
Saturday, August 30, 2008
Pengalaman Anak Angkat di PP dari Cha, Kg. Pantai

Wednesday, August 27, 2008
Jemputan ke Kempen Derma Darah Pra Ramadhan 2008 Anjuran ANSARA Jasin, Melaka.

Persatuan Alumni Maktab Rendah Sains MARA (ANSARA) Cawangan Jasin, AEON Jusco dan Pusat Darah Negara (PDN) akan menganjurkan Kempen Derma Darah. Program ini adalah bagi membantu menjamin bekalan darah yang mencukupi untuk kegunaan pesakit-pesakit yang memerlukan transfusi darah terutama semasa bekalan stok darah yang biasanya rendah semasa dan selepas bulan Ramadhan.
Tempat : Jaya Jusco, Ayer Keroh
Jam : 10 pagi hingga 8 malam
Sila hubungi Sekretariat, En. Firdaus Basharuddin di 017-363 5628 atau emel info@ansarajasin.org untuk sebarang pertanyaan.

PZ bz di PP

Permatang Pauh menjadi destinasi hari minggu kali ini. Ada yang mengajak saya pergi, kerana tiada halangan, saya pun pergi menumpang rakan-rakan dari negeri jiran Perjalanan ke sana mengambil masa 4 jam termasuk 'break' untuk makan & solat di Taiping, Perak.
Akhirnya kami tiba di Pejabat BN Negeri. Tanya-tanya juga kepada petugas disana apa reaksi pengundi tempatan tentang kedatangan orang luar yang datang berduyun-duyun. Katanya, "Biaq pi la, lagi ramai lagi baguih... penuh kedai-kedai makan, penuh hotel. Tu ha, hotel Summit nu..tak pernah 'full house' la ni, penuh." Sekurang-kurangnya, dapat juga membantu ekonomi tempatan. Ternyata disemua bilik gerakan yang kami singgah, petugas-petugas melayan kami dengan mesra walaupun masing-masing kepenatan.
Kami berkonvoi dengan Puteri-Puteri tempatan kerana tidak berani berjalan sendiri. Plat kereta orang Selangor & KL sudah cukup untuk mengumumkan kami sebagai pendatang luar. Lagi pun sudah dipesan oleh Kakak-Kakak untuk berhati-hati dan jalan dalam kumpulan.
Dari jauh sudah kelihatan YB Nolee dan rakan-rakan dari Lembah Pantai yang datang membantu dalam kerja-kerja Pilihanraya Kecil ini. Oleh kerana saya 'low profile' jadi mereka tidak perasan saya berada dalam kumpulan Puteri-Puteri dari negeri lain. Saya bertanya kepada salah seorang yang turut bersama mereka, "Kak, buat apa kat sini?". Jawabnya, "Saja, jalan-jalan. YB ajak...kalau ada perlu tolong, kita tolong lah." Begitulah suasana di PP, meriah...ramai jugak datang ke PP untuk berkempen dan bawa anak buah 'jalan-jalan, cari makan & pengalaman'. Calon-calon Exco Puteri Malaysia dari Wilayah Persekutuan semua kelihatan hadir. Cik Zawyah, Wani, Azliza, Nashua dan Miza pun kelihatan di Seberang Jaya.
"Dato... Dato' Ali," kata 'ketua' rombongan kami sambil menyapa Dato' Ali Rustam, YAB Ketua Menteri Melaka. "Haa... Puteri, dah makan?" "Daaaaah, Dato'.... macamana situasi kat sini?" "Panas seperti kita jangkakan...tapi kita masih ada harapan. Nah jemput minum dulu.." Tak sangka saya, Dato' Ali Rustam ramah dan 'open', tak ada banyak protokol. Padanlah disukai ramai.
Dari jauh, Dato' Shahniza tegur kami, "Eh, korang...jalan-jalan jangan sorang-sorang. You all dari mana?" 'Ketua' rombongan jawab, "Kak Sha, kami campur-campur... ada dari Taiping, PJ, Lembah Pantai, Puchong...merata-rata lah, Kak Sha." "Haa...bagus tu, haa..kejap ye.." sambil menjawab telefon dia yang tak berhenti-henti berbunyi. Kami pun ambil kesempatan untuk beredar. "Ketua korang akak dah jumpa kat sini hari tu. Eh, nanti akak calling awak semua...jalan baik-baik". Calon Ketua Puteri Umno Malaysia. Kak Sha memang bersemangat, suara kuat, garang macam Cikgu tapi boleh faham kepala dia.
Kami tiba di bilik operasi Wilayah dimana ramai ahli-ahli Puteri giat membantu jentera. Ada yang membuat semakan senarai daftar pengundi, memberi maklumat terkini di petiundi, merancangkan program bersama rakyat setempat, lawatan kebajikan dari rumah ke rumah dan sebagainya.
Saya rasa bangga dengan kegigihan Puteri-Puteri bekerja tanpa menghiraukan penat lelah atau pelbagai tekanan yang dihadapi. Ramai penyokong-penyokong di PP yang taksub dan fanatik sehingga menjadi biadap dan tidak menghormati orang. Sememangnya, itu lah sifat Puteri ketika menghadapi Pilihanraya. Terserlah semangat sukarela, itulah yang kita harapkan ada pada setiap ahli.
Saya difahamkan bahawa Puteri Lembah Pantai telah menyertai program anak angkat di PP. Apa cerita mereka agaknya. Diharap Puteri Kampung Pantai boleh berkongsi pengalaman dengan kita. Sila kepada emel saya ye! Semoga pengalaman mereka boleh kita pelajari dan gunakan pada esok hari.
Setelah selesai beberapa tugas, kami pun pulang ke rumah masing-masing. Apa yang saya pelajari dari rombongan kami ke PP?
- Bila sudah buat ketetapan. Kita kena all out bantu orang-orang kita. Kekalahan atau kemenangan; belakang kira.
- Puteri memang membawa aura 'keceriaan' dalam apa sahaja kerja dilakukan dan dimana sahaja mereka berada.
- Ramai yang tidak percaya lagi dengan apa sahaja kita lakukan/katakan. Bagaimana caranya untuk memenangi kembali kepercayaan ini?
Sunday, August 24, 2008
Tataetika Ahli UMNO Baru - Pelihara Ahli Dari Salahlaku

Tataetika baru tersebut dipersetujukan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) pada 27 Mac lalu memberi penekanan kepada salah laku yang melibatkan ahli-ahli dengan lebih terperinci dan mudah difahami iaitu memberikan tafsiran dan contoh-contoh.
Mana-mana ahli yang gagal mematuhi larangan dan didapati bersalah melanggar Tataetika Ahli UMNO akan dikenakan hukuman seperti yang termaktub di dalam Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO seperti diberi amaran, digantung hak-haknya dalam parti, dilarang bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti ataupun sebagai calon pilihan raya bagi tempoh yang ditentukan oleh MT.
Mengikut Perkara 3, semua ahli-ahli UMNO hendaklah cintakan parti dan patuh kepada Perlembagaan dan Tataetika Ahli dengan mengikut perintah-perintah parti serta patuh dan menghormati keputusan-keputusan parti termasuk disiplin parti.
Pindaan dalam Tataetika Ahli UMNO ini dibuat bagi membanteras segala bentuk penyelewengan, salah laku, penyalahgunaan kuasa dan penggunaan wang serta gejala negatif yang boleh meluntur dan melemahkan UMNO.
UMNO-ONLINE
Wednesday, August 20, 2008
Mesyuarat Cawangan 2008 - Minggu ke-6

22 Ogos 2008 (Jumaat)
9.00mlm - Kg. Kerinchi. Bertempat di Dewan Kg Kerinchi.
Wakil Puteri Bahagian: Siti Suriah Suki
Berakhirlah mesyuarat Puteri Cawangan di Lembah Pantai. Jumlah Cawangan 25.
24 telah bermesyuarat. Kg. Kerinchi akan bermesyuarat pada hari Jumaat.
Tahniah kepada semua Puteri yang telah bermesyuarat! Semoga Puteri Umno Lembah Pantai terus maju.
Monday, August 18, 2008
Personaliti Puteri - Cik Aida Jabar Ali

Thursday, August 14, 2008
Princess Z menjawab

Wednesday, August 13, 2008
Permatang Pauh P44

Sesiapa yang berminat untuk menyertai jentera Pilihanraya Kecil di Permatang Pauh sila beri nama kepada Ketua Puteri Bahagian atau Setiausaha Bahagian secepat mungkin. Beberapa program di rancangkan oleh Perhubungan Negeri Wilayah.
Monday, August 11, 2008
Mesyuarat Cawangan 2008 - Minggu ke-5

Thursday, August 7, 2008
Mengimbas Kembali - PRU12 dari Kacamata Ketua Puteri Umno Lembah Pantai
"Situasi di Lembah Pantai sewaktu PRU12 memang sangat mencabar. Kita boleh melihat sendiri semakin dekat dengan hari mengundi, semakin panas keadaan dan poster, banner naik semakin banyak. Bila kita lihat orang India mengibarkan bendera DAP, orang Cina memegang sepanduk PAS, itu dah terang-terang mengambarkan penduduk tempatan tolak Barisan Nasional habis-habisan, " kata Zalina Tan Sri Abdul Halim, Ketua Puteri Umno Lembah Pantai. Beliau menambah bahawa "Orang dah tak kisah apa-apa lagi dah masa itu, anything but BN."
"Bila kita berjumpa dengan pengundi muda di kawasan, ada yang telah berkata kepada saya yang mereka tidak ada komplen sangat pasal Wakil Rakyat kami. Dato' Seri Shahrizat selalu turun padang.. tak ada apa yang tak ditunaikan. Tapi, mereka dah bosan & fed up dengan kerajaan, jadi mereka tak akan keluar mengundi atau akan undi pembangkang."
Anak ke-2, Yg. Bhg. Tan Sri Abdul Halim, bekas Ketua Setiausaha Negara, ini telah terlibat dalam arena politik secara tak sengaja. Rupa-rupanya beliau adalah menantu Ketua Wanita Umno Bahagian Lembah Pantai. Dia disuruh oleh ibu mertuanya menghadiri temuduga dengan Ketua Wanita Wilayah Persekutuan, Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil. Ketika itu ada lebih kurang 20 orang yang menghadiri temuduga tersebut. Apabila dilantik sebagai Ketua Puteri, beliau tidak tau apa yang sebenarnya 'job description' untuk menjadi Ketua Puteri. Tergelak saya mendengar penjelasannya itu.
Zalina berkelulusan Undang-Undang dari Universiti of Nottingham, United Kingdom petah dan tegas bila berbicara. Tak ada apa yang cuba diselindungkan ketika memberikan pandangan tentang apa sahaja perkara berkaitan politik. Terasa seolah-olah sudah lama kenal Ketua Puteri Umno Bahagian Lembah Pantai ini.
"Apabila kita duduk mengira undi di Bilik Gerakan BN, memang keadaan tegang. Semua orang muka stress. Selepas 1,2,3 petiundi kita kalah... ada menang 1. Tapi selepas petiundi yang ke 12, kita dah dapat agak keputusan dah...Saya pun telefon Ketua Puteri Bahagian lain di Wilayah, tanya Parlimen dia orang macamana... Titiwangsa out, Wangsamaju out, Segambut out... tempat-tempat yang memang seat BN! Lega pun ada jugak... tak lah Lembah Pantai sahaja yang kalah. Maknanya, memang dah jadi fenomena nasional. Lega kerana tak lah orang kata Puteri Lembah Pantai tak buat kerja..."
"Sebagai Ketua, memang kita kena bertanggungjawab atas kekalahan yang baru dilalui. Saya akui yang memang banyak benda yang sepatutnya dibuat sebelum ini - daftar pengundi muda, tambahkan aktiviti yang mendekati dengan golongan muda dan lain-lain... tapi tsunami politik ini merebak ke peringkat nasional - sentimen seluruh rakyat Malaysia, jadi tanggungjawab sepatutnya terletak pada Presiden parti. Dah lah semua tempat kalah, Presiden senyap aje, Ketua Puteri Umno Malaysia langsung tak berbunyi. Yang keluar statement, Tan Sri Muhiddin...Masa tu, semua orang dah tercengang - tak tau apa nak buat.. saya rasa PKR pun macam tu sebab dia orang pun tak expect menang banyak seat.." tambah Zalina dengan penuh animasi.
"There is no direction...people up there are still saying 'We are OK, we are strong, we are still running the government. We have to do a reality check! Rasa macam kita atas kapal 'Titanic', kapal dah separuh tenggelam tapi masih ada 'band' yang sedang mainkan muzik - ingat tak adegan tu?" You janganlah tulis semua ni, nanti I kena masuk lokap pulak ..," sempat dia berseloroh.
Apabila meminta Zalina komen tentang PRK dan Nurul Izzah dia berkata, "PKR still cannot get their act together. We're still not sure what they're fighting for...Nurul ? She is lovely and speaks well, but too bad she's in the wrong party."
Saya bertanya kepadanya apakah pandangan dia terhadap isu terbaru Anwar Ibrahim. "Penting ke samada betul atau tak?! Yang lagi penting bagi orang biasa macam saya ni adalah harga barang yang semakin naik, integriti kerajaan dalam usaha membela rakyat, pendidikan anak-anak, perpaduan antara kaum, kes-kes jenayah yang meningkat. Ini semua isu-isu yang lagi besar daripada seorang yang bernama Anwar Ibrahim."
Saya terpaksa mencelah kerana temubual melalui telefon ini sepatutnya mengambil masa 15 minit sahaja tetapi kini sudah 30 minit yang berlalu. Terlalu asyik mendengar celotehnya. Saya tanya Zalina apakah harapan beliau untuk Puteri dan Umno. "Harapan saya adalah supaya ada peningkatan kepada Puteri Lembah Pantai. Perlu ada kontinuiti - kita dah bina dan kuatkan Puteri Bahagian selama 8 tahun, sekarang perlu terus ada impak yang lebih pada Bahagian Lembah Pantai. Jangan terlalu politik sangat, orang-orang muda tak suka. Buat aje kerja dan aktiviti. Support kepimpinan Bahagian tanpa berbelah bagi. Itu tugas dan tanggungjawab kita. Kita memang ada imej yang unik - ceria, sukarela, bertenaga - gunakannya untuk mencapai matlamat Puteri. Bagi Umno pulak, biarlah ada pembaruan dari segi imej dan kepimpinan. Zaman sudah berubah, kita tak boleh buat benda-benda yang sama macam dulu. Kalau kita masih berpegang kepada benda-benda yang sama, nothing will change and we will lose more good people who are willing to serve the party. PRU12 menunjukkan yang orang Umno pun dah tolak Umno. Kalau Umno tidak berubah , in 5 years time, the party will be irrelevant."
Tuesday, August 5, 2008
Personaliti Puteri - Puan Nor Asyikin Jaafar

BERMULA sebagai ahli Puteri Umno yang hanya menghadiri mesyuarat cawangan setahun sekali, AJK Puteri bahagian Lembah Pantai, Nor Asyikin tidak pernah menyangka minatnya turus berkembang untuk bergiat aktif dalam parti. Setelah melibatkan diri dalam Puteri Umno Lembah Pantai sejak tahun 2003, beliau akan bertanding untuk jawatan tertinggi dalam Puteri Bahagian iatu Ketua Puteri Umno Lembah Pantai.
Mesyuarat Cawangan 2008 - Minggu ke-4
2.00 petang - Cawangan Simpang Tiga. Bertempat di Pejabat Dewan Simpang Tiga.
Wakil Puteri Bahagian : Siti Zarima Adnan