
Tidak lama lagi kita akan menyambut kedatangan 1 Syawal yang mulia. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Airilfitril kepada semua khususnya ahli Puteri Lembah Pantai. Mudah-mudahan Syawal ini akan membawa keberkatan dan menjadikan kita semua insan yang lebih bersyukur dan cemerlang.
Bagi pihak Puteri UMNO Lembah Pantai, saya juga menyusun sepuluh jari memohon ampun & maaf sekiranya ada salah & silap sepanjang kami menunaikan amanah serta tanggungjawab dalam menerajui perjuangan UMNO melalui aktiviti Puteri UMNO Bahagian. Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan mengeratkkan silaturrahim sesama kita, disamping memperkuatkan azam, perpaduan dan kerjasama untuk menghadapi cabaran-cabaran yang sedia ada dan dimasa hadapan.
Kepada yang akan balik kampung, behati-hatilah di jalanraya dan semoga selamat tiba ke destinasi yang dituju.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin
Zalina Tan Sri Abdul Halim
Ketua Puteri Umno Bahagian Lembah Pantai
Ketua Puteri Umno Bahagian Lembah Pantai
6 comments:
Pu3 tersayang,
Abg pun mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua.Maaf jika ada terkasar bahasa,terlebih cakap atau terguris perasaan sesiapa.
Ada Open house nanti, ajak Abang ye.
Saya bagi pihak Puteri Cawangan Maxwell ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua.Insyallah kita jumpa pada Mesyuarat Puteri nanti.
Eh,kpd orang yg banyak mengata orang tu, aku maafkan kau. Bukan salah kau dilahirkan dgn hati yg busok itu....
Assalammualaikum...
Kami dari Pu3 caw. Kg Pantai..
Sepuluh jari tersusun rapi..
Bunga melati pengharum hati ..
Kata-kata dikirim pengganti diri..
Salam Aidil Fitri setulus hati..
Kata telah terucap..
Tangan telah tergerak..
Prasangka telah terungkap..
Tiada kata, kecuali saling maaf..
Jalin ukhuwah & kasih sayang..
Raih indahnya kemenangan hakiki..
Salam Hari Raya Aidil Fitri..
Tahun 1429 Hijrah..
Mohon Maaf Lahir Dan Batin..
Najib Muhuddin menjadi pengganti,
Maaf di hulur di Aidilfitri,
UMNO kekal takkan mati,
Jauhi angkara khianat-menghianati.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin kepada semua Puteri Lembah Pantai.
Salam hormat,
Pak Pandir
Naik basikal pergi ke pekan,
Pergi ke pekan sambil membeli barangan,
Salam Aidilfitri saya ucapkan,
Semoga silaturahim kekal berpanjangan.
Selamat Hari Raya. Maaf zahir & batin kepada semua.
Post a Comment