Monday, September 14, 2009

Kenangi Mereka Sayangi Mereka - Satu Kejayaan...


Salam...

Seperti yang sedia maklum, pada 12 September 2009, Puteri UMNO Bahagian Lembah telah mengadakan satu Program Amal "Kenangi Mereka Sayangi Mereka' Program yang telah diadakan bertujuan meringankan beban ahli keluarga anak-anak kurang upaya, yatim piatu, fakir miskin dan kurang berkemampuan di bawah umur 12 tahun. Program telah dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai merangkap Menteri Wilayah YB Senator Dato' Raja Nong Chik Bin Dato' Raja Zainal Abidin serta isteri Datin Nafizah Raja Nong Chik, Ketua Wanita UMNO Bahagian Lembah Pantai Dato' Sharifah Aminah, wakil penaja iaitu JAKEL Trading En. Ma'amor Bin Haji Hussain.

Alhamdullillah, program telah berjalan dengan selamat dan jayanya. Segala keperluan telah ditaja sepenuhnya oleh pihak Jakel Trading yang mana pemberian hamper, baju raya serta duit raya telah diberikan kepada kanak-kanak tersebut. Melihat wajah kegirangan serta kegembiraan kanak-kanak yang menerima sumbangan yang diberi terasa penat lelah yang dilalui sebelum program dijalankan hilang begitu sahaja. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak Jakel Trading. Kepada orang perseorangan yang turut memberi sumbangan, terima kasih jua di ucapkan kerana sumbangan anda sedikit sebanyak meringankan beban keluarga kanak-kanak tersebut.

Kepada ahli-ahli serta barisan AJK Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai yang terlibat dalam menjayakan program ini, terima kasih dan tahniah di ucapkan. Semoga program ini dapat dijadikan panduan dalam mengendalikan program-program yang akan datang.

Program yang telah memasuki tahun keempat ini juga didedikasikan khas buat mantan Ketua Puteri kita iaitu Kak Nana yang mana antara pencetus idea bagi memulakan program ini.

Terima kasih semua....!!!!

13 comments:

mYrika said...

Congrate tuk pu3LP..

harap korang wat lagi program bebanyak tuk kami join lagi..!!

Ketupat said...

Wah....hebat sungguh Puteri Lembah Pantai ni.

I rasa bangga dengan usaha yg telah dijalankan..walau pun agak kelam kabut...tapi tak mengapa..masih boleh diperbaiki...Belajar dari kesilapan.

Bangga dengan warga Puteri Lembah Pantai ni..TAHNIAH....

best!!! said...

Amboi..progam u all masuk paper la.
bagus gak..promosi ni.

Tahniah

Anonymous said...

tahniah.. tapi nape ader anak yatim yang tak tahu program ni?
tak cari di setiap kawasan ke?
biler tanya pada ahli puteri ader yang tak tau... macam maner nak submit nama utk terima sumbangan?

Pink Putih said...

Buat Anonymous..
kami telah sms, termasuk la di Blog dan face book dan war war kan kepada setiap ketua puteri UMNO cawangan lembah Pantai serta AJK yg terlibat, tetapi penyertaan ada lah terhad kepada setiap cawangan puteri UMNO Lembah Pantai.

Pu3 santubong said...

ishh puteri mana yg tak tau tu...eemmm ni mesti puteri yag tak brape nk aktif..
takpe la...
janji niat baik tu ada...

PU3 RAJA WAN said...

Tkasih diucapkn kpd semua yg tlibat dlm mnjayakn prog amal ini...
Kpd yg kurang mgetahui ttg prog ini,x mgapa.Insya'Allah,dilain masa kita bkerjasama pula...Manalh tahukn...Ada rezeki,kita bjumpa lg.
Dhrp semua Ketua2 PU3 Caw/AJK PU3 Bhgn mahupun AJK PU3 Caw dpt mnjlnkn tanggungjwb masing2 dgn menghebahkn segala aktvt/prog yg dijlnkn kpd semua PU3 Caw masing2 agar tiada yg ketinggaln...
Walaupun bgtu,Maaf Zahir & Batin,jika tdpt kkurangn/klemahn yg timbul dlm mnjalankn tugas yg diamanahkn...

Bangku said...

Ape ni..Dalam Paper tulis EN Yus Sebagai pemangku UMNO bahagian Lembah Pantai...

Harap Diperbetulkan.
dah takde pemangku dah...
DRNC la......

Anonymous said...

wahai larr bangku syg ooiii.., dh baca smpai abis ker.., kan tulis BEKAS PEMANGKU KETUA BAHAGIAN kan.., awat larr tak baca smpai abis ni..

sekian..

Bangku said...

rileks la ....
tapi nape mesti gambar dia...

Anonymous said...

tau tak per..,
biar lahh..asal bahgia ok dah tu..

PU3 Raja Wan said...

Jika ada kkurangn serta ksilapn, hrp2lh dmaafkn ye..Kita hanyalh manusia biasa yg x tlepas dr melakukn ksalahn...Klu bukn kita pun, mgkin org2 dsekeliling kita yg tsilap...Jd, maafknlh...Ttg gmbr2 tu,hanyalh skadar hiasan..Trimalh seadanya...

Anonymous said...

yala...nape siarkan cerita tentang tahun lepas...tahun lepas kan cik yu sda masuk paper...wartawan punya keja la kot