Monday, April 6, 2009

Shhh....PM turun ke Vista Angkasa!



Datuk Seri Najib Tun Razak, yang baru memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia kurang dari 24 jam, telah mengadakan lawatan mengejut ke Vista Angkasa. Beliau diringi oleh Datuk Zulhasnan Rafiq, Menteri Wilayah Persekutuan and Ketua UMNO Bahagian Lembah, Dato' Raja Nong Chik telah mengegarkan penduduk sekitar Vista Angkasa yang kebetulan mengadakan sesi dialog bersama pihak DBKL.
YAB Perdana Menteri berkata, sengaja beliau merahsiakan lawatan ini kerana tidak mahu penduduk turun dengan bunga mangar, berkompang & permaidani merah terbentang. Beliau juga berbisik kepada Dato' Raja jika ada sambutan yang seperti itu, beliau tidak akan singgah ke Vista.
Eloklah begitu...jika diwar-warkan, tentu penuh dengan orang-orang parti. Orang-orang parti, dah tentu menyokong parti. PM pulak mahukan peluang untuk berjumpa rakyat, mendengar keluhan penduduk. Dengan cara ini mungkin beliau dapat mendengar sendiri apa sebenarnya yang penduduk tempatan harapkan dari kerajaan.
Turut hadir, Datuk Bandar, Ketua Cawangan Vista Angkasa, En. Ismail Masri dan beberapa AJK Bahagian.
Gambar dikirimkan oleh Kak Nana yang kebetulan baru lepas makan di Old Town While Coffee, Kerinchi.
Princess Z : Kak Nana, Kak Lia & geng yang telah melangkah ke alam Wanita, apa khabar? Hantarlah emel ke saya tentang peralihan akak semua ke sana. Nak tau gak...

3 comments:

Mesra Rakyat said...

hah.. macam ni la baru mesra rakyat..
Harap DS Najib dapat turun selalu bermesra bersama rakyat jelata...
tak kire dia mana sekali pun..

Hidup DS Najib!!!

zeme said...

Salam,

Pelik kan, bila jadi PM baru hendak buat lawatan mengejut menjenguk kawasan. Semasa menjadi TPM, tiada pula rasanya hendak adakan lawatan mengejut sebegini. Saya sudah diami di kawasan perumahan Desa Permai Lembah Pantai ini hampir 8 tahun dan yang pernah saya nampak turun melawat adalah Pak Lah, Shahrizat, Anwar, Nurul Izzah.

Jadi, bolehkah saya katakan ini sekadar gimik awal PM baru kita?
Saya senyum sahaja.

Wasalam.

Aku said...

Hi Zeme, Takde yg peliknya..
kerana Pak Lah adalah seorng perdana menteri ketika itu, sharizat N nurul izah pula ada la wakil rakyat di lembah pantai, mana kala anwar Ibrahim pula tentu-tentu la berkempen untuk anak nya nurul izah.

then sape cakap DS Najib tak pernah turun lembah pantai...
rasanya awak je yg tak perasan kot..

eeem takpe la.. berila peluang..
lagi pun.. kalo gimik pun pe salahnya.. semua orang ada gimik tersendiri...

bak kata orng putih:-
A journey of a thousand miles begins with a single step