Saturday, October 25, 2008

Berkenaan Martabat, Melayu Bandar & Program

Oleh Aida J. Rahman, pemerhati politik.








51 tahun kita Merdeka! Jika usia saya 51 tahun, saya rasa wajar kalau saya memiliki tahap kematangan dan martabat sosial dan ekonomi yang disegani. Kena juga bijak menyusun langkah yang strategik ketika menempuh pelbagai cabaran hidup yang akan saya lalui. Orang pada usia ini pada persepsi umum sudah seharusnya mempunyai aura dan ketrampilan diri yang mampu memberikan perlindungan kepada mereka yang lemah dan juga memimpin orang muda di samping menjadi ‘role model’ kepada kanak-kanak. Tak lari jugalah kiranya pada usia ini Negara tercinta, Malaysia mempunyai ciri-ciri mantap dan kukuh menepati persepsi sebuah negara yang bergerak maju

Namun secara mikro masih terdapat beberapa kekangan pembangunan yang perlu diberikan perhatian misalnya isu ‘equity’ antara kaum yang telah banyak diperdebatkan akhir-akhir ini di mana golongan bumiputera khususnya golongan etnik Melayu masih dilihat ketinggalan. Dari sudut sosialnya pulak golongan masyarakat ini yang sentiasa dihambat dengan pelbagai masalah kehidupan meliputi isu-isu kemiskinan baik di bandar mahupun di luar bandar, Mat Rempit, penagihan dadah, penderaan kanak-kanak, keganasan rumahtangga, setinggan dan pelbagai lagi masalah social.

Saya tidak bercadang untuk membincang secara terperinci akan setiap masalah sosial yang dikemukakan itu oleh kerana ianya telah banyak diperkatakan sejak kita duduk dibangku sekolah lagi. Sekiranya dikaitkan dengan bangsa Melayu kebiasaannya akan ada ‘stereotype’ yang meliputi semua orang Melayu disamakan dengan masalah walaupun bukanlah suatu kebenaran walaupun ‘sejarah’ nya telah ada.

Martabat dan Memartabat

Apakah definasi ‘memartabat Melayu bandar’? Pada pendapat saya, ‘martabat’ seseorang atau sesuatu kelompok masyarakat berkait rapat dengan maruah, nilai-nilai murni, etika serta moral yang merangkumi aspek rohaniah individu dan masyarakat di kacamata ramai. Oleh itu, memartabatkan Melayu bandar merupakan suatu proses dan usaha ke arah menempatkan orang-orang Melayu di bandar pada status yang sewajarnya menepati ciri-ciri ‘Melayu bandar’ yang bermaruah dari segi moral dan etikanya atau berintegriti, berpendidikan dan berpengetahuan dari segi keilmuannya, berfikiran terbuka dan matang dalam perkiraan tindak tanduknya,komited dan professional ketika menjalani aktiviti hariannya dan mempunyai daya saing tinggi yang positif sikap dan amalannya serta prihatin ke atas mereka yang memerlukan dan umumnya mengamalkan nilai-nilai murni sejagat tanpa menidakkan pula kepentingan budaya bangsa sendiri.

Elakkan Program Syok Sendiri
Terdapat banyak komitmmen UMNO Bahagian yang jelas dalam usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat di kawasan ini sekaligus memartabatkan bangsa tanpa mengira perbezaan kaum dan warna kulit baik di bandar.

Program-program yang dijalankan di peringkat Bahagian perlu dinilai kembali keberkesanannya. Program mesra rakyat seperti “Karnival Sukaneka, Pesta Buah-Buahan dan lain-lain’ perlu mencapai objektifnya. Sistem penyampaian ‘maklumat’ kepada masyarakat di bandar hendaklah konsisten dari segi kualiti pengurusan pada setiap masa. Pengurusan program dan organisasi Pergerakan perlu lebih profesional dan perlu diwujudkan sistem pengesanan berasaskan penilaian, seperti KPI, yang mantap.

Dari perspektif sosial, usaha yang dijalankan oleh pelbagai sayap UMNO atau apa-apa organisasi komuniti di peringkat akar umbi untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat khususnya dibandar-bandar perlu mengambil pendekatan yang berteraskan komitmen kerajaan dan Bahagian.

Oleh itu setiap aktiviti dan program yang dijalankan dalam usaha memartabatkan Melayu Bandar hendaklah dijalankan melalui pendekatan yang menyeluruh, mempunyai fokus,tempoh pelaksanaan yang tertentu ,sumber kewangan yang mencukupi dan dilengkapi sistem pengesanan aktiviti yang agresif dan telus bagi mempastikan hasil yang berkesan.
Saya cadangakn agar Bahagian tentukan agensi manakah sepatutnya terbabit dengan dasar mana dan program mana, untuk mengelakkan pertindihan dan pembaziran. Program pula perlu dinilai keberkesanannya dari segala aspek.

Kemudian, dana dan pasukan profesional perlu disediakan untuk mencipta dasar dan program yang lebih baik dari semasa ke semasa.

Kita perlu gunakan konsep bekerja ‘bersama’ golongan muda, terutama dari segi membuat keputusan. Kini, kebanyakan keputusan dibuat tanpa penglibatan golongan bermasalah. Kerana itu, kebanyakannya gagal. Untuk berpeluang menjadi lebih berkesan, belia perlu dibabitkan dalam struktur dan proses membuat keputusan.

Akhirnya, bidang yang diminati golonan muda, seperti hiburan dan sukan, perlukan tafsiran baru. Supaya menyokong, atau sekurang-kurangnya tidak berlawanan, dengan matlamat menangani masalah sosial di bandar.




2 comments:

Anonymous said...

Bila karangan yg seperti ini, tak ada pula yang nak komen.Korang nie memang suka gosip larrr...

Anonymous said...

salam..

adat larr tue. bab2 kutuk2 nie sumer nak join, nak hangitkan suasana..!!

kikiki..