Wednesday, August 27, 2008

PZ bz di PP

Foto: swishphoto








Permatang Pauh menjadi destinasi hari minggu kali ini. Ada yang mengajak saya pergi, kerana tiada halangan, saya pun pergi menumpang rakan-rakan dari negeri jiran Perjalanan ke sana mengambil masa 4 jam termasuk 'break' untuk makan & solat di Taiping, Perak.


Akhirnya kami tiba di Pejabat BN Negeri. Tanya-tanya juga kepada petugas disana apa reaksi pengundi tempatan tentang kedatangan orang luar yang datang berduyun-duyun. Katanya, "Biaq pi la, lagi ramai lagi baguih... penuh kedai-kedai makan, penuh hotel. Tu ha, hotel Summit nu..tak pernah 'full house' la ni, penuh." Sekurang-kurangnya, dapat juga membantu ekonomi tempatan. Ternyata disemua bilik gerakan yang kami singgah, petugas-petugas melayan kami dengan mesra walaupun masing-masing kepenatan.

Kami berkonvoi dengan Puteri-Puteri tempatan kerana tidak berani berjalan sendiri. Plat kereta orang Selangor & KL sudah cukup untuk mengumumkan kami sebagai pendatang luar. Lagi pun sudah dipesan oleh Kakak-Kakak untuk berhati-hati dan jalan dalam kumpulan.


Dari jauh sudah kelihatan YB Nolee dan rakan-rakan dari Lembah Pantai yang datang membantu dalam kerja-kerja Pilihanraya Kecil ini. Oleh kerana saya 'low profile' jadi mereka tidak perasan saya berada dalam kumpulan Puteri-Puteri dari negeri lain. Saya bertanya kepada salah seorang yang turut bersama mereka, "Kak, buat apa kat sini?". Jawabnya, "Saja, jalan-jalan. YB ajak...kalau ada perlu tolong, kita tolong lah." Begitulah suasana di PP, meriah...ramai jugak datang ke PP untuk berkempen dan bawa anak buah 'jalan-jalan, cari makan & pengalaman'. Calon-calon Exco Puteri Malaysia dari Wilayah Persekutuan semua kelihatan hadir. Cik Zawyah, Wani, Azliza, Nashua dan Miza pun kelihatan di Seberang Jaya.

"Dato... Dato' Ali," kata 'ketua' rombongan kami sambil menyapa Dato' Ali Rustam, YAB Ketua Menteri Melaka. "Haa... Puteri, dah makan?" "Daaaaah, Dato'.... macamana situasi kat sini?" "Panas seperti kita jangkakan...tapi kita masih ada harapan. Nah jemput minum dulu.." Tak sangka saya, Dato' Ali Rustam ramah dan 'open', tak ada banyak protokol. Padanlah disukai ramai.

Dari jauh, Dato' Shahniza tegur kami, "Eh, korang...jalan-jalan jangan sorang-sorang. You all dari mana?" 'Ketua' rombongan jawab, "Kak Sha, kami campur-campur... ada dari Taiping, PJ, Lembah Pantai, Puchong...merata-rata lah, Kak Sha." "Haa...bagus tu, haa..kejap ye.." sambil menjawab telefon dia yang tak berhenti-henti berbunyi. Kami pun ambil kesempatan untuk beredar. "Ketua korang akak dah jumpa kat sini hari tu. Eh, nanti akak calling awak semua...jalan baik-baik". Calon Ketua Puteri Umno Malaysia. Kak Sha memang bersemangat, suara kuat, garang macam Cikgu tapi boleh faham kepala dia.

Kami tiba di bilik operasi Wilayah dimana ramai ahli-ahli Puteri giat membantu jentera. Ada yang membuat semakan senarai daftar pengundi, memberi maklumat terkini di petiundi, merancangkan program bersama rakyat setempat, lawatan kebajikan dari rumah ke rumah dan sebagainya.

Saya rasa bangga dengan kegigihan Puteri-Puteri bekerja tanpa menghiraukan penat lelah atau pelbagai tekanan yang dihadapi. Ramai penyokong-penyokong di PP yang taksub dan fanatik sehingga menjadi biadap dan tidak menghormati orang. Sememangnya, itu lah sifat Puteri ketika menghadapi Pilihanraya. Terserlah semangat sukarela, itulah yang kita harapkan ada pada setiap ahli.

Saya difahamkan bahawa Puteri Lembah Pantai telah menyertai program anak angkat di PP. Apa cerita mereka agaknya. Diharap Puteri Kampung Pantai boleh berkongsi pengalaman dengan kita. Sila kepada emel saya ye! Semoga pengalaman mereka boleh kita pelajari dan gunakan pada esok hari.

Setelah selesai beberapa tugas, kami pun pulang ke rumah masing-masing. Apa yang saya pelajari dari rombongan kami ke PP?


  1. Bila sudah buat ketetapan. Kita kena all out bantu orang-orang kita. Kekalahan atau kemenangan; belakang kira.
  2. Puteri memang membawa aura 'keceriaan' dalam apa sahaja kerja dilakukan dan dimana sahaja mereka berada.
  3. Ramai yang tidak percaya lagi dengan apa sahaja kita lakukan/katakan. Bagaimana caranya untuk memenangi kembali kepercayaan ini?






3 comments:

Anonymous said...

Princess Z pun berkempen ke? Bertanding apa? AJK Putri Bahagian ke?Ke G2? Ke Timbalan Pengerusi Tetap?Cakap arrrr....

Anonymous said...

mmg macam2 cerita dgr pasal PP ni.. Puteri pun jadi perhatian disana! saya bangga sangat lah bila PZ cerita pasal YB Nolee tanpa prejudis! tahniah dengan sikap profesional anda! mmg bangga dengar cerita bakal Ket Pu3 LP kita ni yg berhempas pulas berjuang untuk survival melayu! kejap nampak dia kat LP, tup tup dengar dia kat PP plak! memang gigih dan tak kenal jemu! calon sebeginilah yg selayaknya jadi Ket Pu3 bahagian kita ni! kawan2, apa lagi? jom kita sokong penuh YB Nolee! yezza!

Anonymous said...

Setakat nak melobi dengan naik 'kereta mewah dan duduk hotel' (ni ayat yang digunakan oleh supporter dia sendiri)...tak payah leeee...Nak bawak jalan,bawak jer jauh skit.Setakat PP atau Langkawi tu,tak yah cite dalam internet.
Bosan Blog ni!Asyik komen sebelah pihak jer...