Thursday, March 26, 2009

Wajah Pemimpin Puteri UMNO Malaysia


KETUA PUTERI YANG BARU- Datuk Rosnah Abdul Rashid Shrilin

NAIB KETUA PUTERI YANG BARU- Shahanim Mohamad Yusoff

KUALA LUMPUR: Datuk Rosnah Abdul Rashid diberi mandat perwakilan Puteri Umno sebagai peneraju baru pergerakan itu pada pemilihan kali ini, yang menyaksikan jawatan itu dipertandingkan buat julung kalinya.

Dengan mendapat undi sebanyak 245 undi daripada 779 perwakilan, Rosnah yang melepaskan jawatan sebagai Naib Ketua, mengenepikan saingan lima calon lain

Mereka adalah Datin Ismalina Ismail (59 undi), Shahaniza Shamsuddin (239 undi), Ida Rahayu Md Noor (146 undi), Saarah Ali Bashah (3 undi)dan Bibi Sharliza Mohd Khalid (86 undi).

Keputusan itu diumumkan Pengerusi tetap pergerakan itu, Rohani Abu Hassan pada 10.45 malam tadi.

Rosnah yang juga anggota Parlimen Papar, mengambil alih kedudukan ketua pergerakan itu daripada mantannya Datuk Noraini Ahmad, yang melepaskan jawatan itu atas faktor umur.

Noraini akan bertanding jawatan Majlis Tertinggi Umno pada kali ini.Rosnah, 37, anak kelahiran Kota Belud, Sabah, merupakan antara perintis Puteri Umno yang ditubuhkan pada tahun 2002.

Bagi jawatan naib ketua pula, Shahanim Mohamad Yusoff dipilih mengisi jawatan itu selepas meraih 353 undi daripada perwakilan.

Beliau mengatasi tiga calon lain iaitu Nolee Ashilin Mohammed Radzi (255 undi), Nordiana Shafie (75 undi) dan Haslinda Mohd Zerain (94 undi).

Seorang calon, Dr Wan Norashikin Wan Noordin telah menarik diri hari ini.Bagi jawatan Pengerusi Tetap, Azlieza Azizan yang mendapat 445 undi telah mengalahkan Roslinda Abd Rahman yang mendapat 333 undi.

Timbalan Pengerusi Tetap pula disandang oleh Hasspalela Mohammed Hassan dengan 499 undi, mengenepikan dua calon lain iaitu Rosmarynda Mohamad Rasidi (18 undi) dan Zakiah Kalipunya (262 undi).

Pemilihan kali ini juga menampakkan wajah baru bagi barisan exco pergerakan itu yang menawarkan 20 kerusi dan ditandingi 50 calon.

Mas Ermieyati Samsudin mendapat mandat paling banyak dengan 604 undi, diikuti oleh Hasrunizah Hassan (514 undi), Azlinda Zubir@Zubin (510 undi), Zahida Zarik Khan (501 undi) dan Asmaiza Ahmad (498 undi).BERNAMA






8 comments:

Anonymous said...

Tahniah kepada barisan kepimpinan yang baru, diharap dapat membuat suatu perubahan dan dapat membantu ahli-ahli puteri...

Yang sudah berjanji.. harap laksanakan dengan keikhlasan dan dedikasi..

Pada yang tidak berjaya, jangan berkecil hati, yang penting mari la kita merapatkan saf dan bekerjasama untuk kepentingan UMNO dan Puteri UMNO.

Jangan lupa Puteri Lembah Pantai tau...

Anonymous said...

Tahniah Puteri,
Tahniah juga kepada Shahanim SP,
Jika benarlah adanya puteri akan meremajakan UMNO,amat wajarlah Puteri mendapat ruang yang secukupnya untuk berbakti kepada rakyat.

Apa jua slogan yang diperjuangkan pastikan usaha puteri tidak dijaja sekadar penyejuk mata pemuda saja.

Dan pastikan Ketua Wanita Sharizat kembali bertahta di lembah pantai.

Anonymous said...

Frust... apa da jadi dgn YB kesayangan kita? YB Nolee masih lagie dekat dihati kami.
Mungkinkah ini gare2 kekalahan YB sbg KP Bhg di LP?korang mmg tak patut!habis segala-galanya walhal dia mmg byk sumbangan kat Pu3!
Busan...busan!

Anonymous said...

ewah..ewah...da kalah dipihak atasan pun still nak salahkan peringkat bhgn plak??huhuh terima hakikat wei..setiap kejadian ade rahmat disebaliknya.cube suh YB kesayangan ko tue teliti munasabah diri sendiri dan tanya diri sendiri kenapa die tak diterima...tepuk dada tanya selera...kalu asyik nk salahkan org lain smpi bile pun tak berjaya.jgn ingt sumbangan die je yg banyak kat pu3 nie...ramai lagi...sumbang byk kalu nk mintak balasan bukannye dengan keikhlasan itula jadinya...renung2kan...

Anonymous said...

YB Nolee kalah ada sebab ler tu. cuba bermuhasabah diri.

Anonymous said...

Tak de ker sesapa nak komen pasal exco puteri yang terlompat lompat kat atas stage tu? Macam budak tak cukup umur jer

Anonymous said...

sape pulak yang terlompat-lompat tu..
kasi la hint...

Anonymous said...

tahniah untuk semua pemimpin pu3..
semoga dapat melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin dan jangan pilih bulu atau konco2nya sahaja.Lihat kepada cara kerja.

Apa pun, Tabik Hormat untuk Kak Shahaniza.Pasti ada hikmah disebalik semua ini.