Friday, September 4, 2009

'Kenangi Mereka Sayangi Mereka"



Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Dengan penuh rasa rendah diri, Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai akan menganjurkan satu Program Amal "Kenangi Mereka Sayangi Mereka" yang akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 12 September 2009 ( Sabtu )
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Pejabat UMNO Bahagian Lembah Pantai

Program yang diadakan pada setiap tahun ini bermatlamat untuk membantu anak-anak penduduk Lembah Pantai yang kurang bernasib baik seperti anak-anak kurang upaya, yatim piatu, fakir miskin dan dari keluarga yang kurang berkemampuan di bawah umur 12 tahun. Seramai 100 kanak-kanak telah dikenal pasti untuk program amal ini.

Bagi membantu golongan ini, pihak Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai telah mengambil inisiatif untuk menjual barangan hiasan wanita iaitu gelang untuk menambahkan lagi dana bagi program "Kenangi Mereka Sayangi Mereka' ini. Dana yang akan diperolehi nanti, akan digunakan untuk meringankan serba sedikit beban ahli keluarga kanak-kanak tersebut bagi membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelma nanti.

"Membeli sambil Beramal" ini mengharapkan anda sekalian membantu kami untuk menambahkan dana bagi membeli keperluan diri kanak-kanak ini. Sebanyak 35 pasang gelang akan di jual dengan pembelian minimum sebanyak RM30.00. Para pembeli/dermawan yang sudi membeli gelang-gelang tersebut akan dijemput sama untuk mengikuti program amal ini yang akan berlangsung pada 12 September 2009 nanti. Pembelian/sumbangan perlu dibuat sebelum 11 September 2009.

Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai mengharapkan sokongan dari anda sekalian untuk melancarkan lagi Program Amal Tahunan "Kenangi Mereka Sayangi Mereka' ini. Kepada yang sudi untuk membeli dan juga untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi wakil dari Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai seperti berikut :

Ketua Puteri : Nor Asyikin Jafar ( 016 - 333 6753 )
Penyelaras Program : Islina Ibrahim ( 012 - 321 4844 )


Bagi sumbangan persendirian, boleh lah di buat melalui akaun seperti berikut:

Tabung Amal Program "Kenangi Mereka Sayangi Mereka:
Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai
RHIB Bank - 2643 - 3900 - 0013 - 16

Pihak Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai amat mengalu-alukan sokongan dari anda sekalian Sesungguhnya, sumbangan dari anda kami dahului dengan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Yang Menerima. AMIN..

Sekian, Terima Kasih.

6 comments:

Anonymous said...

Alhamdullillah, moga program ini mendapat berkat dariNya. Selamat maju jaya untuk semua yang terlibat.

Anonymous said...

Insya'Allah, walau pun bnyk rintangn yg dhadapi bagi menjayakn prog ini... Hadapilh dgn redha, krn ia hanyalh skdr dugaan...Rakan2 semua, berusahalh...Jgn putus asa...Pasti ramai yg diluar sana, yg sudi mghulurkn tangan mbantu kita...Cuma blum dtemui lg...

MUNGKINKH ANDA, MERUPAKN SALAH SEORG PBELI/PDERMA BUDIMAN...
Jika ya,Sgera hubungi kami...

Pinky said...

Jom Beramal....

Anonymous said...

Tahniah....
bangga dengan semangat Pu3 Lembah Pantai...

Nana said...

Well done to all my girls!

Wish you all continued success and all the very best this Ramadhan!
Semoga Puteri UMNO Lembah Pantai akan terus dapat dipertingkatkan demi memastikan Agenda parti dapat dimantapkan dengan lebih jayanya!
God Bless you all!

Salam mesra,
Kak Nana

Kuih Tart said...

Kepada Kak Nana,
Thank you for your support...
macam ni la Mantan Ketua Puteri UMNO Lembah Pantai...

cayala Kak Nana...