Friday, April 1, 2011

Pink Putih in d house...!!!

Salam...

Lamer rasanyer pink putih tak singgah kat blog Puteri UMNO Lembah Pantai... Rindu rasanyer nk bercoretan kat sini.. tpi tu lah., kesuntukan masa dan kelambakan kerja2 membataskan jari jemari ni nak menaip kekunci PC ni bercoretan bersama kengkawan...

Pink putih pada ketika coretan ini ditaip.., alhamdulillah sihat.., cuma masa awal2 tahun jer kurang sihat sikit.., ye lah mungkin pertukaran tahun kan.., sayang rasa nyer nak tinggal tanggal 2010 tu... Aper aper pun., tahun 2011 tetap tiba.. Pink putih gemabira dengan kehadiran tahun 2011.. Banyak perkara yang telah dan akan berlaku.. Setiap pahit manis yang dialamai mahupun bakal di alami merupakan satu pengalaman yang akan lebih mengajar kite tentang erti sebuah kehidupan..

Pada tahun ni., ramai di kalangan AJK Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai yang telah dan akan mendirikan rumah tangga.. Kepada yang telah mendirikan alam rumah tangga, Pink Putih doakan kebahagian kalian dunia dan akhirat.. Bagi yang bakal bergelar pengantin, baca-baca lah buku aper2 yang patut.., ilmu rumahtangga harus dipelajari sama ada secara ilmiah mahupun pratikal.., tapi memandangkan pratikal belum lagi.., maka perlu lah mencari bahan bacaan mahupun bertanya pada mereka yang lebih berpengalaman dari kita.., Tak gitu...?!! hehehe..

Untuk makluman kengkawan, pada ketika ini sehingga penghujung bulan April 2011 nanti, semua UMNO cawangan di Lembah Pantai mengadakan persidangan tahunan masing-masing. Kepada AJK Puteri UMNO yang terlibat dalam penugasan, selamat menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan.. Moga tanggungjawab yang diberikan, akan memberi peluang untuk lebih saling mengenali dan juga akan merapatkan hubungan di antara AJK Puteri UMNO Bahagian bersama Puteri UMNO Cawangan..

Dalam pada kesibukan Puteri UMNO Lembah Pantai menghadiri Persidangan di Cawangan-cawangan, mereka masih ada kelapangan untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan. Pada 27 Mac 2011 yang lalu, beberapa AJK Puteri UMNO Lembah Pantai bersama beberapa Puteri UMNO Cawangan telah membuat lawatan ke rumah salah seorang ahli Puteri di Cawangan Pantai Permai. Beliau ialah Puan Salbiah Hashim. Beliau telah dikurniakan sepasang anak, namun anak kedua beliau iaitu Adik Afiq Fikri Mohd Faizal berumur 2 tahun menghidap penyakit lissencephaly - smooth brain, is a rare brain formation disorder caused by defective neuronal migration (terma dalam Bahasa Inggeris di gunakan kerana tidak mahu membawa maksud yang salah apabila di terjemahkan). Menurut beliau, sakit yang di hadapi oleh adik Afiq menyebabkannya tidak mampu bergerak, rencatan psikomotor dan spastik otot. Ketika dikunjungi oleh ahli-ahli Puteri, adik Afiq lena tertidur.

Pink putih berharap agar Paun Salbiah Hashim tabah dan sabar dalam mengharungi dugaan membesarkan Adik Afiq. Kecekalan beliau tersebut patut di jadikan contoh oleh kita semua. Pink putih juga mendoakan agar Adik Afiq menunjukkan peningkatan pemulihan dalam sesi-sesi terapi yang akan di buat oleh Adik Afiq dalam tempoh perubatannya. Kita doakan agar kesihatan adik Afiq semakin baik hendaknya..

Pink Putih kalu dh memulakan coretan, rasa tk nak berhenti plak taipnya... ok lah.., sampai sini sahaja coretan Pink Putih pada kali ini, insyaAllah, Pink Putih akan kembali lagi dengan cerita-cerita baru...

Jumper lagi..., jaga diri kengkawan....

No comments: