.
4. Banyak masa ke Nana nak susun strategi Pu3? Dia akan dilantik jadi pegwai tertinggi kat Bhg.

Bak kata 'Nana in d house' - Releks beb.Undilah sapa2 yg kau suka.

Anonymous said...

Salam to all,

dah ler tak perlu nk main tuduh2 je..hanya org yg da duduk lama dalam barisan AJK yg tahu semua hal dlm puteri nie..aku antara org yg paling lama. N aku tahu n kenal sesgt perangai sorang2..Zalina,Norlia,Shida,Maksu,even YB yg baru masuk nie pun..Syikin yang akan bertanding nie jugak..dan tak lupa Azah Sri Pahang..aku ada pilihan aku sendiri...walaupun aku dibarisan AJK yang tak betul tetap tak betul bagi aku..tp yg betul dipihak YB tetap aku sokong jugak..
Tak perlulah nk menokon tambah cerita tak betul..tambah dosa jer nanti..and kesianla kat adik2 yg baru bersemangat nak ceburi diri dalam politik nie.Kalau pun nak promosi diri atau nk berkempen untuk pihak masing2 takperlula mengaibkan sape2...bertandingla secara berhemah..Aku da jadi muak bace semua komen baik pihak belah Syikin mahupun pihak Yb dan terbaru pihak Azah Sri pahang...sudah2 la...sampaikan Zalina pergi honeymoon dengan laki die pun korang kate duit HjZahran..astaqfirullah tak takut ker nk mintak maaf ngn Zalina nanti kalu duit pergi berjalan tue duit titik peluh dorang laki bini? Kalau aku nak bukak rahsia masing2 terlalu banyak kat sini...so baik aku simpan je..Undila sape2 yg korang rase sesuai...tak perlu nak menghentam sesapa....If dikurniakan rezeki menangla nanti.

Anonymous said...

hemo hemo..

tak nak larr azza tue.. penink arr minah tu.., seerreeemmmm...!!!
amik yang lain larr...

Anonymous said...

Saya setuju...memang Kak N mastermind! Dia akan merancang untuk menakluki dunia ini satu hari nanti.Dia ada perancangan untuk menguasai media, kemudian institusi kewangan. Selepas itu, kroni dia akan dijadikan pegawai khas untuk menjadi agen beliau di seluruh pelusuk ajensi kerajaan.Bahagian ni sekadar 'cover' jerr...Muahahahahahaaaaaa.....

Anonymous said...

Cayo lah,
U bladi fulll you! Itu KJ ke ZAH? Ko salah Blog lerrrr...
Buang mase jer baca komen kau!

Joe B. said...

POWER Kak Nana! Wa caya la...
Tak sangka ada yg betul-betul benci kat you,yer? Ini tanda pemimpin yang berpengaruh -suka atau tidak suka tidak menjadi isu sekarang kerana Nana pun dah habis.
Apepun, Abang Joe rasa bila dah keluar peribadi -itu melampaui batas.Jangan pakai strategi macam nie krn ia akan mendatangkan perasaan simpati kepada pihak sebelah sana.
Dua-dua belah pihak mainkan stategi sendiri - sana pergi kempen Beraya rumah ke rumah (ala-ala Pilihanraya), sini lebih kepada bual-bual kedai kopi. Agen sana sangat agresif sehingga ada yg kurang selesa. Sini terlalu soft touch sehingga mesej kempen tak terserlah.
Sana janji langit & bumi untuk mendapat sokongan, sini tak janji apepun - nampak naif. Ini politik..mesti ader janji.
Sekian saja ulasan dari Abang.Kita mengintai lagi..

Anonymous said...

SAY SETUJU NGAN ABG JOE.

JGN TERLALU NAK KAN ORANG PERSEORANGAN KAMU MENANG, SANGGUP MENGAIBKAN ORANG. DLM POLITIC, JGN DICAMPURKAN URUSAN PERIBADI SESEORANG DGN ARENA POLITIK NYA. UNPROFESSIONAL NAMANYA..

YANG PENTING, PILIH MEREKA YANG ANDA MAHU JADI PEMIMPIN. YANG ANDA RASA TIDAK LAYAK, TAK PERLU DIBERI UNDI KEPADANYA.

SAYA JUGA AKAN MENGUNDI PADA 8 NOV NANTI. SAYA SENTIASA MEMBACA SETIAP KOMEN DI BLOG NI, MAHUPUN BLOG PU3 BAHAGIAN LAIN. SAYA AKUI, KOMEN2 YANG SAYA BACA TAK BYK SEDIKIT BOLEH MEMPENGARUHI UNDIAN SAYA NANTI. SEBABNYA, TAK SEMUA PERKARA KITA KETAHUI TENTANG SESEORANG ITU LAGI2 YANG BAKAL MENJADI PEMIMPIN KITA KELAK, LALU APABILA KAMU SEMUA MEMBERI KOMEN BERBENTUK KEBURUKAN SESEORANG, PASTI ORANG LAIN SEPERTI SAYA AKAN TERTANY2 'EH., BIAR BETUL DIA NIE BUAT BEBENDA MCM NIE '
CONTOHNYA..(TIDAK TUJUKAN KPD SESIAPA TAU..)

TAPI..INSYAALLAH, SAYA YAKIN & HARAP PEMIMPIN YANG BAKAL SAYA UNDI NANTI, MAMPU MENTADBIR PU3LP DGN JAYANYA. YANG PENTING, SEMUA PU3LP PATUT BERSATU WALAU SIAPA PUN PEMIMPIN KITA KELAK.

UNDILAH DENGAN BIJAK, GUNAKAN KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMILIH PEMIMPIN YANG LAYAK.

KITA YANG AKAN MENENTU SIAPA YANG PATUT MENJADI KETUA PU3LP..