Monday, September 8, 2008

Kenangi Mereka, Sayangi Mereka


“Perumpamaan orang yang membelanjakan harta ke jalan Allah umpama sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, setiap tangkainya mempunyai seratus biji benih yang lain, dan Allah melipatgandakan ganjaran (pahala) kebajikan kepada sesiapa yang dikehendakiNYA, dan Allah Maha Luas (kurniaNYA) lagi Maha Mengetahui”

(Al-Baqarah: 261)


Kenangi Mereka.. Sayangi Mereka bertujuan untuk menyalurkan derma sedekah berbentuk pakaian Hari Raya kepada anak-anak yang kurang bernasib baik di kalangan komuniti Lembah Pantai.

Ibadah derma, sedekah dan seumpamanya yang memerlukan sedikit pengorbanan harta yang kita miliki mempunyai makna yang cukup besar kepada kanak-kanak ini.

Kanak-kanak yang dipilih ini adalah segelintir dari kanak-kanak yang terdiri daripada anak yatim, anak-anak yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan kanak-kanak yang kurang upaya. Ini merupakan tahun ke-3 Puteri Lembah Pantai menganjurkan aktiviti meraikan kanak-kanak kurang bernasib baik dari kalangan warga Lembah Pantai. Sumbangan derma adalah daripada individu yang sudi menderma.


3 comments:

Tina said...

Baguslah tu Puteri. Program seperti ini bagus dan bermanfaat. Elakan aktiviti yang berupa syok sendiri kerana selain dari membazir wangi is tidak akan memberi faedah kepada sesiapa.

Anonymous said...

haluu kak tina sayang..!!!

tak kan kat sini ponk nak sound pu3
gak kot.., bawak2 larr berenti mengomen tue.. buat kurang pahala jer..

Anonymous said...

Apehal la ngan kak tina ni, knape selalu sibuk sngt hal pu3 yerrrrr...