Wednesday, April 22, 2009

Renungan oleh Ustaz Syed Hasan Alatas



Oleh Ustaz Syed Hasan Alatas


Al-Habib Abdullah Al-Haddad, seorang daripada Ulama Besar yang memiliki Ilmu Pengetahuan yang luas dan mempunyai pandangan yang jauh menulis dalam kitabnya yang berjudul:Al-Fusul al-Ilmiyah walushul al Hikmiyah yaitu kitab yang mengandung Ilmu dan Hikmah,beliau menulis:


"Diatas dunia ini ada empat jenis manusia, bila mereka baik dan jujur,maka damai dan tenteramlah hidup ini,yaitu:


Pertama:Hamba Allah yang gemar beribadah, jujur, istiqamah, hidup dengan sederhana meskipun kaya, selalu meningkatkan hubungannya dengan Allah s.w.t dan berpegang teguh kepada ajaran agamanya.


Kedua: Ulama yang menguasai masaalah agama, mendalam Ilmu Pengetahuannya berkenaan al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w., konsisten mengamalkan Ilmunya, sanggup menyebar luaskan Ilmu Pengetahuannya kepada orang ramai, tidak jemu memberi petunjuk ataupun nasihat baik diminta ataupun tidak, tabah menjalankan amar ma'ruf nahi mungkar, tidak menyelewengkan ketentuan agama, tidak gentar menghadapi makhluk dalam menjaga dan menyampaikan kebenaran dari Allah s.w.t.


Ketiga: Umara ataupun pemimpin yang adil, demokratis, berkelakuan baik, menghargai kebenaran dari manapun datangnya,jujur dalam memimpin.


Kempat: Orang kaya atau konglomerat yang soleh, yang mendermakan harta kekayaannya pada tempat yang membawa manfaat bagi orang ramai. Menolong yang lemah dan memerlukannya. Dia mencari hartanya dengan tujuan yang mulia.


Habib Abdullah melanjutkan nasihatnya:"Sebaliknya ada pula empat jenis manusia yang boleh menghancurkan kedamaian hidup ini, yaitu:


Pertama: Seseorang yang tekun beribadat tetapi tidak sesuai dengan petunjuk agama.
Kedua: Ulama yang pandai menyelewengkan hukum dan ajaran Islam sesuai dengan keinginan. Ketiga: Umara atau pemimpin zalim, tidak bijaksana dalam memimpin ummatnya. Bila menjalankan Hukum tidak berdasarkan kebenaran.
Keempat: Orang kaya atau konglomerat yang serakah, hobinya menimbun harta sebanyak mungkin, tidak peduli dari mana dan dengan cara apa diperoleh yang penting wang. Halal haram bukan ukuran. Sifatnya bakhil, tidak ada sedikitpun perasaan kesetiaan sosial, yang difikirkannya hanya kesenangan dan kepuasan dirinya semata-mata.


6 comments:

Cik Sal said...

SEjuk hati acik baca.Ado jugak kamu semua ingat kepada rencana berbentuk keagamaan.Acik dah lotih nau baca kesah politik kito - semuo asyik robutkan jawatan yo!
Tahniah Syikin dilantik kerjo di Pejabat Kerajaan di Putrajaya.Semoga berjayo.Kamu jangan lupo mantan kamu yg beriyo naikan kamu di Bahagian.Macam orang gilo dulu tu.Tah apo jadi kek dio sekarang? Lamo acik tak nampak.Tanpo dio mungkin tak do kamu sampai ke sano.Tahniah!Harap lebih lagi rencana berbentuk ilmiah.

KHAIRUL said...

Tahniah pada Ketua Puteri kerana menjadi Pegawai Khas Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ketua Puteri Umno Malaysia.nampaknya 2009 rezeki untuk Lembah Pantai melimpah ruah..Dah tentu Bahagian lain byk yang cemburu.Yang penting jaga anak-anak buah.Jangan dibiar anak-anak buah kehausan.

Syed Hasan Alatas said...

Assalamu'alaikum w.w.,

Tahniah kpd.Puteri Lembah pantai yang telah berusaha melaksanakan perlembagaan UMNO,pasal 3:3, yaitu; UMNO berusaha untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam,agama resmi Negara Malaysia,Semoga seluruh ahli UMNO, dapat kiranya berusaha dengan gigih melaksanakan isi perlembagaan UMNO ini. Saya yakin hal ini akan mengembalikan semangat juang UMNO yang asal, Insya Allah, amin ya Rabbal 'alamin.

Wassalam,
Ustaz Syed Hasan Alatas
www.shiar-islam.com

Anonymous said...

Aku rasa Ustaz Hasan ni 'lurus bendul' dan keras. Tidak sesuai dgn era baru yg memerlukan pencerahan yg lebih luas dan ilmiah.

Kita tak memerlukan sokongan yg membuta tuli dan dalil yag seakan dibuat2 supaya menjurus kepada menyokong kita.

SHIAR ISLAM said...

Alhamdulillah dengan segala senang hati saya bersedia menerima teguran dari siapa sahaja, asalkan saja teguran itu ikhlas,membina dan berdasarkan kenyataan.
Sangat dukacita jika sipenegur tadi, lempar batu sembunyi tangan.Jika keritikan anda itu ikhlas dan bermanfaat, mengapa anda menyembunyian nama anda yang sebenarnya. Dan tolomg tunjukkan bukti tentang"lurus bendulnya saya"
dan keras. Tolong tunjukkan kepada kami, bagaimana tulisan yang luas dan ilmiyah, seperti yang anda (tak punya nama)katakan itu.

Anonymous said...

Terima kasih atas informasi menarik