Saturday, September 13, 2008

Gila Jawatan

Semenjak saya siarkan emel saya, banyak pulak coretan yang telah diterima. Ada yang sesuai, ada pula yang kureng. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menyiarkan hasil karya / buah fikiran / quotes yang dikirim. Harap dapat bersabar lah ye kalau tertunggu-tunggu....



Apa Erti Jawatan Kepada Kita? oleh Selendang Pink, Baju Putih


Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua. Entah kenapa pagi ini aku terpanggil untuk menulis sesuatu di sini, padahal berlambak lagi kerja aku yang tak siap lagi. Pada bulan Ramadhan yang mulia ini, kena banyak bersabar. Banyak beramal & berfikir. Aku ingin kita kita sama-sama memikirkan "APA ERTI JAWATAN KEPADA KITA". Apa erti jawatan pada anda? Kuasa? Tanggungjawab? Kemasyuran? Kekayaan?

Sahabat semua, pernah tak kita terfikir 'bahawa memegang 'jawatan' itu sebenarnya adalah tanggungjawab yang amat berat. Jawatan itu adalah amanah yang tidak boleh disia-siakan.

Daripada Abdul Rahman Ibn Samurah, katanya:

“Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: “Wahai Abd Rahman Ibn Samurah janganlah engkau memohon sesuatu jawatan pemimpin (kepimpinan). Sesungguhnya jika diberikannya (jawatan pemimpin) dengan permintaan engkau (disebabkan cita-citamu), maka engkau akan diserahkannya tanpa ditolong (menanggung seluruh bebannya). Tetapi jika engkau diberikan kepimpinan tanpa meminta (ditugaskan tanpa cita-citamu), maka engkau akan ditolong (untuk mengatasinya).”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ustaz aku cakap kita tidak boleh meminta-minta sebarang jawatan pemimpin dan kepimpinan. Bagi aku, ia adalah satu tegahan yang meliputi sesiapa yang bercita-cita atau berhasrat untuk meminta dan memohon apa jenis jawatan sebagai pemimpin. Ustaz cakap, 'amir' itu boleh membawa erti yang luas - Ketua, Sultan, Raja, Hakim, Kadi, Khalifah, Menteri dan sebagainya yang bertindak sebagai pemimpin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat.

Aku bukanlah orang kuat ugama - sekadar cuba untuk mengerjakan yang wajib. Itu pun tak sempurna. Tapi bagi aku, semua orang ada tanggungjawab dalam parti. Ada jawatan atau tidak - semuanya kena jaga hal masing-masing. Kalau Ketua, kenalah jaga kepimpinannya. Seorang suami kenalah bertanggungjawab terhadap keluarganya dan bertanggungjawab atas kepimpinannya. Isteri pulak bertanggungjawab atas penggunaan harta suaminya dan dia bertanggungjawab terhadap kepimpinannya. Ustaz cakap, pembantu kat ofis atau rumah pun kena jaga harta majikannya dan bertanggungjawab atas kepimpinannya.

Haaa....aku ni baru saja dengar kuliah subuh minggu lepas. Memang best lah Ustaz tu. Topik dia psal pemimpin & kepimpinan. Aku langsung tak ngantuk tau! Dia cakap kepimpinan itu tidak digalakkan diminta dan sesiapa yang meminta sebarang jawatan kepimpinan yang mana ia tidak berkemampuan adalah dibenci dalam Islam. Ini adalah kerana seseorang yang tidak berkemampuan akan menyebabkan tanggungjawab yang dipikulnya itu tidak sempurna dan sudah tentu akan menyebabkan kecelakaan terhadap dirinya pada hari kiamat nanti.

Eshhh, takut aku dengar. Aku terfikir tentang politik pulak - nak-nak lagi dengar kat tempat kita ni ada 40 orang yang bertanding AJK Puteri cawangan. Oleh itu, terfikirlah aku bahawa kita kena berhati-hati dengan jawatan kerana kebiasaannya kita akan menilai sesuatu itu baik untuk diri kita tanpa mengkaji tanggungjawab yang besar yang akan kita pikul oleh diri kita nanti.

Janganlah jadikan jawatan kepimpinan itu sebagai satu tempat untuk mencari pengaruh dan publisiti atau material atau untuk kepentingan peribadi. Yang penting, apa yang mesti diinsafi ialah jawatan kepimpinan itu hanya layak diserahkan kepada orang yang berhak.

Bagi aku, dah lama buat perancangan sendiri. Kalau rasa tak mampu untuk menjalankan tanggungjawab dengan betul, janganlah bertanding. Aku sendiri akan tarik diri dari bertanding nanti kerana banyak pulak komitmen. Lagipun, aku jadi bertanding jawatan Perdana Menteri pada tarikh keramat, 16 September. Mak & Ayah aku akan jadi Penasihat aku di Tingkat 4 (Kg.Kerinchi). Adik aku jadi bouncer aku. Bestfren aku kena jaga opis kerana dia lagi lawa dari aku jadi tak boleh bawak kedepan sangat - biar dia jaga fax kat opis.

54 comments:

Anonymous said...

setuju dgn cakap princess Z.. kalau tak mampu nak pikul tanggungjawab, janganlah bertanding. lebih baik tarik diri dari nanti merugikan pu3 LP kan? oleh itu, aku percaya yang YB Nolee mampu untuk menjalankan t'jawab sebagai Ket Pu3 LP. YB bukan giler jawatan tetapi beliau merasa bertanggungjawab untuk membawa pu3 LP ke era yang lebih cemerlang. ya, kita jangan meminta jawatan. tetapi kalau kita boleh melakukannya tetapi buat tak endah dan membiarkan orng yang kurang berupaya memikul t'jawab tersebut pun tak bleh juga kan? aku suka YB Nolee menerajui bahagian kita.

Anonymous said...

Maksud September,kat LP ni cuma YB saja yg berkebolehan lah yer?Memang dia amat layak untuk jadi YB,AJK Bahagian,Ketua Biro,Ketua Pu3 Bhg,Ketua Pu3 Wilayah,Naib Ketua Pu3 Umno Malaysia,calon Wakil Rakyat LP. Kalau nak lagi tinggi, saya rase betandinglah tempat Angkasawan Negara...Tapi tak kan semue nak sapu - bagilah orang lain chan.Ramai lagi yg berkebolehan gak kat LP nie.

Anonymous said...

Weiiiiii September,
Ko dah masuk Wanita,tak yah lah kacau Puteri.YB berpaut pada Dato Raja,tu yg cawangan Dato Raja aje bg dia.
Kak Shikin,sejak mula dgn Pu3LP - tak yah lah cari Dato mana2...stay youself.You boleh menang dgn sokongan Pu3.Jangan main $$$$,budak-budak bukan macam Pemuda atau orang2 Umno lama..boleh pikir dgn otak bukan poket!!!

Anonymous said...

Kite,mana2 pong kite suka...tapi janganle tamak nauuuu....sampaikan Angkasawan pong nak belasahhhhh..errr,over lah tue!!ahaks...September 16 nie, ko jerlah jadi PM.Geng ko semue jadi Menteri kabinet.Cayalah!!!!

Anonymous said...

September cakap dia 'bukan gila jawatan'...betul tu,tamak aje.Kita jaga ofis,laki,anak sorang & mak pun dah rasa tekanan - nie kan pulak seorang YB yg dah banyak jawatan..Bukan gua nak kata,cuma nak cakap aje.

Tina said...

Princess Z,
Boleh siarkan nama/nama samaran sipenulis artikel ni?Saya suka dengan cara penulisan dia.
Selamat Berpuasa kepada semua.

Princess Z said...

Kak Tina,
Namanya telah saya siarkan diatas. Penulis hanya ingin dikenali sebagai, "Selendang pink,baju putih"
Maaf,teringgal nama!

Anonymous said...

gile bosan, aku tak cakap pun YB tersangat layak untuk semua jawatan2 yg ko sebutkan tu. cuba baca betul2 apa yg aku tulis. pakai le cermin mata kalau perlu. aku kata YB layak untuk menerajui pu3 LP.
cin anon, bukan caw dato raja je yg sokong YB. banyak lagi caw lain. tu menandakan ramai pu3 yg sedar akan kredibiliti YB.
Encik Toban, bila plak aku kata aku nak jadi PM? kalau sungguh aku jadi PM suatu hari nanti, barisan kabinet aku penuh dgn mereka yg layak. bukan amik geng aku je. kalo ko layak, aku pun amik ko jadi menteri aku Toban. mesti ko tak tolak punya!
Jaket Biru, hanya kerana kita rasa kita tertekan dan tak mampu, tak semestinya orang lain pun begitu. lain individu, lainlah cara diorang handle tekanan dan jalankan t'jawab!
jangan emo kawan2. pilih yang terbaik utk bahagian kita. dan bagi aku yg terbaik adalah YB Nolee.

Anonymous said...

Betoi kata September, tak semua caw. Dato Raja.YB memang ada kelebihanya dr segi profail & $$$.
Kalau tak kenapa org kuat mcm SU dulu & sekarang boleh lari pergi kat dia.Ketua tak pandai jaga kemahuan & kocek mereka.Tepuk dada tanya selera.

Anonymous said...

Korang salah anggap la..dia bukan gila jawatan - cuma bercita-cita tinggi.Salah ke wanita Melayu muda bercita-cita tinggi? Kalau dulu dia tak diberi peluang kat Perak - kini LP menjadi platform dia untuk mengejar cita-cita dia.(orang Perak tak pandai menghargai orang yang berkaliber mcm YB!!) Jgn lah dengki sangat....

Joe B. said...

Yang korang nak gaduh sangat wat apa??Undi jer lah nanti...
Cawangan yg calon YB:
Angsana,Bangsar,Kolam Air,Pasir Lama,Simpang3, Travers,Bakong, TmnBkt Angkasa,Paya Bakti = DRNC (semue caw ni tak ada Pu3 aktif pun)
Kg.Maarof = caw bekas SU yg terlampau yg iri hati kena buang.
Sri Pahang = ???

Anonymous said...

Joe B,ko nie terer la..setiap mesyuarat ko pegi ker ataupun ko nie setiausaha pu3 bhgn..mcm ko dpt je sume repot2 tue sume...bgtau kat aku saper plak yg sokong pihak satu lagik(Syikin)

Joe B. said...

Anonymus,
Tak kan tak leh pikir sendiri. Korang Pu3 tak banyak pun cawangan.Sapa datang Mesyuarat semue aku tau...
Korang memang tak namapk aku nyer...walaupun badan aku sasa.

Anonymous said...

Abang Joe B badan sasa,
Kalau dah mengetahui segala-galanya,sapa akan menang Pemilihan ni?Bagitau senarai AJK 15 orang tu jgak..berapa orang plak dah bertanding AJK la ni?

Joe B. said...

Ko ni Puteri Berendam,
Tak jadik nak kerjo melayan korang..nyesal aku info banyak2 tadi.Habihlah kerja undercover aku!
pEtandingan sengit antara YB vs Shikin.50-50. Bagi sikit masa lagi untuk yg ni.Tengok korang main macamana...Ibrat ManUtd lwn Arsenal.
Naib: Faizah atau YB
AJK 15:
1.17Tkt
2.Kerinchi 4 Tkt
3.Simpang3
4.KHAH
5.Bkt Putra
6.Bkt Putra Indah
7.Kg.Pantai
8.Sri Pinang
9.Sentosa Ria
10.Kg.Kerinchi
11.Kg.Maarof
12.Bkt.Pantai
13.Bukan Ket.Caw
14.Bukan Ket.Caw
15.Bukan Ket.Caw

Dah puas hati Cik Puteri Berendam?Jangan samapi berkedut tapak tangan dah le!

Anonymous said...

Ahakssssss...suka-suka aje ko.
Cuba cakap sapa G2 & G10?! Alang-alang ko pandai sangat buat ramalan, bagi senarai peringkat Bahagian pulak.

Tina said...

Ewah,ewah,ewau bulan,
Pandai betul si Joe B. ni buat ramalan...tukang tilik mana yg awak jumpa nie?Akak pun nak tau bila dapat jodoh nie..
Ini macam cai je,Joe B?Mana anak kawan akak?Tak ada pun dalam senarai awak tu.
Janganle nak memandai hal Putri.Apa, awak Agent ke?Kak Tina bukan Agen tapi VitAgen.Ni ramalan askolani akak...ehhh,tersasul pulak.Jangan mare Ramlan..nanti copek tue.
Ketua-ketua:
1.Simpang 3
2.Angsana
3.Pasir Lama
4.17 Tkt
5.Sri Pahang
6.Bangsar Br
7.4Tkt
8.Bkt Putra
9.Bkt Putra Indah
10.Kg.Kerinchi
11.Sentosa
12.Paya Bakti
13.Travers
14.Bakong
15.Bangsar/Maxwell

Anonymous said...

Apasal lak Faizah jadi Naib?Dia tak ada satu jawatan pun kat Cawangan.

Anonymous said...

siap ade cai la..cayala u'ol nie..class u'ol!

Faizah sesuai jd no.2.aku tgk die berkaliber gak..kombinasi dia n Syikin aku rasa boleh bawa pu3 lp ke tengah.Aku penah tgk dia handle satu program Idola...tak boleh nafikan mmg berjaya...So tak perlu YB menerajui pu3 LP nie...dorang pun layak...nie umpama main netball...kene 1 team kuat kalu sekor je yg terer main netball tp yg ahli pasukan hampeh taktau peraturan netball langsung MAKA lingkupla team tue wpun player netball national ada dlm tema tue.Lu pikirla sendiri.......

Anonymous said...

Galzzzz,
Itu kes cawangan dengki..bila time kerja suruh kawan tu,jawatan AJK Caw yg tak ada org nak tu pun tak diberi.Faizah tak nampak lagi ke? Lain kali dia orang mintak tolong,ko buat tak dengar je.Tukar cawangan cepat2.Orang dekat dah berkali-kali tanya.

Anonymous said...

Hai semua,
Releks...aku tak berniat untuk mencetuskan Perang Siber. Cuma nak menyampaikan sedikit ilmu yang aku belajar semasa pergi kuliah.
Poin aku ialah kalau tak berminat nak pegang jawatan + tanggungjawab, tak perlulah bertanding. Tu aje.....

Anonymous said...

eeeeee tolonglah...faizah tu nak jadi naik ketua puteri lembah pantai...cawangan pun tak sokong dia nikan nak jaga bahagian...kesianya kat lembah pantai ni kan..takde sorang pun yang layak...main tangkap muat je...dia tu dahlah sombong bodoh..puteri lembah pantai tolong lah cari org lain jadi naib...aku rasa yang terbaik..no 1 Yb Nolee no 2 Syikin

Anonymous said...

aku dgr G2 pun ramai yg nk pi...amboi kemain lagik..So joeB yg pandai tilik bg ko punye cai untuk G2 saper plak paling sesuai..

Anonymous said...

Antara tanda-tanda akhir Zaman, akan berleluasa kata-nista , fitnah, caci-mencaci sesama manusia kerana lemahnya iman umat Islam di dunia ni. oleh itu, berpada-pada lah puteri LP ...dalam era ciber blogging...

Joe B. said...

Aku bg betis,kau nak peha..
Nah,nak tau sangat G2 -
1.Usaha yg tak setia -Shida
2.Uda

Anonymous said...

Wakakakakaaaaa...
1.syikin 2.YB

G2
1.Hanim
2.Uda

G10
Biarlah rahsia..

Anonymous said...

wah....aku nengok yg nk bertanding tu takplak emo.... yg ejen ejen gelap ni terlalu emo... terharu sungguh aku....
tapi chai c joe.b tu semo nama2 samada pernah jadi ajk bahagian atau baru nk berjinak2.. tapi yg pernah jadi AJK bahagian tu... jenis yg pasif atau erti kata yg lain "LEMAU" je.... aktiviti bahagian pun kureng nk join...
tup..tuppp... nk sebok berkempen nk jadi AJK bahagian...
tp yg best part calon2 yg nk jadi no 2 tu c norlina & norfaizah...
dua2 pun kalah kat cawangan masing2...
pe crite ni?????

Anonymous said...

kepimpinan yang mantap untuk Pergerakan Puteri UMNO Lembah Pantai.

Ketua Puteri UMNO Lembah Pantai:
YB Nolee Ashilin Dato' Mohd Radzi.

Naib Ketua Puteri UMNO Lembah Pantai:
Norasyikin Binti Jaafar.

Anonymous said...

salam..,

hebat gak joe B nie.., pandai meramal ekk..!! tapi.., 'usaha yg tak setia'.., mendalam tue.., bley ramalkan amender nyer tue..? wonder gak..

Anonymous said...

Aku suka...aku suka...nilah artikel yg paling banyak komen.Aku nak bukak blog sendirila mcm nie..
hehehe....
Wa caya lah...tarikh keramat yg dinanti-nantikan nie,dah pun nak berlalu.Tak de papepun??Orang tue aku masih lagi kat Tingkat 4,tak sapepun yg datang buat apoinment.Kawan aku yang jaga fax tue pun asyik tidur je-tak de fax pun yg masuk.Sekadar jemputan pergi majlis buka puasa Rukun Tetangga...tak kuasa aku.

Anonymous said...

suka kamu yer s.p.k.p..,!! kamu suka kengkawan kamu ala2 'fight using their words..'., silap ari bulan, yang korang duk sound nie member korang gak..!!

renung-renungkan..,
selamat beramal...

Anonymous said...

Eh,Syikin tak pernah lak rela nak jadi Naib Noli. Apa jadi dgn calon2Naib YB tue? Sekadar batu loncatan nak dapat sokongan utk YB jer...Sorang org tak kenal langsung,sorang lagi terlebih 'kenal' dgn mulut dia.Cari lah Naib sendiri...
Apahal nak suruh org bagi dia laluan semata-mata krn pangkat YB tu?Aku pun nak bawak masuk YB ke anak Menteri mana2lah nex time...tolong bagi laluan yeh?

Anonymous said...

Agreed dgn s.a.m - itu sebab calon2 AJK ada 40 orang.Lawan beb, jangan tak lawan!!!Sampai ke malam le mesyuarat Puteri nanti.

Anonymous said...

I tak faham lah.kenapa u all semua ni terlalu emosi sangat..tuan punya badan pun tak keceoh2 cam ni..kenapa pula u all yang kat dalam ni yang terlalu emosi...issshhh dasyat uga budak2 puteri lembah pantai ni..kita ni kalau nak pilih pemimpin biarlah yang berkelibar,layak dan rajin bekerja..kalau sekadar nak seronok2 je..baik bubarkan jelah puteri lembah pantai ni...kenapalah kita semua ni tak boleh berfikir secara matang...seperti yang kita sedia maklum selama 4 tahun Nana jadi ketua puteri apa yang telah dia lakukan untuk puteri lembah pantai.kita semua seperti katak di bawah tempurung..tiada siapa pun heran dan kenal ngan puteri lembah pantai.apa salahnya kalau kali ini kita pilih pemimpin yang boleh membawa pembaharuan pada puteri lembah pantai.Sekurang-kurangnya Syikin masih ada masa lagi untuk belajar dan bersedia untuk menajdi Ketua Puteri Lembah Pantai kelak. kesian i tengok syikin tu.dia masih ada bnyak yang perlu dia belajar tapi dia terpaksa buat begini demi memuaskan hati beberapa pihak tertentu...sedangkan tak nampak keihklasan yang dia ingin bertanding..lain lah kalau si faezah tu...dia tu memang gila jawatan...cam manalah dia nak jadi pemimpin kalau orang cawangan sendiri pun tak menyokong dia...dia tu sombong sangat..saya dengan ikhlas hati menyokong syikin sebagai ketua puteri umno lembah pantai tahun 2012...

Joe B. said...

Mak datuk...aku selak balik blog Puteri ni,dah banyak pulak orang komen!
Relaksssss adik2,
Aku bagi pendapat berdasarkan populariti calon2.Calon2 orang nampak akan naik,calon2 yg tak nampak..sori le.Tahun depan cuba lagi.Korang jangan xpek tak yah kempen,jangan ingat boleh naik sampan free-free je.Kempen lah kuat sikit.YB tak ada team kuat dan bawak diri dia aje. YB,kenalah bawak nama-nama dalam cai YB tue!Barulah gempak!Yg Syikin tue, tak pulak aku nampak dia berkempen.Yang,keluarlah rumah tue haaa...

Anonymus,
Nana buat apa kat LP? 8 tahun,banyak jgakla sumbangan dia. Gua tau Pemuda+Puteri di WP senang & respek dgn dia.Ko ni apa kes dgn dia?Dengki plak...

Anonymous said...

"Katak bawah tempurung"..ni ayat mcm biasa aku dengar dr xxxxx, Kak,lupakan shj cite-cite lama tu.Akak concentrate baby tu...

Anonymous said...

aku rasa mmg silap pilih NANA jd ketua dulu..kalu kite pilih AINI jd ketua sure bende2 nie sume kite tak perlu hadapi..depa yg gaduh 2 org kite yg bawah jadi mangsa!

NANA-tak pandai jaga Aini yg terlalu taksub ngn jawatan di UMNO..mula2 kata nk perjuangkan org Melayu rupa-rupanya nak perjuangkan diri sendiri.
Inila punca pergaduhan sekarang dari mata halus aku nie.Dengan itu YB ambil kesempatan atas pergaduhan ini.

Anonymous said...

skarang ni baru nk luahkan perasaan tak puasa ati korang...
nape tak trus terang je pd AINI & NANA .....

aku rasa dua2 pun ada baik burok nya.

yang pasti mereka berdua ni pernah suatu ketika menjadi rakan baik

apa-ape pun.. aku nk ucapkan terima kasih pd mereka berdua....
sbb pernah / sedang memberi sumbangan didalam PU3 LP ni...

Anonymous said...

salam..

yelah tu 'aku pu3 lp', adat lar tue, ari ni bersahabat, esok2 belum tentu lagi kan..

yang penting, next leader kena larr pandai main peranan dan berkawan.. perubahan yang nak di buat mesti ada cabarannya., yang penting nawaitu masti bersih..
insyaallah, 'species gila jawatan' tak kan lahir kat pu3 LP.

Anonymous said...

Tak lah lah buka cite bekas SU tue..yg lepas,lepas...dia pun dah tak de sebarang jawatan lagi dah.Biarkan lah dia...
Kak Nana,apasal tak bawak dia jumpe VIP,bersiar-siar kat Langkawi,beli Arcopal,dll?Dengar cite Hari Setiausaha pun dia yg kena cari sponsor sendiri bawak akak tengok konsert?Tu sebab dia rasa tak dihargai kot?

Joe B. said...

Puyu oh, Puyu,
Why like that?? You so celupar.
Like this,what for you join Umno?To go to oversea? To shake hands with VIP? You expect people to give you something? I think better not join Umno like that - better you join Belia 4B. So many hand you can shake,so many rombongan you can follow.Concert tu, tak dapek den tolong...
I think, if you join and want to get something, then, tak ikhlas namanya-even Belia 4B also cannot make you happy.

Joe B. said...

Puyu,
Kalau awak single,mingle bolela kawin dgn Abg. Abg mampu bawak awak jalan-jalan kat Indon,kenal dgn VVIP,tengok konsert kat Dataran,makan-makan kat Bomba tu..Awak tak yah nak gaduh2 politik-awak boleh ambik apa sahaja jawatan kat rumah kite. Ketua Pegawai Dapur,Menteri Kewangan,Menteri Keselamatan Dalam Negeri,Menteri Hal Ehwal Keluarga dll...Ambiklah, sayang...
(You think I cannot speaking ker..kuang,kuang,kuang....)

Anonymous said...

Joe B,
Ni bukan forum nak usha bini..asyik mengorat orang kat sini je...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Ajk lame,
kalau u btul2 ajk lame p3,x patut la u nk ceritekn bnde yg blum tntu ade btulnyer..buruk btul perngai u ni kan..eeeeeee x sangka la pulk ade manusia yg sprti ini kan.....memg x dpt d nafikan lg, semenjk k.aini menerajui dan memegang jawatan su pu3 bhg, segale2nye semue lps pd die...ape tanggungjwb nana pulk sebagai kpu3 bhg..sekadar ade pd name je la...x patut x patut...
wahai ajk lame, lain kali kalau x tahu menahu cerite yg sebenr benrnye, jgng nk pandai2 wat cerite ye..buat menmbhkan dose je d buln pose ni....sedar2 lah diri tu sikit yer....

Anonymous said...

wahai rakan2 puteri sekalian..jaganlah kita bergaduh sesama sendiri..kita ni manusia biasa je..tak pernah lari dari melakukan kesilapan..tapi tak dapat saya nafikan..perjuangan aini kepada puteri lembah pantai..saya berani katakan di sini yang selama puteri di tubuhkan aini lah yang menjaga,manaikan dan buat keje untuk puteri lembah pantai kalau nak di harap kan zalina (sentiasa bz ngan keje..asyik kat luar negara je) memang berkubur lah puteri lembah pantai..norlia sendiri sebenarnya tak sekapala ngan zalina..hanya aini sorang je yang memahami and bersabar ngan sikap zalina..bendahari jagan lah cakap..lansung tak muncul2..tapi kalau tempat or program glamor..ha wujudlah bendahari tu..pemimpin cam ni ke yang korang sanjung2 kan...

Anonymous said...

Bagi aje la bekas SU tu jawatan..kesian kat dia.Walaupun dia letak jawatan,patut korang jgn terima perletakan jawatan dia tu.Dia harapkan sangat korang pujuk dia...apakan daya.Dapat penganti yg jadi gunting dalam lipatan...baru padan muka korang!

Anonymous said...

Ia,
Siapa yg tak tau? Itu aje lah modal yg digunakan oleh bekas SU. Dia sorang yg buat kerja kat Bahagian. Tanpa dia punah Puteri.... konon. Dah tu AJK 20 orang lagi buat apa? Jadi tunggul?!
Orang dah ambik dia jadi SU dah cukup lah tu. Mintak jawatan pulak kat Wanita - tak malu ke??
Eh,wat pe gaduh pasal dia?Bukan dia jadi calon-Zalina pun tak jadi calon.Jom sambung balik pasal YB vs Syikin.

Anonymous said...

AJK lama..ko nie betul2 ker ajk lama hah?atau sekadar nk tgk kami bergaduh sesama kami sendiri ko nanti tepok tangan lihat kami bergaduh..pasni sume org akan mencari sape ajk lama yang tulis komen tue kan..pastu bergaduh la lagik...hmmm

Janganla menjadikan suasana jadi lebih teruk.jangan amik kesempatan dengan apa yang berlaku kini.

Anonymous said...

YA!! Dia sorang aje yg buat kerja. Dia buat kerja sorang-sorang.Di Lembah Pantai tak ada orang lain melainkan DIA.Dia sorang yg berkorban.Dia sorang yg bangunkan Puteri.
..........tapi sedar,tanpa kita semua,dia pun tak ada.Ini dia tak ada,tapi kita semua masih ada.

Aku boleh bagi DIA jawatan Presiden.Presiden Parti Syok Sendiri.Naib pilihlah budak Kerinchi yg kalah tu.Tentu Parti ini akan meletop dan lagi aktif dari Puteri Lembah Pantai.

Anonymous said...

kepada bakal KP Bahagian nanti...TOLONG JANGAN CANTAS PULAK PUTERI YANG TAK MENYOKONG ANDA NANTI...kita xnak unsur2 begini akan berlarutan...
PLLZZZZZ....bertanding secara sihat yerr...Klau takut orang lawan..buat lerr parti sendiri...Ingat..ini Parti Melayu..Untuk Orang Melayu...bukan Untuk Kaum Keluarga sendiri!!!!

Anonymous said...

Salam... Apa lah panas sgt isu giler jawatan ni... Jgn hanya ckp individu2 tertentu jer giler jawatan...lg satu Joe.B ko tak leh lah ckp setiausaha "usaha yg tak setia"... ko ni bulan posa pin nak wat dosa kering.. Ko kena fikir knapa dia ikut org lain, hanya dia yg mengetahui kerana dia mempunyai akal dan fikiran dan mengetahui sesgt polotik puteri lembah pabtai ni.. tak kan selama2 nyer nak ikut jln yg salah.. Aku tak kisah sapa yg jadi ketua asal kan dia boleh buat pembaharuan dlm puteri, bkn hanya barisan AJK puteri yg di pilih dr group sendiri.. Bagi calon-calon naib yang kalah di peringkat cawangan tak perlu lah bertanding..Ibarat keluarga sendiri (cawangan) yang lebih mengetahui perangai anda tidak menerima, inikan pula nak pergi ke keluarga lain (bahagian).. klu buat kerja biar lah ikhlas bukan sekadar ingin mendapat perhatian dan pujian dr org lain seperti yang benci busuk hati cakapkan.. Apa yang terjadi di cawangan faizah tu sepatutnyer dia jadikan iktibar bukan nyer ko hasut dia tukar cwgn lain. Abis klu kalah jer nak tukar cawangan, jd aku ni pun patut tukar cawangan juga ker.. ko ni title jer benci busuk hati tp ko sendiri menghasut faizah tu.. Org bila dah kalah fikirkan macam mana nak memperbaiki kesilapan bukan nyer memanjangkan kesilapan dgn bertukar ke cawangan lain.. Renti0renti kan lah menabur fitnah kat blog ni... Bila tiba masanyer nanti korang fikirlah sendiri calon mana yang sebenarnyer layak.. klu di ikut kan semua calon yg bertanding ni puteri cawangan memang tak aktif hanya mengharapkan aktiviti puteri bahagian sajer.. Manusia memang senang menabur janji tetapi utk menunaikan nyer memang susah..

Anonymous said...

Soleha yg tak soleh,
Ntah kenapa usaha tak setia le..mmg dia guna akal sendiri pi team lain. Kalau team lain boleh bagi dia sesuatu,ikutlah.Wat pe nak ikut org tak tak boleh jaga poket kita!Ehemm....
Pas tu Faizah & Norlina tak layak jadi Naib..UNDILAH AZAH.

Anonymous said...

dah larr tue..,
pepandai larr nanti korang nak undi saper nanti..
YB nolee ker, shikin ker.., faizah ker., norlina ker., sekati korang lar.. saper ponk yang di undi blum tentu perubahan akan berlaku.., jangan main kroni pasni dah larr..