Sunday, May 3, 2009

Kursus Motivasi Dan Kepimpinan



Puteri UMNO Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah membuat keputusan perlunya mengadakan Kursus Motivasi Dan Kepimpinan, bagi memenuhi inspirasi pewaris Negara di masa akan datang supaya puteri-puteri dapat memupuk sikap kerjasama berpasukan , berdikari dan menghormati di antara satu sama lain serta taat kepada Agama, Bangsa dan Negara

Tujuan dan matlamat

  • Memberi bimbingan ke arah mewujudkan Puteri yang proaktif dan dapat memenuhi kehendak negara
  • Dapat mengajar puteri bersikap kerjasama dan menghormati antara satu sama lain
  • Melahirkan pelapis pemimpin yang cekap, dedikasi serta disiplin dan dapat mengajar puteri supaya taat kepada Agama, Bangsa dan Negara
  • mewujudkan hubungan mesra, kerjasama dan muhibah di kalangan puteri-puteri Lembah Pantai.
Tarikh : 09 Mei 2009 (Sabtu) - 10 mei 2009 ( Ahad)
Tempat : Cope Adventure
Menara Tinjau, Hulu Langat
Kajang, Selangor
Di rasmi kan oleh : YB Senator Dato' Raja Nong Chik
Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai


9 comments:

KHAIRUL said...

Patut la Pink Putih sibuk akhir-akhir nie..Bagus la Puteri buat Program sebegini.Semoga Puteri Lembah Pantai terus maju krhadapan.Kalau boleh tanamkan semangat cinta pada Umno pada Puteri-Puteri yang baru.

Pink Putih said...

Terima Kasih En Khairul,
pink.putih / princess Z akan sentiasa memastikan setiap program yang sedang atau akan di laksanakan, berjalan dengan lancar.

Les cope said...

Tahniah buat kak ikin dan seluruh jentera... Mmg best....

myself... said...

bes sesangat...!!
enjoyzzzz giler...!!
fun bangat...!!

yang pasti team kitorg menang...
hehehe... ;P

mmg BEST!! said...

macam ku tau sape ko(myself)..
tapi yang penting..kem semalam mmg best bangat..rugi ooo..sape yg tak g..mencabar fizikal dan mental..
tahniah la buat kak ikin, sbb wat program macam ni..walau pun dengar crite bugdet agak mahal...

comelgirl said...

mmg best giler wlwpun xdpt join u all dok dlm khemah sorang-sorang menahan sakit...tapi best tu tetap dapat dirasai...heheheheh

Anonymous said...

mmg best glier lah..wlwpun xdpt join tp mmg blh rasalah...hehehhe sedihnya...xdp join...wawawawawawwa

rabbit said...

takper..takper...

pada mereka2 yang tidak dapat hadir kerana kesibukan tugasan lain ( sibuk lrr sgt.. ;p), pasni kiter mintak pu3 bhgn wat lagi prgrm camni., huhuhu..

tapi biar jauh sket.., takder larr yang bley tetiba nak balik umah kan..kann.kannn... ;p

ooppsss.., telebih sudah...

Anonymous said...

TAHNIAH buat semua...Yg MENANG x menang semua & yang KALAH x kalah semua...pasti ada, merasa kemenangan , walaupun tanpa bukti nyata (hadiah).
Tp,yang pasti semua telah membuktikan bahawa ssungguhnya masih ada rasa cinta & kasih syg terhadap PU3.
Semangat kerjasama,bersatu hati, terima kelemahan dri & kkurangn rakan.
Diantara faktor yg penting.
Tkasih buat semua yg sudi hdir...
Kalian ttp dhati.