Thursday, January 15, 2009

Kuala Terengganu - JOM!!!!


13 comments:

KHAIRUL said...

sape lgi yg pegi..x ajak pun ek.hehehe..semoga selamat pegi n selamat pulang.

Anonymous said...

Jumpa di Rumah Wilayah ok. Beli kepok lekor banyak2.

. said...

Adik Manja,

Nak pergi kempen? Atau, nak pergi shopping?

:)

Anonymous said...

sedih la dengan kekalah yang berlaku di KT.
Saya berharap semua pihak buka la mata mencari kelemahan masing untuk di perbaiki..

masing2 tunding jari mencari kesalahan orang lain,
Jangan begitu bangsaku...
bersatu la

Anonymous said...

bercakap memang mudah, tapi nak melaksanakan amat payah.

mencari kelemahan memang senang, tapi nak membaiki kelemahan amatlah susah.

untuk bekerjasama semua setuju, tapi nak mendapatkan satu idea terbaik tak semua akan setuju.

Renung2kan lah..!!

Anonymous said...

Dengor cite Pu3 dua org pegi btugas sana...cite lar sikit! Apa pandanganan bebudak tue?Dan betul ker org Bhg yg ke sana sibuk ke sempadan??

Ahmad Saabun said...

TA Rithaudden minta puteri dibubarkan krn menjadi punca politik wang. Tak kan berdiam diri sahaja/ Baca posting dalam blog saya. Salam

KHAIRUL said...

pengerusi biro it puteri ape cerita..mari kita berkongsi pendapat.berkongsi isu-isu baru.harap sampaikan pada hanim k.

Anonymous said...

Pergerakan Puteri meniti kedewasaan. Dalam keadaan UMNO yang kian goyah lagi gawat, pimpinannya perlu bersih dan dilihat bersih. Sekarang bukan lagi era untuk bermain-main, kurang serius dan sekadar suka-suka. Impak pergerakan puteri cukup ketara, semenjak awal penubuhannya, hinggakan petugas PAS terpaksa menyelak kain ketikan by-election DUN Anak Bukit 2002. Bahang gerakan Puteri diuji lagi dengan kejadian meraba di Permatang Pauh , bulan Ogos 2008 yang lalu. Semuanya gara-gara, takut kepada petugas yang manis lagi manja tapi penuh semangat dalam bekerja.

Puteri ditakuti pembangkang, namun harus diingat Puteri bakal menanggung liabliti jika tersalah pilih pemimpin dalam Pemulihan hujung Mac nanti.

Yang terpalit dengan skandal wajar ditolak tepi. Yang rasuah dan membeli undi, kita ajar dengan satu teladan, duit tidak boleh membeli maruah dan harga diri. Biarlah pergerakan puteri terus kudus, suci dan bersih dari pemimpin khianat, pemimpin dua alam dan pemimpin luar tabiee.

Sebab itu, pesanan ringkas ini buat renungan dan bahan fikir rakan perwakilan. Mari kita lihat salah seorang calon Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, PUAN SHAHANIM MOHD YUSOFF, yang juga merupakan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Kedah.

SHAHANIM Mohd YUSOFF, katanya..belaja degree di UUM, tetapi sudah dua kali lulus bersyarat, ikut kriteria wajar dibuang, entah apa jampi serapah di hembus pawang, Nordin Kardi masih beri dia peluang.. Pemimpin perlu berilmu, barulah anak buah mudah dipandu..

SHAHNIM MOHD YUSOFF.. katanya terpalit skandal yang penuh terlampau lagi terlarang. Di dalam pejabat MB berbuat onak dan duri, kifarahnya, BN Kedah, MB Kedah hilang kerajaan, Kedah kini milik PAS, DAP dan Parti Keadilan.. Pemimpin perlu baik akhlaknya, buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali.

SHAHANIM MOHD YUSOFF..Peruntukkan RM300,000 diberi UMNO Negeri kononya untuk pusat tuisyen seluruh negeri, tapi malang, pusat tuisyen hanya dibuka di Sungai Petani, itupun sekejap ada sekejap tiada macam biskut marry, sedang wang peruntukkan untuk biaya anak belajar di seluruh negeri.. Pemimpin patut amanah sepertimana diajar Rasullulah s.a.w.

SHAHANIM MOHD YUSOFF..diberi peruntukkan RM200,000 oleh UMNO Negeri atas desakannya untuk membeli beg dan pakaian sekolah, bagi disalurkan kepada pelajar miskin di Kedah, akhirnya, hanya 50 orang anak sekolah juga di SP yang mendapat habuan, itupun sekadar beg buatan Taiwan.. Pemimpin bila berjanji jangan mungkiri..kerana perbuatan itu dikategori sebagai MUNAFIK.

SHAHANIM MOHD YUSOFF.. kini bergabung dengan Ida Rahayu Mohd Noor..tauke wayang dan drama Eurofine Pictures Sdn. Bhd, calon Wanita Ikon, sumber 'financial back up', RM digunakan beli undi perwakilan puteri, Ida Rahayu tak sedar, plot Shahanim mudah sahaja, biar rasuah berlegar-legar, nanti kemudian SPRM akan dihantar, biar Ida Rakayu kena tangkap, Shahanim terlepas, untung dia dapat.. Takan cukup dengan tiga pencalonan, terus mahu diangkat Ketua, mana maruah , mana nak letak muka, kenali dulu ahli Puteri dari Padang Besar hingga ke seluruh negeri, baru hebat, baru teruji.. Pemimpin rasuah, perosak bangsa, pengkhianat negara, dan pencemar maruah agama.

SHAHANIM MOHD YUSOF..Rumahtangga kawan dan rakan dah banyak bergolak, kesan mainan beliau yang tamak.. Menggoda laki orang, sedang laki sendiri dahaga di rumah, akhirnya untuk menutup skandal dan malu sendiri, HONDA CRV jadi hadiah, KBX7373, itulah nombornya..supaya suami tak paling tadah... Apa ke kejadah, suami sendiri sanggup kau tipu.. inikan pula perwakilan Puteri yang masih baru.. Pemimpin perlu istigfar selalu..biar hilang dosa nan lalu.

SHAHANIM MOHD YUSOFF..PRU ke-12 ada hati nak jadi calon, DUN Tanjung Dawai sering diigau, dalam tidur mengingau-ngigau..malang nasibnya, VCD ala Chua SOI Lek, ada ditangan, rakaman aksi panas di Hotel di Taiwan, lantas, terlepas satu impian..Pemimpin patut belajar supaya tidak kurang ajar, buat perkara yang agama larang, dan jangan seronok ketika di awang, akhirnya, semua impian berkubur.. Kini VCD masih belum direleasekan, tunggu masa,untuk tatapan..Malu Weh Puteri, Jika Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, akhirnya terpaksa letak jawatan, akibat aksi VCD bersama jantan, jantan VIP bukan sembarangan..

Justeru, perwakilan Puteri...LU FIKIRLAH SENDIRI.

RENUNG-RENUNGKAN..DAN SELAMAT BERAMAL..PILIH PEMIMPIN BERINTEGRITI..TOLAK CALON YANG BAWA LIABILITI..

Salam Maulidur Rasul..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

astaghfirallahalazim... ANONYMOUS.. mengucaplah byk2.. nape buat keje yg berfaedah ni.. dosa2 yg awak ade dh tinggal sikit ke.. psl 2 yg nak tambah dosa ye..! x baik kite 'menyingkap kain' orang lain apatah lagi kita x tahu ceta shahanim 2 betul atau tidak. Tapi apa pun jgn lah kite buat fitnah atau pun dok bercerita hal orang apatah lagi hal rumahtangga orang. Apa yg awak huraikan hal shahanim ni boleh mengundang perceraian tau.. nauzubillah.. jgn la.. awak telah merobohkan sebuah masjid. Awak tau x nilai sebuah masjid? Fikir la..

Kalau pun nk menaikkan calon jgn la kite memburukkan calon yg lain. Setiap calon ade isu masing2. Norlee sendiri pn ade isu di bhg Lembah Pantai & di Perak (Kenape puteri Perak menolak Norlee & tindakan Norlee utk meraih jawatan Ketua Puteri UMNO bhg L.Pantai telah memecahbelahkan puteri UMNO L.Pantai walhal puteri UMNO bhg telah berkompromi untuk menawarkan kpdnya jawatan Naib Ketua Puteri pada awal2 lagi tapi Norlee menolak 'sorry, walau mcmn pun i tetap nk jwtn Ketua Puteri Bhg') Tapi puteri UMNO bhg L.Pantai xde nak menimbulkan isu Norlee. Menunjukkan puteri UMNO bhg L.Pantai bersikap profesional. Sebagai hamba Allah kite x lepas dr melakukan salah kite x sempurna termasuk la awak sendiri.

Ingatlah.. Allah Maha Mengetahui. Hidup kite umpama roda. Berpijak la di bumi yg nyata. Curahkan la kebijaksanaan awak di tempat & masa yang betul.

Kalau awak nk berkempen, kempen lah cara berhemah. Bukan dgn taktik kotor mcm ni. Jika awak boleh hormati hak orang lain nescaya orang lain akan lebih menghormati hak awak. Allah Maha Besar. Insaf la ANONYMOUS..

Kpd semua ahli puteri UMNO jgn la kite menjadi spt 'lembu di cucuk hidung' mengikut segala arahan org atasan dgn mudah. Puteri adalah generasi masa kini yg mempunyai karisma & bijaksana. Harus lah puteri menggunakan akal fikiran yg waras sebelum satu2 tindakan nk di buat. Kite adalah pewaris kpd parti Melayu yg ulung ini jgn lah bersikap spt org di zaman jahiliah. Jika kite baru dlm parti ini timbalah pengalaman mengikut jalan yg betul. Jgn kita mengikuti amalan2 politik yg kotor. Harus bersiap sedia dgn segala mcm hal dlm arena politik. Sebagai puteri yg masih mentah dlm politik elakkan dari menjadi mangsa politik oleh org politik sendiri yg dh berpengalaman mengamalkan taktik politik kotor. Jika puteri menjadi mangsa politik aduhh! sakitnya x dpt di gambarkan. Sukar utk kite mendapat pertolongan/ bantuan krn kita adalah secebis dlm UMNO ini. Jagalah maruah diri sendiri sebagai seorang insan bernama perempuan lebih2 lagi sebagai PUTERI UMNO.

Sebagai org politik memang kita x lepas dari bualan org terutama penduduk setempat. Buat kerja x kena x buat kerja lagi x kena. So, kalau bagi bantuan pun byk spekulasinya kalau x bagi di katakan x buat keja pulak. Jadi sebagai org Islam harus kite mensyukuri apa yang kita perolehi. Jaga dosa pahal diri sendiri jgn dok pertikaikan apa yg org lain buat. Hanya ALLAH mengetahuinya. AMIN...

Anonymous said...

cayala kakak pu3

Anonymous said...

Memang sedap mulut Cik Anon 11 march bercakap ye...

Dipenghujung ayat Salam Maulidur Rasul..tapi menabur fitnah sesedap rasa.

Modal yg u tulis tu dah lama,modal usang yg dah tak laku lagi.
1) Shahanim belum pernah gagal setiap final exam.Dato' Nordin Kardi pun dia belum pernah jumpa face to face.nak jampi serapah tu maaf la..dia tak ada masa nak jumpa bomoh, yg selalu main bomoh ni puteri kola n pulau je.

2) Kalaulah sebab skandal,negeri Kedah jatuh ke tangan PAS, apa sebab Perak,Selangor,Wilayah dan lain2 negeri tu jatuh ke tgn pembangkang?..kuat jugak aura Shahanim ni ye..

3) mana vcd yg dari dulu diwar2kan? smpai sekarang tak muncul2 walau Shahanim dah beri tawaran RM 10 K pada siapa yg dapat buktikan wujudnya vcd tu.mana? mana? jgn fitnah je.

4) kelas tuiyen Shahanim buat dari 2002 lagi.sebelum dia jadi kpu3 negeri lagi..keluar duit sendiri lagi byr gaji guru tu.

5)beg sekolah? dah banyak beg pu3 kedah diberikan dan dah hampir ke seluruh msia sampainya beg ni. sape kata 50 unit je? fitnah..fitnah.

6)tolong pi check KBX 7373 tu keta hamba Allah mana,dah la salah no,suka hati je buat fitnah tak check no nye..Suami Shahanim dah hampir 20 tahun kerja kt Maybank.takkan tak boleh buat loan nak beli keta.kalau rajin pi la check berapa lagi loan ada kt bank tu.

7) dlm masa yg sama beliau menanggung perbelanjaan anak3 angkat puteri/beberapa pelajar miskin di IPT dan juga membantu anak2 org PAS.

8)Beliau juga membantu ahli2 puteri berniaga kecil2an dgn menyediakan bantuan modal selain puteri bahagian mempunyai perniagaan khemah dan kerusi utk majlis2

9) byk lagi yg telah Puan Shahanim usahakan utk ekonomi dan kebajikan org melayu dan puteri sejak dari mula2 puteri ditubuhkan lagi.

Pembaca sekelian..
Sebagaimana kita ketahui fitnah yg sama ni telah berlegar2 di 2-3 laman blog tak lain tak bukan untuk menjatuhkan Puan Shahanim. yg sedihnya semua yg ditulis adalah fitnah semata2..kita tahu siapa disebalik semua ini tapi biarlah masa membalas perbuatan dengki dan irihati makhluk itu.

Puan Shahanim masih dgn kerjanya membantu membina rumah orang miskin,malah kini telah dibantu kwn2 puteri di negeri lain, bengkel makanan ringan utk ibu tunggal telah berkembang dgn majunya, skim bantuan utk siswazah dan hubungan dgn suami dan anak2 juga semakin akrab gara2 ujian yg diterima tak henti2 ini.

beliau bertanding atas kekuatan dan usaha beliau sendiri tanpa berusaha menjatuhkan lawan yg lain..kalau anda inginkan kepastian adalah lebih baik berjumpa beliau sendiri dari mendengar fitnah dari pendengki ini.

T/kasih n wassalam.