Tuesday, February 17, 2009

Pesanan Tuanku Mizan

Tuanku Mizan rasmi pembukaan Parlimen ke-12

16/02/2009 11:28am

KUALA LUMPUR 16 Feb. — Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Ke-12.

Ketibaan Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah di pekarangan bangunan Parlimen disambut Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah.

Turut menyambut Seri Paduka berdua ialah Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh.

Tuanku Mizan kemudian menerima sembah “Hormat Diraja” sebelum lagu NegaraKu dimainkan oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi.

Ia disusuli dengan kibaran Bendera Diraja yang disertai tembakan meriam 21 das.

Baginda kemudian memeriksa kawalan kehormat yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Sungai Besi, diketuai oleh Mejar Norhisham Kamar.

Selepas memeriksa perbarisan kehormat, Seri Paduka kembali ke Peterana Diraja dan menerima sembah “Hormat Diraja” kali kedua sebelum lagu NegaraKu dimainkan.

Baginda kemudian diiringi oleh Abdullah dan isteri memasuki Bangunan Parlimen.

Tepat 10.40 pagi, loceng istiadat dibunyikan dan baginda kemudian memasuki galeri Dewan Rakyat dengan diiringi Pandikar Amin.

Perdana Menteri kemudian menyembahkan titah ucapan diraja kepada baginda bagi merasmikan Penggal Kedua Parlimen ke-12.

Mesyuarat pertama Dewan Rakyat bermula hari ini dan berakhir 19 Mac.

— BERNAMA

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini bertitah bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tubuh dan tertinggi negara yang telah dipersetujui oleh semua pihak semasa negara mencapai kemerdekaan.

Baginda juga bertitah, hak-hak setiap rakyat di negara ini yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan akan sentiasa dipelihara dan dihormati.

Tuanku Mizan bertitah demikian ketika merasmikan persidangan Parlimen bagi penggal kedua di Dewan Rakyat di sini hari ini.

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengingatkan rakyat jelata supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan dan berharap tidak ada sebarang percubaan untuk mewujudkan undang-undang lain yang bertentangan dengan keluhuran Perlembagaan.

Baginda bertitah sejarah kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan perlu dijelaskan kepada golongan muda supaya mereka lebih memahami asas pembentukan negara.

“Generasi muda merupakan pelapis dan harapan masa depan negara. Prinsip-prinsip Rukun Negara hendaklah difahami dan dihayati oleh segenap lapisan rakyat,” titah baginda ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-12 di Dewan Rakyat di sini.

Seri Paduka turut melahirkan rasa dukacita kerana walaupun negara telah 51 tahun merdeka, isu perkauman yang sempit masih dibangkitkan oleh pihak tertentu dan menjadi perdebatan umum.

“Beta ingin menegaskan bahawa kerajaan Beta tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memecahbelahkan rakyat demi memastikan keharmonian kaum dan keamanan negara dikekalkan,” titah baginda sambil menerima tepukan meja yang gemuruh daripada anggota dewan. - Bernama

6 comments:

Anonymous said...

kecewa dengan sikap sesetengah "orang2" kuat Dato Raja Nong Chik.
Yang tidak pandai menjaga hati peringkat akar umbi,masih lagi berdendam dan berperangai sikap tidak adil.
mengadili sesuatu perkara dengan mengikut emosi..
tidak mustahil Dato Raja akan jatuh dengan perangai orang2 sebegini..
sayang sekali Dato Raja ada la seorang pemimpin yang berkeliber dan bijak, tetapi dengan ada nya "orang2" kuat tersebut boleh menyebabkan kejatuhan Dato Raja. saya berpendapat mungkin kekalahan Dato Raja dahulu berpunca dari sikap "orang2 kuat" yang sebenarnya perosak.

Anonymous said...

aku sokong...meluat...tgk muke UNTA yg bg arahan...oiii ko ker yg jd ketua bhgn...Dato terus terang sy ckp kalu org2 macam tue yg Dato bela..alamatnya...hancusss...LP mmg takleh maju..tolongla Dato fikirkan sebaik2nya.

Anonymous said...

betol, betol, betol...
sokong sesangat...
UNTA belaan yang tidak mendatangkan hasil.

KHAIRUL said...

Apa la korang semua nie..korang tak suka dgn dorang korang cakap je terus terang.jangan la baling batu sembunyi tangan.bila dpn semua semuanya bagus dan xde salah pada korang.tapi bila belakang-belakang baru berani bantai.sikap mcm nie tak membina lansung.sikap korang la yang buat umno hancur.berdepan demi kebenaran.(anuar ajk pemuda bhgn)

Anonymous said...

wahai En Anuar AJK Pemuda Bahagian,
masalahnya bukan baling batu sembunyi tangan,sudah cakap depan depan pun masih macam tu juga..

Anonymous said...

ye En.Anuar ajk pemuda bhgn...aku da sound Dato awal2 lagik mase die meraih undi mase b4 ari pertandingan aritu...da ckp..Dato kene ubah kesilapan lampau Dato..Dato jatuh dulu bukan sebb org tak suke Dato tp sebb org takleh trime org2 Dato yg mengelabah melebihi Dato biler bercakap..pastu Dato akur dan berjanji itu takan berlaku lagi kini tp tgk skang saper yg berumahtangga kat pjbt bhgn tue?Dulu kate Yusri mcm tue lanie same gak aku tgk..lebih kurang je kan.. Dato bukan per dok dgr kate2 org die sbb takut and da termakan budi if tak dengar takut pegang sepenggal je nanti...itu la die... so En.Anuar AJK pemuda bhgn kalu u pandai sgt bg suggestion apa lagik yg kitorang nk buat..da bgtau depan2 pun tak jalan gak..dan disebabkan itu jugak aku dengar skang nie and tak perlu En.Anuar nafikan yg kite da mule berpuak2 kembali..da ade team nk menjatuhkan team Dato next pemilihan...kalu la mcm nie..aku rase tak gune la nk dok dlm UMNo lagi...takde perubahan...meluat amat meluat.

-luahan hati seorang wanita melayu muda yg sayangkan UMNO-