Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru, Sayang!


Selamat tahun baru 2009 kepada semua pembaca sekalian. Syukur pada Tuhan kerana dengan izinNya, Princess Z masih lagi dapat menari di papan kunci, menitipkan salam di hari terakhir tahun 2008.
Mengenangkan segala kenangan dan perjalanan hidup sepanjang 2008, Princess Z rasa sayu dan terharu kerana segalanya cukup berharga bagi saya. Andai dapat saya undurkan masa, ingin sekali saya merubah segala kesilapan… namun, tak mungkin ia dapat kembali lagi.
Semoga tahun 2009 memberi sinar harapan dan kebahagiaan yang berterusan buat anda semua. Ciptalah azam dan tekad untuk terus mengorak langkah dengan lebih gagah dan tabah untuk mencipta kejayaaan yang lebih gemilang. Moga-moga kejayaan dan kecemerlangan dapat kita kecapi bersama-sama.

Princess Z sebagai Moderator blog ini dan Pink Putih sebagai pembantu pengarang ingin memohon maaf seandainya tulisan Princess Z di tahun 2008 yang lalu menyentuh hati dan mengguris perasaaan pembaca sekalian.

Terima kasih kerana masih lagi setia untuk berkongsi rasa dan komen demi kebaikan Puteri Lembah Pantai.

6 comments:

Anonymous said...

Selamat menyambut 2009!Semoga dengan kehadiran tahun baru ini, maka bertambahlah ketaqwaan kita bersama-sama kepada yang maha Esa, Insya Allah.

KHAIRUL said...

elo frenzzz..salam maal hijrah dan selamat tahun baru masihi.harap pu3 lembah pantai lebih sukses dri kepimpinan yang lama.kite perbanyakkan program bersama d antara pu3 dan pemuda.

Anonymous said...

en Khairul...
kenapa..sebelum ni kepimpinan lama tak sukses ke??

tapi all the best to all new AJK.
Happy new year

Anonymous said...

Buat Kak Shikin & AJK baru,
Harap dapat pastikan Blog nie update la.Bosan, bila negok,tak de pembaruan!
Baru dapat jawatan nie,kena tunjuk ler rajin sikit.
Letak gamba jer pun ok gak...

Joe B. said...

elo KHAIRUL
sejak bila ko suka sgt kat pu3 nie?tak penah pun ko kesah sangat sebelum nie.harap pemuda pun lebih sukses dari dulu!Sama2 la kita tingkatkan prestasi Bahagian kite!

Shikin,
Betul kata Miss Q!Jadikan Blog nie tempat untuk salurkan maklumat kpd Pu3.

KHAIRUL said...

dulu sukses gak.cuma harap skrg lebih sukses dari dlu.
Untuk pengetahuan Joe B skrg adalah masa untuk semua peringkat berganding bahu.kerusi parlimen lembah pantai skrg hak PKR.Jadi cabaran besar menanti pada PRU 13 nnt.klu x bekerja sama mcm mne nak dapatkan balik kerusi tersebut.Lagi pun Pemuda Dan Pu3 target pengundinya dalam linkungan yang sama,lebih kepada bawah 40 tahun serta golongan2 belia.
Pasal tu la kena SEIRING SEJALAN.