Tuesday, March 17, 2009

Apabila Orang Baru Buat Pilihan...


Oleh Jala Emas


Pilihan orang baru dalam menentukan pucuk pimpinan tertinggi parti berdasarkan apa? Apakah ciri-ciri yang diambil kira dalam pemilihan seperti ini? Kalau Pemilihan di peringkat Bahagian, ramai yang ditanya akan menjawab, "Dia ramah, friendly, selalu turun kat Cawangan, lemah lembut, banyak duit, senang berbual, rajin, banyak buat kerja, dia pandai, tolong penjaja dan sebagainya..". Itu antara kriteria jika kita mengenali calon. Apabila kita tidak mengenali calon, faktor apakah yang penting bagi Ketua Puteri yang baru dalam arena politik ingin membuat pilihan.

Pemilihan kali ini sangat penting. Mereka yang dipilih akan menerajui parti selama 4 tahun. Saya percaya 4 tahun ini akan membina atau terus menghancurkan parti yang sedang rapuh ini.

Ada juga terdengar Perwakilan merungut dan juga mengugut "Tak jumpa kita pun...tak jumpa, tak dapat."

Mungkin kalau saya berada di tempat Ketua Puteri, saya juga sukar untuk membuat pilihan. Mungkin saya akan mendengar kata-kata atau nasihat orang yang lebih lama dalam parti. Dari mata kasar, saya akan buat pilihan mengikut presepsi saya sendiri - boleh bercakap ke tidak? Ada skandal ke tidak? Apakah sumbangan calon kepada parti atau negara? Calon mesra dengan orang bawah macam kita ke tidak? Isteri berapa? Orang kawasan dia suka tak dia? Pegang jawatan apa lagi dalam kerajaan? Sebelum ini dia MKT ke tak? Kalau dia ahli MKT sebelum ini, banyak ke tak bersuara? Betul ke tidak cara saya...saya sendiri tak tau. Yang saya tahu, berat tanggungjawab yang terletak diatas bahu orang baru.
Pilihan para perwakilan nanti akan menentukan arah tujuan parti!

5 comments:

Anonymous said...

Janggut kat depan tu tak yah lar..

Anonymous said...

Politik wang tu apa dia? Bagi wang/duit untuk meraih undi ke? Atau buat makan-makan pun dikira politik wang? Atau buAT CERAMAH KEMPEN PUN KIRA POLITIK WANG?

UMNO NI KADANG-KADANG BENGONG JUGA, KERANA BILA BUAT KENYATAAN AKHBAR TAK JELAS BETUL-BETUL APA DIA KESALAHAN YANG DILAKUKAN. Bukan semua orang tau apa dia kesalahan-kesalahan mengikut etika pemilihan fasal 10.1 tu. Bila orang baca dalam akhbar atau dengar dalam berita main pukul semacam seolah-olah yang bersalah tu sendiri terlibat dengan perbuatan memberi wang tunai atau merasuah dengan nyata perwakilan-perwakilan yang akan mengundi.Kes ini bukan dilakukan oleh calon sendiri tetapi oleh agen-agennya sahaja, samada atas arahan atau tidak agak sukar untuk dibuktikan. Kita cuma boleh syak sahaja ianya atas arahan tetapi agak tiada kepastian. Katakanlah saya berkempen untuk reezal merican. Saya jumpa perwakilan dan saya bagi duit untuk perwakilan mengundi reezal untuk naib ketua. Kemudian saya kata reezal kirim salam dan harap tuan dapat undi dia. Saya kena tangkap dan dihadapkan ke lembaga disiplin. Saya tentunya bersalah kerana ditangkap red handed.Adakah reezal bersalah juga? Mungkinkah saya melakukan ini semua kerana saya syok sangat nak tengok reezal jadi naib ketua pemuda? Ataupun saya sengaja berbuat semua ini untuk ditangkap dan memusnahkan peluang reezal untuk bertanding? Reezal tentunya takkan mengaku jika dihadapkan ke lembaga disiplin. Saya akan mengaku reezal yang suruh saya berbuat begini dan duit tu pun dia yang bagi untuk tujuan bagi pada perwakilan di hadapan lembaga disiplin.Persoalannya bagaimana nak buktikan benar-benar tindakan saya atas arahan reezal atau tidak? Kalau dia kena amaranpun serupa macam dia bersalah.

Saya tak suka sebut politik wang bukan kerana menafikan ianya berlaku didalam kelompok UMNO. Semua peringkat pun berlaku. Cuma kadang-kadang kesalahan tu bukannya merasuah wang tetapi kesalahan-kesalahan lain yang termasuk dalam perlanggaran etika yang dilarang oleh parti sewaktu pemilihan. Cuma macam langgar lampu merah dijalan, kalau tertangkap polis bersalahlah, ramai yang langgar cuma tak tertangkap atau polis sengaja lepas sebab dia kenal ocpd.


Harap puteri lembah pantai tak lah di dalam golongan mereka-mereka yang menerima atau meminta-minta wang dari calon-calon yang bertanding untuk undi kita. Kalau dah terjebak, taubatlah segera. Walaupun orang lain tidak tahu atau tidak nampak, Allah melihat segala perbuatan kita. Menerima atau memberi sama saja berdosa disisi Allah dan sama saja salah disisi undang-undang negara.Jangan jual undi kita, Undi kita lebih bernilai dari apa jua yang sanggup ditawarkan oleh mereka yang merosakkan parti dan perjuangan bangsa.Jangan kita juga turut sama menderhakai perjuangan bangsa kita. Mengundilah bukan atas dasar kawan yang menabur segala macam janji manis untuk diri kita, tetapi mengundilah calon yang benar-benar ikhlas dan jujur demi perjuangan untuk agama bangsa dan negara..TOLAK PERASUAH POLITIK

Anonymous said...

Dapat wang pun belanja sehari dua boleh habis, tapi tersilap pilih pemimpin merana 4 tahun.

Pink Putih said...

i sokong u..

Anonymous said...

Betul komen anti perasuah politik..
apasal guna nama RM? Tak leh tahan ler dgn dia..Sebab dia peluang Kak Ina terjejas.Org tak puas hati laki bini nak bertanding jawatan tertinggi parti..Tak aci.Kang dia menang,tambah lagi spare..tak caya..negok larr.