Monday, August 18, 2008

Personaliti Puteri - Cik Aida Jabar Ali

Saya terserempak dengan wanita muda ini ketika beliau mengisi borang keahlian Puteri Umno. Katanya beliau telah lama berminat untuk menyertai persatuan Puteri Umno tetapi tidak tahu bagaimana. Saya sangat tertarik dengan Aida kerana dikala BN telah kecundang dalam Parlimen Lembah Pantai, masih ada tarikan untuk wanita Melayu muda menyertai Pergerakan Puteri Umno.

Ketewasan Lembah Pantai dalam PRU12 menjadi tarikan utama untuk Aida yang menyertai Puteri Umno Lembah Pantai. "Tak kisah kita berjawatan atau tidak, saya berminat untuk membantu jentera Lembah Pantai dalam PRU13." Sambungnya lagi, "Kita perlu kaji apa yang berlaku sehingga orang muda menolak Wakil Rakyat, Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil dan memilih orang yang tidak pernah bekerja untuk rakyat disini sebagai wakil kita. Mungkin ini berpunca daripada beberapa faktor yang kita abaikan selama ini," katanya.

Pada pendapatnya, tindakan untuk menarik minat orang muda untuk bergiat dalam politik ialah dengan mewujudkan pelbagai aktiviti yang boleh menarik minat remaja. Selain itu ia dapat mengalih perhatian oang-orang muda daripada gejala negatif.
"Pelbagai aktiviti untuk menarik minat remaja untuk membabitkan diri dalam kerja bersifat lebih positif, " katanya. Beliau juga percaya aktiviti berbentuk sukan mampu menjadi alat membentuk remaja lebih cergas dan sihat. "Aktiviti sukan seperti futsal, netball, boling dan lain-lain adalah saluran terbaik untuk remaja melepaskan perasaan mereka."

Aida tidak mempunyai keluarga yang aktif dalam politik, oleh itu, minatnya untuk menyertai arena politik datangnya dari kesedaran diri sendiri. Apabila ditanya samada Aida mengukiti perkembangan Puteri di Lembah Pantai atau politik semasa, dia menjawab "Saya ada tengok Blog Puteri Lembah Pantai dan kenal Perdana Menteri, Timbalanya dan beberapa orang Menteri --- cuma mereka yang tidak kenal saya," katanya sambil ketawa besar.

Kita ucapkan Selamat Datang kepada Cik Aida Jabar Ali dan berharap lebih ramai lagi wanita muda yang akan menyertai Puteri Umno Lembah Pantai dengan niat yang ikhlas dan ingin berjasa kepada parti.
Inilah gambar yang dikirim melalui emel dari Cik Aida, gadis yang berkelulusan Art & Design dari UiTM. (Princess Z: Sabar je lah )

1 comment:

Anonymous said...

Hai Aida! Kami perlukan lebih ramai lagi orang mcm Aida untuk menyertai Puteri Umno.

Adik Cawangan mana yer?