Wednesday, September 3, 2008

Negaraku, Tanah Tumpahnya Darahku!


Apakah erti Merdeka kepada saya?
Sumbangan dari Sangkar Emas, ahli Puteri Lembah Pantai melalui emel.


Bulan merdeka biasanya dikaitkan dengan pelbagai perasaan cintakan negara yang ada pada seseorang. Selalunya, pada bulan Ogos macam-macam aktiviti yang akan dibuat di Parlimen Lembah Pantai. Segala macam orang yang akan mencanang serta melaungkan rasa kecintaan terhadap negara. Anak-anak, budak sekolah, rakyat jelata juga tidak berbelah bahagi menyatakannya.

Apakah sebenar erti kemerdekaan seperti mana yang mereka sering ungkapan ketika tiba bulan kemerdekaan negara?

Mungkin ramai yang akan berkata ianya sebuah negara yang bebas dari cengkaman penjajah.

Tetapi saya sendiri lupa pengorbanan yang dilakukan oleh pemimpin juga perwira negara dahulu - bukan sengaja lupa tetapi terlupa. Maklumklah, sudah meninggalkan alam sekolah lebih puluhan tahun yang lepas.

Ada yang berpendapat bahawa pemahaman merdeka berlaku apabila minda kita bersih dari segala jajahan penyaluran informasi dari segi ikutan, budaya dan sosial. Itu dikatakan jiwa merdeka. Ramai juga yang katakan generasi muda sekarang ini lebih cenderung ke arah keseronokan serta tidak menampakkan semangat patriotik.

Hmmm...bagaimana agaknya untuk menampakkan semangat partiotik? Perlukah kibarkan bendera kecil dikenderaan? Perlukah melaungkan slogan-slogan kemerdekaan. Perlukan menyanyi-nyanyi lagu merdeka? Saya rasa kak perlu -bendera Malaysia selalu berkibar dalam hati. Disinilah tanah air saya. Tidak lain.

Orang kata kita lahir sudah mengecap kenikmatan yang diperjuangkan generasi yang terdahulu. Memang betul - saya lahir sekitar tahun 80an. Tak tau macamana rasa dijajah oleh British dan Jepun. So what? Kita tak rasa itu semua - tapi tahu yang kita tak boleh terima jika negara ini diperintah orang lain. Kita tetap berterima kasih kepada semua yang telah berkorban untuk memerdekankan negara ini.

Saya dan kawan-kawan saya akan sambut hari Merdeka di Dataran Merdeka. Kawan-kawan pejabat, Su Cheng Wah dan Samantha ak Antony Dass akan menyambut dengan perasaan bangga, penuh semangat, cintakan negara dan rendah diri pun ada. Pada detik 12 malam, kami semua sepakat yang kami sanggup berkorban untuk negara.

Itu sahaja cara yang kami tau untuk menyambut Hari Merdeka. Janganlah kata kita tak ada semangat nasionalisma sebab kita tak melaung-laungkanya. Janganlah rasa kita tak tau erti susah semata-mata kerana kami lahir selepas Merdeka. Janganlah anggap kami jahil kerana menyambut hari Merdeka di Bukit Bintang. Janganlah cakap kami tidak pelihara maruah negara kerana kami tidak seperi kamu.

Saya bukan orang politik. Saya juga bukan seorang penulis, cuma tahu apa yang kami, generasi muda, mahukan. Kami mahukan apa yang kamu mahu juga - negara yang aman, rakyat yang maju, kerja yang baik, negara yang bersih, rakyat yang cekap dan amanah, dapat membesarkan anak-anak dengan selesa, rakyat yang rajin, berkebolehan dan segala apa yang terbaik untuk negara ini.



MERDEKA! MERDEKA ! MERDEKA!

2 comments:

emy said...

Tahniah Puteri Lembah PAntai,
Kita ni anak zaman selepas merdeka, jadi kenalah ada semangat Juang dan nasional yang tingi. Kita lihat sekarang banyak perkara yang berlaku, disebabkan oleh kurang/ tiada semangat kecintaan kepada tanah air. Jadi kerajaa BN akan sukar malaksanakan dasar dan juga tanggunjawab kepada rakyat sekiranya sudah pudah kepercayaan dan rasa cinta terhadap negara dan Kerajaan.
Jadi, Peranan Puteri sangat besar. Kita boleh dan kita mampu mengubah akan segala tanggapan negatif orang muda terhadap pemimpin Muda UMNO dan juga BN.

Buat princess z, yang amat rajin sekali mmbuat"posting" dalam blog ini..tahniah atas usaha yang baik ini..teruskan. kami memerlukan ramai lagi puteri seperti anda!

salam perkenalan;
emy ketua puteri melaka
www.emysamsudin.blogspot.com

Anonymous said...

salam..

isu merdeka bagi saya adalah sesuatu yang sangat dihargai oleh golongan ibu2 dan ayah2.., kita., warga muda bukan tidak menghargai tetapi kurang penghargaannya berbanding golongan berusia tadi..
kita dilahirkan selepas kemerdakaan, sudah pasti tidak terlalu rasa apa itu susah senang dalam mencapai kemerdekaan. yang kita tahu, hanya sejarah yang kita belajar di sekolah..

namun, melihat apa yang berlaku di sekeliling kita, menyebabkan saya mahupun golongan muda amat sayang dan cinta akan keamanan. baru kini tersedar bahawa perlunya penyatuan, kesefahaman dan tolak ansur dalam masyarakat kita. kadang-kadang rasa takut pun ada., bagaimana agaknya generasi akan datang menilai kita pada masa akan datang andai kata keamanan mereka tergugat.

walaupun tak semua kita mementingkan diri sendiri, namun percayalah ada golongan sebegini di sekeliling kita. saya rasa, kita perlu menanam kan sifat baik hati kita lebih dari biasa. cuba berfikir, apa agaknya orang lain rasa dan fikir., maka di situ akan terbit perasaan 'tak sampai hati', 'takperlahh..' di kalangan kita. walaupun tak sempurna, namun cuba lebih baik dari buat tak tahu.

saya tidaklah terlalu 'political person', tapi dari apa yang saya lihat bagi pandangan sebagai seorang warga malaysia, politik di negara kita di kira masih 'baik' lagi., pemimpin masih lagi melihat keutamaan kepada kepentingan rakyat. itu cuma pandangan luaran saya sahaja., dalaman saya 'no komen'.. saya harap ianya tidak disalahertikan..

buat kawan2 pu3 di lembah pantai, rasanya blog 'pu3 LP' masih okey keadaannya.., saya ada juga menyinggah di blog pu3 bahagian lain di WP, agak panas juga pedebatan mereka..

salam ramadhan..
sekian, wassalam..