
Selamat tahun baru 2009 kepada semua pembaca sekalian. Syukur pada Tuhan kerana dengan izinNya, Princess Z masih lagi dapat menari di papan kunci, menitipkan salam di hari terakhir tahun 2008.
Mengenangkan segala kenangan dan perjalanan hidup sepanjang 2008, Princess Z rasa sayu dan terharu kerana segalanya cukup berharga bagi saya. Andai dapat saya undurkan masa, ingin sekali saya merubah segala kesilapan… namun, tak mungkin ia dapat kembali lagi.
Semoga tahun 2009 memberi sinar harapan dan kebahagiaan yang berterusan buat anda semua. Ciptalah azam dan tekad untuk terus mengorak langkah dengan lebih gagah dan tabah untuk mencipta kejayaaan yang lebih gemilang. Moga-moga kejayaan dan kecemerlangan dapat kita kecapi bersama-sama.
Princess Z sebagai Moderator blog ini dan Pink Putih sebagai pembantu pengarang ingin memohon maaf seandainya tulisan Princess Z di tahun 2008 yang lalu menyentuh hati dan mengguris perasaaan pembaca sekalian.
Terima kasih kerana masih lagi setia untuk berkongsi rasa dan komen demi kebaikan Puteri Lembah Pantai.