Tuesday, May 3, 2011

Tahniah......!!!!

Salam...

Panas terik di Kompleks Futsal, Presint 8, Putrajaya bukan halangan bagi team Putra Ria Tia Amelia D, Lembah Pantai merangkul kejuaraan Futsal Wanita Terbuka 1Malaysia Piala Perdana 2011 anjuran Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Perlawanan sengit team ini menentang team REM FC yang juga dari Lembah Pantai berkahir dengan kesudahan dua berbalas kosong. Juara menyaksikan team Putra Ria Tia Amelia D membawa pulang wang tunai RM 8,000.00 manakala naib juara - REM FC membawa pulang RM 5,000.00. Majlis tersebut telah disempurnakan penutupnya oleh YB Rosnah Shirlin - Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Tahniah buat kedua dua pasukan yang masing-masing di uruskan oleh Saudara Azman Kelana dan Saudara Ramlan Askolani...


Akhbar Kosmo Isnin 2 Mei 2011

No comments: