Wednesday, May 18, 2011

Mesyuarat Perwakilan Tahunan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai Kali ke 10 Tahun 2011

Salam...

Tahniah Pink Putih ucapkan kepada semua perwakilan yang hadir..
Persidangan berjalan dengan jayanya..
Bagi yang mendapat hadiah bertuah, tahniah Pink Putih ucapkan.

Kita jumpa di persidangan akan datang....!!!!












Thursday, May 5, 2011

Pertandingan Bowling Puteri UMNO Bah. Lembah Pantai bersama Rakan Media 2011

Salam...

Satu tournament persahabatan antara rakan-rakan Puteri UMNO di Bahagian Lembah Pantai bersama rakan Media akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 21 Mei 2011 (Sabtu)
Masa : 1.00 pm - 6.00 pm
Venue : Ampang Superbowl, Ampang Point SC




Perhatian untuk semua ketua-ketua Puteri Cawangan di Bahagian Lembah Pantai, sila kemukakan senarai 3 nama pemain dari cawangan anda secepat mungkin. Untuk pertanyaan lanjut, sila rujuk kepada AJK Puteri Bahagian yang terlibat.

Sekian, untuk makluman.

Tuesday, May 3, 2011

Tahniah......!!!!

Salam...

Panas terik di Kompleks Futsal, Presint 8, Putrajaya bukan halangan bagi team Putra Ria Tia Amelia D, Lembah Pantai merangkul kejuaraan Futsal Wanita Terbuka 1Malaysia Piala Perdana 2011 anjuran Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Perlawanan sengit team ini menentang team REM FC yang juga dari Lembah Pantai berkahir dengan kesudahan dua berbalas kosong. Juara menyaksikan team Putra Ria Tia Amelia D membawa pulang wang tunai RM 8,000.00 manakala naib juara - REM FC membawa pulang RM 5,000.00. Majlis tersebut telah disempurnakan penutupnya oleh YB Rosnah Shirlin - Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Tahniah buat kedua dua pasukan yang masing-masing di uruskan oleh Saudara Azman Kelana dan Saudara Ramlan Askolani...


Akhbar Kosmo Isnin 2 Mei 2011

Friday, April 22, 2011

Program Semarak 1Malaysia - Memerangi Dakyah Pembangkang

Salam 1Malaysia..

Program dianjurkan oleh Biro Penerangan, UMNO Bahagian Lembah Pantai ini akan di rasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai merangkap Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar - Dato' Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin. Program akan dijalankan pada :

Tarikh : 26 April 2011 (Selasa)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Pusat Komuniti Lembah Pantai,
Pantai Dalam, Kuala Lumpur
Antara penceramah yang terlibat dalam program ini ialah Datin Paduka Datuk Prof. Dr. Hajah Ramlah binti Adam yang merupakan Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM serta Saudara Zahid Mat Arip yang merupakan bekas Naib Ketua Pemuda PKR. Melihat kepada penceramah yang akan menyampaikan ceramah dalam program ini, sudah pasti dikalangan kita akan tertunggu tunggu apa yang akan dikatakan oleh dua penceramah hebat ini.

Jom kita bersama-sama dengan saudara dan kenalan beramai-ramai untuk hadir ke program ini. Sebagai tanda semangat 1Malaysia, kita tunjukkan dengan berpakaian warna merah/biru pada malam tersebut.

Sekian, terima kasih.

Thursday, April 21, 2011

Program Bengkel Komuniti Seni Persembahan


Program akan dikendalikan oleh seorang pengarah pentas teater
terkenal Malaysia iaitu Puan Norzizi Zulkifli.


Program terbuka untuk kanak-kanak dan remaja berumur 12 tahun ke atas. Kepada yang berminat mahupun ingin mengenengahkan bakat anak-anak, sila datang dan sertai program ini mengikut ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 24 April 2011 (Ahad)
Masa : 2.00 petang sehingga 5.30 petang
Tempat : Dewan orang ramai, Pej. UMNO Lembah Pantai
Anjuran : VOGUE Puteri UMNO Malaysia & Puteri UMNO Bah. Lembah Pantai

Refreshment ada disediakan.


30 penyertaan dari ahli-ahli Puteri di perlukan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Puteri UMNO Bah. Lembah Pantai, Puan Syikin Jaafar di talian 016 - 333 6753 / 013 - 666 3192.

Have fun...!!