Friday, April 22, 2011

Program Semarak 1Malaysia - Memerangi Dakyah Pembangkang

Salam 1Malaysia..

Program dianjurkan oleh Biro Penerangan, UMNO Bahagian Lembah Pantai ini akan di rasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai merangkap Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar - Dato' Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin. Program akan dijalankan pada :

Tarikh : 26 April 2011 (Selasa)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Pusat Komuniti Lembah Pantai,
Pantai Dalam, Kuala Lumpur
Antara penceramah yang terlibat dalam program ini ialah Datin Paduka Datuk Prof. Dr. Hajah Ramlah binti Adam yang merupakan Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM serta Saudara Zahid Mat Arip yang merupakan bekas Naib Ketua Pemuda PKR. Melihat kepada penceramah yang akan menyampaikan ceramah dalam program ini, sudah pasti dikalangan kita akan tertunggu tunggu apa yang akan dikatakan oleh dua penceramah hebat ini.

Jom kita bersama-sama dengan saudara dan kenalan beramai-ramai untuk hadir ke program ini. Sebagai tanda semangat 1Malaysia, kita tunjukkan dengan berpakaian warna merah/biru pada malam tersebut.

Sekian, terima kasih.

No comments: